Nota Sej S3 - BHG A - Tema 4 - 30 Jan 2023

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 33

4.1.

SISTEM PEMERINTAHAN

SOALAN 1 : Huraikan sistem pentadbiran Malaysia selepas kemerdekaan 1957.

1.PENGENALAN

 Pada tanggal 31 hb. Ogos 1957 secara rasminya Persekutuan Tanah Melayu bebas daripada
cengkaman penjajah.
 Selepas mencapai kemerdekaan, sistem pemerintahan Tanah Melayu telah ditentukan menerusi
Perlembagaan Persekutuan dengan mengasingkan tiga komponen utama iaitu Badan
Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman. Perlembagaan ini menjadi teras
sistem demoknasi berparlimen di negara ini.
 Doktrin pengasingan kuasa digunapakai bertujuan untuk mengelakkan wujudnya sebarang
bentuk permuafakatan antara badan pemerintah dengan badan-badan lain.

2. ISI PENTING

a) Badan perundangan

 Badan perundangan mengandungi perlembagaan, parlimen, Yang Dipertuan Agong,


Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
i) Perlembagaan

 Perlembagaan Persekutuan merupakan suatu dokumen penting yang merangkumi prinsip-


prinsip serta peraturan sebagai asas panduan dalam mencorakkan pentadbiran negara.
 Perlembagaan Persekutuan digubal oleh Lord Read, Sir Ivong Jennings, William Mc Kell,
Hakim Ab. Malik dan Hakim Abdul Hamid.
 Mengandungi pelbagai peruntukan seperti kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri,
kuasa di tangan Parlimen, Yang Dipertuan Agong, Dewan Negara, Dewan Rakyat, Jemaah
Menteri, Badan Kehakiman serta beberapa peruntukan lain berkaitan dengan
kewarganegaraan, agama dan sebagainya.
ii) Parlimen

 Merupakan badan tertinggi yang bertanggungjawab untuk menggubal dan merangka segala
dasar dan undang-undang bagi Persekutuan Tanah Melayu. Justeru rang undang-undang yang
telah digubal dan diluluskan di Parlimen tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan.
 Tiga komponen penting parlimen terdiri daripada Yang Dipertuan Agong, Dewan Negara
dan Dewan Rakyat.
 Parlimen juga berfungsi sebagai tempat mengawal kewangan negara dan meluluskan
peruntukan belanjawan, meminda Perlembagaan, mengawasi pemerintahan serta mendengar
rayuan orang ramai melalui ahli Parlimen.
 Bagi Yang Dipertuan Agong, selain berkuasa melantik Perdana Menteri, baginda juga
bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kaum
Bumiputera Sabah dan Sarawak serta kepentingan kaum-kaum lain.

1
iii) Yang Dipertuan Agong

 Berperanan sebagai ketua negara dalam sistem pentadbiran di Malaysia. Berada di


kemuncak di antara ketiga-tiga bidang kuasa perundangan, eksekutif dan kehakiman.
 Dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap 5 tahun dalam kalangan sembilan orang raja Melayu.
 Bertanggungjawab sebagai pemerintah tertinggi angkatan tentera, juga sebagai ketua agama
bagi Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Namun dalam menjalankan tugasan baginda
juga bertindak berdasarkan nasihat kabinet.
 Selain berkuasa melantik Perdana Menteri, baginda juga bertanggungjawab memelihara
kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak serta
kepentingan kaum-kaum lain.
iv) Dewan Negara

 Merupakan dewan tertinggi dalam sistem pentadbiran di Malaysia yang bertujuan untuk
membahaskan rang undang-undang yang dikemukakan oleh Dewan Rakyat.
 Keahliannya terdiri daripada pelbagai peringkat dan golongan, mewakili semua negeri dalam
Persekutuan. Ahli-ahli Dewan Negara dikenali sebagai “Senator”.
 Keahliannya berjumlah 69 orang. Ada yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri masing-
masing iaitu seramai 2 orang bagi setiap negeri, 3 ahli dilantik oleh Yang Dipertuan Agong di
Wilayah Persekutuan dan seramai 40 orang lagi dilantik khas oleh Yang Dipertuan Agong.
 Tempoh jawatan bagi setiap ahli Dewan Negara ialah selama 3 tahun dan mereka boleh dilantik
semula untuk 3 tahun lagi.
 Dewan Negara tidak mempunyai kuasa untuk menolak sesuatu rang undang-undang yang telah
diluluskan oleh Dewan Rakyat, sebaliknya hanya boleh menangguhkan sesuatu rang undang-
undang yang telah diluluskan itu daripada dikemukakan kepada Yang Dipertuan Agong.
v) Dewan Rakyat

 Merupakan badan ketiga terpenting dalam komponen Parlimen. Berperanan dalam menggubal
dan meluluskan undang-undang yang dikendalikan oleh seorang Yang Dipertua dikenali
sebagai Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.
 Rang undang-undang yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat boleh dipecahkan kepada 4
jenis iaitu berkaitan dengan rang undang-undang awam, rang undang-undang persendirian,
rang undang-undang ahli persendirian dan undang-undang hibrid iaitu yang dibentangkan sama
ada oleh ahli pemerintah atau pembangkang yang difikirkan ada kepentingan tertentu.
 Keahlian adalah dipilih melalui pilihan raya yang dijalankan selama 5 tahun sekali. Calon yang
menang dalam pilihan raya akan menguasai dewan rakyat dan akan membentuk kerajaan
Malaysia untuk meneruskan pentadbiran yang sedia ada.

b) Badan Eksekutif

 Bertanggungjawab dalam menjalankan pentadbiran kerajaan mengikut perlembagaan dan


undang-undang yang ada. Terbahagi kepada 3 peringkat iaitu persekutuan, negeri dan
tempatan.

2
i) Pentadbiran peringkat persekutuan

 Dijalankan oleh kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri dengan
dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri lain. Bagi menjalankan tugas
tersebut beberapa buah kementerian, jabatan dan badan berkanun diwujudkan
ii) Pentadbiran kerajaan negeri.
 Kuasa eksekutif berada di tangan Sultan atau Raja atau Yang Dipertuan Besar atau Yang
Dipertua Negeri. Kuasa tersebut dijalankan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
Badan ini diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri yang dilantik oleh raja atau Sultan
atau Yang Dipertua Negeri. Di Sarawak, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dipanggil Majlis
Tertinggi manakala di Sabah majlis ini dipanggil Jemaah Menteri (Kabinet).

iii) Pentadbiran kerajaan tempatan.


 Terdiri daripada Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah yang diketuai oleh seorang Yang
Dipertua. Di Sabah, pentadbirannya dibahagikan kepada daerah dan kampung. Setiap daerah
ditadbirkan oleh pegawai Daerah yang dibantu oleh ketua anak negeri dan Ketua Kampung.
 Di Sarawak, pentadbirannya dibahagikan kepada Bahagian, Daerah Kecil dan kampung.
Bahagian ditadbirkan oleh Rasiden, Daerah ditadbir oleh Pegawai Daerah dan Pegawai-
pegawai Perkhidmatan Tadbir Sarawak.

c) Badan Kehakiman

 Bertanggungjawab dalam menjalankan kuasa-kuasa kehakiman dalam sistem pentadbiran di


Malaysia. Kuasa ini dilaksanakan oleh pihak mahkamah yang diketuai oleh ketua hakim
negara.Antara kuasa lain badan kehakiman ialah berkuasa membicara dan memutuskan kes-
kes sivil dan jenayah, mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan negeri, mentafsir undang-
undang, mengistiharkan sesuatu undang-undang sah ataupun tidak sah serta boleh
mengistiharkan sesuatu tindakan kerajaan sah atau tidak sah di sisi undang-undang.

 Bagi menjamin kebebasan mahkamah, perlembagaan telah mengecualikan para hakim


daripada peraturan am di bawah perkara 132 (2.a)

3.KESIMPULAN

 Sebagai kesimpulannya sistem pentadbiran di Tanah Melayu selepas merdeka telah di


strukturkan dengan jelas mengikut perlembagaan persekutuan.
 Dengan itu sistem pentadbiran sama ada di peringkat pusat, negeri dapat berjalan lancar.

3
SOALAN 2 : Bincangkan peranan badan eksekutif dalam sistem politik Kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu pada tahun 1957 hingga 1963.

1. PENGENALAN

 Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 ogos 1957. Sistem demokrasi
berpelembagaan diamalkan di Tanah Melayu dan perlembagaan merupakan teras dalam sistem
pentadbiran kerajaan.

 Sistem kerajaan persekutuan diuruskan oleh tiga badan utama iaitu badan perundangan, badan
kehakiman dan badan eksekutif.Badan eksekutif memainkan peranan menjalankan dasar-dasar
pentadbiran dan menguatkuasakan undang-undang kerajaan mengikut peruntukan perlembagaan.

 Badan eksekutif dibahagikan kepada 3 peringkat kerajaan iaitu kerajaan persekutuan, kerajaan
negeri dan kerajaan tempatan.

2.ISI PENTING

i) Kerajaan Persekutuan

a) Yang di Pertuan Agong:

i. Ketua Negara Malaysia yang menjalankan pentadbiran berpandukan undang-undang dan


perlembagaan.
ii. Baginda akan melantik perdana menteri dari parti politik yang memperolehi kerusi terbanyak di
Dewan Rakyat.
iii. Yang di Pertuan Agong dipilih dari kalangan Raja-raja Melayu secara giliran dan menjalankan
pentadbiran selama 5 tahun.
iv. YDP Agong dibantu oleh timbalan YDPA dan majlis Raja-raja.
v. Baginda juga mengetuai suruhan-suruhan jaya yang diwujudkan untuk melicinkan pentadbiran.
b) Kabinet / Jemaah Menteri.

i. Badan yang menjalankan kuasa eksekutif Yang di Pertuan Agong ialah Kabinet.
ii. Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri yang dipilih dari parti politik yang memenangi kerusi
terbanyak dalam perlimen.
iii. Fungsi utama kabinet ialah mengubal dasar-dasar kerajaan untuk dilaksanakan oleh jentera
pentadbiran di peringkat Persekutuan, Negeri dan kerajaan tempatan.
iv. Bagi menjalankan tugas eksekutif, beberapa kementerian yang diketuai oleh seorang menteri telah
diwujudkan.
v. Selain itu, jabatan dan badan-badan berkanun diwujudkan untuk melincinkan jentera pentadbiran
kerajaan.
vi. Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha
Politik, Setiausaha Parlimen dan Ketua Setiausaha Kementerian, pegawai-pegawai kementerian
dan kakitangan perkhidmatan awam.

c) Kerajaan Negeri
 Ketua eksekutif peringkat negeri terletak pada Sultan/Raja atau Yang di Pertuan Negeri. Kuasa
tersebut dijalankan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO). Badan ini diketuai oleh
Menteri Besar atau Ketua Menteri yang dilantik dari parti yang menguasai kerusi terbanyak
dalam dewan undangan negeri.

