Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

LAPORAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC)

SEM 1 (2019/2020)

NO KUMPULAN: K17G4

NAMA PENSYARAH: ENCIK MOHAMAD PIRDAUS BIN YUSOH

SENARAI AHLI KUMPULAN:

NO. MATRIK NAMA


S42030 LAU WAI YAP
S47267 NOR FAZILLA BINTI MOHD ZAKI
S48835 AIN NATASHA BINTI BADRUL HISHAM
S48122 NURUL SUHADA BINTI ABDUL RAHMAN
S44780 NUR KHAIRUNNISA BINTI ISMAIL
S48593 FATIN NUR IZZATI BINTI MOHD FADZIL

SUBJEK : ASAS KEUSAHAWANAN (MPU3223 @ PAL3000)


TAJUK LAPORAN : BUSINESS MODEL CANVAS (BMC)

1
ISI KANDUNGAN

Bil. Kandungan Muka Surat

1. Nama Syarikat dan Idea Perniagaan 3

2. Carta Organisasi 4

3. Pengenalan 5

4. Business Model Canvas (BMC) 6

5. Value Proposition 7

6. Customer Segments 8

7. Channels 9

8. Customer Relationship 10

9. Revenue Streams 11

10. Key Activities 12

11. Key Resources 14

12. Key Partners 16

13. Cost Structures 17

14. Kesimpulan 18

2
NAMA SYARIKAT DAN IDEA PERNIAGAAN

Syarikat kami diberi nama Ez Clean. Ez sebenarnya singkatan daripada perkataan


Easy yang membawa maksud mudah. Manakalah perkataan Clean membawa
maksud bersih dalam Bahasa Melayu. Secara ringkasnya, syarikat kami diberi
nama Ez Clean bersempena dengan perkhidmatan yang kami tawarkan kepada
pelanggan iaitu perkhidmatan pembersihan dan mencuci rumah.

Selain itu, Ez Clean juga ada menawarkan beberapa produk pencuci yang diberi
nama Ez Total Clean. Produk pencuci ini terdiri daripada pelbagai variasi bau
buah-buahan yang boleh dipilih oleh pelanggan mengikut pilihan mereka. Antara
produk-produk yang kami jual termasuklah pencuci lantai, pencuci perkakas
dapur, pencuci tandas, dan pencuci tingkap. Bahan yang digunakan dalam pencuci
ini merupakan bahan mesra alam dan dapat membasmi kuman dengan baik.

Idea perniagaan ini tercetus kerana pada masa kini, kesibukan kerja menjadi punca
utama wujudnya perkhidmatan pembersihan rumah dan sebagainya. Disebabkan
masalah ini, Ez Clean telah mengambil peluang dengan menyediakan
perkhidmatan dalam bidang pembersihan. Secara umumnya, memang ramai yang
memerlukan perkhidmatan ini kerana terperangkap dalam kesibukan kerja
sehingga menyumbang kepada kesuntukan masa untuk melakukan kerja-kerja
pembersihan rumah.

Seperti namanya Ez clean, ia akan memudahkan orang ramai mendapatkan


perkhidmatan membersih dan mengemas rumah secara sementara. Tambahan lagi,
pelanggan hanya perlu mengupah pekerja Ez Clean untuk satu sesi tanpa perlu
komitmen untuk membayar gaji pekerja secara bulanan.

3
CARTA ORGANISASI

Fatin Nur Izzati Binti Mohd Fadzil


Pengurus

Nurul Suhada Binti Abdul Rahman


Timbalan pengurus

Ain Natasha Binti Badrul Hisham


Setiausaha

Nur Khairunnisa Binti Nor Fazilla Binti Lau Wai Yap


Ismail Mohd Zaki
Pegawai Kewangan Pegawai Operasi Pegawai Pemasaran

4
PENGENALAN

Business Model Canvas (BMC) adalah satu model atau alat yang digunakan dalam
perancangan sesuatu projek, perniagaan, bisnes dan syarikat yang diusahakan. BMC
merupakan model kanvas yang boleh memberikan gambaran secara komprehensif mengenai
bisnes atau perniagaan yang diusahakan.
Terdapat sembilan elemen penting dalam BMC iaitu
i. Value Proposition
ii. Customer Segments
iii. Channels
iv. Customer Relationships
v. Revenue Streams
vi. Key Activities
vii. Key Resources
viii. Key Partners
ix. Cost Structures

