Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 25

Topik  Pengetahuan

5 Asas Muzik
HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Memperkenalkan asas-asas muzik kepada pelajar agar mereka
memahami prinsip-prinsip muzik;
2. Menjelaskan maksud muzik, matlamat dan objektif muzik;
3. Menyatakan konsep muzik dan kemahiran muzikal yang perlu ada
pada setiap pelajar;
4. Menjelaskan faedah Seni Dalam Pendidikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran;
5. Menjelaskan kepada peserta tentang aktiviti-aktiviti muzikal yang
perlu diikuti oleh setiap pelajar seperti nyanyian, pergerakan dan
permainan alat; dan
6. Merancangkan aktiviti-aktiviti muzikal yang bersesuaian mengikut
tahap kemampuan pelajar.

 PENGENALAN
Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang tidak boleh
dipisahkan. Tanpa muzik, dunia pelajar boleh menjadi kosong. Selain daripada
itu, muzik juga merupakan satu budaya kepada masyarakat. Pelajar senantiasa
memberi respon kepada muzik dan akan merasa senang hati apabila dapat
mengekspresi diri apabila mendengar muzik. Asas muzik iaitu irama dan ton
juga terdapat dalam amalan pertuturan dan interaksi harian mereka. Sifat
cenderung kepada muzik yang sedia ada pada pelajar mempunyai peranan
tertentu dalam proses perkembangan diri dari segi kualiti diri dan sahsiahnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS MUZIK  85

Jadi, guru memainkan peranan yang penting untuk memperkembangkan sifat-


sifat yang merangkumi aspek emosi, kreativiti, nilai estetika dan etika tertentu.
Dengan penglibatan pelajar secara aktif dalam kegiatan muzik, pertumbuhan
dan perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial pelajar itu sendiri akan
dibina. Selain itu pengalaman muzik yang menarik akan membantu
meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran lain.

5.1 PENGENALAN ASAS MUZIK


Biasanya apabila perkataan „muzik‰ disebutkan, kita akan teringat kepada lagu-
lagu nyanyian, mainan alat-alat muzik seperti gitar, dram, piano dan sebagainya;
atau mendengar lagu-lagu dari radio, televisyen, kaset, cakera padat dan lain-lain.

Muzik mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan kita. Oleh itu, pada
hakikatnya tidak ada orang yang sepatutnya berkata „Saya tidak suka muzik‰.
Melalui muzik seseorang itu akan dapat melahirkan dan menyatakan
kegembiraan, keriangan, kesedihan, kemarahan, kedamaian, kemenangan,
kekalahan, kekuatan dan lain-lain fenomena kehidupan. Muzik boleh
menggambarkan emosi seseorang dan juga boleh menggantikan pernyataan
melalui pertuturan atau tingkah laku.

Kegiatan muzik merupakan satu saluran komunikasi yang sangat penting.


Kefahaman dan penglibatan pelajar dalam kegiatan muzik yang meluas dan
sejagat akan dapat membantu mengeratkan perhubungan dan persefahaman
kemanusiaan.

5.1.1 Definisi Muzik


Hampir semua orang pernah mendengar perkataan „muzik‰ dan mungkin ramai
juga yang mengatakan yang mereka tahu maksud perkataan tersebut. Namun
demikian, mendapatkan persetujuan tentang definisi muzik mungkin tidak
begitu mudah. Pada amnya, muzik adalah satu cabang seni dan juga sains yang
menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan/ atau instrumental termasuk bunyi-
bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap
memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran dan emosi manusia yang juga
boleh mencerminkan budaya tertentu.

Bunyi burung, semboyan kereta api, azan dari masjid, bacaan Al-Quran, bunyi
kipas dan bunyi-bunyi lain yang didengar di persekitaran boleh didefinisikan
sebagai muzik juga.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS MUZIK

Dalam bahasa Arab muzik bererti handasah alsawt yang bermaksud


„kejuruteraan bunyi secara artistik‰. Sebenarnya muzik ialah satu perkataan
yang telah diwarisi daripada cerita-cerita dongeng zaman purba Yunani yang
diberi nama sebagai „Muses‰ bermaksud semua bentuk seni halus termasuk
muzik. Namun pada hari ini, perkataan muzik ini digunakan secara universal
dan bermaksud seni bunyi-bunyian.

5.1.2 Matlamat dan Objektif


(a) Matlamat
Pendidikan muzik bertujuan untuk memperkembangkan potensi dan
kualiti diri individu dari segi nilai estetika muzik dan etika melalui
pelbagai pengalaman muzik ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup
dalam konteks budaya dan aspirasi negara.

