Piala KBTB Versi 1 2022 Syarat2 Kejohanan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

KEJOHANAN BADMINTON BERPASUKAN TERBUKA PIALA KBTB versi 1 / 2022

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN-PERATURAN AM KEJOHANAN

• Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua Warganegara Malaysia sahaja.

• Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Badminton,


Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) yang berkuatkuasa masa kini
serta Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Am Pertandingan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

• Pertandingan ini adalah pertandingan berpasukan yang akan dijalankan


secara liga pada peringkat kumpulan dan kalah mati pada peringkat suku
akhir, separuh akhir dan akhir.

• Kemenangan pada peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir akan
menggunakan sistem “ Best Of Three “ dimana pasukan tidak perlu
meneruskan perlawanan seterusnya jika telah mengatasi pihak lawan
dengan 3 kemenangan.

• Proses penapisan pemain yang layak mengikut kategori akan dilakukan


oleh jawatankuasa khas pihak Urusetia mengikut saluran yang sah dan
keputusan pihak penganjur adalah muktamad.

• Hanya pemain yang berdaftar dalam Borang Pendaftaran Pasukan sahaja


yang layak mengambil bahagian dan dibenarkan untuk memasuki dewan
pertandingan pada peringkat kumpulan. Penonton / penyokong hanya
dibenarkan untuk memasuki dewan pada peringkat suku akhir dan
seterusnya. Pihak penganjur berhak untuk mengusir penonton /
penyokong yang melanggar syarat-syarat tersebut.

• Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan dan satu kategori
sahaja.

• Pemain diwajibkan berada bersama pasukan masing-masing pada setiap


masa dan di tempat yg disediakan. Pasukan atau pemain yang gagal
mematuhi arahan berikut akan dikenakan tindakan termasuk dibatalkan
penyertaannya. Setiap pasukan akan bermain lebih dari satu perlawanan
dalam satu hari.

• Semua perlawanan akan dijalankan mengikut jadual pertandingan dan


jarak masa perlawanan dengan perlawanan berikutnya adalah dalam
tempoh 10 minit sahaja.
KEJOHANAN BADMINTON BERPASUKAN TERBUKA PIALA KBTB versi 1 / 2022

• Setiap pasukan / pemain hendaklah berada di gelanggang selewat-


lewatnya 5 minit sebelum perlawanan bermula. Justeru itu, pengurus
pasukan hendaklah sentiasa peka terhadap sebarang pengumuman yang
dibuat oleh pihak urusetia. Sebarang penangguhan perlawanan tidak akan
dilayan dan akan dibatalkan oleh pihak Jawatankuasa Penganjur.

• Adalah menjadi tanggung jawab bagi setiap pengurus pasukan terhadap


pemain serta penyokong masing-masing dan dilarang sama sekali untuk
membuat sebarang provokasi terhadap pemain / pasukan lain.

PENDAFTARAN PEMAIN

• Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar seramai 11 orang pemain


mengikut kategori yang telah didaftarkan termasuk pengurus pasukan dan
pemain simpanan. Pengurus pasukan tersebut mestilah dikalangan pemain
juga.

• Pengurus pasukan hendaklah menyerahkan senarai nama pemain-pemain


bagi setiap perlawanan dalam tempoh masa 30 minit sebelum perlawanan
bermula.

• Pengurus bagi setiap pasukan diwajibkan mengumpul dan menyerahkan


MyKad original pemain-pemain kepada pihak urusetia semasa proses
pendaftaran. Waktu pendaftaran pasukan adalah pada pukul 7:30 pagi.

• Pemain / individu adalah diwajibkan untuk sentiasa menjaga jarak fizikal,


memakai pelitup muka dan menggunakan cecair pembasmi kuman yang
disediakan.

SISTEM PERTANDINGAN

• Setiap pasukan adalah diwajibkan menghabiskan semua perlawanan pada


peringkat kumpulan. Menarik diri (walk-over) dalam sesuatu perlawanan
adalah tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku tanpa sebab-sebab yang
munasabah, pasukan atau peserta berkenaan dianggap menarik diri
daripada keseluruhan pertandingan.

• Keputusan-keputusan pertandingan terdahulu yang melibatkan Pasukan /


Peserta yang menarik diri tidak akan diambil kira.

• Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan bermain ke peringkat


seterusnya dan ditentukan oleh Urusetia pertandingan secara bersilang.

• Perlawanan akan menggunakan sistem kiraan 31 mata, (dengan 15 mata


tukar gelanggang) pada peringkat kumpulan sehingga ke peringkat akhir.
KEJOHANAN BADMINTON BERPASUKAN TERBUKA PIALA KBTB versi 1 / 2022

• Penggunaan bulutangkis untuk peringkat kumpulan hingga suku akhir


terhad kepada 2 biji sahaja bagi 1 perlawanan manakala, pada peringkat
separuh akhir dan akhir penggunaan bulutangkis adalah tidak terhad.

• Sebarang perubahan / gantian pemain adalah tidak dibenarkan setelah


senarai tersebut diserahkan kepada pihak urusetia pada hari kejohanan.

PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN DI PERINGKAT KUMPULAN

• Pemberian mata adalah seperti berikut :-

a) Menang 3 mata
b) Kalah 0 mata

• Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka
pemenang akan ditentukan mengikut kaedah seperti berikut :-

a) Pasukan yang mendapat perbezaan mata yang terbanyak dikira


menang (point different);

b) Pasukan yang memenangi bilangan set yang terbanyak dikira pemenang


(set different);

c) Pasukan yang memenangi bilangan perlawanan yang terbanyak dikira


menang (game different);

d) Pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.

BANTAHAN

• Sebarang bantahan hendaklah dibuat dalam masa 10 minit selepas


perlawanan dan mestilah bersertakan bukti yang sah bersama-bersama wang
cagaran RM500.00.

• Wang cagaran hanya akan dipulangkan semula sekiranya bantahan berjaya.

• Bagi pemain-pemain yang berjaya dibantah, hanya kategori tersebut akan


dibatalkan manakala kategori lain akan diteruskan seperti biasa manakala
pemain tersebut pula tidak akan dibenarkan meneruskan perlawanan
berikutnya.

• Mata kemenangan akan diberikan bagi pasukan yang berjaya dalam proses
bantahan tersebut.
KEJOHANAN BADMINTON BERPASUKAN TERBUKA PIALA KBTB versi 1 / 2022

• Panel bantahan akan di diwakili oleh Jawatankuasa Penganjur, Ketua


Pengadil dan Pengurus pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan.

• Perkara-perkara yang tidak dinyatakan sekiranya berbangkit akan diputuskan


oleh Jawatankuasa Pertandingan dan keputusannya adalah muktamad.

You might also like