Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

NIAT

Niat untuk mewujudkan hubungan di sisi undang-undang


= Kesediaan setiap pihak untuk menerima kesan dari segi
undang-undang sekiranya mana-mana pihak gagal untuk
melaksanakan kontraknya.
NIAT
 Kewujudan elemen niat tidak dinyatakan secara jelas
dalam Akta Kontrak 1950 
Difahami melalui interpretasi perkataan tertentu yang
terkandung di bawah Seksyen 2(a) dan Seksyen 2(d)
Akta Kontrak
NIAT
NIAT
NIAT
(COMMON LAW)
Perjanjian tidak akan membentuk kontrak yang mengikat
melainkan pihak yang terbabit dengan perjanjian
berkenaan mempunyai niat untuk menjalinkan ikatan di
sisi undang-undang
Weeks lwn Tybald (1605)
PENENTUAN NIAT
a) Ujian Objektif (Objective Test)
Ujian berdasarkan pandangan orang yang munasabah (reasonable man
test).
b) Anggapan niat berdasarkan jenis kontrak
PERJANJIAN DOMESTIK
Perjanjian keluarga dan sosial
Perjanjian domestik diandaikan tidak diniatkan sebagai suatu perjanjian
yang mengikat atau mempunyai hubungan di sisi undang-undang
kecuali terdapat bukti sebaliknya
KES: BALFOUR LWN BALFORU (1919)
Seorang suami bekerja di Ceylon. Dia bersama isterinya kemudian pulang ke England untuk bercuti.
Isteri kemudiannya tidak berupaya untuk kembali ke Ceylon atas masalah kesihatan. Suami
kemudian bersetuju secara lisan untuk membayar elaun sebanyak £30 sebulan kepada isterinya
sehingga isterinya mampu untuk kembali bersamanya ke Ceylon. Suami gagal membayar dan isteri
mengambil tindakan undang-undang.
Tidak wujud kontrak antara mereka kerana perjanjian antara kedua-dua pihak berbentuk
kekeluargaan sahaja iaitu tidak diniatkan untuk mengikat di sisi undang-undang
PERJANJIAN DOMESTIK
Pengecualian
Sekiranya terdapat bukti atau keterangan yang menyangkal andaian
tersebut, maka andaian itu tidak akan terpakai
Keadaan yang membolehkan andaian disangkal:
Apabila suasana kekeluargaan sudah tidak wujud lagi kerana pasangan
suami isteri berselisih faham.
KES BERKAITAN: SIMPKINS LWN PAYS
D bersama dengan cucunya dan seorang yang lain telah memasuki satu pertandingan anjuran sebuah
akhbar. Kos penyertaan dikongsi bersama tetapi hanya nama D ditulis sebagai peserta dalam borang
pertandingan. Penyertaan akhirnya berjaya. Cucu D dan seorang lagi menuntut bahagian masing-masing.
Telah wujud satu sindiket yang tidak formal antara mereka. Justeru, semua mereka berhak mendapat
bahagian masing-masing kerana terdapat niat untuk mewujudkan kontrak yang sah di sisi undang-undang
PERJANJIAN PERNIAGAAN (KOMERSIL)
Andaian bahawa pihak-pihak yang terbabit meniatkan perjanjian
mereka untuk mengikat di sisi undang-undang kecuali terdapat
keterangan yang jelas dan pasti bahawa kedua-dua pihak tidak berniat
untuk mengadakan hubungan yang mengikat.
Beban pembuktian: Terletak kepada pihak yang mendakwa bahawa
perjanjian dibuat tanpa niat untuk terikat di sisi undang-undang.
PERJANJIAN PERNIAGAAN (KOMERSIL)
Fasal ‘tertakluk kepada kontrak’
Lazimnya, cara untuk mengelakkan kewujudan suatu kontrak yang mengikat dalam
perjanjian komersil adalah dengan memasukkan fasal“tertakluk kepada kontrak”
Fasal ini menunjukkan bahawa pihak terbabit dengan kontrak Tidak meniatkan
bahawa perjanjian berkenaan mengikat sehinggalah Kontrak yang penuh dan
lengkap ditandatangani.
Rose & Frank Co lwn Crompton Bros(1923)
Suatu memorandum persefahaman telah dibuat melibatkan dua pihak dan mereka bersetuju bahawa
tiada tanggungan di sisi undang-undang diletakkan kepada mana-mana pihak
Mahkamah memutuskan: Suatu perjanjian yang dinyatakan sebagai ‘tidak tertakluk kepada bidang kuasa
mahkamah’ sebagai tidak mengikat

You might also like