(b) Objektif
Dengan memahami muzik pelajar akan dapat:
(i) Menikmati pelbagai pengalaman muzik;
(ii) Memperkembangkan nilai estetika, kreativiti dan ekspresi diri;
(iii) Merasai dan mengenal konsep muzik;
(iv) Meningkatkan kemahiran mendengar muzik secara aktif;
(v) Mengenal dan memahami sistem notasi muzik yang asas;
(vi) Memperkembangkan kemahiran asas dalam kegiatan nyanyian,
muzik dengan gerakan dan permainan alat;
(vii) Memupuk semangat berusaha, disiplin diri dan yakin diri;
(viii) Mengamalkan semangat toleransi dan kerjasama;
(ix) Mengenal dan menghargai pelbagai jenis muzik tanah air, tradisional
dan muzik semasa yang sesuai;
(x) Mengenal muzik yang sesuai dari beberapa negara lain; dan
(xi) Menjadi pengguna muzik yang berpengetahuan dan tidak
berdiskriminasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS MUZIK  87

5.1.3 Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muzik


Mengikut „Principles of the Pestalozzian System of Music‰, prinsip pengajaran
dan pembelajaran muzik adalah seperti berikut:
(a) Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda (kaedah hafalan
sebelum catatan) dan biarlah pelajar menyanyi dahulu sebelum
mempelajari notasi muzik.
(b) Mendidik pelajar dengan memberikan galakan kepada mereka supaya
memerhati, mendengar, meniru, serta membezakan bunyi-bunyi yang
didengarnya itu dan menentukan dengan pengalaman atau usaha mereka
sendiri sama ada bunyi-bunyi itu sama atau berlainan, dan seronok untuk
didengar atau tidak. Perkara ini dilakukan dengan penerangan atau
panduan yang paling minima daripada guru. Ini bererti pembelajaran yang
aktif dan bukan yang berbentuk pasif (kaedah penemuan kendiri).
(c) Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi, harmoni, irama, ekspresi,
bentuk, warna ton atau jalinan) pada satu ketika. Perkara ini harus
dijalankan dengan teliti sebelum melakukan aktiviti gabungan dengan
unsur muzik yang lain. Setiap pelajar harus mahir dan cekap dengan setiap
unsur muzik tersebut melalui latihan yang mencukupi, sistematik dan
berperingkat sebelum beredar kepada aspek yang berikut (pembelajaran
mengikut urutan).
(d) Prinsip-prinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas amalan praktik
dijalankan. Dengan itu, pelajar akan dapat mengaitkan amalan praktik dan
teori dengan usaha sendiri (pembelajaran heuristik).
(e) Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk mengkaji muzik dan
membuat latihan-latihan dengan elemen-elemen muzik melalui usaha
sendiri supaya dapat dipraktikkan dalam seni muzik (kaedah pendekatan
berkonsep).
(f) Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental harus
diselaraskan. Nyanyian solfa tidak digalakkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS MUZIK

5.1.4 Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran


Muzik
Rajah 5.1 di bawah menunjukkan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran
muzik serta pengasasnya:

Rajah 5.1: Pendekatan pengajaran pembelajaran muzik serta pengasasnya

Kebanyakan pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran muzik telah


diasaskan oleh Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinichi Suzuki, Zoltan Kodaly
dan Edwin Gordon. Walaupun setiap pengkaedah muzik mempunyai latar
belakang yang berbeza, tetapi setiap daripada mereka banyak memberi
perhatian kepada bagaimana konsep-konsep muzik hendak diperkenalkan
kepada pelajar-pelajar. Antara kelima-lima pendekatan itu, pendekatan Edwin
Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan kerana menggunakan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara berperingkat atau „sequential‰.

Pendekatan Dalcroze, Orff, Kodally dan Gordon lebih memberikan penumpuan


kepada pembelajaran untuk pengajaran muzik di sekolah rendah. Suzuki pula
lebih menumpukan kepada pembelajaran muzik instrumental dan berkait
dengan pembelajaran muzik untuk pelajar prasekolah.

Pergerakan secara berirama dan tarian dengan aktiviti „eurhythmic‰ adalah


merupakan pendekatan Dalcroze. Dengan itu, gerakan, improvisasi dan
nyanyian solfa diberikan keutamaan dalam pendidikan muzik oleh Dalcroze.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS MUZIK  89

Bagi Dalcroze, perkembangan kebolehan muzik di kalangan pelajar boleh


berlaku dengan baik tanpa tumpuan yang mengongkong dan formal kepada
aktiviti-aktiviti muzik pada peringkat awal pelajar. Baginya, aktiviti-aktiviti
formal seperti latihan teori dan pembacaan notasi lebih melibatkan intelek
sahaja. Oleh itu, Dalcroze telah banyak menggunakan gerak geri tubuh badan
untuk menanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitiviti
terhadap aspek-aspek muzik seperti irama, rangkai lagu, melodi dan bentuk atau
struktur muzik di kalangan pelajar. Beliau berpendapat bahawa tubuh badan
manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan otak melalui satu sistem urat
saraf atau otot-otot yang bagitu kompleks. Kajian dan penyelidikan dalam
bidang neurologi telah banyak memberi bukti kepada pendapat Dalcroze
mengenai kaedah kinestetik yang dinamakan eurhythmic.

Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beraneka jenis pengalaman


muzikal. Satu unsur yang tersendiri dalam pendekatan Orff adalah kegunaan
peralatan muzik yang direka atau dipilih khas untuk pendidikan muzik bagi
pelajar. Sifat semula jadi kanak-kanak untuk bermain diberi makna sepenuhnya
dalam pendekatan Orff. Idea-idea Dalcroze telah mempengaruhi Orff. Beliau
telah mengaitkan muzik dengan gerakan dan pertuturan pelajar yang berirama
(chants) dalam bukunya Orff Schulwerk. Orff berpendapat bahawa irama bahasa
atau lagu dan pergerakan secara spontan kesemuanya boleh membantu pelajar
mempelajari dan memahami dengan lebih berkesan tentang konsep-konsep
muzikal. Pelajar yang mempelajari muzik melalui pendekatan Orff diberi
peluang yang mencukupi untuk mempelajari muzik dan melakukan improvisasi
dengan muzik dengan cara „penemuan sendiri‰.

Pendekatan Orff boleh dibahagikan kepada lima komponen utama:

(a) Imitasi (Mengajuk Balik)


Ini berkait dengan perkembangan kemahiran-kemahiran asas dengan
menggunakan pertuturan berirama dan juga irama badan. Irama badan
yang dimaksudkan adalah melalui aktiviti-aktiviti bertepuk tangan, petik
jari, menampar paha, hentak kaki dan sebagainya. Kesemua aktiviti ini
boleh dilakukan bersama pembelajaran nyanyian dan bermain alat muzik.
Alat-alat genderang yang tidak berpic dan yang berpic (glokenspiel,
xailofon, metalofon, simbal, dram, kerincing, loceng) banyak digunakan.
Manakala alat melodi yang utama ialah rekoder.

(b) Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri)


Pelajar digalakkan supaya membuat eksperimen dengan bunyi-bunyi
muzikal dan membuat gerakan dengan usaha sendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS MUZIK

(c) Improvisasi
Pelajar digalakkan supaya melakukan improvisasi secara individu atau
kumpulan dengan kesemua peralatan Orff. Pada mulanya hanya skel
pentatonik disyorkan. Ia dilakukan dengan mengeluarkan not-not tertentu
pada peralatan genderang Orff yang berpic seperti xailofon dan metalofon.
Cuma memainkan not tonik „do‰ dan not yang kelima „soh‰ di mana
kesemua not-not lain ditanggalkan. Alat xailofon yang lain pula hanya
menggunakan skel pentatonik iaitu mengeluarkan not ke tujuh „ti‰ dan not
keempat „fah‰.

Skel pentatonik ialah skel yang mempunya lima ton.

(d) Mencipta (Creation)


Pada tahap ini, pelajar akan melakukan penciptaan dengan menggunakan
bahan asas dari fasa-fasa di atas. Bahan itu digunakan untuk mencipta
rondo, mini suites dan tema dan variasi atau theme and variation. Di
peringkat ini, cerita pelajar dan puisi digunakan sebagai bahan muzikal
untuk penciptaan muzik dengan menggunakan pertuturan berirama,
gerakan, nyanyian dan permainan alat-alat muzik Orff.

(e) Literasi
Pada tahap ini, pelajar akan belajar menulis dan membaca notasi muzik
seperti „sight singing‰, menulis corak irama dan skor muzik.

Kodaly telah mengasaskan satu pendekatan yang begitu terkenal di seluruh


dunia. Beliau telah merancang satu kurikulum muzik untuk kegunaan sekolah
di mana pembelajaran muzik diadakan sebanyak empat hingga enam kali
seminggu dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat sekolah menengah.
Program muzik ini diatur secara berperingkat atau „sequential‰ dalam beberapa
aspek pembelajaran muzik seperti nyanyian, latihan aural, notasi muzik dan
permainan alat muzik. Kodaly telah memberi penekanan yang jelas kepada
aktiviti membaca dan menulis notasi muzik dari peringkat awal lagi melalui
aktiviti nyanyian semerta dan menurunkan melodi dengan notasi. Ini termasuk
kegunaan isyarat tangan, latihan solfa tangga nada pentatonik dan nyanyian
lagu rakyat secara acapella (nyanyian tanpa iringan alat muzik).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS MUZIK  91

Pendekatan Suzuki pernah digelar „pendekatan bahasa ibunda‰. Suzuki


menamakan kaedahnya „talent education‰ atau pendekatan bakat. Seperti
pendekatan Orff, pendekatan Suzuki juga memerlukan alat-alat khas iaitu biola
kecil. Ciri-ciri yang istimewa dalam pendekatan Suzuki termasuk penglibatan
ibu bapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran muzik secara individu.
Suzuki juga berpendapat bahawa pendidikan muzik harus bermula dari
peringkat awal kanak-kanak dan pengajaran muzik perlu dimulakan dengan
bermain secara menghafal „note playing‰ sebelum menerima pembelajaran
notasi formal „note‰. Mendengar muzik secara berulang kali atau berkali-kali
atau secara bertubi-tubi dianggap amat penting dalam pendekatan Suzuki.
Kebanyakan ciri-ciri asas dalam pendekatan Suzuki masih dikekalkan sehingga
kini dalam situasi pengajaran dan pembelajaran muzik.

