Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SAINT PATRICK

MUKAH , SARAWAK .

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI


TINGKATAN 3
2023

TAJUK :
AMALAN KITAR SEMULA DI FLAT 5A QUARTERS HOSPITAL
MUKAH .

NAMA : NATALIE JOYCE BINTI NAZERI


KELAS : 3 CEMERLANG
TARIKH : 12 OKTOBER 2023
NAMA GURU MATAPELAJARAN : BOOSYN BUDIEW
SENARAI KANDUNGAN

BIL. ISI KANDUNGAN HALAMAN


1.0 PENGHARGAAN
2.0 PENDAHULUAN
3.0 OBJEKTIF KERJA LAPANGAN
4.0 KAWASAN KERJA LAPANGAN
5.0 KAEDAH KERJA LAPANGAN
6.0 HASIL KERJA LAPANGAN
7.0 RUMUSAN
8.0 RUJUKAN
9.0 LAMPIRAN
1.0 PENGHARGAAN

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan Kerja Lapangan Geografi


Tingkatan 3 .

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Pengetua


Silvester Alan William kerana telah memberi kebenaran untuk
menjalankan kerja lapangan ini . Saya juga ingin merakamkan ucapan
terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya iaitu Cikgu
Boosyn Budiew kerana telah membantu saya dalam penyediaan
laporan kerja lapangan ini .

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu
Puan Charlene Zulaika Binti Muda dan Tuan Nazeri Bin Mesuni yang
memberi bantuan kewangan untuk menjayakan kerja lapangan ini .

Akhir sekali , ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah


memberikan kerjasama dan semua pihak yang terlibat dalam proses
menyiapkan kerja lapangan ini .

2.0 PENDAHULUAN
Saya telah menjalankan kajian tentang kitar semula di Flat 5A Quarters
Hospital , Mukah .

Saya memilih kawasan kajian tersebut kerana kawasan itu berhampiran


dengan kawasan perumahan saya . Ini memudahkan saya untuk
membuat kajian ini .

Saya menjalankan kajian tentang amalan kitar semula di Flat 5A


Quarters Hospital Mukah serta kepentingan serta kepentingan amalan
tersebut untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian di kawasan
tersebut .

Selain itu , saya juga menilai halangan dan permasalahan yang dihadapi
untuk melaksanakan amalan tersebut serta memberi cadangan yang
perlu dilakukan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan
penduduk di kawasan kajian untuk mengamalkan kitar semula .

Penulisan laporan kerja lapangan dilakukan di rumah Pengajaran dan


Pembelajaran di Rumah ( PdPR ) pada waktu pengajaran dan
pembelajaran Geografi selama dua minggu .

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


Saya menjalankan kerja lapangan di Flat 5A Quarters Hospital , Mukah ,
bertujuan untuk :

3.1 Mengenal pasti konsep dan elemen kitar semula .

3.2 Menjelaskan amalan kitar semula serta kepentingan amalan


tersebut untuk dipratikkan dalam kehidupan seharian di kawasan kajian
.

3.3 Mengkaji dan menghuraikan halangan dan permasalahan yang


dihadapi untuk melaksanakan amalan kitar semula dalam diri penduduk
di kawasan kajian .

3.4 Mencadangkan usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan


kesedaran dalam kalangan penduduk di kawasan kajian untuk
mengamalkan kitar semula .

3.5 Menghuraikan cadangan untuk mengurangkan masalah


pengangkutan awam di kawasan kajian untuk mengamalkan kitar
semula .

3.6 Menghasilkan produk daripada barang kitar semula .

4.0 KAWASAN KAJIAN


Kawasan kajian saya ialah di Flat Quarters 5A Hospital , Mukah. Saya
memilih kawasan ini kerana jaraknya yang dekat iaitu hanya 4 km dari
rumah saya . Flat Quaters 5A Hospital , Mukah ini berkeluasan kira kira
2 hektar dan mempunyai bilangan penduduk seramai sekira kira 100
orang .

Penduduk di sini terdiri daripada pelbagai kaum dengan purata umur 30


tahun . Kawasan ini terletak berdekatan dengan Hospital dan balai
bomba.

Bentuk muka bumi kawasan ini ialah tanah pamah , iaitu kawasan rata
dan sesuai untuk membina pelbagai jenis petempatan seperti rumah ,
bangunan,sekolah dan kedai . Kawasan ini juga merupakan salah satu
kawasan yang mempunyai kadar pembuangan sisa pepejal dan sisa
domestik yang tinggi.

5.0 KAEDAH KAJIAN


Saya menjalankan kajian menggunakan kaedah yang berikut :

5.1 Pemerhatian

 Dengan kaedah ini , saya memerhatikan sekitar Flat 5A Quarters


Hospital untuk mendapatkan beberapa maklumat seperti
pandang darat fizikal , pola petempatan dan masalah petempatan
yang ada disana .