4
 Perlantikan menteri besar atau ketua menteri dibuat oleh Sultan/ raja/ yang di Pertuan Besar
atau Yang DiPertua Negeri. Tugas badan eksekutif ialah untuk membuat dasar-dasar kerajaan
dan bertanggungjawab secara kolektif kepada Dewan Undangan Negeri.

a) Kerajaan Tempatan
 Peringkat terakhir badan eksekutif. Ia dikenali sebagai Dewan Bandaraya atau Majlis
Daerah.Diketuai oleh Datuk Bandar atau Yang di Pertua yang dilantik oleh Sultan / Raja, Yang di
Pertuan Besar atau Yang di Pertua Negeri.
 Tugas kerajaan tempatan ialah bertanggungjawab atas hal ehwal tanah dan pembangunan daerah,
merancang dan menyelaras pembangunan daerah, melaksanakan projek pembangunan peringkat
daerah, menyelaras agensi kerajaan negeri dan persekutuan peringkat daerah dan melaporkan
kepada ketua Setiausaha Kerajaan negeri tentang pembangunan daerah.

3. KESIMPULAN

 Sebagai kesimpulannya, sistem pentadbiran kerajaan Persekutuan Tanah Melayu kekal


digunapakai sehingga sekarang.
 Selepas tahun 1963, beberapa perubahan dan tambahan diadakan untuk disesuaikan dangan
kemasukan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia.

SOALAN 3a:

Bincangkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia selepas mencapai


kemerdekaan.

A. PENGENALAN

1. Pada 31 Ogos 1957 dengan rasminya Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan
setelah dijajah hampir 450 tahun. Setelah mencapai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen serta mengamalkan prinsip Raja
Berpelembagaan.
2. Demokrasi berparlimen ialah satu sistem kerajaan yang dipilih secara bebas oleh rakyat.
Secara umumnya sistem pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada tiga badan
yang terlibat iaitu badan perundangan (legislative), badan eksekutif (executive) dan badan
kehakiman (judicial).
3. Pemerintahan menjadikan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi
negara yang mengasingkan ketiga-tiga badan ini dalam pemerintahan disebut sebagai
'Doktrin Pengasingan Kuasa’.

B. ISI

Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia

1. Badan Perundangan atau Parlimen

i) Yang Di Pertuan Agong

a) Raja Berperlembagaan merupakan Ketua Negara.

5
b) Dipilih secara bergilir-gilir pada setiap lima tahun sekali oleh Majlis Raja-raja dalam
kalangan 9 orang sultan atau raja Melayu.
c) Yang Di Pertuan Agong melaksanakan kuasa pemerintahan dan bertindak mengikut nasihat
Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.

Kuasa Yang Di Pertuan Agong :

a. Melantik Perdana Menteri


b. Mengisytiharkan pembubaran parlimen atau tidak memperkenankan pembubaran
parlimen
c. Berkuasa memanggil parlimen supaya bersidang
d. Mengisytiharkan undang-undang tentera atau darurat dengan persetujuan Jemaah
Menteri
e. Bertanggungjawab melindungi dan memelihara kedudukan istimewa orang Melayu
dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak
f. Mengadakan mesyuarat Majlis Raja-raja untuk membincangkan perkara yang
berkaitan dengan keistimewaan,kehormatan,kedudukan dan kemuliaan Raja-raja
Melayu
g. Mempunyai kuasa mengampunkan kesalahan-kesalahan lain dalam Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan segala hukuman yang dijatuhkan dalam Mahkamah
Syariah di Melaka,Pulau Pinang,Sabah,Sarawak dan Wilayah Persekutuan
h. Pemerintah tertinggi angkatan tentera dan ketua agama Islam bagi Pulau Pinang,
Melaka, Wilayah Persekutuan ,Sabah dan Sarawak.
i. Memperkenankan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara dan
Dewan Rakyat.

ii) Dewan Negara

Di Malaysia Dewan Negara merupakan Majlis Tertinggi parlimen


a. Anggota Dewan Negara dikenali sebagai senator
b. Mempunyai 69 orang ahli yang dipilih dan dilantik
c. 26 dipilih oleh Dewan-dewan Undangan Negeri
d. 43 orang ahli dilantik oleh Yang Di Peruan Agong
e. Sama taraf dengan ahli Dewan Rakyat dan boleh dilantik sebagai menteri
f. Ahli biasanya terdiri daripada warganegara yang telah berkhidmat dengan cemerlang
atau mencapai taraf kegemilangan dalam pelbagai lapangan seperti perkhidmatan
awam,perdagangan,perusahaan,pertanian, dan perkhidmatan masyarakat.
g. Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undang- undang yang
telah diluluskan oleh Dewan Rakyat
h. Hanya berkuasa menangguhkan sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan itu
daripada dikemukan kepada Yang Di Pertuan Agong.
j. Rang undang-undang kewangan hanya boleh ditangguhkan selama satu bulan. Rang
undang-undang lain selama satu tahun
k. Bertindak sebagai badan penyemak undang-undang

6
iii) Dewan Rakyat

Dewan Rakyat adalah badan perundangan tertinggi negara

a. Dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya umum


b. .Dewan Rakyat adalah majlis bagi wakil rakyat
c. Setiap ahli mewakili satu kawasan pilihanraya parlimen
d. Bilangan ahli dewan Rakyat ialah seramai 222 orang yang dipilih melalui pilihanraya
e. Bilangan keanggotaan ahlinya boleh diubah melalui undang-undang yang diluluskan
oleh parlimen
f. Jawatan berakhir apabila parlimen dibubarkan
g. Tempoh jawatan seseorang ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun
h. Ahli Dewan Rakyat mestilah mengangkat sumpah taat setia kepada Malaysia dan
Perlembagaan Persekutuan sebelum mengambil tempat dalam dewan
i. Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal dan meluluskan rang undang-undang
j. Seseorang ahli boleh berhenti bila-bila masa daripada menjadi ahli Dewan Rakyat
dengan mengemukakan surat perletakan jawatan kepada Yang Di Pertua Dewan
Rakyat
k. Jika berlaku kekosongan dalam Dewan Rakyat yang disebabkan oleh perletakan
jawatan,kematian atau hilang kelayakan,maka kekosongan tersebut hendaklah diisi
dalam tempoh 60 hari mulai tarikh berlaku kekosongan itu di Semenanjung Malaysia
atau 90 hari di Sabah dan Sarawak.
l. Satu pilihanraya kecil akan diadakan bagi mengisi kekosongan tersebut

2. Badan Eksekutif

i) Jemaah Menteri atau Kabinet

a. Badan pembuat dasar tertinggi negara yang menjalankan kuasa eksekutif.


b. ·Tugas utama ialah menggubal dasar-dasar kerajaan semua perkara dan memberi
arahan kepada jentera kerajaan di peringkat persekutuan melaksanakan dasar-
dasar tersebut
c. .Diketuai oleh seorang Perdana Menteri iaitu seorang ahli Dewan Rakyat yang
mendapat kepercayaan daripada sebahagian besar ahli-ahli dewan.
d. Tugas utama Perdana Menteri ialah mengetuai kabinet,memimpin
kerajaan,menjalankan pentadbiran dan menggubal dasar-dasar kerajaan · Perdana
Menteri boleh melantik Timbalan Perdana Menteri,Menteri-menteri,Timbalan-
Timbalan Menteri dan setiausaha-setiausaha parlimen untuk membantu beliau
dalam melicinkan urusan pentadbiran negara
e. Tugas Timbalan Perdana Menteri ialah membantu Perdana Menteri menjalankan
tugas-tugas itu semasa Perdana Menteri bercuti atau berada di luar negara.
f. Kementerian diketuai oleh seorang Menteri yang akan dibantu oleh Timbalan
Menteri,Setiausaha Parlimen,Setiausaha Politik,Ketua Setiausaha
Kementerian,pegawai kementerian dan kakitangannya yang dikenali sebagai
pegawai kerajaan

7
g. Kementerian lazimnya mempunyai bahagian pusat,negeri dan daerah. · Selain itu
terdapat kementerian yang mempunyai badan tertentu misalnya Arkib Negara
Malaysia dan Muzium di bawah Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan
Pelancongan dan mempunyai Ketua Pengarah.
h. Perlantikan pegawai dan menjaga disiplin pegawai beberapa Suruhanjaya dilantik,
misalnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan
Pendidikan, Suruhanjaya Undang-undang dan kehakiman.

3. Badan Kehakiman

i) Mahkamah Agong/Persekutuan

a. Mahkamah Agong merupakan mahkamah yang tertinggi di Malaysia


b. Mengandungi Ketua Hakim Negara, kedua-dua Hakim Besar Malaya dan Borneo
serta tujuh orang hakim Mahkamah Agong
c. Biasanya Mahkamah Agong bersidang di dalam panel mengandungi tiga orang hakim
yang dipilih oleh Ketua Hakim Negara
d. Antara bidang kuasa Mahkamah Agong ialah mendengar dan menentukan rayuan-
rayuan kes jenayah dan sivil terhadap keputusan Mahkamah Tinggi,menentukan sah
undang-undang yang digubal oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri,
memutuskan pertikaian di antara kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan atau di
antara negeri-negeri dan menasihati Yang Di Pertuan Agong dalam soal
menguatkuasa mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan

ii) Mahkamah Tinggi

a. Terdiri daripada Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo


b. Mempunyai kuasa pengadilan asal,rayuan dan pengawasan.Mempunyai kuasa yang
tidak terhad dalam menjalankan pengadilan ke atas kes jenayah asal.
c. Biasanya kes-kes jenayah yang terletak di luar bidang kuasa pengadilan Mahkamah
Rendah sahaja dibawa kepada Mahkamah Tinggi untuk pengadilan
d. Mahkamah Tinggi mendengar rayuan bagi kes-kes sivil dan jenayah dari Mahkamah
Majistret dan Mahkamah Sesyen.
e. Mempunyai kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas keputusan semua kes sivil
dan jenayah yang diputuskan oleh Mahkamah Rendah.Keputusan sivil dan jenayah
Mahkamah Tinggi boleh dikemukakan untuk rayuan kepada Mahkamah Agong.

iii) Mahkamah Rendah

a. Terdiri daripada Mahkamah Sesyen,Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu.


b. Mahkamah Sesyen dipengerusikan oleh seorang pegawai yang digelar hakim
c. Beliau mempunyai kuasa pengadilan jenayah bagi semua kesalahan kecuali kesalahan
yang membawa hukuman mati dan penjara seumur hidup
d. Mempunyai kuasa membicarakan kes-kes sivil yang melibatkan jumlah wang yang
tidak dituntut tidak melebihi seratus ribu ringgit
e. Mahkamah Majistret pula ditugaskan untuk mengendalikan kes-kes jenayah dan sivil.

8
f. Dipengerusikan oleh seorang majistret yang dilantik oleh Raja atau Yang Di Pertua
Negeri bagi negeri tempat majistret itu berkhidmat
g. Terbahagi kepada dua peringkat iaitu Mahkamah Majistret Kelas Satu dan Majistret
Kelas Dua.
h. Mahkamah Majistret kelas satu boleh membicarakan kes sivil yang nilai harta dalam
perbicaraan tidak lebih daripada RM25,000.00
i. Dalam kes jenayah,mempunyai kuasa untuk membicarakan semua kes yang hukuman
maksimum bagi kesalahan itu tidak melebihi 10 tahun penjara atau dihukum denda
sahaja
j. Majistret Kelas Dua menjalankan tugas-tugas kecil seperti menyebut kes-kes dan
membenarkan jaminan.
k. Boleh mengadili kes-kes jenayah yang hukuman bagi kesalahan itu tidak lebih
daripada 12 bulan penjara atau dengan denda sahaja.
l. Kuasa untuk menjatuhkan hukuman juga terhad iaitu tidak lebih daripada enam bulan
atau denda tidak lebih daripada RM1000 atau kedua-dua sekali

C. KESIMPULAN

1. Secara amnya sistem pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1957 hingga
1963 adalah melalui proses demokrasi.
2. Perlembagaan digubal untuk menjaga kepentingan dan keistimewaan semua kaum yang
ada. Prinsip-prinsip yang menentukan bentuk kerajaan yang boleh didirikan dan kuasa yang
boleh digunakan oleh kerajaan semuanya ditentukan seharusnya dipatuhi dan tidak
berlakunya penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana badan tersebut.

