Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

KOLEJ VOKASIONAL KENINGAU

BEG BERKUNCI NO.4


89009 KENINGAU, SABAH

KERTAS PENERANGAN

PENGENALAN KONSEP KHIDMAT KOMUNITI

MPU 2412
KOD DAN NAMA
KHIDMAT KOMUNITI
KURSUS
(COMMUNITY SERVICE)

SEMESTER 2

NO DAN TAJUK 1 PENGENALAN KONSEP KHIDMAT KOMUNITI

1.1 Kesediaan kendiri sebagai sukarelawan.


1.2 Konsep Khidmat komuniti.
1.3 Konsep projek khidmat komuniti.
STANDARD
1.4 Kepentingan keterlibatan dalam komuniti.
PEMBELAJARAN
1.5 Fungsi Sebagai individu dan ahli kumpulan dalam
khidmat komuniti.
1.6 Kumpulan sasaran untuk khidmat komuniti.

Mengaplikasikan kemahiran dan tanggungjawab sosial,


TUJUAN nilai, sikap, profesionalisme, kemahiran komunikasi,
kepimpinan dan bekerja secara berkumpulan.

NAMA PELAJAR

PROGRAM

NO. KAD PENGENALAN

TARIKH
KERTAS PENERANGAN 1 DVM TAHUN 1 SEM 2
PENGENALAN KONSEP KHIDMAT KOMUNITI MPU 2412- KHIDMAT KOMUNITI

1.0 Pengenalan Konsep Khidmat Komuniti

1.1 Kesediaan Kendiri Sebagai Sukarelawan

1. Sukarelawan boleh ditakrifkan sebagai kesediaan seseorang itu untuk terlibat


dalam kerja sukarela

2. Kriteria menjadi seorang Sukarelawan:

i. Mempunyai pemikiran yang positif untuk berbakti kepada kelompok


masyarakat tertentu

ii. Minat, keprihatinan dan kecenderungan untuk menyumbang tenaga


fizikal, berkongsi minat, mencurahkan pengalaman kepada golongan
sasar

3. Kesediaan sebagai sukarelawan boleh didorong oleh beberapa faktor iaitu:

i. Kerja yang dilakukan adalah secara sukarela tanpa mengharapkan


apaapa balasan daripada pihak tertentu.

ii. Aktiviti sukarelawan mesti mendatangkan faedah kepada sesuatu


kelompok masyarakat dan bukan terhad kepada diri sukarelawan
tersebut semata-mata;dan

iii. Kerja kesukarelawan yang dilakukan bukan untuk mendapatkan


ganjaran kewangan ataupun menunjuk-nunjuk kepada orang ramai

4. Aktiviti-aktiviti yang membolehkan seseorang menjadi sukarelawan ialah:

i. Memberi pertolongan kepada mangsa ketika sesuatu bencana alam


atau malapetaka berlaku. Contohnya, membantu mangsa banjir,
membantu mangsa kebakaran, membantu mangsa gempa bumi dll.

ii. Menjadi tutor ataupun guru bimbingan kepada anak-anak daripada


golongan miskin ataupun yang tidak berkemampuan

iii. Melakukan rondaan pada waktu malam di kawasan kejiranan.

1.2 Konsep Khidmat Komuniti

1. Definisi

Kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara


berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu

2
KERTAS PENERANGAN 1 DVM TAHUN 1 SEM 2
PENGENALAN KONSEP KHIDMAT KOMUNITI MPU 2412- KHIDMAT KOMUNITI

2. Definisi Lain bagi khidmat komuniti:

ROWBOTTOM(1974)
Membantu dan mencegah segala tekanan sosial yang dialami dalam
mana-mana individu,keluarga mahu pun masyarakat dengan
menghubungkannya kepada agensi-agensi yang berkaitan

TIMMS &TIMMS (1997)


Kerja sosial adalah satu bentuk aktiviti manusia dimana ahli-ahli dalam
sebuah masyarakat tertentu samada dibayar atau sukarela, membantu
dalam kehidupan individu lain untuk menghasilkan perubahan
kepadanya (Haines,1975)

3. Kesimpulannya, konsep khidmat komuniti ini adalah usaha-usaha yang


dilakukan untuk mengembalikan sesuatu keadaaan atau mengubah satu
keadaan kepada sesuatu yang lebih baik agar mencapai kesejahteraan hidup
bagi golongan yang memerlukan

1.3 Konsep Projek Khidmat Komuniti

1. Projek Khidmat Komuniti dilaksanakan untuk mendapatkan sesuatu hasilan


ataupun output yang berguna kepada individu, masyarakat atau negara.

