Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PENULISAN SKRIP FILEM:

KETAJAMAN PEMIKIRAN DAN BAKAT

Wiramanja @ A. Rahman A. Hanafiah

Menulis skrip satu bidang yang sangat mencabar dan memerlukan ketabahan.
Individu yang ingin menjadi penulis berdepan dengan pelbagai masalah
sehingga menjadi naskhah skrip yang baik. Bidang penulisan skrip bukan
bidang yang baru, tetapi telah diceburi oleh mereka yang terdahulu. Penulis
skrip filem ataupun skrin memerlukan ketajaman pemikiran dan bebas daripada
genre penulisan yang lain. Skrip ataupun lakonlayar merujuk dialog dan
beberapa annotation bagi memahami pergerakan dan ianya tidak sebagaimana
dramatic literature.

Sebuah skrip biasanya dibangunkan pelbagai tahap yang berbeza,


daripada sinopsis, idea asal, melalui satu pemikiran yang diterjemahkan
daripada pemikiran bahasa kesusasteraan pada bahasa filem untuk
penggambaran. Selain itu, sebuah skrip biasanya merujuk pada dialog dan
penganotasian dengan segala macam rencah butiran teknikal, kerja kamera dan
lain-lain. Sebuah skrip penggambaran mempunyai adegan-adegan yang
dirangka dalam arahan mengikuti format yang lazim digunapakai secara
standard.

Selain itu, menulis skrip lakonlayar bukan mudah, kerana memerlukan


ketelitian pemahaman mendalam mengenai sesuatu isu atau subject matter yang
ingin dipaparkan. Setiap paparan perlu berlandaskan logik akal bagi
menafsirkan mesejnya di atas kertas. Penafsiran setiap mesej sering ditandai
dengan isu-isu semasa yang menangani permasalahan sejagat. Permasalahan
sejagat adalah menampilkan hiruk-pikuk dan kemelut konflik yang dialami
audiens yang bakal menonton karya tersebut. Begitulah kesukaran yang perlu
dibebani penulis skrip bilamana mengayamkan ideanya dalam skrip lakonlayar
untuk masa yang singkat, padat dan tepat di atas layar.

Kesukaran menghasilkan skrip lakonlayar adalah disebabkan kecetekan


ilmu si penulis untuk mengalirkan ideanya menjadi naskhah skrip. Aliran idea
perlu diperah daripada otak dan dicernakan dalam minda sehingga
membuahkan karya bermutu yang dipindahkan dalam skrip lakonlayar. Skrip
lakonlayar akan menjadi sebuah filem tetapi bukan terdampar sebagai closet
film sahaja. Justeru, individu yang ingin menjadi penulis perlu mempersiapkan
diri dengan pelbagai ilmu sub-bidang untuk digauli dalam satu pemikiran
sebuah skrip lakonlayar.

Kedapatan masakini paparan dalam filem tempatan kecundang menerjui


cemerlangannya yang dianggap filem terbaik dan bermutu. Kegagalan ini
barangkali, idea mereka tersepit dalam kerangka kurang ilmu dalam genre
penulisan filem. Genre penulisan filem bukan sebagaimana genre novel dan
cerpen yang penulis boleh sewenang-wenang mengangkat setiap isu
diterjemahkan dalam prosanya. Penulisan lakonlayar mengelumangi beberapa
elemen seperti; visual, aksi, dialog, pemikiran, persoalan dan falsafah.
Elemen-elemen tersebut dapat memisahkan genre sastera novel dengan genre
sastera dramatik filem yang mana memiliki ciri-ciri kebahasaan tersendiri.

Setiap idea yang dipaparkan dalam skrip perlu mensejiwai visual.


Ertinya, seluruh idea penulis perlu diterjemahkan dalam visual mengikut
kepaksian filem yang terhad berlandaskan frame-framenya. Setiap saat filem
mengandungi 24 frame yang memakan budget besar jika idea yang dialirkan
tidak bermanfaat. Yakni tumpuan mata audiens berkisar mengikut frame filem,
tetapi bukan dalam ayat-ayat prosanya sebagaimana sebuah novel dan cerpen.
Novel dan cerpen memiliki keperbadian tersendiri sebagai sebuah karya prosa
dan audiens atau pembacanya dibolehkan membuat intrepetasi pelbagai
mengikut kefahaman masing-masing dari segi visualisasi dalam minda mereka.