BMC dapat menerangkan setiap elemen dan segmen dengan lebih terperinci. Selain itu, BMC
juga dapat membantu pengurusan sesebuah bisnes atau perniagaan untuk menjadi lebih
efisien, strategik dan sistematik. Konsep BMC yang mudah difahami dan relevan juga
memudahkan para usahawan untuk memantau tahap pencapaian perniagaan serta menangani
masalah yang timbul.

5
BUSINESS MODEL CANVAS (BMC)

Key Partners Key Activities Value Propositions Customer Customer Segments


Relationships
1) Pengiklanan 1) Harga berpatutan.
1) EzClean.com 2) Menerima pesanan 1) Maklum balas pelanggan. 1) Pelajar-pelajar
2) Tenaga pekerja yang 2) Komuniti di media sosial.
3) Peralatan mencuci universiti yang
2) Tenaga pekerja 4) Bahan pencuci terlatih dan 3) Aplikasi. tinggal di rumah
5) Tenaga pekerja bertangungjawab. 4) Diskaun bagi pelanggan
luar 6) Mencuci dan tetap. sewa dan asrama
3) Perkhidmatan yang
membersih 5) Menyediakan kupon dan 2) Masyarakat
3) Easy Grab selamat dan boleh baucar. setempat yang
dipercayai.
4) Dozee Sdn. Bhd. tinggal di
Key Resources 4) Sabun pencuci yang Channels kawasan sekitar
5) TLC Green Eco- mesra alam.
1) Sumber fizikal 1) Offline – Brosur dan Kuala Nerus
5) Alatan membersih yang
Friendly Enterprise banting
2) Sumber kewangan canggih dan berteknologi 2) Online – Website dan
tinggi. media sosial seperti
3) Sumber manusia Facebook, Instagram dan
Whatsapp

Cost Structure Revenue Streams

Fixed cost Variable cost 1) Hasil pendapatan daripada kerja pembersihan.


1) Peralatan 2) Hasil penjualan bahan pencuci yang mempunyai
1) Pemasaran 2) Pengangkutan variasi bau.
3) Gaji pekerja

6
1. Value Proposition

Tawaran nilai atau value proposition merujuk kepada nilai yang ingin dibina bagi
sesuatu produk dan perkhidmatan yang disediakan. Nilai-nilai tersebut juga perlulah
dapat memberi kepuasan kepada pelanggan dan pengguna.

Ez Clean menjalankan perkhidmatan pembersihan rumah yang merangkumi membersih,


dan mencuci. Antara nilai-nilai yang Ez Clean tawarkan bagi perkhidmatan pembersihan
rumah termasuklah:

i. Perkhidmatan pembersihan rumah yang menawarkan harga yang berpatutan dengan


caj sebanyak RM15 bagi setiap satu jam pembersihan.

ii. Mempunyai tenaga pekerja yang terlatih dan bertanggungjawab.

iii. Perkhidmatan yang selamat dan boleh dipercayai.

iv. Menggunakan sabun pencuci yang mempunyai bahan-bahan yang mesra alam dan
tidak mencemarkan alam sekitar.

v. Menggunakan alatan membersih yang canggih dan berteknologi tinggi.

7
2. Customers Segments

Customer segments atau sasaran pelanggan merujuk amalan membahagikan pelanggan


mengikut kumpulan individu yang mempunyai persamaan dalam aspek tertentu, seperti
umur, jantina, minat, pendapatan dan tabiat perbelanjaan. Sasaran pelanggan amat
penting kerana mampu memberi keuntungan yang berpanjangan dalam sesuatu
perniagaan dan perkhidmatan, selain boleh memfokuskan pemasaran kepada golongan
yang berpotensi untuk mendapatkan perkhidmatan atau produk Ez Clean.