SOALAN 3b:
Huraikan ciri-ciri pemerintahan demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia.

1.PENDAHULUAN

 Pemerintahan di Malaysia adalah berteraskan prinsip demokrasi berparlimen.


 Mengikut prinsip demokrasi pemerintahan kerajaan Malaysia adalah ditentukan oleh rakyat
melalui pilihanraya selaras dengan konsep demokrasi yang bermakna kebebasan bersuara
atau suara rakyat. Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia hari ini adalah berdasarkan
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.
 Ciri-ciri pemerintahan demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia adalah seperti di
bawah.

9
2.ISI PENTING

Ciri-ciri kerajaan demokrasi berparlimen

i) Raja Berperlembagaan

 Ketua Negara Malaysia ialah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda yang Di Pertuan
Agung. Baginda ialah raja berpelembagaan yang tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.
Baginda merupakan lambang perpaduan, keutuhan negara dan tumpuan taat setia rakyat
ii) Ketua Negeri

 Setiap negeri mempunyai ketua dengan gelaran pelbagai misalnya ketua negeri Perlis digelar
raja, ketua negeri Kedah,Perak,Selangor,Kelantan,Terengganu dan Johor digelar sultan, Ketua
Negeri Sembilan digelar Yang Dipertuan, manakala Ketua Negeri Pulau Pinang, Melaka,
Sabah dan Sarawak digelar Yang Dipertua Negeri.
iii) Perlembagaan

 Perlembagaan Persekutuan Malaysia berasaskan Perlembagaan Tanah Melayu


1957.Perlembagaan ialah rang undang-undang dasar tertinggi yang menentukan corak
pemerintahan sesebuah Negara.
 Tujuan perlembagaan untuk menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa,
menstabilkan undang-undang, memelihara kepentingan rakyat dan menentukan
tanggungjawab rakyat terhadap Negara.Setiap negeri mempunyai Perlembagaan Negeri
masing-masing.
iv) Parlimen

 Kuasa tertinggi dan lambang demokrasi Negara


 Badan perundangan yang menggubal rang undang-undang Persekutuan Malaysia.Terdiri
daripada Yang Di Pertuan Agung, Dewan rakyat dan Dewan Negara. Parlimen berfungsi
membuat undang-undang pertahanan, hal-ehwal luar negeri,keselamatan Negara, pendidikan,
kesihatan dan kewangan
3. Kesimpulan

 Kesimpulannya, sistem pemerintahan demokrasi berparlimen yang diamalkan di Negara kita


menunjukkan corak kerajaan yang dipilih mengikut kehendak rakyat.
 Sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia dapat menjamin hak dan
kepentingan rakyat.

10
4.2.PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

4.2.1.4. RUKUN NEGARA

SOALAN 1 : Bincangkan usaha-usaha kearah membina masyarakat yang bersatu padu melalui
Rukun Negara 1970.

1.PENGENALAN

 Rukun Negara dibentuk selepas berlaku peristiwa 13 Mei 1969,iaitu peristiwa rusuhan kaum
yang telah mengancam ketenteraman,keamanan dan keselamatan Negara.Oleh itu Majlis
Gerakan Negara atau MAGERAN ditubuhkan untuk mengembalikan keamanan,melicinkan
pentadbiran dan mewujudkan perpaduan kaum.

 Mageran telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) bagi membincangkan dan
menilai isu perpaduan negara.Hasilnya MPN membentuk ideologi negara yang dikenali
sebagai Rukun Negara yang diistiharkan pada 31 Ogos 1970.

 Pembentukan Rukun Negara bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan,memelihara corak


hidup demokratik,mencipta sebuah masyarakat yang adil dan membina masyarakat yang
progresif.

 Usaha-usaha ke arah membina masyarakat yang bersatu padu melalui Rukun Negara
1970 dapat dilihat melalui Lima Prinsip Rukun Negara.

2.ISI PENTING

a) Prinsip kepercayaan kepada tuhan

 Usaha ke arah membina masyarakat yang bersatu padu melalui Rukun Negara dapat
diwujudkan melalui prinsip kepercayaan kepada Tuhan.Prinsip ini menyatakan agama yang
menjadi pegangan masyarakat Malaysia harus menjadi rakyat yang baik dan
bertanggungjawab.

 Hal ini akan dapat melahirkan masyarkat yang bertolak ansur dan bersatu padu.Ia selaras
dengan Perlembagan Negara yag meletkkan Islam sebagai agama rasmi tetapi agama lain bebas
di amalkan.

b) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

 Usaha ke arah membina masyarakat yang bersatu padu melalui Rukun Negara dapat dicapai
melalui prinsip kedua iaitu kesetiaan kepada raja dan negara.Melalui prinsip ini semua rakyat
Malaysia tanpa mengira kaum dan agama perlu menunjukan taat setia kpd raja dan
negara.

11
 Hal ini kerana Yang Dipertuan Agong merupakan ketua negara,raja merupakan ketua negeri
yang menjadi simbol penyatan rakyat dan pelindung hak istmewa peribumi. Penderhakaan
kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.

c) Keluhuran Perlembagaan

 Usaha seterusnya ialah melalui prinsip keluruhan perlembagaan.Prrinsip ini sesuai dengan
kedudukan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara yang dianggap luhur dan
unggul. Semua rakyat dituntut supaya menerima,mematuhi,menyanjung dan mempertahankan
prinsip-prinsip yang terkandung dalam perlembagaan.

 Ia juga menjadi dasar perundangan Negara.Sesiapa yang melangar perlembagaan bererti ia


melanggar undang-undang negara.Keadaan ini akan menjejaskan perpaduan negara.

d) Kedaulatan Undang-undang

 Usaha ke arah membina masyarakat yang bersatu padu melalui Rukun Negara juga dapat diapai
melalui prinsip kedaulatan undang-undang.Melalui prinsip ini semua rakyat Malaysia
dikehendaki mematuhi undang-undang negara agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan
aman dan sejahtera.

 Semua rakyat tanpa mengira sesiapa bertanggungjawab untuk memastikan undang-undang


negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh sesiapa.

e) Kesopanan dan Kesusilaan

 Usaha ke arah membina masyarakat yang bersatu padu boleh dicapai melalui prinsip kesopanan
dan kesusilaan.Prinsip ini menekankan supaya semua rakyat Malaysia sentiasa bersopan santun
dan bertatasusila dalam perhubungan antara satu sama lain.Kesopanan dan kesusilaan
merupakan nilai murni yan melambangkan keperibadian seseorang.

 Amalan bersopan santun dan bertatasusila perlu dipupuk dalam kalangan rakyat sejak dari keil
lagi oleh setiap ibu bapa dan anggota masyarakat misalnya bersopan santun ketika bercakap
dengan orang yang lebih dewasa dan bertatatertib ketika dijalanraya dan sebagainya.Tegasnya
kesopanan dan kesusilaan akan melahirkan masyarkat yang harmoni,penyayang dan saling
menghormati antara satu sama lain.

3. KESIMPULAN

 Sebagai kesimpulannya,setiap warganegra perlu memahami dan menghayati prinsip-prinsip


Rukun Negara kerana demi untuk mewujudkan perpaduan antara kaum di Malaysia.

 Berasaskan lima prinsip yang digariskan diharapkan Rukun Negara menjadi asas untuk
mewujudkan sebuah masyarakat yang demokratik, adil.libral dan progresif.

12
4.2.2.PEMBANGUNAN EKONOMI

SOALAN 1: Huraikan usaha Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dalam membangunkan


ekonomi negara antara tahun 1956 hingga 1963

1.PENGENALAN

 Soal ekonomi ialah satu isu yang diperdebatkan di kalangan pemimpin negara selepas negara
kita mencapai kemerdekaan. Soal ini penting memandangkan bahawa masyarakat pada masa
itu kurang bersatu padu. Akibat dasar pecah dan perintah penjajah British beberapa halangan
wujud.

 Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah berusaha melaksanakan dua rancangan penting iaitu
Rancangan Malaya Pertama (1956 – 1960) dan Rancangan Malaya Kedua (1961 – 1965) untuk
membangunkan ekonomi negara di samping mewujudkan perpaduan kaum.

2.ISI PENTING

a) Rancangan Malaya Pertama (RMP)

 RMP bertujuan untuk:

(i) Mengurangkan fenomena pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

(ii) Mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi kawasan luar bandar dan bandar.

(iii) Mempelbagaikan kegiatan ekonomi.

(iv) Meningkatkan peluang pekerjaan penduduk luar bandar.

(v) Meningkatkan kemajuan luar bandar dari segi bekalan kemudahan.

(vi) Membantu penduduk kawasan luar Bandar

 Dua agensi yang memainkan peranan penting ialah RIDA dan FELDA. RIDA atau
Lembaga Pembangunan Industri Desa ditubuhkan pada tahun 1953. Bertujuan untuk
membangunkan dan memajukan penduduk luar Bandar melalui pembangunan ekonomi, sosial
dan infrastrukur. Membimbing penduduk luar Bandar. Menggalakkan \ kegiatan perusahaan
kecil di kawasan luar Bandar.
 Seterusnya pada tahun 1956 FELDA ditubuhkan pada tahun 1956 bertujuan untuk Membantu
melaksanakan pembangunan tanah dan petempatan di luar bandar.Menempatkan penduduk
luar bandar dalam skim FELDA yang mempunyai kemudahan asas. Membuka tanah bagi
penamaan getah dan kelapa sawit.

 Memberi tanah kepada rakyat yang tidak bertanah. Meninggikan taraf hidup penduduk luar
Bandar. Agensi FELDA dan RIDA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan
Negara dan Luar Bandar.

13
 Pembangunan dan kemajuan yang diingini bawah RM1 kurang berkesan disebabkan
perbelanjaan besar untuk membentras ancaman komunis dan kejatuhan harga getah dan bijih
timah yang merupakan sumber pendapatan negara terpenting.

b) Rancangan Malaya Kedua (RM2)

 Pada tahun 1961-1965 RM2 dilaksanakan bertujuan meneruskan perjuangan RM1 di samping
ingin menyediakan banyak kemudahan awam dan mempelbagaikan ekonomi di kawasan
luar bandar.

 Tumpuan di kawasan luar bandar untuk mengurangkan jurang perbezaan taraf hidup antara
kawasan bandar dengan kawasan luar bandar.

 Pembinaan kemudahan asas di kawasan luar bandar.

 Mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih bagi penduduk luar bandar.