5.2 Rujukan Internet

 Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui tentang konsep


dan elemen kitar semula . Saya merujuk beberapa laman web
untuk mendapatkan beberapa maklumat tambahan bagi kajian
saya .

5.3 Rujukan Bahan Bercetak

 Rujukan bahan bercetak seperti buku , majalah dan surat khabar


digunakan untuk mengetahui konsep dan elemen kitar semula .

5.4 Temu bual ( talian )

6.0 HASIL KAJIAN


6.1 Konsep dan elemen kitar semula

Kitar semula ialah kegiatan mengolah semula bahan buangan


untuk menghasilkan barangan yang baru , dalam kata lain proses
memperolehi atau menjadikan sebahagian atau semua bahan
daripada sampah untuk diguna semula .

Ia merupakan komponen utama bagi pengurusan bahan buangan


moden dan tiga komponen bagi 3R ialah : Reduce ( kurangkan ) ,
Reuse ( guna semula ) , Recycle (kitar semula). Contohnya ,
barangan keluli yang tidak lagi terpakai seperti kereta rosak akan
diambil kelulinya dan menjadi bahan mentah untuk membuat
kereta yang baru . Selain itu , sisa makanan atau buangan organik
lainnya dapat mereput menjadi baja organik yang boleh
digunakan untuk pertanian mahupun kegunaan rumah tangga .

Kitar semula dilakukan untuk mengurangkan pencemaran , bahan


buangan , penggunaan tenaga dan mengurangkan pengeluaran
gas rumah hijau . Kitar semula juga dapat menjimatkan
penggunaan bahan mentah baru .

Kitar semula merupakan kaedah pelupusan buangan yang mesra


alam dan dapat menjaga warisan generasi yang akan datang di
masa hadapan nanti .

6.2 Jenis-jenis Bahan dan Amalan Kitar Semula


Terdapat pelbagai jenis bahan kitar semula yang terdapat di Flat 5A
Quarters Hospital . Antaranya terdiri daripada kertas , air , getah ,
plastik dan tekstil . Kertas dapat dikitar semula sama ada berwarna atau
tanpa warna seperti akhbar , majalah , buku-buku lama dan katalog . Air
pula seperti air basuhan beras digunakan untuk menyiram pokok . Botol
air plastik dan beg plastik merupakan bahan plastik yang juga boleh
digunakan semula . Getah pula seperti tayar yang digunakan untuk
tanaman , buaian dan pelampung . Tekstil pula didermakan dalam
bentuk pakaian kepada orang miskin , rumah orang tua dan rumah anak
yatim .

Masih terdapat dalam kalangan penduduk di Flat 5A Quarters Hospital


yang mengamalkan 3R di rumah mereka . Walaupun bukan dalam skala
yang besar , namun mereka tetap menyahut seruan kerajaan yang ingin
melahirkan rakyat yang cinta akan alam sekitar .
Antara amalan kitar semula yang banyak dilakukan di Flat 5A Quarters
Hospital ialah :

a. Mengitar semula barangan

Penduduk di Flat ini akan mengitar semula barangan mengikut warna


tong kitar semula yang biasa dilihat di tempat awam . Seterusnya ,
amalan menjual bahan kitar semula juga diamalkan oleh penduduk
kawasan kajian saya . Antara bahan yang dikitar semula adalah botol
plastik dan akhbar-akhbar lama . Wang akan diperoleh mengikut berat
bahan yang dijual . Hal ini menunjukkan bahawa mereka amat
bersyukur kerana dapat menikmati alam sekitar anugerah Tuhan .

b. Mengguna Semula Barangan

Komuniti penduduk di flat ini juga mengamalkan amalan menghasilkan


bahan baru . Misalnya , botol-botol plastik dijadikan sebagai pasu
bunga kecil dan kraftangan yang lain untuk menghiaskan rumah mereka
. Selain itu , tayar-tayar lama digunakan sebagai buaian dan juga
pelampung bagi kanak-kanak . Penduduk taman ini mempunyai daya
kreativiti dan inovatif yang sangat tinggi . Hal ini membuktikan bahawa
penduduk di taman ini suka berjimat-cermat dan selalu peka terhadap
alam sekitar .

c. Penggunaan beg mesra alam menggantikan beg plastik

Penduduk di flat ini juga mula menggunakan beg mesra alam untuk
menggantikan beg plastik ketika membeli barangan di pasar raya . Ini
dapat menjimatkan duit kerana beg plastik akan dicaj dan mereka
dapat menjaga alam sekitar juga .

6.3 Kepentingan Amalan Kitar Semula di kawasan kajian :


Kepentingan amalan kitar semula di Flat 5A Quarters Hospital , Mukah ,
Sarawak adalah seperti yang berikut :

1. Mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa

Apabila sisa pepejal dan sisa domestik diasingkan dan dilupuskan


dengan kaedah yang betul , persekitaran kawasan perumahan
tersebut akan menjadi lebih bersih . Penduduk akan hidup dengan
lebih selesa dan mempunyai tahap kesihatan yang berkualiti .