Antara sasaran pelanggan yang Ez Clean fokuskan termasuklah masyarakat setempat dan
pelajar-pelajar universiti yang menetap di hostel mahupun di rumah sewa sekitar kawasan
Kuala Nerus. Ez Clean memberikan tumpuan kepada pelajar-pelajar universiti dan
masyarakat setempat sebagai sasaran pelanggan disebabkan kesibukan kerja seharian dan
tugasan yang menyebakan mereka mempunyai kesulitan untuk membersihkan rumah
mereka.

8
3. Channels

Fungsi channels atau saluran adalah untuk memasarkan servis atau sesuatu perniagaan
kepada orang luar. Selain itu, saluran juga dijadikan satu medium untuk mendapatkan
maklum balas daripada pelanggan serta menarik lebih ramai lagi pelanggan untuk
menggunakan servis ini. Ez Clean menggunakan dua saluran iaitu saluran luar talian dan
dalam talian.

Bagi luar talian, Ez Clean membuat banting dan brosur untuk mempromosikan
perkhidmatan pembersihan rumah. Bagi dalam talian, Ez Clean mempromosikan
menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram, dan Whatsapp dimana pada
zaman yang serba moden ini ramai orang menggunakan media sosial untuk berniaga dan
sebagainya. Melalui media sosial juga pihak Ez Clean dapat melihat komen atau maklum
balas daripada pelanggan.

9
4. Customer Relationship

Hubungan dengan pelanggan adalah sangat penting dalam setiap perniagaan kerana
dengan mewujudkan satu hubungan yang baik dengan pelanggan, dapat membantu Ez
Clean untuk mendapatkan pelanggan tetap serta mengekalkan tempahan servis Ez Clean.
Pelanggan tetap sangat penting dalam kelestarian bisnes. Antara cara Ez Clean ingin
mewujudkan hubungan baik dengan pelanggan adalah dengan mengambil pekerja yang
baik, mesra, rajin dan amanah.

Pihak Ez Clean juga mewujudkan satu medium untuk pelanggan memberikan maklum
balas. Hal ini kerana, pendapat dari pelanggan adalah sangat penting untuk organisasi Ez
Clean bagi membaiki mutu servis. Tambahan lagi, pihak Ez Clean juga mewujudkan satu
komuniti di media sosial untuk kekal berinteraksi dengan pelanggan-pelanggan
terutamanya pelanggan tetap Ez Clean. Akhir sekali, Ez Clean juga memberikan kupon
atau baucar kepada pelanggan tetap untuk mendapatkan diskaun pada tempahan yang
seterusnya.

10
5. Revenue Streams

i. Hasil pendapatan daripada kerja pembersihan.

a. Hasil yang diperoleh akan dibahagikan secara sama rata iaitu 50% kepada para

pekerja dan 50 % kepada syarikat Ez Clean.

ii. Hasil penjualan bahan pencuci yang mempunyai variasi bau.

a. Hasil jualan yang diperoleh akan digunakan sebagai modal untuk menyediakan
balik bahan-bahan yang digunakan semasa pekhidmatan pembersihan rumah.

11
6. Key Activities

Key Activities merupakan tujuan untuk mengetahui apakah aktiviti utama yang
mendatangkan aliran pendapatan dalam perniagaan yang dijalankan. Ia melibatkan
aktiviti hubungan antara usahawan terhadap pelangganya. Antara tiga kategorinya
ialah produksi atau penghasilan, kaedah penyelesaian masalah dan rangkaian serta
agen.

Antara aktiviti yang Ez Clean lakukan ialah pengiklanan. Pengiklanan bertujuan untuk
mempromosikan servis yang Ez Clean sediakan iaitu perkhidmatan mencuci dan
membersih. Pengiklanan dilakukan melalui aplikasi utama iaitu EzClean.com yang
boleh dimuat turun daripada Google Playstore atau Apple Appstore secara percuma.