 FELDA masih memainkan peranan penting di bawah RM2 dengan rancangan pembukaan tanah
dan petempatan wilayah.

 Penanaman pelbagai jenis tanaman digalakkan.

 FAMA @ Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ditubuhkan untuk membantu pekebun


kecil/petani memasarkan hasil pengeluaran mereka.

3.KESIMPULAN

 Kesimpulannya, Rancangan Malaya Pertama dan Rancangan Malaya Kedua walaupun kurang
berjaya tetapi sekurang-kurangnya kedua-dua Rancangan ini dapat membantu penduduk luar
bandar serta menimbulkan kesedaran tentang pentingnya pembasmian kemiskinan sebagai satu
langkah kearah perpaduan kaum.

 Rancangan pembangunan negara masih diteruskan sehingga hari ini dengan matlamat yang
berlainan mengikut kehendak negara.

SOALAN 2 : Bincangkan strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan ke arah mencapai


matlamat Dasar Ekonomi Baru dari tahun 1970 hingga 1990.

1) PENGENALAN
 Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia
Kedua pada tahun 1970 selepas berlaku peristiwa 13 Mei 1969. Demi untuk menjamin
kemakmuran dan keamanan , maka kerajaan telah mengambil langkah untuk mengagihkan
kekayaan negara kepada semua kaum terutama kaum bumiputera yang jauh ketinggalan menerusi
Dasar Ekonomi Baru (DEB).

14
 DEB merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama yang meliputi tempoh antara tahun
1970-1990. Rancangan2 pembangunan di bawah DEB dijalankan menerusi strategi serampang
dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula
masyarakat.
 Terdapat pelbagai strategi dan usaha yang diakukan oleh kerajaan untuk mencapai matlamat
DEB 1970-1990.

2.ISI-ISI PENTING
STRATEGI-STRATEGI KERAJAAN KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT DEB
i) Strategi Membasmi Kemiskinan

a. Penyediaan kemudahan asas di bandar dan luar bandar.

 Bagi mencapai matamat untuk membasmi kemiskinan kerajaan mengambil langkah untuk
menyediaan kemudahan asas kepada penduduk luar bandar seperti kemudahan jalan raya,letrik
dan air terutama bagi masyarakat yang tinggal di luar bandar.

 Selain itu kerajaan memodenkan keadaan kehidupan rakyat dengan menyediakan kemudahan asas
iaitu pendidikan, perkhidmatan perubatan dan sebagainya. Tegasnya kemudahan asas yang
disediakan ini telah dapat membantu mengurangkan jurang kemiskinan.

b. Menyediakan peluang pekerjaan

 Selain itu kerajaan turut meluaskan lagi peluang pekerjaan kpd semua rakyat Malaysia tanpa
mengira kaum bagi membasmi kemiskinan. Kerajaan telah membuka lebih banyak peluang
pekerjaan kepada semua kaum tanpa terikat lagi dengan dasar pecah dan perintah penjajah.
Kerajaan juga telah mengalakkan penyertaan semua kaum dalam sektor perniagaan, perindustrian
dan juga perkhidmatan. Hal ini bertujuan agar rakyat Malaysia yang mempunyai modal yang besar
dapat membantu membangunkan ekonomi negara dengan mewujudkan lebih banyak peluang
pekerjaan kepada semua kaum.

 Contohnya Kaum Melayu diberi peluang luas untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan
dan perindustrianang jauh ketinggalan berbanding kaum lain.

 Strategi di atas diharap dapat membasmi kemiskinan masyarakat luar bandar di Tanah Melayu.

c. Menigkatkan daya pengeluaran golongan miskin


 Strategi lain yang dilaksanakan dalam membasmi kemiskinan ialah meningkatkkan daya
pengeluaran golongan miskin yang seterusnya dapat meningkatkan pendapatan penduduk.
Kerajaan berusaha menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan melalui teknik moden dan
kemudahan-kemudahan yang lebih baik, dengan program-program tanaman padi dua kali setahun,
tanaman padi luar musim,kemudahan parit dan tali air; kemudahan pasaran dan kredit demi
membantu golongan bumiputera di kawasan luar bandar.

15
 Antara langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah meningkatkan daya pengeluaran melalui
rancangan tanah FELDA, FELCRA, projek perikanan dan ternakan moden, kegiatan perniagaan,
pembuatan dan perkhidmatan moden, kemudahan bantuan kewangan dan teknik, serta peluang
pendidikan dan latihan.
 Tegasnya peningkatan daya pengeluaran ini telah dapat menambahkan peluang pendapatan
khususnya golongan miskin

ii) Strategi Menyusun Semula Masyarakat

a. Menambahkan pemilikan rakyat dalam sektor swasta


 Salah satu strategi menyusun semula masyarakat ialah menambahkan pemilikan rakyat dalam
sektor swasta. Strategi ini bertujuan meningkatkan pemilikan kaum bumiputera sekurang-
kurangnya 30% dalam sektor swasta dan perniagaan. Hal ini disebabkan kaum bumiputera
ketinggalan dalam pemilikan ekonomi sejak negara kita mencapai kemerdekaan.
 Penubuhan Permodalan Nasional Berhad dan Dasar Penswastaan Negara berujuan untuk
mengembangkan pemilikan harta dan saham kaum bumiputra untuk mempercepatkan
pembangunan ekonomi. Tegasnya strategi ini berjaya mengurangkan jurang ekonomi antara kaum
di Malaysia.

b. Membina masyarakat perdagangan


 Selain itu, strategi menyusun semula masyarakat juga termasuk membina satu masyarakat
perdagangan dalam kalangan bumiputera. Matlamat untuk membentuk sebuah Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) telah disokong oleh kerajaan melalui
pemberian kontrak,kuota dan lesen kepada perniagaan milik bumiputera dan syarikat usaha sama
dengan bumiputera.
 Antara langkah menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat pedagang ialah
menambahkan pemilikan bumiputera dalam ekonomi melalui penubuhan UDA .Selain itu,
Akta.Penyelarasan Perindustrian (1975) juga telah diluluskan dalam tempoh DEB. Perkara ini
jelas untuk memastikan penglibatan 30% bumiputera dalam pemilikan ekonomi tercapai.
 Kerajaan juga telah menyediakan beberapa pakej sokongan baru untuk mencapai matlamat ini
seperti Dasar Persyarikatan Malaysia bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan
membuka lebih banyak peluang pekerjaan sekaligus kadar pengangguran dapat dikurangkan.
 Jelaslah bahawa langkah yang dilakukan ini merupakan strategi berkesan untuk menyusun semula
masyarakat

c. Membangunkan kawasan yang mundur


 Strategi lain dalam menyusun semula masyarakat ialah membangunkan kawasan-kawasan mundur
tetapi berpotensi tinggi. Antaranya ialah pembangunan wilayah. Objektif rancangan dan
pembangunan wilayah di bawah DEB adalah mengurangkan ketidaksamaan tingkat kehidupan di
kawasan luar bandar dengan menggandakan kadar pertumbuhan yang berhubung dengan kawasan
yang kurang membangun, mengeksploitasi sepenuhnya potensi sumber tenaga manusia dan fizikal
di kawasan kurang membangun dan dengan menyamaratakan agihan perkhidmatan-perkhidmatan
dan kemudahan-kemudahan asas.

16
 Contohnya Perancangan untuk pembangunan sumber-sumber kawasan seperti Johor Tenggara
(KEJORA), Pahang Tenggara (DARA) dan Rancangan kawasan-kawasan utara atau pusat-pusat
pertumbuhan, termasuklah Rancangan Lembah Kelang, Pelan Induk Pulau Pinang, Rancangan
Johor Selatan dan Rancangan Kuantan. Tegasnya perancangan pembangunan wilayah ini dapat
merapatkan jurang perbezaan ekonomi dan menyusun semula masyarakat

d. Pembangunan bandar
 DEB juga turut memberi ruang kepada pembangunan bandar, Kerajaan telah mencorakkan
perbandaran-perbandaran baru dan pembinaan industri-industri baru supaya kepentingan kaum
Melayu sentiasa diuatamakan. Kerajaan telah menitikberatkan latihan kemahiran kepada kaum
Melayu agar mereka berkebolehan mengurus, mentadbir, atau memiliki perusahaan-perusahaan.
Perkara ini telah mengalakkan penghijrahan orang Melayu dari luar bandar ke bandar. Orang
Melayu yang berhijrah ke bandar pada umumnya terdiri daripada golongan msikin muda dalam
lingkungan umur antara 20-30 tahun
 Untuk mencapai matlamat itu, pelbagai institusi disaran memberi peluang kepada bumiputera iaitu
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Nasional (PERNAS), dan Urban Development
Authority (UDA) yang menyediakan keperluan-keperluan teknikal dan bantuan kewangan kepada
kaum Melayu dan bumiputera sama ada secara keseluruhan ataupun secara usaha bersama.
 Jelaslah bahawa penubuhan institusi-institusi ini telah dapat membantu kaum Melayu dan
seterusnya membangunkan kawasan bandar

e. Membuka peluang pelajaran dalam dan luar negeri


 Di samping itu, dalam menyusun semula masyarakat kerajaan juga telah berusaha membuka
peluang pelajaran dalam dan luar negeri. Kerajaan mengalakkan golongan bumiputera
melanjutkan pelajaran dalam dan luar negara demi menambahkan bumiputera dalam bidang
profesional seperti guaman, perubatan dan lain-lain lagi.
 Kerajaan juga telah membina lebih banyak sekolah di kawasan luar bandar dan juga turut
menyediakan kemudahan sampingan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dalam kalangan
rakyat.
 Kerajaan turut menyediakan kemudahan biasiswa dan memberi kuota kepada orang Melayu untuk
melanjutkan pelajaran ke universiti awam. Hal ini juga disebabkan kaum bumiputera jauh
ketinggalan dalam bidang pendidikan dan ini juga menjadi asas penting kepada perubahan besar
kepada ekonomi Malaysia. Hasilnya, pendapatan purata bulanan isi rumah kaum Melayu di
Semenanjung meningkat 5 kali ganda antara tahun 1970 dengan 1990, berbanding kaum Cina
yang cuma 4 kali ganda pada tempoh yang sama.
 Dari segi guna tenaga, didapati kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertama, khususnya
pertanian masih tinggi. Namun, penglibatan kaum Melayu dalam sektor kedua dan ketiga telah
bertambah. Keahlian bumiputera dalam kumpulan profesional seperti arkitek, akauntan, jurutera
dan doktor di Malaysia juga telah berkembang dengan cepat. Tegasnya peluang pendidikan yang
ditawarkan oleh kerajaan ini telah berjaya meningkatkan pendapatan dan taraf kaum Melayu

3.KESIMPULAN
 Kesimpulannya, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk mencapai matlamat DEB dari
tahun 1970 -1990 .

17
 Secara keseluruhannya DEB tidak mencapai sasaran 30 % bumiputera terlibat daam bidang
perdagangan dan perniagaan. Antara faktor yang dilihat mengekang dasar DEB ialah masalah
kemeseletan ekonomi dunia yang berterusan sejak awal tahun 1980-an turut menjejaskan
pertumbuhan ekonomi Malaysia.

4.2.3. MENILAI SUMBANGAN TOKOH

SOALAN 1: Huraikan sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dalam bidang politik
sejak dilantik menjadi Presiden UMNO pada tahun 1951.