Latihan solfa isyarat tangan:

Isyarat Tangan Curwin

Pendekatan Kodaly menekankan kepentingan belajar bagaimana untuk


menyanyi di atas pic. Pada abad ke-18, John Spencer Curwin (England) mencipta
isyarat tangan yang bersesuaian dengan solfege syllables (do, re, mi, dan lain-
lain). Kodaly menyepadukan isyarat tangan ke dalam kaedah pengajaran beliau.

Isyarat tangan adalah cara memberikan penempatan fizikal untuk nada vokal.
Isyarat tangan bagi „Do‰ rendah bermula di bahagian tengah anda, dan setiap
nada kemudiannya adalah lebih tinggi daripada yang sebelumnya. Oleh itu,
anda akan mempunyai isyarat tangan yang tinggi apabila nada meningkat naik.
Isyarat tangan bagi „Do‰ tinggi adalah pada paras mata.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS MUZIK

Pendekatan Edwin Gordon adalah berasaskan kepada hasil penyelidikan jangka


panjang mengenai kandungan muzik dan turutan pembelajaran di peringkat
sekolah rendah. Pendekatannya adalah bercorak formal berbanding dengan
pendekatan Dalcroze, Orff, Suzuki atau Kodaly yang lebih berdasarkan kepada
falsafah masing-masing. Gordon mengutamakan prinsip „sound before symbol‰
di mana keutamaan diberikan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa
notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan. Bagi Gordon,
pembelajaran muzik boleh berlaku dengan baik jika setiap pelajar dapat
menguasai satu kebolehan yang digelar sebagai „audiation‰ iaitu satu proses
mental yang membolehkan seorang manusia supaya mendengar muzik dalam
akal fikiran tanpa rujukan mana-mana bunyi yang dihasilkan secara fizikal
(sound vibration). Dengan itu, punca bunyi dalam „audiation‰ adalah dari akal
fikiran sendiri dan bukan dari persekitaran fizikal. Bahan dan strategi dalam
pendekatan Gordon juga diatur secara berperingkat mengikut teori-teori
pembelajaran semasa. Aspek-aspek kognitif juga diberi keutamaan yang sama
dengan aspek-aspek pembelajaran muzik yang lain. Dengan itu pelajar boleh
membezakan irama, meter dan juga tonaliti selain daripada menyanyi, bermain
alat muzik, membaca notasi atau menghayati muzik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS MUZIK  93

AKTIVITI 5.1

Berdasarkan pengetahuan anda, bincangkan pendekatan Kodaly


dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah.

5.2 KONSEP MUZIK


Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti
tersendiri. Penghasilan muzik yang berkualiti mempunyai penyusunan konsep
muzik yang betul dan terperinci. Konsep muzik merangkumi irama, melodi,
harmoni, warna ton, tekstur, bentuk dan ekspresi. Kita akan melihat tujuh unsur
muzik ini secara terperinci.

(a) Melodi
Rajah 5.2 di bawah menunjukkan elemen-elemen yang terdapat dalam
melodi.

Rajah 5.2: Elemen-elemen dalam melodi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS MUZIK

Melodi mengandungi pic rendah, sederhana dan tinggi. Contohnya lagu


„Rasa Sayang‰.

Pic adalah sesuatu bunyi yang tinggi atau rendah.

Jeda ialah jarak pic di antara dua not. Contoh jeda iaitu do re mi (jeda tiga).

Skel ialah susunan lapan not dalam satu tanda nada dimainkan mengikut
langkah tertentu. Contoh skel C major.

Solfa ialah nyanyian pic menggunakan sebutan not C.

Berikut adalah antara contoh skor muzik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS MUZIK  95

(b) Harmoni
Harmoni ialah gabungan dua atau lebih not yang dibunyikan bersama atau
serentak. Gabungan not-not ini akan membentukkan kod. Kegunaan kod
adalah untuk mengiringi melodi. Rajah 5.3 di bawah menunjukkan elemen-
elemen yang terdapat dalam harmoni.

