Kertas Kerja Stem

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PENGURUSAN

KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN
KAMPONG BIAH

K ertas
K erj
a
PERTANDINGAN
POSTER INFOGRAFIK
2021

NAMA PROGRAM:
PERTANDINGAN POSTER INFOGRAFIK
2021
PERINGKAT:
SK KAMPONG BIAH
PENGELOLA:
PERSATUAN MATEMATIK DAN SAINS
TARIKH PENGELOLAAN:
10 MAC – 10 APRIL 2021
KERTAS KERJA
KARNIVAL BAHASA MELAYU

TUJUAN

Pertandingan ini berbentuk penghasilan Poster Grafik yang melibatkan pelbagai kemahiran teknologi

maklumat dan kreativiti peserta khususnya dalam bidang penyuntingan. Melalui pertandingan ini,

peserta akan menghasilkan poster dengan menggunakan teknik dan kaedah memanipulasi grafik

menggunakan perisian komputer. Pertandingan ini juga akan memberi pendedahan dan kefahaman

kepada murid tentang kemahiran Teknologi Maklumat dan Multimedia sebagai satu kemahiran yang

sangat berguna dalam menyelesaikan kerja-kerja harian mahupun sebagai peluang kerjaya pada
masa

akan datang. Selain itu, murid akan dapat dapat mengaplikasi kemahiran dalam bidang multimedia,

seni kreatif dan dunia digital.

OBJEKTIF

Pertandingan ini juga berperanan menyokong inisiatif pengukuhan STEM dalam Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Objektif pertandingan adalah berikut :

OBJEKTIF

1. Memberikan peluang kepada murid sekolah untuk terus menyertai aktiviti kokurikulum
berunsurkan

STEM secara atas talian sepanjang arahan penangguhan aktiviti kokurikulum bersemuka.

2. Menyokong dan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran aktif di luar kelas melalui aktiviti

yang menekankan idea-idea kreatif dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

3. Memberi pendedahan kepada murid dalam dunia seni kreatif berasaskan kemahiran multimedia

dan dunia digital serta mendidik pelajar menggunakan internet dengan cara yang lebih

bermanfaat.

4. Memupuk semangat pembelajaran kendiri dan semangat kerjasama dalam kalangan keluarga dan

rakan-rakan tanpa bergantung sepenuhnya kepada guru.


RASIONAL

1. Kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum kebangsaan berdasarkan Akta

Pendidikan 1996, aktiviti kokurikulum wajib dilaksanakan di sekolah.

2. Pencapaian markah kokurikulum bagi semua murid sekolah rendah (tahap dua) dan sekolah

menengah dinilai berdasarkan pencapaian markah PAJSK.

SASARAN PENYERTAAN

1. Penyertaan terbuka kepada semua murid Tahun 4 hingga Tahun 6

2. Penyertaan adalah secara individu.

3. Setiap murid hanya layak menghantar satu penyertaan sahaja

FORMAT PERSEMBAHAN

1. Pertandingan infografik hendaklah bertemakan Pandemik COVID-19.

2. Peserta boleh menggunakan sama ada Bahasa Malaysia ATAU Bahasa Inggeris.

3. Peserta boleh memilih skop tertentu untuk menghasilkan poster tersebut, namun sumber dan
data

yang digunakan perlu tepat dan sahih. Nota kaki sumber dan tarikh data diambil adalah

digalakkan.

4. Penggunaan imej yang dihasilkan menggunakan telefon pintar atau kamera digital peribadi

adalah dibenarkan, manakala penggunaan gambar hak cipta orang lain yang diambil melalui

internet adalah dilarang.

5. Peserta dibenarkan menggunakan mana-mana perisian komputer dan bahan (template atau

rangka) yang tersedia untuk penghasilan poster.

6. Format poster yang ditetapkan adalah JPEG atau PNG bersaiz sekurang-kurangnya 2.0MB.

Dimensi letter 8.5 x 11 in (lanskap atau potret).


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Poster yang dihantar hendaklah dihasilkan oleh peserta sendiri. Sekiranya didapati poster yang

dihantar bukan karya asli, maka penyertaan peserta akan dibatalkan.

2. Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah menyertai atau memenangi mana-mana

pertandingan.

3. Tidak dibenarkan menyentuh sensitiviti kaum, agama serta politik dalam pembikinan poster

berkenaan.

4. Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik (upload) atau dikongsi (share) ke laman sosial

Facebook/Instagram/vlog/portal atau mana-mana laman web sebelum mendapat keputusan

rasmi daripada pihak penganjur. Sekiranya didapati berlaku, penyertaan akan dibatalkan.

5. Pihak penganjur berhak membuat reproduksi ke atas karya bagi tujuan publisiti, promosi,

percetakan dan terbitan.

6. Pihak penganjur berhak MEMINDA mana-mana syarat dan peraturan jika perlu.

7. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan

dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkaitan.

8. Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan.

PEMARKAHAN

1. Kriteria pemarkahan :

Kesesuaian Tema = 15 markah

Ilustrasi = 25 markah

Gubahan/Komposisi/Olahan = 30 markah

Pemilihan dan Kombinasi Warna = 20 markah


Kreativiti dan Kekemasan = 10 markah

Markah keseluruhan = 100 markah

TATACARA PENGHANTARAN KARYA

1. Semua karya hendaklah dihantar melalui aplikasi whatsapp/telegram kepada jawatankuasa


pengelola bermula 10 Mac 2021 sehingga 10 April 2021 (Jam 12.00 malam).

JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi : Anthony Amin - Guru Besar

Timbalan Pengerusi : Ledrin Bin Ziubin @ Jiubin - Penolong Kanan


Kokurikulum
Naib Pengerusi 1 : Mali Tahir - Penolong Kanan
Pentadbiran
Naib Pengerusi 2 : Marysia Malik - Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid
Naib Pengerusi 3 : Affandi Bin Mohd Ali - Penolong Kanan
Pendidikan Khas

Setiausaha : Siti Nurul Amalina Bt. Mahian


Kokurikulum
Penyelaras Program : Theresa @ Lim Lee Chien
Panel Hakim : Marsina Amin Jumat
Haiyaton Nor Hani
Rusinin Wasiman
Walter Michael
Alias Rahim @ Jakaria

AJK Hadiah dan Sijil : Marsina Amin Jumat


Haiyaton Nor Hani
AJK Pendaftaran dan :Walter Michael
Penerima Rakaman Alias Rahim @ Jakaria

AJK Siaraya : Rusinin Wasiman

ANGGARAN PERBELANJAAN
Sumber kewangan: Peruntukkan Kokurikulum

BIL PERKARA KUANTITI ANGGARAN HARGA


1. Hadiah (alat tulis) tempat Pertama 2 RM30.00
2. Hadiah (alat tulis) tempat Kedua 2 RM20.00
3. Hadiah (alat tulis) tempat Ketiga 2 RM10.00
JUMLAH KESELURUHAN RM60.00

PENUTUP

Diharapkan program ini bukan sahaja dapat mencungkil bakat murid dalam berbahasa malah dapat
memupuk minat membaca dikalangan murid-murid. Jawatankuasa juga berharap agar program ini
akan mendapat sambutan walaupun dijalankan secara rakaman sahaja.

Disediakan oleh,

Theresa @ Lim Lee Chien


Penyelaras Kelab & Persatuan
SK Kampong Biah

DiLuluskan oleh,

En.Anthony Amin
Guru Besar
SK Kampong Biah

You might also like