Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

BENTUK-BENTUK BANTUAN YANG BOLEH DIBERIKAN OLEH NEGARA-

NEGARA LAIN KEPADA NEGARA YANG TERLIBAT BENCANA ALAM


Oleh Nurain Maisarah binti Abdul Gani (5 Bestari)

Bencana alam merupakan suatu kejadian yang berlaku secara mengejut dan
mendatangkan kesan yang buruk kepada kehidupan. Sebagai contoh, bencana-
bencana alam yang sering melanda dunia ialah tanah runtuh, ribut taufan, banjir dan
letusan gunung berapi. Antara kesan buruk daripada bencana alam ialah kehilangan
nyawa, kemusnahan harta benda dan alam sekitar serta menjejaskan aktiviti harian
masyarakat. Emosi juga turut terjejas ekoran kejadian tersebut. Kita sebagai
masyarakat yang mempunyai sifat kemanusiaan sepatutnya bersimpati dan
menghulurkan bantuan kepada negara-negara yang terlibat. Terdapat beberapa
bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada negara-negara yang terlibat.

Antara bantuan yang dapat diberikan ialah bantuan kewangan yang diperoleh
daripada aktiviti kutipan derma. Hal ini demikian kerana semua harta benda telah
musnah akibat bencana alam yang melanda. Mereka dapat menggunakan bantuan
kewangan tersebut untuk membaiki rumah mereka dan membeli keperluan asas.
Sebagai contoh, mereka dapat membeli makanan, pakaian, ubat-ubatan dan
sebagainya. Kesannya, mangsa-mangsa bencana alam dapat meneruskan kehidupan
mereka seperti sedia kala. Bantuan kewangan ini juga dapat meringankan beban
mereka. Sesungguhnya, bantuan kewangan dapat membantu mereka dalam
menghadapi bencana alam.

Selain itu, bantuan yang dapat diberikan ialah menghantar pasukan


penyelamat dan pencari untuk negara-negara yang ditimpa bencana alam. Hal ini
demikian kerana sudah pasti bilangan pasukan mereka tidak mencukupi bagi
mencari mangsa bencana alam. Sebagai contoh, negara kita telah menghantar
seramai 70 orang ke negara Turkey yang telah dilanda gempa bumi yang besar pada
bulan Februari yang lalu. Kesannya ialah dapat meringankan beban pasukan
penyelamat dan pencari negara mangsa. Bak kata peribahasa, berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing. Terbuktilah, pasukan penyelamat dan pencari ini dapat
meringankan beban negara yang dalam huru-hara akibat bencana alam.

Seterusnya, kita juga boleh memberikan bantuan dalam bentuk bekalan ubat-
ubatan dan pasukan perubatan. Hal ini demikian kerana penyakit akan cepat
merebak setelah berlakunya bencana alam. Sudah tentu, bekalan ubat-ubatan di
negara tersebut tidak mencukupi memandangkan jumlah mangsa yang ramai.
Mangsa-mangsa bencana alam pasti dalam kesakitan kerana cedera parah. Sebagai
contoh, tsunami yang berlaku di Acheh pada tahun 2004 telah mengorbankan lebih
200,000 jiwa. Mayat-mayat mula membengkak dan berbau mengundang penyakit
berjangkit seperti taun, malaria dan alergi. Kesannya, segala penyakit akan dapat
dikawal jika bantuan perubatan dihantar dengan segera. Mangsa juga akan dapat
diselamatkan. Jelaslah, bantuan perubatan amat bermakna bagi mangsa-mangsa
bencana alam, bak kata peribahasa, tangan yang memberi lebih baik dari tangan
yang menerima.
Kesimpulannya, pelbagai bentuk bantuan yang dapat kita hulurkan kepada
negara-negara yang ditimpa musibah bencana alam. Kita tidak boleh mementingkan
diri sendiri bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dengan
hanya melihat sahaja kesengsaraan mereka. Kita wajar membudayakan sikap saling
membantu bagai aur dengan tebing sesama manusi tanpa mengira bangsa dan
agama. Mungkin bantuan yang diberikan tidak dapat melenyapkan penderitaan
mereka tetapi sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang ditanggung
kerana berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Amalan saling
membantu ini juga dapat memupuk nilai keprihatinan dan kesyukuran dalam diri
individu. Semua pihak hendaklah bersama-sama menghulurkan bantuan dengan
apa-apa cara sekalipun kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Semoga
sumbangan yang kita berikan, membolehkan mereka menjalani kehidupan mereka
dengan lebih sempurna.

You might also like