Rajah 5.3: Elemen-elemen harmoni

(i) Triad
Dengan gabungan tiga not, maka terjadilah kod. Untuk membentuk
triad, not yang digunakan adalah not asas, not ketiga dan not kelima
dari satu skel.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS MUZIK

(ii) Arpeggio
Not-not dalam sesuatu kod boleh dimainkan secara satu persatu,
menaik atau menurun. Susunan not secara ini dinamakan arpeggio
atau kod curai.

(iii) Pergerakan kod


Apabila satu kod bergerak ke satu kod yang lain, ianya disebut
sebagai pergerakan kod. Antara pergerakan kod yang lazim
digunakan adalah pergerakan kod I ăIV ăV. Kod-kod ini dinamakan
sebagai kod primer.

(c) Irama
Gabungan pelbagai jenis nilai not muzik yang berbeza akan menghasilkan
irama yang berbeza. Rajah 5.4 di bawah menunjukkan elemen-elemen yang
terdapat dalam irama.

Rajah 5.4: Elemen-elemen irama

(i) Detik
Bit yang konsisten. Contohnya denyutan jantung.

(ii) Meter
Masa bagi muzik dikawal oleh meter yang ditulis seperti berikut

2 3 4 2 6
4 4 4 2 8

Angka di atas menunjukkan bilangan detik dan angka di bawah pula


menentukan jenis detik.

(iii) Corak Irama


Gabungan nilai not yang berbeza akan menghasilkan corak irama
yang berbeza.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS MUZIK  97

(iv) Rentak
Corak irama tertentu yang digunakan untuk mengiringi nyanyian
atau permainan alat. Contoh rentak masri.

(v) Tempo
Kelajuan sesebuah lagu atau muzik. Contohnya, allegro (cepat)
moderato (kadar sederhana).

(d) Ekspresi
Ekspresi merupakan ciri muzikal yang mempengaruhi sesuatu
persembahan vokal atau instrumental. Ciri muzikal ini ialah dinamik,
istilah dan tanda isyarat. Gabungan aplikasi ciri muzikal boleh
menghasilkan interpretasi tersendiri. Rajah 5.5 berikut menunjukkan
elemen-elemen yang terdapat dalam ekspresi:

Rajah 5.5: Elemen-elemen ekspresi

(i) Dinamik
Simbol-simbol yang berkaitan dengan bunyi kuat atau lembut dalam
muzik
P (piano) ă lembut (soft)
F (forte) ă kuat (loud)

(ii) Istilah
Tempo ă berkaitan dengan kelajuan dalam muzik
Alla marcia ă berentak ‰march‰
Andante ă sederhana cepat
Allegro ă rancak dan cepat
Coda ( ) ă bahagian tambahan dalam sesuatu ciptaan
Da capo (D.C) ă dari permulaan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS MUZIK

Dal Segno (D.S) ă dari tanda segno


Fine ă tamat
Moderato ă sederhana
Segno ă tanda

(iii) Tanda Syarat


Simbol-simbol yang digunakan dalam notasi muzik ada maksudnya
yang khusus. Contohnya:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS MUZIK  99

(e) Bentuk
Karya muzik mempunyai susunan struktur tersendiri. Karya yang
mempunyai struktur dua bahagian dinamakan binari atau bentuk AB.

Contohnya, penyusunan idea muzik dalam bentuk berikut:


(i) Bentuk dua bahagian
(ii) Bentuk tiga bahagian
(iii) Bentuk rondo
(iv) Bentuk strofik
(v) Bentuk tradisional

(f) Warna Ton


Bunyi mempunyai sifat dan kualiti tersendiri dan ini dinamakan warna ton
dalam muzik. Contoh bunyi yang mempunyai warna ton yang berbeza
ialah:
(i) Suara lelaki dengan suara perempuan;
(ii) Suara perempuan dengan suara pelajar;
(iii) Suara orang menjerit dengan suara berbisik;
(iv) Tepukan tangan dengan petikan jari;
(v) Ketukan batu dengan ketukan kayu;
(vi) Kicauan burung dengan salakan anjing;
(vii) Geseran gelas dengan ketukan kayu;
(viii) Paluan gong dengan gesekan biola; dan
(ix) Petikan gitar dengan tiupan trumpet

Warna ton bagi bunyi berbeza berdasarkan bahan pembuatan alat tersebut
serta cara ianya dimainkan. Warna ton dalam sesuatu muzik adalah
seakan-akan sama seperti warna ton dalam sesebuah lukisan. Perkataan
yang digunakan untuk menerangkan warna ton bunyi ialah seperti lembut,
kasar, nyaring, garau, halus, terang, ringan dan berat.