1.PENGENALAN

 Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj lahir pada 8 Februari 1903. Beliau merupakan putera
ketujuh Sultan Abdul Halim Shah iaitu Sultan Kedah yang ke-24. Mendapat pendidikan awal
di sekolah Melayu sebelum berpindah ke Penang Free School.

 Pada tahun 1919, beliau melanjutkan pelajaran ke St Catherine's Colleg dan kemudiannya
melanjutkan pelajaran ke Universiti Cambridge pada tahun 1925. Beliau kemudiannya
melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Inner Temple dan ditauliahkan sebagai
peguam pada tahun 1949.Beliau merupakan anak Melayu pertama yang mendapat kelulusan
universiti dari England.

 Setelah kembali ke tanah air, Tunku menyertai perkhidmatan awam di Kedah sebagai pegawai
daerah di Kuala Muda, Padang Terap, Langkawi dan Kulim.

 Selepas menyertai UMNO pada tahun 1949 beliau dipilih sebagai ketua UMNO negeri Kedah.
Pada tahun (26 Ogos) 1951,Tunku dillantik sebagai Presiden UMNO Persekutuan Tanah
Melayu setelah Dato' Onn Ja'afar meletak jawatan.

 Terdapat pelbagai sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dalam bidang politik
sejak dilantik menjadi Presiden UMNO pada tahun 1951.

2.ISI PENTING

a) Menentang Malayan Union

 Semasa menjadi presiden Umno,beliau bersama-sama dengan raja-raja Melayu dan orang
Melayu menentang Malayan Union.Antara usaha awal Tunku ialah langkah-langkah untuk
mewujudkan perpaduan sebelum memperjuangkan kemerdekaan. Beliau telah mengadakan
pakatan murni demi memupuk perpaduan kaum. Beliau telah menganjurkan konvensyen
kebangsaan bersama-sama dengan MCA pada tahun 1954.

b) Membentuk gabungan UMNO,MCA dan MIC

 Pada tahun 1955. Beliau yang memimpin Parti Perikatan telah berjaya mengabungkan parti
UMNO, MCA dan MlC. Hasilnya dalam pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan, Parti
Perikatan berjaya mencapai kemenangan cemerlang dengan memenangi 5l daripada 52 buah

18
kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan itu menyebabkan Tunku dilantik sebagai Ketua
Menteri Persekutuan Tanah Melayu.

c) Mengetuai rombongan kemerdekaan

 Pada tahun 1956, Tunku mengetuai rombongan ke London untuk menuntut kemerdekaan
negara daripada kerajaan Britian. Perjanjian kemerdekaan ditandatangani di London pada 8
Februari 1 956. Tarikh kemerdekaan ditetapkan pada 31 Oktober 1957. Sebuah suruhanjaya
iaitu Suruhanjaya Reid dibentuk untuk mengkaji perlembagaan bagi Tanah Melayu.

d) Memimpin Parti perikatan

 Selepas merdeka Tunku dilantik sebagai Perdana Menteri pertama. Beliau terus memimpin
Parti Perikatan dalam tiga pilihan raya iaitu pada tahun 1959, 1964 dan 1969. Kepimpinan
Tunku adalah faktor yang mendorong Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaan tanpa
pertumpahan darah. Dasar toleransi dan taktik permuafakatan kaum beliau menunjukkan
keunggulan beliau sebagai seorang pemimpin yang bijak.

e) Menamatkan ancaman komunis

 Sumbangan Tunku yang lain ialah usaha beliau dalam menamatkan ancaman komunis di Tanah
Melayu. Beliau sanggup mengadakan Rundingan Baling dan bertemu dengan Chin Peng. Hal
ini jelas membuktikan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang mengambil berat tentang
keamanan dan keselamatan negara. Rundingan Baling telah berlangsung di Sekolah Rendah
Baling pada 28 Disember 1955.

 Rundingan ini tidak berjaya kerana Tunku enggan mengiktiraf PKM sebagai parti politik yang
sah. Namun demikian, perjuangan PKM bertambah lemah kerana tidak mendapat sokongan
daripada penduduk tempatan yang sudah pun yakin terhadap pemerintahan Tunku. Malahan
terdapat gerila PKM yang menyerah diri dan ada juga yang melarikan diri ke sempadan
Thailand. Ancaman komunis tamat semasa pemerintahan Tunku dan darurat diisytiharkan
tamat pada tahun 1960.

f) Membentuk gagasan Malaysia

 Sumbangan politik Tunku yang masih disanjung tinggi ialah usaha beliau membentuk Gagasan
Malaysia. Pada 27 Mei 1961, Tunku telah mengemukakan idea pembentukan Malaysia di
Hotel Adelphi Singapura. Tujuan beliau adalah untuk menjamin kekukuhan politik,
keselamatan, ekonomi dan sosial semua negara yang terlibat. pada peringkat awal, gabungan
ini melibatkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah. Sarawak dan Brunei tetapi kemudiannya
Brunei telah menarik diri kerana rnenghadapi pemberontakan daripada rakyat yang dipirnpin
oleh A.M.Azahari selain disebabkan isu hasil minyak.

 Pembentukan Gagasan Malaysia juga mendapat reaksi negatif dari negara jiran seperti Filipina
dan Indonesia yang kemudiannya melancarkan konfrontasi. Tunku dengan kebijaksanaannya
berjaya mengatasi segala cabaran ini dengan mendapat sokongan padu dari rakyat, kerajaan

19
British dan PBB. pada l6 Septernber I963, Persekutuan Malaysia telah dibentuk dan Tunku
digelar 'Bapa Malaysia'.

g) Menggubal dasar luar

 Tunku juga telah merintis jalan dalarn menggubal dasar luar negara dengan rrengarnbil kira
beberapa faktor penting. Pada peringkat awal kemedekaan, beliau mengamalkan dasar probarat
dan antikomunis. Dasar ini dapat menjamin kedaulatan negara daripada ancaman musuh. Pada
masa yang sarna, dasar ini dapat menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara.

h)Mencadangkan penubuhan ASA dan MAPHILINDO

 Tunku juga menjalinkan hubungan baik dengan negara jiran dengan mencadangkan penubuhan
ASA dan MAPHILINDO. Tujuan pertubuhan-pertubuhan tersebut adalah untuk rneningkatkan
persahabatan dan penyertaan dalam ASEAN. ASEAN yang dibentuk pada tahun 1967
bertujuan mewujudkan hubungan serantau yang baru.

i) Menyertai OIC

 Sumbangan politik Tunku yang amat besar ialah penyertaan beliau dalam pentubuhan
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Bagi menghargai sumbangannya, Tunku telah dilantik
sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama. Tunku berusaha mendapatkan kerjasama OIC
untuk menyelesaikan peperangan Iran-lraq.

 pada masa yang sama Malaysia juga rnenyokong perjuangan rakyat palestin dalam memerangi
kezaliman rejim lsrael. Tunku juga menubuhkan Bank Pembangunan Islam yang rnemberi
bantuan kewangan kepada negara anggota OIC.

j) Mementingkan hubungan antarabangsa

 Selain dari itu, Tunku juga mementingkan hubungan antarabangsa. Malaysia bergerak aktif
dalam badan-badan antarabangsa seperti PBB dan Komanwel Tunku telah menghantar misi
perdamaian dan kearnanan ke Congo pada tahun 1961. Beliau juga sangat menghormati hak
asasi manusia dan ini digambarkan dalam usaha beliau mengkritik keras Dasar Aparteid di
Afrika Selatan sehingga negara tersebut disingkirkan daripada Komanwel.

3.KESIMPULAN

 Kesimpulannya, Tunku Abdul Rahman merupakan seorang pemimpin yang berwibawa dan
berkaliber.Beliau mempunyai pandangan jauh untuk membawa Malaysia ke arah kemajuan
dan kegemilangan.

 Usaha-usaha Tunku rnenunjukkan beliau seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan sangat
mementingkan perpaduan kaum. Tunku telah meninggal dunia pada 6 Disember 1990.
Sumbangan besar Tunku sebagai 'Bapa Kemerdekaan' dan .Bapa Malaysia tetap dikenang oleh
setiap rakyat Malaysia.

20
SOALAN 2: Huraikan sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dalam membangunkan
Negara Malaysia sepanjang tempoh menjadi Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu 1957
hingga 1970.

1.PENGENALAN

 TAR Putera merupakan putera kepada Sultan Abdul Halim, Sultan Kedah ke-24. Dilahirkan
pada 8 Februari 1903. Anak Melayu pertama berkelulusan University Of Cambridge, England.
Merupakan Perdana Menteri Malaysia yang Pertama Persekutuan Tanah Melayu.

 Beliau dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan dan bapa Malaysia kerana jasanya dalam
merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu dan Mengusahakan penubuhan Malaysia.

 Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama pada tahun
1957.

 Sumbangan Tunku, dalam membangunkan negera Malaysia sepanjang tempoh menjadi


Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu 1957-1970 dapat dilihat dalam aspek politik,
ekonomi dan sosial.

2. ISI PENTING

a) Sumbangan Politik

i) Memperjuangkan kemerdekaan Negara

 Sumbangan TAR yang terbesar kepada Negara ialah perjuangan untuk membebaskan Negara
daripada belenggu penjajahan British melalui proses rundingan tanpa pertumpahhan darah
hingga menghasilkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.Tunku juga bertanggungjawab dalam
pembentukan Malaysia.

ii) Menubuhkan Persatuan Asia Tenggara (ASA)

 Diperingkat antarabangsa, Tunku telah mengilhamkan penubuhan Persatuan Asia Tenggara


(ASA) pada tahun 1961 yang dianggotai oleh Tanah Melayu,Thailand dan Filipina.Walaupun
kejayaan ASA amat terbatas, namun usaha itu merintis jalan kepada penubuhan Persatuan
Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) pada tahun 1967 yang kini dianggotai oleh hampir
semua Negara-negara di Asia Tenggara.

iii) Menentang dasar Apartheid

 Tunku juga menentang keras dasar diskriminasi kaum (Apartied) yang diamalkan di Afrika
Selatan sehingga Negara itu disingkirkan daripada pertubuhan Komanwell dalam persidangan
yang diadakan di Landon.

b) Ekonomi

 Kerajaan Perikatan di bawah pimpinan beliau melancarkan Rancangan Malaya Pertama


1956-1960 bertujuan untuk mengurangkan fenomena pengenalan kaum mengikut fungsi

21
ekonomi dan merapatkan jurang perbezaan ekonomi mengikut kawasan luar bandar dan
bandar. Dua agensi yang ditubuhkan untuk membangunkan penduduk luar bandar ialah
Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA 1953)) dan Lembaga Pembangunan Tanah
Persekutuan ( FELDA 1956).Kedua-dua agensi ini kemudiannya di letakkan di bawah
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada tahun 1959.

 Walau bagaimanapun Rancangan Malaysia Pertama kurang berjaya kerana kerajaan


menghadapi masalah kewangan disebabkan perbelanjaan besar digunakan untuk membentras
ancaman komunis dan kejatuhan harga getah dan bijih timah yang merupakan sumber
pendapatan negara terpenting.