Contoh, penulisan novel menggambarkan sesuatu adegan dalam novel


berdasarkan ayat-ayat yang diprosakan menggunakan bahasa dan stail tersendiri
bagai menarik minat pembaca. Minat pembaca akan lebur jika penulis gagal
mensuasanakan penceritaannya dengan menwarnaikan bahasa-bahasa novel
sebagai mediumnya. Di antara ahli teori dalam bidang sinema sebagaimana,
Christian Metz berpandangan bahawa imej sinamatik secara linguistiknya
terdiri daripada satu ataupun beberapa perkataan. Walaupun sinema adalah
bahasa tetapi tidak terikat dengan sistem bahasa itu sendiri kerana ianya digauli
dengan “Mise en scène”.
Ketelitian penggunaan baris-baris ayat dalam novel perlu dijalini dengan
cermat, supaya audiens dapat menaksirkan pergerakan cerita dalam visual
mindanya. Menggambarkan sebuah bangunan KLCC runtuh dalam novel
mudah, tidak memerlukan kos, tetapi dalam filem sebaliknya. Barangkali,
teknologi filem terkini menggunakan teknik CGI dapat mengurangkan kos,
tetapi realistiknya kabur. Walau bagaimanapun, ianya tetap membabitkan baget
kewangan yang bukan sedikit kerana memerlukan kepakaran yang menagih
upah yang besar.

Jika dalam novel, untuk mengambarkan air yang mengalir lesu, cukup
dengan ayatnya sahaja, tetapi dalam filem memerlukan shot dengan sudut
tertentu yang melibatkan seharian untuk shooting di lokasinya seperti sungai,
air terjun dan sebagainya. Manusia yang terlibat dalam penggambarannya
bukan sedikit yang membuatkan producer garu kepala. Penggambaran juga
melibatkan unsur-unsur alam seperti cuaca, masa, malam dan siang dan lain-
lain. Unsur-unsur alam ini memberi impak berbeza dalam setiap adegan filem
yang perlu diatur dan dirancang penuh teliti juga melibatkan kos yang tinggi
dan bukan sedikit. Ianya bukan berindak sebagai onemanshow tetapi
sebaliknya.

Sebuah novel boleh dihasilkan dalam sebulan atau kurang, tetapi, filem
bertahun, kerana melalui beberapa tahap produksinya dari mula sehingga
ditayangkan. Penerbitan filem melalui proses yang lama melibatkan pelbagai
manusia bekerja cuma hanya dalam termatic value, tetapi novel hanya
berdepan dengan kekunci komputer atau laptop dengan mengalirkan
idealistiknya sahaja. Nah! elemen visual dalam novel cuma imaginasi sahaja,
manakala visual dalam filem adalah sahih. Visual dalam novel dan filem kedua-
dua medium ini membabitkan penggunaan bahasa dan linguistiknya.
Sehubungan dengan itu menurut pendapat Metz lagi;

“...the cinema is different from language because cinematic


conventions involve a one-way communication from
producer to receiver, unlike language, which is a two-way
communication. But this is not actually correct: the one-way
reception and comprehension of linguistic codes also occur
when we listen to the news on the radio, or, for that matter,
when we read a novel or poem whose author has long been
dead, and who would thus not be able to engage in a two-way
communication with us in any way, but this does not make
the language of the poem or novel less ‘linguistic’ than the
language of two-way conversational interaction...” (1974a:
44-9).

Untuk mengetahui sebuah filem, audiens perlu mengetahui genre filem iaitu
feature film dan narrative film. Istilah feature filem sering juga dirujuk sebagai
narrative film. Namun feature film mencakupi 100 minit, manakala narative
film lebih pendek lagi. Feature filem selalunya teras filem yang ingin ditontoni
oleh audiens di pawagam. Mengikut sejarah dunia perfileman, “The Great
Train Robbery” (1903) merupakan feature filem pertama, walaupun ianya
hanya sepanjang 12 minit sahaja. Mengikut sejarah, filem pendek lahir sebelum
ini seperti The Execution of Mary Queen of Scots (1895), telah dihasilkan
tidak lama filem diciptakan dan diterbitkan oleh Edison Company, yang
diasaskan oleh Thomas Edision.