Dalam nyanyian, suara perempuan boleh dikategorikan kepada dua jenis


iaitu soprano dan alto, manakala suara lelaki boleh dikategorikan kepada
tiga jenis iaitu bariton, tenor dan bes. Setiap jenis suara ini mempunyai
warna ton tertentu. Dalam nyanyian koir yang mempunyai pelbagai jenis
suara, hasilan warna tonnya adalah menarik dan harmonis.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS MUZIK

Dalam permainan gabungan alat muzik seperti permainan orkestra,


terdapat alat tali, alat tiup brass, alat tiup kayu dan genderang. Setiap alat
mempunyai pembuatan dan cara mainan tersendiri yang boleh
menghasilkan pelbagai warna ton. Begitu juga keadaannya dalam
permainan ensemble alat tradisional di mana terdapat gabungan warna ton
alat ketukan logam, alat ketukan kayu dan alat tiupan buluh. Permainan
yang mempunyai gabungan alat-alat seperti ini boleh menghasilkan warna
ton yang menarik dan indah didengar.

(g) Jalinan
Jalinan muzik merupakan satu ciri cara pemuzik mengadunkan bunyi
muzik agar menjadi lebih menarik dan diminati ramai.

Jalinan boleh dibahagikan kepada:

(i) Monofoni
Ini berlaku apabila muzik itu hanya dimainkan pada melodi sahaja
iaitu tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja.
Tiada iringan (no accompaniment) bermaksud penggunaan satu alat
muzik sahaja.

(ii) Homofoni
Ini berlaku apabila melodi diiringi oleh alat muzikal yang berharmoni
yang mempunyai kod seperti gitar, piano, organ dan sebagainya.

(iii) Polifoni
Ini berlaku apabila satu atau dua melodi dibunyikan berterusan
dengan menggunakan alat iringan.

AKTIVITI 5.2

1. Nyatakan lima contoh warna ton yang berbeza.

2. Cuba hasilkan bunyi warna ton yang berbeza dengan


menggunakan anggota badan seperti:

Bibir Gigi
Lidah Suara
Jari Tangan
Kaki

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS MUZIK  101

5.2.1 Kemahiran Muzikal


Kemahiran muzikal penting untuk membina kemahiran menyanyi dan bermain
alat muzik secara solo dan ensemble dengan teknik yang betul. Ia membolehkan
pelajar mengalami, menikmati dan menilai persembahan muzik serta
mengamalkan nilai-nilai murni. Di bawah ini, kemahiran muzikal telah
dibahagikan kepada tiga komponen besar dalam pendidikan muzik:
Ć Kemahiran muzikal nyanyian
Ć Kemahiran muzikal muzik dengan gerakan
Ć Kemahiran muzikal permainan alat muzik

(a) Kemahiran Muzikal Nyanyian


(i) Mengetahui dan membina teknik menyanyi berasaskan elemen-
elemen berikut:
 Postur
 Pernafasan
 Sebutan
 Artikulasi
 Ekspresi
 Penghasilan ton (register)
 Memfrasa

(ii) Membina kemahiran menyanyi


 Kemahiran Individu
 menyanyi pelbagai jenis lagu secara solo
 menyanyikan skel: jeda, arpeggio menaik dan menurun
 menyanyikan semula keratan lagu yang didengarkan
 menyanyi serta-merta mengikut skor muzik

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS MUZIK

 Kemahiran Ensemble
 menyanyi dalam ensemble vokal secara senada
 menyanyi secara ensemble vokal secara berharmoni dalam
lapisan suara soprano, alto dan tenor.
 mendengar secara aktif dan selektif

(b) Kemahiran Muzikal Muzik dengan Gerakan


(i) Bergembira bergerak dengan muzik
(ii) Melibatkan diri secara aktif
(iii) Mendengar secara aktif dan selektif
(iv) Melahirkan ekspresi diri melalui pergerakan
(v) Memahami konsep muzik melalui pergerakan
(vi) Mengenali aspek budaya yang berkaitan dengan pergerakan dengan
muzik
(vii) Meneroka dan menginterpretasi muzik melalui gerakan
(viii) Memupuk nilai yakin diri, disiplin diri dan daya estetika muzik.

(c) Kemahiran Muzikal Permainan Alat Muzik


(i) Gembira bermain alat muzik
(ii) Melibatkan diri secara aktif
(iii) Mendengar secara aktif dan selektif
(iv) Bermain alat muzik secara muzikal dan terkawal
(v) Memahami dan mengaplikasi konsep muzik dalam permainan alat
(vi) Mengenali alat muzik tradisional
(vii) Membuat improvisasi secara meneroka konsep muzik melalui aktiviti
alat permainan
(viii) Memupuk nilai yakin diri, disiplin diri dan daya estetika muzik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS MUZIK  103

5.3 PENYAMPAIAN KONSEP MUZIK DALAM


AKTIVITI MUZIKAL
Dalam subtopik ini, kita akan mengkaji dengan lebih lanjut penyampaian konsep
muzik dalam aktiviti muzikal seperti nyanyian, muzik dengan gerakan dan
permainan alatan muzik.