2. Mengurangkan pencemaran

Amalan kitar semula dapat mengurangkan sampah di tempat


perlupusan kerana sisa akan diurus dengan sistematik . Jadi ,
pencemaran bau dapat diatasi .

3. Menjamin bekalan sumber semula jadi

Sikap prihatin terhadap isu-isu alam sekitar akan menjadikan


penduduk lebih mengambil berat mengenai kepentingan
memelihara dan memulihara sumber semula jadi , terutamanya
sumber hutan . Mereka juga sedar akan kesan yang akan berlaku
sekiranya sumber semula jadi tersebut tidak dijaga .

6.4 Masalah/Halangan Amalan Kitar Semula


Ketika menjalankan kerja lapangan ini , beberapa masalah telah
dikenalpasti iaitu :

6.4.1 Ketiadaan pusat pengumpulan barangan kitar semula

Melalui pemerhatian saya , oleh kerana tiada pusat kitar semula di


taman ini , penduduk akan membuat keputusan untuk tidak
mengumpul barangan-barangan yang boleh dikitar semula dirumah .
Pada masa yang sama ini tidak akan mewujudkan kerjasama antara
penduduk untuk mengamalkan amalan ini .

6.4.2 Sikap negatif dalam diri individu

Melalui pemerhatian saya , sikap penduduk yang masih berdegil dan


tidak mahu menggunakan beg mesra alam ketika membeli barang . Bagi
mereka , perkara ini tidak penting kerana lebih mudah menggunakan
beg plastik .

6.4.3 Memilih untuk membakar dan membuang barangan

Penduduk juga boleh memilih jalan yang lebih mudah iaitu membuang
dan membakar barangan yang tidak digunakan lagi . Disebabkan sudah
terbiasa dengan amalan tersebut , mereka tidak terfikir untuk
mengguna atau mengitar semula barang yang masih elok .

6.5 Cadangan mengurangkan masalah amalan kitar semula di kawasan


kajian
a) Menyediakan pusat kitar semula

 Dengan menyediakan pusat kitar semula di taman ini , penduduk


tidak perlu bersusah payah untuk membawa barangan yang berat
ke pusat pengumpulan kitar semula . Selain itu , mengganti semua
tong sampah dengan tong kitar semula merupakan kaedah yang
berkesan untuk memudahkan orang mengamalkan amalan kitar
semula . Konklusinya , semua buangan yang boleh dikitar semula
akan pergi ke pusat kitar semula .

b) Mengadakan kempen kesedaran secara berkala

 Semangat untuk menjaga alam sekitar dapat disuntik kepada


masyarakat dengan mengadakan kempen cintai alam sekitar .
Dalam kempen tersebut , kepentingan serta cara-cara untuk
menjaga alam sekitar akan diterangkan supaya penduduk lebih
memahami tentang pentingnya amalan kitar semula . Maka ,
pihak kerajaan dan bukan kerajaan perlu berganding bahu untuk
memastikan misi ini terlaksanakan .

c) Menjadikan amalan kitar semula sebagai aktiviti mingguan

 Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak dengan mengadakan


amalan ini sebagai rutin mingguan . Dengan itu , ia akan menjadi
tabiat dan ikutan yang berterusan .

7.0 RUMUSAN

Dalam kajian di Taman Yung Seng ini , saya mendapati amalan kitar
semula merupakan salah satu kaedah mengurangi jumlah buangan
dengan memproses sampah dan membuatnya menjadi barangan yang
berguna semula . Amalan tersebut juga mudah kerana kita hanya perlu
menghantar barangan ke pusat pengumpulan kitar semula yang
terdekat dan hampir semua barangan yang kita buang merupakan
barang yang boleh dikitar semula .

Amalan kitar semula sangat penting untuk mengurangkan jumlah


sampah serta mencegah penerokaan sumber baru yang berlebihan dan
menjaga alam sekitar . Jadi , amalan kitar semula amatlah digalakkan
dan mesti diamalkan .

Tetapi , ada juga masalah dalam mengamalkan kitar semula , seperti


kemudahan yang tidak mencukupi dan kurangnya kesedaran
masyarakat tentang kepentingan amalan kitar semula . Tetapi , dengan
kerjasama antara kerajaan , pihak berkuasa dan masyarakat masalah-
masalah tersebut pasti dapat ditangani dan kitar semula dapat terus
diamalkan .

Selain itu , saya juga telah mendapat banyak pelajaran dalam kajian ini ,
salah satunya ialah berusaha untuk tidak merosakkan alam dengan
mengamalkan 3R .

8.0 RUJUKAN

8.1 Buku
 Ahmad Ridzuan bin Abdul Rahman
 Rajini Gauri Muthusamy
 Pau anak utek

8.2 Internet
 Google form
 Google map

9.0 LAMPIRAN

You might also like