Selain itu, Ez Clean juga mempromosikan perkhidmatan pembersihan rumah melalui


Instagram, Facebook dan juga Whatsapp. Melalui aplikasi yang tersedia ini juga Ez
Clean menerima segala tempahan atau pesanan pelanggan. Proses tempahan pula
sangat mudah dimana pelanggan hanya perlu melayari laman web atau hubungi pihak
Ez Clean melalui aplikasi whatsapp untuk melakukan tempahan.

Pelanggan hanya perlu menentukan perkhidmatan yang diperlukan dan menempah


tarikh dan sesi cucian yang bersesuaian dengan masa pelanggan dan mengisi beberapa
maklumat ringkas seperti nama, alamat dan sebagainya. Seterunya, pekerja Ez Clean
juga terdiri daripada rakyat Malaysia sendiri dan telah melalui proses latihan yang rapi.

Selain daripada pengiklanan, Ez Clean turut menyediakan peralatan membersih seperti


mop, penyapu, penyedut hampa gas dan lain-lain lagi. Alatan yang disediakan mampu
mempercepatkan tempoh pembersihan dan kerja dapat dilakukan dengan lebih efisien.
Seterusnya, Ez Clean juga menyediakan serta menggunakan bahan pencuci yang mesra
alam. Bahan pencuci seperti sabun pencuci tandas, sabun pencuci lantai dan lain-lain lagi
yang tidak mengandungi bahan kimia terlarang serta diyakini halal.

Kemudian, aktiviti utama Ez Clean iaitu kerja pembersihan dan mencuci. Pekerja Ez
Clean melakukan kerja-kerja pembersihan seperti menyapu, mengemop lantai,
membersihkan ruang tamu, bilik, stor, dapur, mencuci bilik air serta tandas dan lain-
lain mengikut kehendak pelanggan.

12
Akhir sekali, Ez Clean turut menyediakan pengangkutan kepada setiap pekerja bagi
memudahkan perjalanan pergi dan balik ke kediaman pelanggan.

13
7. Key Resources

Sumber Fizikal

1) Produk pembersihan yang mesra alam.

a) Mengurangkan risiko berbahaya

Produk mesra alam tidak mengandungi bahan kimia toksik yang berbahaya. Ini bermaksud
pengguna terlindung daripada terdedah kepada bahan kimia yang bertoksik dan tidak perlu
risau tentang kegatalan kulit, batuk yang berterusan dan lain-lain yang disebabkan oleh
penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan
pelanggan..

b) Tidak merbahaya kepada alam sekitar

Produk pencuci yang mengandungi bahan kimia berbahaya mungkin akan menyebabkan
alam sekitar turut tercemar. Produk yang mengandungi bahan kimia yang tinggi seperti air
sisa daripada pembersihan rumah akan mengalir ke sungai dan menyebabkan sungai turut
tercemar serta ekosistem dalam sungai juga akan turut terjejas. Produk mesra alam adalah
lebih selamat kerana diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi dan organic serta diyakini
halal.

2) Alatan yang berteknologi tinggi

Alatan pembersihan yang berteknologi tinggi seperti jet air bertekanan tinggi boleh
memainkan peranan yang besar. Apabila perlu membersihkan peralatan atau mana-mana
tempat yang tersumbat dengan kekotoran, jet air yang bertekanan tinggi boleh digunakan
dan hanya perlu mengawal tekanan jet air dan aliran air yang berpatutan. Apabila tekanan
air dapat dikawal dengan baik, pembersihan rumah dapat dijalankan dengan cekap. Masa
yang diperlukan adalah pendek, kesannya adalah baik, dan kecekapan sebenar dapat
dicapai.

14
3) Mudah dihubungi

Teknologi masa kini iaitu secara atas talian telah menjadi salah satu tarikan kepada masyarakat.
Justeru, dengan menggunakan medium ini ianya ternyata menarik lebih ramai pelanggan untuk
menggunakan servis ini kerana ianya hanya berada di hujung jari pengguna sahaja.