5.3.1 Nyanyian
Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur,
pendengaran, sebutan, pernafasan dan teknik pengeluaran suara. Kegiatan
ensemble vokal diadakan bagi memastikan penglibatan semua pelajar adalah
harmonis dan seimbang. Amalan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan
disiplin diri dan kerjasama diutamakan dalam kegiatan ensemble. Penerapan
nilai-nilai murni juga dipupuk melalui lirik lagu terutama melalui lagu yang
berunsur budaya tanah air masyarakat Malaysia. Konsep muzik yang ditegaskan
dalam bidang nyanyian ialah melodi dan irama.

Antara kegiatan yang diadakan adalah seperti berikut:

(a) Mari Menyanyi


(i) Menyanyi lagu yang digemari ă lagu beraksi
 Lagu berentak tradisional
 Lagu pusingan
 Lagu suara berlapis
(ii) Menyanyi secara spontan dan hafalan
(iii) Menyanyi dengan menggunakan skor muzik

(b) Menyanyi Secara Muzikal


(i) Menyanyi lagu dalam pelbagai meter dengan memberi penegasan
kepada tekanan dan latihan sebutan berirama
(ii) Menyanyi pelbagai jenis lagu dengan memberi tumpuan kepada:
 Pic, tempo, corak irama, melodi
 Ekspresi mengikut mud dan dinamik

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS MUZIK

(c) Teknik dan Cara Menyanyi


(i) Membuat latihan vokal dengan memberi tumpuan kepada latihan
skel dan warna ton
(ii) Membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal bentuk kontur,
urutan dan rangkai lagu dengan tumpuan kepada
 Pernafasan
 Pengeluaran suara
 Artikulasi
 Sebutan
 Postur

(d) Meneroka dan Mengenal Muzik Nyanyian


(i) Mendengar dan menyanyi dalam beberapa jenis jalinan suara seperti
monofoni dan polifoni.
(ii) Membuat pelbagai improvisasi dengan mengolah konsep muzik
seperti pic, irama dan lirik seperti cara nyanyiannya.
(iii) Mendengar dan menilai pelbagai jenis lagu dan nyanyian dari aspek:
 Lirik
 Melodi
 Cara menyanyi
 Cara persembahan
(iv) Mendengar secara bebas dan berpandu dengan memberi perhatian
kepada konsep muzik dan jenis muzik vokal.
(v) Berbual mengenai sesuatu lagu dari segi cara hidup, alam sekitar,
lagenda dan tokoh.
(vi) Memberi respon mengikut lagu dari segi perasaan dan pengalaman diri.
(vii) Mendengar dan mengenali pelbagai jenis lagu yang berunsur
tradisional dan lagu dari negara lain.

AKTIVITI 5.3
Anda akan mengajar konsep tempo cepat dan lambat dalam bidang
permainan alat muzik kepada pelajar Tahun Dua. Nyatakan langkah-
langkah yang akan anda ambil dalam penyampaian konsep tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS MUZIK  105

5.3.2 Muzik dengan Gerakan


Muzik dengan pergerakan memberi peluang kepada pelajar menggunakan
tubuh badan sebagai respon kepada muzik. Kegiatan dalam bidang ini
mementingkan kesedaran penggunaan semua anggota badan untuk melahirkan
ekspresi diri melalui rangsangan muzik yang didengar sambil memahami
konsep muzik khususnya irama dan ekspresi. Terdapat lima jenis kegiatan
pergerakan dengan muzik yang disusun mengikut perkembangan dari yang
mudah kepada yang kompleks. Kegiatannya adalah seperti berikut:
(a) Gerakan mengikut lirik lagu
(b) Gerakan mengikut konsep muzik
(c) Interpretasi muzik dengan gerakan
(d) Gerakan bebas dengan muzik
(e) Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema dengan muzik

Pergerakan ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang


dilahirkan secara simbolik. Terdapat empat unsur pergerakan iaitu:

(a) Imbangan Berat Badan


Faktor ini berkaitan dengan tenaga apabila bergerak, menegang otot dan
membuat pegangan. Bahagian anggota bawah badan (paras pusat ke
bawah) mencerminkan tenaga kekuatan, manakala bahagian anggota atas
badan (paras pusat ke atas) mencerminkan keringanan. Pergerakan yang
kuat memerlukan tenaga otot dan ketegangan otot tetapi pergerakan yang
ringan pula memerlukan sedikit sahaja tenaga otot.

(b) Ruang
Pastikan ada ruang di sekeliling anggota badan. Dari satu tempat yang
tetap kita boleh menggerakkan badan ke merata-rata arah dan aras
tertentu. Ruang ini dinamakan „lingkungan pergerakan‰. Pergerakan ini
boleh dibuat mengikut cara-cara berikut:
(i) Dari jauh menuju ke pusat badan.
(ii) Dalam ruang yang ada mengelilingi badan, bergerak mengikut aras.
(iii) Dengan kaki, tangan, dekat atau jauh dari badan. Apabila sesuatu
pergerakan badan boleh dibuat dalam ruang, badan boleh membuat
pelbagai bentuk seperti panjang, bulat, luas dan sebagainya.