Justeru, filem yang berkaitan dengan naratif sudah wujud sebelum


filem menjadi medium popular untuk penonton. Sama ada penonton menyedari
hakikat bahawa filem adalah dirinya dan sekelilingnya, barangkali pemikiran
ini tidak jauh daripada individu tersebut menonton sebuah filem. Sebuah filem
juga tidak boleh berdiri sendiri tanpa mengelumangi permasalahan sejagat yang
merupakan aset untuk dunia perfileman itu sendiri. Bahkan, sebuah filem
dikandung dalam pemikiran manusia sebelum dijelmakan dalam layar dan
pentas kanvas serta media lainnya. Makanya; penghasilan skripnya memerlukan
skil tertentu yang perlu dipelajari dari segi kaedah penciptaan sehingga menjadi
naskhah sebagai peta untuk tujuan penggambaran.

Skrip yang telah dihasilkan mengandungi aksi-aksi untuk difilemkan


dan diterjemahkan oleh seorang pengarah sehingga boleh difahami oleh audiens
yang mempunyai rangkaian pemikiran kreatif. Mereka yang arif lebih mudah
mencaduk pemikiran dalam sesebuah filem yang tidak akan memberi
penjelasan A to Z apakah yang terselindung dalamnya. Aksi dalam filem
adalah realiti dan bukan hayalan sebagaimana penulisan sebuah novel,
walaupun novel tersebut boleh diterjemahkan ataupun diadaptasikan dalam
sebuah filem. Pengadaptasian karya prosa ke filem bukan mudah, kerana
membabitkan pelbagai aksi dan dengan pelbagai keperluan kos yang bukan
sedikit jumlahnya. Ini yang menyebabkan aksi-aksi di dalam sesebuah filem
dirancang penuh teliti dengan pengiraan kos dan lain-lain peruntukan.

Justeru, penulisan skrip filem memerlukan ketelitian penulis untuk


mengenalpasti kecermatannya menggunakan aksi dalam karyanya. Jika
penggiraannya tidak cermat, makanya karya skripnya juga tidak mudah
diterima oleh penerbit ataupun pengeluar filem. Kecekapan inilah perlu
dipelajari oleh si penulis dalam melayari pemikirannya untuk menjadikan
ideanya sebagai karya filem. Sebuah karya filem yang terbaik mempunyai
logik akal dalam serba-serbi yang memenuhi semua tuntutan sama ada di pihak
penerbit, pengiat seni dan artis terbabit sebagai tulang belakang pengkaryaan
filem. Ini penting, kerana kos sebuah filem bergantung daripada kerangka
pemikiran dalam sesebuah skrip. Sesebuah skrip yang telah siap dapat memberi
jawapan sama ada ianya diterima ataupun tidak oleh audiens berdasarkan data
pemungutan penjualan tiketnya.

Aksi-aksi dalam filem digerakkan melalui karya dalam sesebuah skrip,


tetapi adakah semua aksinya diperlukan untuk menjadikan sebuah filem
menangkapi minat audiens? Peranan penulis tidak sewenang-wenangnya
meletakkan aksi-aksi atas kertas sebagaimana dalam sebuah filem. Aksi dalam
kertas yang memakan masa cuma beberapa minit untuk disiapkan dengan hanya
mengetuk kekunci komputer ataupun laptop. Tetapi, aksi-aksi yang digariskan
dalam skrip tidak semestinya memakan masuk beberapa minit juga, kerana
pengantungan pada keperluan produksi yang tidak menguntungkan.
Sebagaimana yang diterangkan sebelum ini, sebuah jambatan boleh
diruntuhkan dalam sebuah novel, tetapi dalam filem akan menjadi mustahil
untuk direalisasi mengikuti pengukuran kesahihan akal.

Aksi-aksi dalam filem banyak membantu memartabatkan sesebuah


filem mewah ataupun miskin kerana bajetnya. Jika ianya sebuah filem
Hollywood ataupun Hongkong, makanya aksi-aksi sebegini amat diperlukan
kerana landasan genre filem mereka menjurus ke arah aksi-aksi menarik tetapi
bukan prosa dalam skripnya. Filem Hollywood dan lain-lain menggunakan
pelbagai aksi akan lebih dihargai jika dapat memukau audiens. Karya tersebut
bukan hanya dianggap sungguh dramatik tetapi melabelkan karya mereka
sebagai penciptaan terbaik dalam dunia perfileman.

Visual menggambarkan seribu makna sama ada tersurat ataupun tersirat.