 Tunku juga terlibat dalam penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB) sebagai sebuah institusi
kewangan dalam kalangan Negara Islam. Bank Pembangunan Islam merupakan satu institusi
pembangunan kewangan pelbagai hala terletak di Jeddah, Arab Saudi. Cadangan penubuhan
bank ini berlaku ketika pertemuaan menter-menteri kewangan negara-negara Islam di
Sidang Pertubuhan Kerjasama Islam atau OIC yang pertama pada 18 Disember 1973. Terdapat
56 negara Islam sebagai pemegang saham di dalam bank ini termasuklah Malaysia.

c) SOSIAL

i)Menggubal dasar pembangunan Sosial

 Sebagai PM Persekutuan Tanah Melayu yang pertama beliau bertindak menggubal pelbagai
dasar untuk membangunkan Negara selepas merdeka.Contohnya beliau memulakan
pembinaan beberapa prasarana yang menjadi kebanggaan Negara sehingga kini seperti Masjid
Negara,Stadium Negara,Stadium Merdeka,Bangunan Parlimen,Mezium Negara dan Tugu
Negara.

iii) Meningkatkan syiar Islam

 Sebagai langkah untuk mengerat hubungan antara negera Islam dan menigkatkan syiar Islam,
Tunku telah mengilhamkan pertandingan membaca al-Quraan peringkat kebangsaan
pada tahun 1957 dan antara bangsa pada tahun 1961. pertandingan itu yang kemudiannya
dikenali sebagai Tilawah Al-Quraan menjadi satu acara tahunan sehingga kini.

iii) Yang Dipertua PERKIM

 Tunku pernah menjadi Yang Dipertua Pertubuhan kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) serta
presiden Majlis Dakwah Islamiah Rantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) dari tahun
1982-1988.

iv) Pendidikan

 Tunku juga telah menganjurkan pembentukan jawatankuasa pendidikan untuk mengkaji


pembentukan dasar pendidikan kebangsaan.Beliau juga telah mencadangkan bahawa Bahasa
Melayu dijadikan sebagai Bahasa Kebangsaan.Cadangan beliau ini kemudiannya dikemukakan
dalam penyata Razak 1956.

22
3.KESIMPULAN

 Sebagai kesimpulannya Sumbangan besar Tunku sepanjang peerkhidmatannya sebagai


perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah sebagai Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia
yang sentiasa dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia.

 Tunku meninggal dunia pada 6 Disember 1990 di Hospital Kuala Lumpur ketika berusia 87
tahun .Jenazahnya telah disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star Kedah.

6.0.HUBUNGAN LUAR

SOALAN 1: Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia


dari tahun 1957 hingga tahun 1963.

1.PENDAHULUAN

 Dasar luar merupakan interaksi sesebuah negara dengan negara lain. Melalui dasar luar
sesebuah negara akan menyatakan pendirian terhadap perkembangan yang berlaku di luar
sempadannya.
 Pembentukan dasar luar Malaysia di antara tahun-tahun 1957 hingga 1963 banyak dipengaruhi
faktor dalaman dan luaran. Faktor dalaman dan luaran ini pula berkaitan dengan prinsip
utama negara yang meliputi pelbagai aspek seperti soal keselamatan, kebajikan rakyat,
keutuhan negara dan sebagainya.

2.ISI PENTING

a) Geografi

 Malaysia terletak di kawasan yang paling strategik di dunia. Malaysia berada di tengah-tengah
laluan utama perdagangan dunia, iaitu laluan yang menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan
Pasifik. Ini menjadikan laluan Selat Melaka sebagai laluan tersibuk di rantau Asia Tenggara.

 Selat Melaka menjadi laluan utama bagi pedagang-pedagang di antara Timur Jauh, Timur Tengah
dan India. Berasaskan kedudukan ini Malaysia meletakkan pendirian yang bebas dan berkecuali
sebagai keutamaan dalam pembentukan dasar luarnya. Oleh itu Malaysia berusaha menjadikan
rantau Asia Tenggara sebagai rantau yang aman, bebas dan berkecuali daripada sebarang pengaruh
luar.

b) Ekonomi

 Kepentingan ekonomi mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia. Sebagai pengeluar bahan
mentah utama seperti bijih timah, getah dan kelapa sawit, Malaysia memerlukan pasaran luas
dan menyeluruh di peringkat antarabangsa bagi memasarkan barangan dan hasil negara.

 Malaysia mengharapkan rakan dagang di seluruh dunia bukan sahaja untuk memasarkan hasil
keluarannya tetapi juga memerlukan pelbagai barangan dari luar untuk keperluan rakyatnya.
Jalinan hubungan dagang dengan pelbagai negara akan dapat meningkatkan hasil ekspotnya dan
menjadikan pelabuhan di Malaysia sebagai destinasi pelabuhan utama di dunia.

23
c) Sejarah dan demografi

 Sejak dahulu lagi Malaysia menjalinkan hubungan yang rapat dengan negara-negara Islam.
Hubungan ini dipengaruhi oleh faktor sejarah dan penduduk di negara ini yang majoritinya
beragama Islam. Malaysia juga tidak menjalin hubungan diplomatik dengan negara Israel bagi
menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini.

 Dasar luar Malaysia juga menekankan prinsip perpaduan antara manusia dengan prinsip
menghormati hak asasi manusia. Keadaan ini sesuai dengan kedudukan negara yang terdiri
daripada masyarakat pelbagai kaum. Oleh itu, Malaysia menentang dasar perbezaan warna kulit,
bangsa dan agama seperti dasar apartheid yang pernah diamalkan di Afrika Selatan.

d) Sistem Politik Negara.

 Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang
menekankan kebebasan dan kemakmuran rakyat. Oleh itu, dasar luar Malaysia menekankan prinsip
kebebasan manusia, keamanan dan menentang segala bentuk penjajahan , penindasan ekonomi,
sosial dan politik dalam kalangan masyarakat antarabangsa.

e) Keselamatan Negara dan Masalah Politik Serantau

 Untuk mengelakkan ancaman dari luar negara maka Malaysia memerlukan dasar luar yang dapat
mengekalkan hubungan baik dengan semua negara.

 Penggubalan dasar luar juga dipengaruhi oleh faktor keselamatan negara dan keadaan politik
semasa, contohnya ancaman fahaman komunis pada tahun 1960-an menyebabkan Malaysia
melaksanakan dasar luar yang sesuai bagi membendung kemaraan fahaman komunis.

 Pergolakan politik yang berlaku di Vietnam dan Kampuchea telah mendorong Malaysia berusaha
menjadikan rantau ini sebagai zon aman, bebas dan berkecuali.

 Malaysia memainkan peranan dalam menyelesaikan krisis politik di beberapa buah negara,
contohnya berperanan menyelesaikan konflik politik di Kampuchea

f) Institusi Antarabangsa

 Malaysia memainkan peranan penting dalam institusi-institusi antarabangsa. Malaysia memberi


sokongan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam usaha mengekalkan keamanan dan
kemakmuran dunia.

 Malaysia menunaikan tanggungjawab memberi sumbangan kewangan kepada pertubuhan dunia


sebagai syarat keahlian.

 Malaysia juga terlibat dengan pertubuhan antarabangsa lain seperti Persatuan Negara-Negara Asia
Tenggara (ASEAN), Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) Pertubuhan Negara-Negara
Komanwel dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

 Penglibatan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa menunjukkan komitmen Malaysia dalam


memelihara keamanan serta memupuk semangat kerjasama dan perpaduan antarabangsa

24
g) Undang-undang Antarabangsa

 Sistem perundangan antarabangsa turut mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia.


Malaysia menghormati prinsip yang terkandung dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu dan peraturan yang ditetapkan oleh badan-badan antarabangsa. Peraturan-peraturan itu
seperti tindak tanduk semua negara mengenai diplomasi, menghormati keutuhan wilayah negara
lain, komunikasi dan mekanisme untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul antara
negara.

 Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara dan memainkan peranan aktif
dalam perbincangan ke arah mewujudkan keamanan dan mengekalkan kemakmuran dunia.

h) KESIMPULAN

 Kesimpulannya, selepas mencapai kemerdekaan keadaan politik negara masih belum stabil
angkara ancaman komunis. Lantaran itulah dasar luar Malaysia pada ketika itu bersifat anti
komunis dan pro Barat. Pada ketika itu Malaysia menjalinkan hubungan yang baik dengan
Amerika Syarikat, Britain dan sekutunya. Melalui hubungan ini Malaysia mengharapkan Amerika
Syarikat memberi bantuan kepada Malaysia untuk menentang komunis.

 Dasar pro-barat ini juga dipengaruhi oleh keperibadian Tunku Abdul Rahman yang mendapat
pendidikan di Eropah dan lebih mesra dengan pemimpin negara-negara barat yang anti komunis.

SOALAN 2:
Dasar luar negara pada zaman kepimpinan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1957 hingga
1970 lebih bercorak pro-Barat. Bincangkan.

A.PENGENALAN

1. Dasar luar negara ditakrifkan sebagai dasar yang diamalkan oleh sesebuah negara dalam menjalin
hubungan dengan negara lain. Pada tahun 1957 hingga 1970, negara kita mengamalkan dasar
pro Barat. Pada masa itu negara dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.
2. Keutamaan menjamin keselamatan dan pertahanan negara serta pro-Barat menjadi faktor yang
mempengaruhi pembentukan dasar luar pada masa itu. Latar belakang dan peribadi Tunku Abdul
Rahman turut menentukan arah tujuan dasar luar negara dalam tempoh tersebut. Namun terdapat
juga faktor lain yang mempengaruhi penggubalan dasar luar ketika itu.

B. ISI-ISI :

1. Politik dan keselamatan negara


a. Dasar luar negara pada zaman kepimpinan Tunku Abdul Rahman yang pro-Barat banyak
dipengaruhi oleh faktor keselamatan. Tahun 1957-1963 dianggap sebagai tahap penting dalam
dasar luar negara kerana Tanah Melayu baru sahaja mencapai kemerdekaan. Sebarang serangan
dari luar tidak mampu dihadapi secara bersendirian. Berdasarkan alasan ini Tanah Melayu
memilih dasar pergantungan dengan Britain dan mengamalkan dasar luar yang pro-Barat. Tanah

25
Melayu menandatangani perjanjian pertahanan dengan Britain yang dikenali sebagai Perjanjian
Pertahanan Anglo Malaya (AMDA). Melalui perjanjian ini Britain memberi jaminan akan
memberi bantuan ketenteraan kepada Tanah Melayu jika diceroboh atau diancam oleh musuh.
b. Ancaman komunis di dalam negara dan rantau Asia Tenggara terutamanya perkembangan di
Vietnam menyebabkan Tanah Melayu mengambil sikap yang serius terhadap perkembangan
tersebut. Di dalam negara pula kegagalan Rundingan Baling 1955 menyebabkan komunis
melancarkan perang gerila setelah perjuangan melalui cara berperlembagaan tidak berjaya.
c. Tanah Melayu memberi sokongan kuat terhadap tindakan Amerika Syarikat membendung
pengaruh komunis di Vietnam Utara dan menyokong Rejim anti komunis di Vetnam Selatan.