Sumber Manusia

Tenaga pekerja yang ramai juga menjadi salah satu punca bagi aliran pendapatan syarikat
Ez Clean. Ini kerana pada masa kini, ramai orang mencari kerja separuh masa untuk
pendapatan sampingan terutamanya dalam kalangan pelajar-pelajar. Dalam perkhidmatan
ini, tenaga mereka amat diperlukan dalam menjadikan syarikat Ez Clean sebuah syarikat
yang maju dan dikenali ramai.

Sumber Kewangan

Keuntungan yang diperoleh juga merupakan salah satu sumber untuk membeli barang-
barang dan produk pembersihan yang telah digunakan dan dapat membayar gaji para
pekerja.

15
8. Key Partners

Key Partners adalah sumber-sumber yang terlibat yang menggerakkan dalam sesuatu
perniagaan, syarikat, projek dan bisnes yang dijalankan. Key Partners juga dikenali
sebagai outsorces syarikat. Tapi bukanlah sumber terpenting dalam keseluruhan operasi
syarikat tetapi sumber yang menggerakkan bisnes itu untuk beroperasi.

Dalam memastikan kerja atau perkhidmatan Ez Clean dapat dilakukan dengan


efisien, Ez Clean mendapatkan barangan atau bahan pencuci daripada pembekal.
Hal ini supaya Ez Clean dapat memastikan stok bahan yang digunakan sentiasa
dipenuhi dan mencukupi. Antara pembekal yang membantu serta bekerjasama
dengan Ez Clean termasuklah TLC Green Eco-Friendly Enterprise dan Do Zee
Sdn. Bhd.

Selain itu, Ez Clean turut berkolaborasi dengan syarikat Easy Grab dalam
menyediakan pengangkutan kepada pekerja-pekerja Ez Clean yang tidak mempunyai
pengangkutan. Perkara ini penting dan sangat diperlukan kerana pada masa tertentu
Ez Clean mendapat tempahan yang begitu banyak sehingga kekurangan
pengangkutan.

Akhir sekali, sekiranya kekurangan pekerja, pihak Ez Clean akan berhubung dengan
rakan-rakan kongsi yang lain untuk mendapatkan pekerja serta kakitangan dalam
memastikan perkhidmatan dan servis Ez Clean dapat dijalankan dengan baik.

16
9. Cost Structures

Ciri-ciri BMC Cost Structure

(1) Fixed Costs (kos tetap)

Kos adalah sama walau pun berapa banyak perkhidmatan yang ditawarkan. Sebagai contoh,
pemasaran dan pengiklanan tentang perkhidmatan yang dihasilkan.

(2) Variable Costs (kos boleh ubah)

Kos ini bergantung kepada berapa banyak perkhidmatan yang dihasilkan. Semakin
banyak perkhidmatan, semakin banyak pekerja diperlukan dan kos akan meningkat.
Contoh pembelian peralatan (sabun dan peralatan mencuci), pengangkutan dan gaji pekerja

17
KESIMPULAN

Kesimpulannya, EZ Clean merupakan perkhidmatan yang membantu orang ramai mencuci


dan membersih rumah. Antara perkhidmatan yang dibekalkan oleh EZ Clean ialah, menyapu,
mengemop lantai, membersihkan ruang tamu, bilik, stor, dapur, mencuci bilik air serta
tandas. Sasaran pelanggan EZ Clean adalah pelajar-pelajar universiti yang tinggal di rumah
sewa dan asrama serta masyarakat setempat yang tinggal di kawasan sekitar Kuala Nerus. EZ
Clean mempunyai pekerja yang terlatih dan bertanggungjawab, perkhidmatan yang diberi
sangat selamat dan dipercayai. Harga yang ditawarkan oleh EZ Clean sangat berpatutan dan
alat pencuci yang digunakan seperti sabun adalah mesra alam dan tidak memberi sebarang
kesan negatif kepada kesihatan orang ramai.

18

You might also like