Official Letter Pertubuhan AKAL Malaysia - Permohonan Bas

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PERTUBUHAN AMAL DAN KEBAJIKAN AES-LC MALAYSIA

(PERTUBUHAN AKAL MALAYSIA) NO. PENDAFTARAN PPM-011-07-30042015

Lot

PT 84149a, OFF Jalan Tambun Batu 5,


31400, Tambun, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

No. Ruj : AKAL/MARA/DISEMBER16/001


Tarikh : 4 Disember 2016

Tuan,

PERMOHONAN PENGANGKUTAN BAS UNTUK PERTUBUHAN AMAL DAN KEBAJIKAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pertubuhan Amal Dan Kebajikan AES – LC Malaysia atau singkatannya adalah AKAL Malaysia
merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan oleh sekumpulan anak muda yang
amat berprihatin dan berkebajikan terhadap permasalahan yang dialami oleh kanak-kanak dan bayi
istimewa, anak-anak yang kurang bernasib baik serta warga masyarakat yang tidak berkemampuan.
Pertubuhan ini secara rasminya ditubuhkan dengan Pendaftaran bernombor PPM-011-07-30042015.

3. Untuk maklumat pihak tuan, pertubuhan ini mempunyai sebuah madrasah di Bukit
Beirut,Mengkuang, Baling iaitu MADRASAH TAQRIBUL IKHWAN FI FUTUHIR RAHMAN atau nama
singkatannya MATIF telah dibina diatas sebuah Tanah Wakaf yang berkeluasan 36 relong. Madrasah
ini mempunyai hampir 300 pelajar yang majoritinya terdiri daripada anak asnaf dan juga anak yatim.
Madrasah berikut terletak di kawasan pendalaman dan adalah amat sukar bagi pelajar berkenaan
untuk keluar masuk ke pekan yang berhampiran.
Sehubungan dengan itu, saya amat mengalu-alukan sekiranya ada bantuan bas dari pihak tuan
kepada pertubuhan amal kebajikan ini di dalam menguruskan pelajar pelajar tersebut terutama
sekali untuk menunaikan solat jumaat. Bersama ini juga saya sertakan profil Pertubuhan untuk
rujukan pihak tuan. Pihak kami bersedia untuk hadir perbincangan sekiranya diperlukan.

4. Kerjasama dari pihak tuan amatlah saya harapkan dan saya dahulukan dengan ribuan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

PERTUBUHAN AKAL MALAYSIA

MOHD ZULKHAIR BIN ABU KASSIM


TIMBALAN PENGERUSI

s.k.: Tn. Halim bin Din, Pengerusi Pertubuhan AKAL Malaysia


Tuan Ahmad Faiz bin Mazlan, Setiausaha Pertubuhan AKAL Malaysia
Tuan Zulhilsham bin Mat Diam, Bendahari Pertubuhan AKAL Malaysia

You might also like