2. Kepentingan ekonomi
a. Selain soal politik dan keselamatan negara , dasar luar pro-Barat ini didorong oleh kepentingan
ekonomi di Tanah Melayu. Tanah Melayu yang mengamalkan ekonomi pasaran bebas telah
menjalin hubungan baik dengan negara lain di dunia untuk memajukan ekonomi. Tanah Melayu
menjadi pengeluar utama bijih timah dan getah sejak zaman penjajahan British. Selepas
mencapai kemerdekaan ekonomi Tanah Melayu masih bergantung kepada komoditi utama iaitu
getah dan bijih timah. Syarikat-syarikat dari Britain masih menguasai kedua-dua perusahaan
ini,. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun diberi kemerdekaan dari segi politik, negara masih
lagi bergantung dalam bidang ekonomi khususnya untuk membeli bahan mentah dan mencari
pasaran.
b. Walaupun sudah merdeka, Britain masih menguasai agensi dan syarikat perdagangan utama.
Persekutuan Tanah Melayu masih mengharapkan pasaran dan modal daripada Britain dan
Amerika Syarikat. Hubungan yang baik dengan negara Britain dan Amerika Syarikat menjamin
kepentingan ekonomi negara.

3. Latar belakang keperibadian Tunku Abdul Rahman


a. Dasar pro-Barat Tanah Melayu juga didorong oleh keperibadian Tunku Abdul Rahman. Tunku
dibesarkan dalam suasana kebaratan dan mendapat pendidikan Barat menyebabkan beliau lebih
selesa berpegang kuat kepada demokrasi Barat dan bersikap pro-Barat. Tunku juga mempunyai
sikap anti komunis yang kuat kerana ancaman komunis dalam negara.
b. Lantaran itulah Tanah Melayu pada ketika itu tidak menjalin hubungan diplomatik dengan
negara komunis seperti Russia dan China. Tunku percaya bahawa warisan sistem demokrasi
Barat lebih sesuai dengan budaya masyarakat di Tanah Melayu berbanding dengan sistem
komunis.

4. Faktor sejarah
a. Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, telah wujud hubungan perdagangan dengan China,
Arab dan Siam. Terdapat hubungan berasaskan rumpun Melayu seperti Brunei, Singapura dan
Indonesia
b. Setelah merdeka, Malaysia menyertai Komanwel untuk meneruskan hubungan diplomatik
dengan Britain, Australia dan New Zealand. Pada ketika itu tentera British dan Komenwel
banyak membantu.

26
5. Faktor geografi
a. Kedudukan Malaysia yang strategik di rantau Asia Tenggara. Malaysia bersempadan dengan
hampir semua negara di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Filipina, Brunei dan Indonesia.
b. Perairan Malaysia menjadi laluan kapal-kapal dagang selurah dunia. Kawasan ini sering
menjadi fokus kepada kuasa-kuasa besar dalam menegakkan pengaruh dan kuasa masing masing.
Keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap
keselamatan negara Malaysia.

6. Faktor demografi
a. Majoriti penduduk Malaysia beragama Islam dan menjalinkan hubungan baik dengan
negara negara Islam. Malaysia tidak membuat hubungan diplomatik dengan Israel kerana negara itu
menceroboh dan menindas penduduk Palestin.
b. Malaysia menentang keras dasar Aparteid di Afrika Selatan dan tidak mengadakan hubungan
diplomatik dengan Afrika Selatan.

C. KESIMPULAN
1. Dasar luar negara sepanjang tahun 1957 hingga 1970 semasa di bawah kepimpinan Tunku Abdul
Rahman memperlihatkan pendirian pro-Barat yang cukup kukuh. Menjelang tahun 1970-an, dasar
luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.
2. Perubahan dasar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya
pengaruh Britain di Timur. Perubahan dasar juga berlaku apabila Malaysia berkeinginan menjalin
hubungan persahabatan dengan semua negara khususnya dengan negara jiran

SOALAN 2: Huraikan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan Komanwel sehingga tahun


1990-an.

A. PENGENALAN
 Pertubuhan Komanwel merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-
negara berdaulat yang pernah menjadi tanah jajahan British yang ditubuhkan pada
tahun 1931.
 Matlamat penubuhannya adalah untuk membina semangat setia kawan di kalangan negara
anggota serta mewujudkan kerjasama dalam semua bidang. Komanwel mempunyai 54
buah negara anggota yang terdiri daripada negara maju dan negara membangun.Selepas
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
 Malaysia menjadi anggota Komanwel demi menjamin keharmonian dan membangunkan
ekonomi negara. Penglibatan Malaysia dalam Komanwel dapat dilihat dalam aspek politik,
ekonomi dan sosial.

27
B. ISI
Penglibatan Malaysia dalam Komanwel.
1. Perjanjian Pertahanan (AMDA)
 Perjanjian pertahanan antara Malaysia dengan Britain, Australia, dan New Zealand
menjanjikan bantuan daripada mereka sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana pihak
semasa Malaysia berkonfrontasi dengan Indonesia.
 Tindakan Malaysia menanda tangani Perjanjian AMDA didorong oleh kedudukan pertahanan
negara yang tidak kuat. Tanah Melayu ketika itu hanya mempunyai satu pasukan Rejimen
Melayu Diraja dan tidak mempunyai angkatan tentera laut dan udara.Sebarang ancaman dan
serangan dari luar tidak mungkin mampu dihadapi oleh Tanah Melayu secara bersendirian.
2. Penglibatan dalam CHOGM
 Malaysia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam penglibatan sebagai anggota
Komanwel. Pada tahun 1989, Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah persidangan Ketua-
ketua Negara Komanwel (CHOGM).
 Mesyuarat CHOGM diadakan dua tahun sekali bagi membincangkan isu-isu semasa
antarabangsa yang berkaitan dengan negara-negara anggota. Dalam mesyuarat tersebut,
Malaysia mengetengahkan isu alam sekitar dan hasilnya Deklarasi Langkawi telah dimeterai
yang mendorong negara anggota yang miskin turut memberi perhatian kepada isu alam sekitar
ketika negara anggota sibuk membangunkan ekonomi negara masing-masing.
3. Menentang dasar Apartheid
 Malaysia juga dengan lantang bersuara menentang dasar Apartheid di Afrika Selatan yang
menyalahgunakan hak asasi manusia. Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama
diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masing-
masing.Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia
menyebabkan Malaysia menentang keras dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan.
 Malaysia turut menyokong sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan, ketika dasar ini
dilaksanakan oleh orang kulit putih. Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan
Afrika Selatan sehinggalah dasar itu dihapuskan.
4. Kerjasama ekonomi.
 Pergantungan Malaysia kepada Britain dalam bidang ekonomi. Malaysia mengharapkan
permintaan dari Britain dalam mengeksport dua komoditi utamanya iaitu bijih timah dan
getah.Pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama
dalam bidang perladangan dan perindustrian.
 Begitu juga dari egi perdagangan, eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel dikenakan
cukai yang rendah. Pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, hubungan Malaysia dengan
Komanwel menjadi renggang akibat dasar perdagangan yang memihak kepada negara
maju.Beliau mengambil tindakan ekonomi “Buy British Last”.
5. Rancangan Colombo
 Rancangan Colombo ditubuhkan atas usaha Negara-negara Komanwel untuk memerangi
kemiskinan dan wabak penyakit serta bantuan kewangan dan kemahiran teknik kepada
negara-negara yang memerlukan. Malaysia mendapat manfaat seperti bantuan kepakaran,
teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan.

28
 Melalui rancangan ini pelajar Malaysia mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke Britain,
Australia dan New Zealand. Selain itu, Malaysia mendapat bantuan bagi pembinaan Lebuh
Raya Timur Barat serta pembinaan jalan raya dan jambatan di Sabah dan Sarawak.
6. Sukan Komanwel
 Sukan Komanwel adalah acara pelbagai jenis sukan yang berlangsung setiap empat tahun
sekali yang melibatkan atlet dari negara anggota. Malaysia telah berjaya menjadi tuan rumah
dan menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998.
 Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan stadium utama yang dijadikan tempat berlangsungnya
acara pembukaan dan penutupan rasmi. Stadium tersebut boleh menempatkan sehingga
100,000 penonton dan mempunyai trek balapan.

C. KESIMPULAN.
 Banyak faedah yang diperolehi Malaysia dalam Komanwel. Malaysia dapat menyuarakan
pendapat secara terbuka dalam membincangkan isu-isu antarabangsa.

SOALAN 3: Huraikan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan negara-nerara ASEAN dari


tahun 1967 sehingga 1997.

1.PENDAHULUAN.

 Pada 7 Ogos 1967 telah wujud satu gabungan yang dikenali sebagai Persatuan Negara-negara
Asia Tenggara atau ASEAN yang terdiri dari negara Indonesia, Filipina, Singapura dan
Thailand. Keanggotaan ASEAN telah bertambah dengan kemasukan Brunei 7 Januari
1984,Vietnam 28 Julai 1995, Laos dan Mynmar 23 Julai 1997. Akhir sekali Kemboja.
 Penubuhan Asean yang bermatlamatkan kerjasama dalam semua bidang terutama dalam
bidang ekonomi, kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran.Penglibatan Malaysia amat
jelas dalam ASEAN terutama dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.
2. ISI PENTING

a) Politik
i)Mencetuskan idea penubuhan ASEAN.
 Malaysia merupakan negara terawal menyedari kepentingan kerjasama serantau demi keselematan
negara-negara serantau di Asia Tenggara.Kesedaran Malaysia adalah berdasarkan senario rantau
Asia Tenggara ketika itu iaitu kebanyakan negara Asia Tenggara baharu mencapai kemerdekaan
maka amat perlu untuk mewujudkan kerjasama melalui satu pertubuhan yang sama, Asia
Tenggara merupakan satu rantau yang berkedudukan strategik tetapi lemah dari segi politik dan
hubungan serantau dan antarabangsa.
 Malaysia bimbang keadaan tersebut akan memudahkan kuasa-kuasa besar menundukkan negara
Asia Tenggara atau menjadikan Asia Tenggara tempat pertelagahan. Contohnya semasa Perang
Dingin, negara Asia Tenggara menjadi sasaran perebutan kuasa Barat dan komunis,tekanan
nasionalisme agar negara baharu merdeka berusha ke arah mendapat pengiktirafan negara lain di
dunia. Maka Malaysia berusha untuk mendapatkan pengiktirafan tersebut dengan cara
berkerjasama semua negara Asia Tenggara, Keadaan negara Asia Tenggara yang masih tidak

29
stabil dan masih terikat dengan pelbai gejala akibat penjajahan barat. Wujud pelbagai perbezaan
falsafah politik dan ideologi. Contohnya Vietnam Utara dengan ideology komunisnya,Indonesia
sebagai militant-nationalist dan Filipina terikat dengan Amerika Syarikat sehingga dikenali
sebagai “ranting Asia”.
 Malaysia berpendapat sekiranya keadaan rantau Asia Tenggara ini berterusan masa depan negara
tidak akan terjamin. Perpaduan dalam kalangan semua negara Asia Tenggara perlu untuk
membina benteng pertahanan yang kukuh dalam semua aspek dan Malaysia juga bimbang dengan
pengaruh komunis dan teori Domino.

b)Konsep ZOPFAN ( Zon Aman, Bebas dan Berkecuali)