2. Matlamat Projek Khidmat Komuniti adalah:

a) Memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan dalam kalangan diri individu


terhadap komuniti yang ada di persekitaran

b) Memupuk dan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai


sivik dalam diri setiap individu

c) Memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga serta kemahiran kepada


masyarakat dan negara

d) Membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta saling


membantu

e) Memupuk semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa mengira


agama, bangsa, kepercayaan mahupun ideologi

f) Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab


terhadap masyarakat dan negara; dan

3
KERTAS PENERANGAN 1 DVM TAHUN 1 SEM 2
PENGENALAN KONSEP KHIDMAT KOMUNITI MPU 2412- KHIDMAT KOMUNITI

g) Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan sentiasa ringan tulang membantu
orang lain yang memerlukan bantuan

3. Kategori Program Khidmat Komuniti yang dicadangkan

a) Perlaksanaan Khidmat Komuniti Alam Sekitar

i. Kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar untuk mewujudkan


kehidupan yang lebih sihat

ii. Huraian dan perbincangan


 Kepentingan kebersihan sungai,laut, tasik dan tempat rekreasi.
 Khidmat keceriaan dengan Menanam dan menamakan pokok
 Program kitar semula bahan boleh jual untuk dana sumbangan.
 Gotong Royong menceriakan persekitaran.
 Membersihkan dan mengindahkan persekitan Masjid / Surau /
Rumah Ibadat/ Bangunan

b) Perlaksanaan Khidmat Komuniti kepada Kemudahan Awam /


Bangunan Awam / Rumah Ibadah

i. Menyelami kepentingan menjaga kemudahan awam yang digunakan


masyarakat secara kolektif

ii. Menyelami kepentingan membantu bina / pulih / baiki bangunan


awam / rumah / masjid / surau / rumah ibadat dan sebagainya

iii. Skop perlaksanaan baikpulih


 Membaikpulih kemudahan awam yang rosak.
 Membaikpulih Masjid / Surau / Rumah Ibadat
 Membaikpulih padang permainan / taman permainan
 Membaikpulih rumah komuniti
 Membaikpulih pusat-pusat /rumah kebajikan.

c) Perlaksanaan Khidmat Komuniti -Skop Khidmat Sosial


i. Memahami dan menghargai kepentingan perkhidmatan sosial,
menyemai sifat simpati dan keikhlasan untuk menolong komuniti.

ii. Khidmat sosial

 Lawatan ke Agensi Kerajaan


 Pameran Peluang Pekerjaan
 Aktiviti Simulasi Oleh Pelajar /Agensi
 Tanggungjawab Pendidikan
 Pembangunan Komuniti
 Kesihatan

4
KERTAS PENERANGAN 1 DVM TAHUN 1 SEM 2
PENGENALAN KONSEP KHIDMAT KOMUNITI MPU 2412- KHIDMAT KOMUNITI

 Pengurusan Bencana
 Teknologi Maklumat
 Keusahawan Sosial
 Kesejahteraan Masyarakat
 Inovasi, kesenian dan kebudayaan
 Sukan dan lain-lain.

1.4 Kepentingan Kerterlibatan Dalam Komuniti


a)
•Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menyelesaikan
permasalahan rakyat. Peserta atau sukarelawan dapat mempelajari isu yang
berkaitan dengan lebih mendalam

b)
•Memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan dalam kalangan diri individu
terhadap masyarakat di persekitaran

c)
•Membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong-
menolong dalam masyarakat

d)
•Memupuk semangat hidup bersama dalam suatu masyarakat tanpa mengira
agama, bangsa, kepercayaan dan ideologi

e)
•mengamalkan gaya hidup yang sihat dan amalan sentiasa ringan tulang
membantu orang lain yang memerlukan bantuan

f)
•Menjadi warganegara yang patriotik,prihatin dan bertanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara

g)
•Meningkatkan kepercayaan kepada organisasi masyarakat dan tadbir urus.
Bekerjasama meningkatkan komunikasi dan kesefahaman. Mengetahui apa
yang boleh dan tidak boleh bagi pihak kerajaan, rakyat dan pemimpin serta
organisasi dalam mengurangkan konflik pada masa hadapan

