Kertas Cadangan Hari Kokurikulum 2023

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA HARI KOKURIKULUM

SMK AYER HITAM TAHUN 2023

Tarikh
13 NOVEMBER 2023
(Rabu)

Masa
7.30 pagi hingga 4.00 petang

Tempat
SMK AYER HITAM ,
SIMPANG EMPAT KERPAN, AYER HITAM ,
KEDAH DARUL AMAN.

1
1.0 Pendahuluan
Hari Kokurikulum merupakan satu program yang diadakan bagi memantapkan lagi minda
murid dengan ilmu yang tidak didapati secara langsung melalui pengajaran dan pembelajaran
(P&P) dalam kelas. Selain itu, ianya juga dapat memberi kesedaran kepada murid-murid supaya
aktif, bukan sahaja dalam bidang kokurikulum, tetapi juga menggalakkan mereka aktif dalam
bidang kemasyarakatan. Beberapa aktiviti yang dianjurkan seperti pameran, jualan gerai,
pertandingan sukan/permainan, kawad kaki dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan
bukan sahaja memberi peluang dan keseronokan kepada murid yang terlibat tetapi juga menguji
dan memantapkan lagi kemahiran dan pengalaman murid dalam kerja berkumpulan. Para murid
akan dibantu oleh guru-guru penasihat yang berpengalaman daripada Persatuan /Kelab, Sukan &
Permainan dan Badan Beruniform masing- masing.

2.0 Matlamat
Matlamat Hari Kokurikulum ini adalah bertujuan bagi mencapai beberapa sasaran.
2.1 Menanam sifat berkerjasama, bertolak ansur dan ikatan perpaduan dalam kalangan
murid dan guru-guru.
2.2 Meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan mengembirakan murid-murid
dalam usaha melahirkan Budaya Sekolah yang unggul.
2.3 Mewujudkan suasana yang seimbang antara perkembangan mental dengan
perkembangan sosial, rohani dan jasmani murid-murid.
2.4 Mendidik generasi muda agar lebih berketrampilan, mempunyai jati diri, berupaya
memimpin, bertanggungjawab, berdaya saing dan berkemampuan melestarikan
kecemerlangan diri dengan pelbagai kemahiran.

3.0 OBJEKTIF

Objektif Hari Kokurikulum adalah bagi menggalakkan murid aktif dan berminat dalam aktiviti-
aktiviti kokurikulum yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun pihak tertentu.
Antaranya ialah;

3.1 Memupuk semangat bersatu padu bekerja dalam satu kumpulan sama ada
kelab/persatuan, sukan/permainan atau unit beruniform.

3.2 Melahirkan murid yang berketrampilan, berdedikasi, mempunyai jati diri,


berupaya memimpin, bertanggungjawab, berdaya saing dan berkemampuan
melestarikan kecemerlangan diri.

3.3 Menggalakkan murid berusaha dalam aspek kepimpinan serta dapat


memupukkan sikap disiplin yang tinggi.
2
3.4 Menjadikan murid-murid sebagai individu yang sentiasa bersifat inovatif dan kreatif
dalam sebarang tugas yang diberikan.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada Hari Kokurikulum akan melibatkan semua Tingkatan 1,
2, 3, 4 dan Tingkatan 6 Bawah, guru-guru, kakitangan SMK Ayer Hitam dan komuniti setempat serta
agensi-agensi luar.

5.0 CADANGAN AKTIVITI


5.1 Jualan Gerai
5.2 Pameran
5.3 Pertandingan

-Mencungkil Bakat (Tilawah al-Quran, Nyanyian, Chef Cilik, MUA), Melukis dan Mewarna
Poster, Permainan Dalaman dan Tradisional (Catur, Congkak, Batu Seremban, Tuju
Tin/Selipar), Sukan dan Permainan ( Street Soccer, Bola Jaring dan Badminton) dan
Memasang Khemah dan Gadget.

5.4 Demontrasi

6.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Rujuk Lampiran 1

7.0 ATURCARA PROGRAM

Rujuk Lampiran 2

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Rujuk Lampiran 3

9.0 SUMBER KEWANGAN

Peruntukan Sekolah Wang Kokurikulum

10.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

10.1 Mengemukakan proposal Program.

10.2 Melantik Ahli Jawatankuasa.

10.3 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja.

10.4 Melaksanakan Program.

10.5 Pemantauan.

3
10.6 Penilaian.

11.0 KAWALAN DAN PENYELIAAN

11.1 Pengetua

11.2 Penolong Kanan Kokurikulum

11.3 Guru Penolong Kanan Pentadbiran

11.4 Guru Penolong Kanan HEM

11.5 Guru-guru Kanan Matapelajaran

12.0 PENILAIAN

Keberkesanan program Hari Kokurikulum 2023 ini dapat dinilai :

12.1 Program yang dilaksanakan berjaya sepertimana yang dirancangkan.

12.2 Mendokumentasikan laporan program yang dirancangkan dalam format yang standard.

12.3 Membuat post mortem tentang kelemahan yang perlu diatasi dan kekuatan yang perlu
dikekalkan.

13.0 PENUTUP
Hari Kokurikulum yang akan diadakan ini diharap dapat memberi dorongan kepada murid supaya
lebih aktif dalam menyumbangkan sesuatu yang bermakna dalam bidang kokurikulum serta dapat
memperkembangkan potensi diri murid dalam pelbagai kemahiran, khususnya dalam bidang
kokurikulum. melalui meningkatkan penglibatan dan menaikkan nama baik SMK Ayer Hitam.
Semoga perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

4
Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

………………………………………................................ ……………………………………................
(SITI NOR ADHA IDAYU BINTI MAHMUD)

Diluluskan Oleh,

…………………………..........................

Ulasan Pengetua :
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

5
6

You might also like