Kisah Abu Bakar As-Siddiq

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Abu Bakar As-Siddiq, Khalifah pertama

Khulafa Ar-Rasyidin
 by Najihah Zainal
 September 19, 2022

Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA merupakan sahabat yang paling akrab dengan
Nabi Muhammad SAW. Nama sebenar beliau ialah Abdullah Bin Abu Quhafah.
Sesetengah riwayat menyebut nama asal beliau sebelum memeluk Islam ialah
Abdullah Kaabah. Beliau dilahirkan di kota Mekah dua tahun selepas kelahiran nabi.

Saidina Abu Bakar merupakan bapa kepada Saidatina Aisyah isteri Rasullullah
SAW. Selain itu, beliau juga dikatakan lelaki pertama yang memeluk Islam setelah
isteri baginda. Beliau digelar As-Siddiq kerana membenarkan segala perkataan dan
tindakan Rasullullah SAW rentetan peristiwa Isra’ Mikraj nabi.

Abu Bakar As-Siddiq dikenali dengan sifat mahmudah seperti berani, lembut,
penyayang serta pemurah. Sifat pemurah Sahabat nabi ini dapat dibuktikan dengan
kesediaan beliau membelanjakan seluruh hartanya semasa Perang Tabuk dimana
beliau hanya meninggalkan Allah dan Rasul untuk keluarganya. Bilal Bin Rabah
merupakan salah seorang hamba yang dimerdekakan oleh Abu Bakar.

Peristiwa Kewafatan Nabi Muhammad SAW

Pada tanggal 8 Jun 632M, Nabi Muhammad SAW telah wafat tanpa meninggalkan
wasiat calon yang bakal menggantikan tampuk kepimpinan baginda. Umat Islam
yang terdiri daripada kaum Muhajirin dan Ansar telah bermusyawarah untuk melantik
khalifah pertama bagi menggantikan baginda.

Beliau telah mencalonkan Umar Al-Khattab mewakili kaum Muhajirin manakala Abu
Ubaidah mewakili kaum Ansar. Kedua-dua calon telah menarik diri malah Saidina
Umar mencalonkan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah disokong oleh Abu Ubaidah.

Cadangan ini mendapat sokongan majoriti umat Islam lalu Saidina Abu Bakar
diangkat sebagai khalifah pertama Khulafa Ar-Rayidin melalui sistem syura’. Pada
awal musyawarah, pelantikan Abu Bakar mendapat tentangan daripada keluarga
nabi seperti Ali Bin Abi Talib. Namun, Saidina Ali juga telah menyatakan bai’ahnya
kepada Saidina Abu Bakar tidak lama kemudian.

Sumbangan Saidina Abu Bakar sepanjang


Pemerintahannya

1. Memerangi golongan Murtad dan golongan enggan membayar zakat

Setelah Saidina Abu Bakar menjadi khalifah, beliau mendapat tentangan hebat
daripada golongan Riddah dan juga mereka yang enggan membayar zakat. Hal ini
kerana, ada diantara mereka yang hanya memeluk Islam kerana kehebatan dakwah
Nabi Muhammad SAW. Selepas baginda wafat, mereka telah berpaling dari Islam.

Terdapat juga orang yang mengaku dirinya nabi. Dia ialah Musailamah al-Kazzab
dimana dia telah ditumpaskan oleh Khalid al-Walid di dalam suatu pertempuran.
Beliau tidak mahu berkompromi dengan mereka yang enggan membayar zakat
kerana tidak mahu membayar zakat bermaksud mereka ingkar pada rukun Islam
yang kelima itu.

2. Penulisan Al-Quran

Usaha memerangi golongan riddah telah menyebabkan ramai sahabat dan


penghafal Al-Quran terkorban. Ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan
sahabat yang risau akan berlaku penyelewengan terhadap kandungan Al-Quran.

Justeru, para sahabat mencadangkan supaya para penghafal dikumpulkan dan Al-
Quran dapat dibukukan. Cadangan ini disambut baik oleh Saidina Abu Bakar. Zaid
bin Thabit diamanahkan untuk menulis semula naskhah yang terdapat dalam
simpanan pada kulit kayu, pelepah tamar dan kulit binatang.

3. Perluasan Empayar Islam


Saidina Abu Bakar tetap meneruskan peninggalan nabi dengan mengukuhkan
ketenteraan bagi menggempur barisan tentera Rom dan Parsi. Rom yang pada
ketika itu menguasai Mesir, penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum serta
beragama Kristian.

Disebabkan kezaliman pemerintahannya, agama Islam mudah diterima oleh


penduduk Rom. Wilayah Islam juga dapat diperluaskan sehingga ke Parsi, dimana
Khalid al-Walid yang mengetuai ketenteraan berjaya menakluki Parsi dengan
mudah.

Peristiwa Penting

Penghijrahan ke Madinah

Setelah mendapat wahyu daripada Allah untuk berhijrah ke Madinah, Rasulullah


SAW menyusun strategi supaya penghijrahan baginda dan kaum Muhajirin berjaya
meskipun dihalang kaum musyrikin Quraisy. Dia ditugaskan untuk menjadi benteng
pertahanan terakhir baginda dimana beliau menemani baginda disepanjang
perjalanan nabi ke Madinah.

Mereka bersembunyi di Gua Thur bagi mengelakkan daripada kepungan orang


Quraisy. Saidina Abu Bakar merasakan amat mustahak baginya untuk melindungi
kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad SAW. Menurut riwayat, tangan beliau cedera
akibat dipatuk ular yang terdapat di gua bagi menyelamatkan nabi.

Allah berfirman dalam Surah At-Taubah ayat 40 ,

“Jika kamu tidak mahu menolong dia (Muhammad) sesungguhnya Allah telah
menolongnya, iaitu ketika orang kafir mengusirnya, semasa mereka berdua di gua
itu ia berkata kepada temannya, janganlah engkau berduka cita, sesungguhnya
Allah bersama-sama kita”. (At Taubah : 40)

Ayat ini jelas menyebut tentang kebimbangan seorang sahabat terhadap kekasih
Allah yang mana Allah memberi jaminan keselamatan dan ketenangan terhadap
orang yang membantu perjuangan baginda. Firman ini menunjukkan Allah juga
melindungi Saidina Abu Bakar.

Kewafatan Saidina Abu Bakar


Pada tanggal 7 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah selepas memimpin umat Islam selama
2 tahun 3 bulan, beliau meninggal dunia setelah demam. Jenazah beliau
dimakamkan disamping makam Nabi Muhammmad SAW.

Semasa sakit, beliau sempat menamakan pengganti beliau setelah bermusyawarah


bersama para sahabat dan mengarahkan Saidina Uthman untuk menulis wasiat
tersebut. Keputusan beliau mendapat persetujuan para sahabat seterusnya politik
Islam dapat diperkukuhkan melalui tindakan Saidina Abu Bakar.

You might also like