 Malaysia telah menyumbang kepada idea konsep ZOPFAN. Deklarasi ini dikenali sebagai
Deklarasi Kuala Lumpur dimana semua negara anggota bersepakat mengisytiharkan negara-
negara Asia Tenggara sebagai ZOPFAN.
 Konsep ini dijadikan inti dasar luar bagi negara ASEAN sebagai asas kepada semangat
keserantauan dalam kalangan ahli. Tujuan adalah untuk memelihara keamanan dan kestabilan
politik.Melalui ZOPFAN negara ASEAN bebas mewujudkan persahabatan dengan semua negara
di dunia tanpa mengira idealogi politik.
 Hasil dari sumbangan idea Malaysia ini ZOPFAN Berjaya menghalang idealogi dan teori Domino
daripada merebak ke negara Asia Tenggara. Akhirnya Vietnam mengiktiraf ASEAN dan konsep
ZOPFAN.

b) Perjanjian SEANWFZ.
 Perjanjian SEANWFZ ini adalah persetujuan menjadikan kawasan Asia Tenggara kawasan bebas
nuklear. Malaysia memandang berat hal ini. Menteri luar Malaysia ketika itu Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi telah menyeru negara kuasa nuklear agar memberi sokongan dan menyertai
perjanjian ini.
 Dengan adanya perjanjian tersebut kawasan Asia Tenggara selamat daripada kemusnahan akibat
senjata nuklear.
c) Ekonomi.
 Kerjasama ekonomi ASEAN melalui Zon Kawasan Perdagangan Bebas atau ASEAN Free Trade
(AFTA) telah di kemukakan oleh Tun Mahathir Mohamad dalam siding kemuncak di Singapura.
Di mana adalah untuk memperluaskan skop kerjasama ekonomi yang melibatkan China, Jepun
dan Korea Selatan.
 Walaupun ianya mendapat tentang daripada negara maju seperti Amerika Syarikat tetapi idea
Malaysia ini telah membawa kerjasama secara tidak rasmi negara ASEAN dengan negara China,
Jepun dan Korea.
d) Sosial.
 Malaysia telah juga menyumbang dalam bidang pendidikan. Kerjasama dalam bidang ini telah
mewujudkan Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO). Malaysia bersetuju
membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.
 Malaysia telah memainkan peranan penting dalam membenteras penyalahgunaan dadah. ASEAN
telah mencadangkan Persidangan Antarabangsa bagi Penyalahgunaan dadah dan Pengedaran
Heroin (ICDAIT) kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berjaya di adakan di Vienna
pada 1987. Persidangan ini telah di pengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

30
 Dalam bidang kebudayaan Malaysia turut menjayakan festival kebudayaan dengan menubuhkan
Tabung Kebudayaan ASEAN. Disamping berlaku pertukaran rancangan televisyen dan radio bagi
merapatkan hubungan sesama negara ASEAN.Malaysia berkerjasama dalam bidang sukan.
Sukan SEA diadakan juga untuk merapatkan hubungan dengan negara ASEAN dan Malaysia turut
beberapa kali menjadi tuan rumah untu ksukan SEA.
 Menubuhkan Majlis Bahasa Indonesia dan Malaysia (MBIB) pada tahun 1972. MBIB kemudian
bertukar menjadi Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABIBM) pada tahun
1985 dengan tujuan mangembangkan Bahasa Melayu, meningkatkan persaudaraan dan
meningkatkan perannan Bahasa Melayu dengan penyelarasan istilah, ejaan dan sebutan.

3.KESIMPULAN
 Kesimpulannya penglibatan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN telah merapatkan hubungan
semua negara di Asia Tenggara.Dasar luar Malaysia yang mengutamakan keharmonian dan
keamanan serantau memberi kesan positif kepada Malaysia.
 Sumbangan besar yang Malaysia berikan kepada ASEAN telah menjadikan negara-negara Asia
Tenggara maju dalam bidang ekonomi, sosil dan politik.

SOALAN 4: Huraikan peranan Malaysia dalam pertubuhan Negera- negara Berkecuali dan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

1. PENDAHULUAN

 Sejak Merdeka, Malaysia telah memainkan peranan yang aktif dalam sistem politik
antarabangsa. Oleh itu satu dasar luar yang tegas telah digubal oleh kerajaan demi untuk
menjamin keamanan , kebebasan dan kerjasama serantau dan antarabangsa.
 Sehubungan itu Malaysia telah menyertai dan memainkan peranan yang aktif dalam
Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
 Penyertaan aktif Malaysia dalam NAM dan Majlis Keselamatan PBB telah meletakkan
Malaysia sebagai sebuah negara kecil yang peka terhadap kestabilan dan keamanan dunia.

2. ISI PENTING

a) Peranan Malaysia dalam NAM

 NAM merujuk kepada negara-negara yang tidak memihak kepada mana-mana blok dunia,
sama ada blok Barat atau blok Timur. Pembahagian dunia kepada kedua-dua Blok ini muncul
selepas PD Kedua akibat daripada permusuhan antara dua kuasa besar dunia iaitu Amerika
syarikat dan Rusia.
 Blok Barat diketuai oleh Amerika Syarikat , Britain dan Perancis yang mengamalkan konsep
demokrasi dan sistem dkonomi kapitalis.. Blok Timur pula dipimpin oleh Rusia dan disokong
oleh China, Jerman Timur, Korea Utara dan negara-negera yang mengamalkan fahaman
komunis.
 Kedua-dua Blok ini sering bersaing untuk memperlihatkan kekuatan masing-masing yang
dikenali sebagai Perang Dingin.

31
 AS dalam usaha menyekat fahaman komunis di asia Tenggara telah membentuk satu
pertubuhan yang dikenali sebagai Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) pada tahun
1955. Pertubuhan ini dianggotai oleh AS, Britain, Perancis, Pakistan, Thailand dan Filipina.
 Walaupun pembahagian blok Barat dan Timur memisahkan dunia kepada dua blok Politik,
tetapi tidak semua negara ingin memihak kepada mana-mana blok kuasa itu. Ada sesetengah
negara yang mengambil jalan tengah dan tidak menyebelahi mana-mana pihak dan
mengamalkan pendirian berkecuali.
 Negara-negara ini membentuk PNNB pada tahun 1955 yang dianggotai oleh 25 buah negara
Asia dan Afrika. Kini PNNB dianggotai oleh lebih 100 buah negara yang sebahagian besarnya
terletak di Afrika, Asia dan Amerika Latin.
 Malaysia mula menyertai PNNB pada bulan September 1970. Penyertaan Malaysia disebabkan
beberapa factor iaitu:
i) Menyelesaikan secara aman semuai pertikaian
ii) Menghormati keutuhan dan keddaulatan wilayah negara lain
iii) Mengamalkan prinsiop hidup bersama secara aman
iv) Tidak campur tangan dalam urusan negara lain, sama ada gerakan subversif atau lain-
lain gerakan.

 Sejak menganggotai NAM Malaysia telah memberi sumbangan dalam aspek-aspek berikut:

i) Mempertingkatkan kerjasama di antara negara-negara sedang membangun dan miskin


yang dikenali sebagai Kerjasama Selatan-Selatan.
ii) Mempelopori perang penyalahgunaan dan pengedaran dadah di peringkat
antarabangsa.
iii) Memperjuangkan isu Antartika sebagai hak warisan bersama sejagat.
iv) Berusaha menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan.
v) Mempertahankan pendirian NAM berhubung isu-isu tertentu dalam sidang dan forum
antarabangsa termasuk dalam PBB.

 Kejayaan negara sebagai anggota NAM dapat dilihat apabila cadangan untuk menubuhkan
Suruhanjaya Bebas Selatan-Selatan diterima dan dilaksanakan .

b) Peranan Malaysia dalam PBB

 Malaysia diterima sebagai anggota PBB ke-82 pada 17 September 1957. Tujuan Malaysia
menyertai PBB ialah untuk berbaik-baik dan bekerjasama dengan semua negara, demi
menjamin keamanan dan kemakmuran dunia. Malaysia percaya prinsip ini akan dapat
membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada negara dan dunia.
 Antara SUMBANGAN Malaysia yang penting dalam PBB ialah menyertai pasukan pengaman
PBB. Misalnya pada tahun 1960 Malaysia telah menghantar 400 orang tentera berkhidmat di
Congo (Zaire) untuk mewujudkan perdamaian dalam perang saudara di negara yang baru
mencapai kemerdekaan itu.Pada tahun 1988 seramai 45 orang pegawai pemerhati Malaysia
telah dihantar ke sempadan Iraq-Iran untuk mengawal gencatan senjata antara kedua-dua buah
negara. Seterusnya pada tahun 1989, negara kita telah menghantar seramai 891 orang angota
tentera ke Namibia untuk mengawasi peralihan kuasa di negra tersebut. Pada tahun 1992
Malaysia telah menghantar seramai 910 orang anggota tentera ke Kampuchia, Bosnia dan
Somalia (1993)
 Sepanjang penglibatan Malaysia dalam PBB, anggota tentera kita telah memperlihatkan
kebolehan dan kecekapan sehingga mendapat pujian daripada PBB dan negara-negara lain.

32
 Selain itu Malaysia juga membangkitkan kesedaran antarabangsa dan berusaha menghapuskan
Dasar Apartheid di afrika Selatan. Malaysia juga turut memainkan peranan yang aktif dalam
memperjuangkan hak rakyat Palestin dengan memberi bantuan kewangan dan moral.
 Malaysia turut menyuarakan pendiriannya menentang penjajahan. Oleh itu negara kita
menyokong beberapa negara menuntut kemerdekaan seperti Anggola dan Mozambique dari
penjajahanPortugis dan Irian Barat dari penjajahan Belanda, Algeria dari Perancis dan
Rhodesia Selatan dari British.
 Malaysia turut menimbulkan isu Antartika dalam persidangan Agung PBB pada tahun 1982.
Malaysia mencadangkan agar hasil bumi seperti minyak, gas dan arang batu yang terdapat di
kawasan itu dikongsi bersama dikalangan anggota PBB.Pandangan ini mendapat banyak pujian
daripada banyak negara.
 Sumbangan Malaysia dalam PBB mendapat pengiktirafan badan dunia itu. Buktinya Malaysia
seringkali diminta berucap mewakili asia di Perhimpunan PBB dan Malaysia telah diberi
penghormatan menjadi anggota Majlis Keselamatan PBB sebanyak dua kali iaitu pada tahun
1965,1989 dan 1990.
 Sumbangan Malaysia terhadap PBB itu telah mendatangkan faedah yang besar kepada negara
kita. Misalnya UNESCO memberi sumbangan dalam bidang pembangunan dan pendidikan di
Malaysia.WHO memberi bantuan dalam bidang kesihatan. ILO pula menghantar kepakaran
untuk meningkatkan perindustrian di Malaysia dan FAO membantu menambahkan
pengeluaran makanan terutama padi dengan menghantar kepakaran dan kewangan. Malaysia
juga menjadi anggota Bank dunia ke-65 yang membolehkan negara kita menerima bantuan
kewangan bagi melaksanakan projek pembangunan tanah dan Rancangan-rancangan Lima
Tahun.

3. KESIMPULAN

 Kesimulannya tidak dapat dinafikan Malaysia memainkan peranan yang penting dalam NAM
dan PBB.
 Hal ini telah meletakkan nama Malaysia setanding dengan negara-negara lain di dunia.

33

You might also like