1.5 Fungsi sebagai Individu Dan Ahli Kumpulan Dalam Khidmat Komuniti.

1. Peranan setiap individu dalam khidmat komuniti


a) PERANAN PELAJAR
1. Mengenalpasti ahli kumpulan
2. Membuat pemilihan aktiviti yang sesuai
3. Menyediakan kertas cadangan
4. Merancang aktiviti
5. Mendapatkan kebenaran menjalankan aktiviti
5
KERTAS PENERANGAN 1 DVM TAHUN 1 SEM 2
PENGENALAN KONSEP KHIDMAT KOMUNITI MPU 2412- KHIDMAT KOMUNITI

6. Melaksanakan aktiviti yang ditetapkan


7. Sentiasa mengutamakan keselamatan dan mematuhi peraturan yang
ditetapkan semasa menjalankan aktiviti.

b) PERANAN FASILITATOR
1. Membantu merancang aktiviti yang dijalankan.
2. Meneliti kertas cadangan dan mencadangkan penambahbaikan.
3. Memantau aktiviti yang dijalankan.
4. Memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar diutamakan semasa
aktiviti dijalankan.

c) PERANAN PENGARAH
1. Memantau aktiviti yang dijalankan.
2. Menyemak dan mengesahkan penilaian.
3. Memastikan peraturan – peraturan tertentu dipatuhi.
4. Merakamkan penghargaan kepada pihak luar yang menyumbangkan
bantuan khidmat terhadap pelaksanaan aktiviti.

2. Aktiviti khidmat komuniti akan dapat memberi input positif kepada


perkembangan diri individu dan ahli kumpulan. Antara kebaikan yang boleh
diperolehi ialah:

a) Aktiviti khidmat komuniti yang dijalankan secara bersama akan mewujudkan


rasa persefahaman dan pengukuhan jati diri dalam sesuatu kumpulan

b) Aktiviti yang dirancang dengan baik akan memberikan impak kesihatan diri
dari segi fizikal dan rohani

c) Aktiviti yang dilaksanakan secara bersama dalam komuniti yang terdiri


daripada berbilang kaum akan memberikan impak toleransi dan ikatan
perpaduan yang lebih utuh

d) Mewujudkan rasa bertimbang rasa dan menyayangi orang lain khususnya


orang kelainan upaya serta warga tua

e) Aktiviti khidmat komuniti dalam bentuk gotong-royong akan mengurangkan


kos pelaksanaan

f) Mewujudkan rasa kejiranan dan persefahaman yang lebih dalam di


kalangan komuniti di dalam sesuatu kawasan kejiranan

g) Melahirkan warganegara yang berjiwa besar, patriotik dan cinta kepada


negara

6
KERTAS PENERANGAN 1 DVM TAHUN 1 SEM 2
PENGENALAN KONSEP KHIDMAT KOMUNITI MPU 2412- KHIDMAT KOMUNITI

1.6 Kumpulan Sasaran Untuk Khidmat Komuniti (Pelaksana & Penerima)

1. Pelaksanaan program Khidmat komuniti melibatkan dua individu atau


kumpulan individu iaitu Pelaksana dan Penerima.
2. Pelaksana adalah semestinya daripada anda atau kumpulan pelajar yang
menuntut di Kolej Vokasional. Ini kerana, berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025:

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani,emosi dan jasmani (JERI) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Lonjakan Pertama)

Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang

7
KERTAS PENERANGAN 1 DVM TAHUN 1 SEM 2
PENGENALAN KONSEP KHIDMAT KOMUNITI MPU 2412- KHIDMAT KOMUNITI

3. Bagi golongan Penerima adalah seperti dibawah:

Warga
Emas
Pelajar Orang
sekolah Kelainan
upaya
(OKU)

Ibu Anak
Penerima
tunggal Yatim

Orang Asli/
Gelandangan
Pedalaman
Fakir
Miskin

You might also like