Bila sahaja badan digerakkan, ia bergerak ke kawasan umum. Beberapa


pergerakan boleh dibuat dalam beberapa arah seperti ke depan, belakang,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS MUZIK

sisi, atas dan bawah. Aras tinggi boleh dicapai dengan menghulur,
melonjak dan berguling di atas lantai.

(c) Masa
Faktor ini melibatkan pergerakan yang cerdas dan banyak apabila
membuat sesuatu pergerakan. Tiap-tiap pergerakan menggunakan masa;
pergerakan yang cepat menggunakan sedikit masa dan pergerakan yang
lambat menggunakan banyak masa.

Kederasan pergerakan itu atau penurutan pergerakan tidak semestinya


berterusan. Had kederasan boleh dibentuk menjadi rentak. Kualiti masa
boleh ditunjukkan dengan pergerakan kawal lambat atau serta-merta.

Mengawal kederasan pergerakan amat penting untuk mengelakkan


kemalangan. Kebolehan mempercepat atau melambat, memberhenti atau
memulakan sesuatu pergerakan serta-merta sangat perlu untuk kawalan
dan kemahiran dalam pergerakan.

(d) Aliran
Aliran pergerakan boleh dikawal atau bebas. Pergerakan terkawal ialah
pergerakan yang boleh diberhentikan dengan mudah pada bila-bila
masa sahaja.

Pergerakan bebas susah hendak diberhentikan dengan serta-merta. Aliran


pergerakan dalam satu gerakan atau beberapa gerakan boleh berpanjangan
atau terputus. Pergerakan yang berpanjangan boleh melicinkan gerakan itu.

AKTIVITI 5.4

Muzik dengan pergerakan merupakan satu cabang pendidikan muzik


yang sangat diminati oleh setiap pelajar:
(a) Nyatakan dua unsur pergerakan yang diberi keutamaan dalam
pengajaran dan pembelajaran muzik dengan pergerakan.
(b) Bincangkan tiga jenis kegiatan muzik dengan pergerakan untuk
pelajar sekolah rendah.

5.3.3 Permainan Alatan Muzik


Permainan alat muzik melatih pelajar dalam kordinasi mata, pendengaran dan
psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS MUZIK  107

Bidang ini menggalakkan pelajar meneroka dan mengeksperimen pelbagai


alatan muzik termasuk pengunaan anggota tubuh badan mereka. Seterusnya,
kegiatan dalam bahagian ini memberi latihan asas untuk pendengaran secara
selektif, teknik permainan alat dan kreativiti melalui improvisasi susunan bunyi.
Pelajar berpeluang merasai hasilan bunyi melalui penglibatan mereka bermain
alat muzik.

Terkandung dalam bidang permainan alat muzik ialah amalan bekerjasama yang
berlaku dalam kegiatan permainan alat secara ensemble. Konsep muzik yang
ditegaskan dalam permainan alat ialah corak irama, warna ton, melodi dan
ekspresi. Kebanyakan alat muzik yang digunakan dalam permainan alat secara
ensemble ini ialah alatan genderang, melodian, rekoder dan pilihan beberapa
alat tradisional tempatan yang difikirkan sesuai.

 Topik ini lebih memberi pengetahuan asas dalam muzik. Ia merangkumi


pengertian muzik serta matlamat dan objektif pendidikan muzik di Malaysia.

 Beberapa pendekatan muzik yang menjadi panduan kepada guru untuk


mengajar pendidikan muzik adalah seperti Carl Orff, Dalcroze, Suzuki,
Kodaly dan Gordon.

 Di samping itu, penekanan terhadap konsep muzik yang hendak


disampaikan juga diberi penerangan secara teliti berserta dengan aktiviti-
aktiviti yang biasa dijalankan semasa berinteraksi dalam pengajaran dan
pembelajaran.

 Terdapat tiga komponen bidang penting yang diberi tumpuan dalam


mengajar pendidikan muzik iaitu bidang nyanyian, muzik dengan
pergerakan dan permainan alat muzik.

Homofoni Monofoni
Kemahiran ensemble Polifoni
Komposisi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS MUZIK

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik


Sekolah Rendah (Semakan). Kuala Lumpur: PPK.
Loh, P. K. (1991). A Handbook of music theory. Kuala Lumpur: Penerbit
Muzikal.
Taylor. E. (1989). The AB guide to music theory, Part 1. Great Britain: Associated
Board.
Hargreaves, D. J. & Zimmerman, M. P. (1992). Development theories of music
learning. In R. Colwell (Ed.), Handbook of Research on Music Teaching and
Learning. (377-391). New York: Schirmer Books.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like