Namun, tanpa dialog, mana tersurat dan tersirat tidak dapat dimengertikan
dengan tepat dan jelas. Ketepatan dan kejelasan mesej dalam visual yang
digambarkan dalam sinema dibantu dengan adanya dialog oleh para
pelakonnya. Justeru, dialog memperincikan setiap yang berlaku dengan
gabungan aksi pelakon menjadikan persembahan sinema lebih berkesan.
Keberkesanan sebuah persembahan sinema memerlukan sokongan semua
elemen-elemen yang didokongi krew penerbitan dan lain-lain. Malah krew
penerbitan menjadi tunjang terpenting dalam senario pembikinan sebuah filem
yang melibatkan semua pihak.

Oleh itu, dailog yang dihasilkan dalam penulisan skrip perlu memenuhi
piawaian mengikut format yang dikehendaki. Penghasilan sesuatu dalam dalam
skrip perlu teliti dan kemas, kerana visual telah menggambarkan pelbagai
makna dan tugas dailog tidak lebih memberi kejelasan dan perinciannya sahaja.
Jika dailog tidak seiringi dengan visual, makanya gambaran dalam sinema
berlaku redundansi yang mana memberi impak negatif bagi penerimaan
audiens. Sudah tentu filem yang ditontoni mereka tidak memberi kesan
sebaliknya menerpa kebosanan tegal. Ini yang berlaku dalam bidang penulisan
skrip, kerana kerap terjadi kelemahan dailog yang sering bertindan dengan
visual. Misalnya, visual telah menggambarkan seorang penjahat memegang
pisau, tetapi dalam dailog penjahat menyebut “Kau nampak aku pegang pisau
untuk membunuh kau”. Dailog tersebut memberi penjelasan bertindan kepada
audiens yang telah maklum menyaksikan dalam visual penjahat memegang
pisau. Dailog yang sebetulnya ialah “ Aku bunuh kau! ataupun tidak perlu
dailog, cuma tindakan dan aksi sahaja yang dilakonkannya Ini adalah contoh
sebagai kesalahan yang nyata yang perlu diteliti dan dititikberatkan oleh
penulis.

Sebagai untuk memotivasi penulis baru, sesungguhnya untuk


menghasilkan skrip tidaklah mustahil dalam waktu yang singkat. Seorang
pelakon terkenal Hollywood; Sylvester Stallone pernah menulis skrip filem
Rocky hanya tiga hari dan mencatat sejarah Hollywood sebagai filem paling
berjaya dan begitu juga dengan Kevin Williamson yang menulis Scream dalam
hanya empat hari-hari sahaja. Skrip tersebut paling tertinggi pernah dibayar
kepada penulis di Hollywood.

Justeru, zaman ini cara yang terbaik untuk menyebarkan ajaran Islam
adalah melalui media. Sudah tentu media elektronik seperti televisyen, filem
dan lain-lain memainkan peranan cepat dan pantas penyebaran agama suci ini.
Manusia yang dilahirkan sebagai penulis adalah memegang tanggungjawab
yang besar ke arah itu. Mereka adakan dipersoalkan di hadapan Allah
Rabuljalil di atas usaha-usaha mereka dan peranan mereka sebagai penulis.
Bakat besar yang diberikan Allah s.w.t kepada manusia penulis adalah untuk
menjadi pembimbing manusia lain di dunia.

Sesebuah karya agong yang dihasilkan oleh penulis bukan untuk


dimegah-megahkan, kerana karya itu datang daripada Allah s.w.t. Manusia
adalah ciptaan Allah s.w.t, justeru pemikiran yang baik jadikan sebagai sebuah
karya agong walaupun seseorang hanya terdaya menghasilkan sebuah puisi
sahaja seumur hidupnya. Justeru, manusia penulis yang ingin menceburi dalam
bidang ini seharusnya menanam cita-cita suci dan ikhlas untuk menjadi penulis
kerana Allah s.w.t. tetapi bukan kerana dunia semata-mata. Oleh itu, insan
yang berbakat yang meminati bidang ini seharusnya menanamkan cita-cita
sebegitu untuk menjadi seorang penulis, yang mendapati keredaan Allah s.w.t.
Sesungguhnya, ketajaman pemikiran penulis melakukan transformasi idea
daripada pebagai genre sehingga terbentuk atau terhasil sebuah karya adalah
anugerah bakat daripada Allah Rabuljalil yang Maha Pencipta.

You might also like