13

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

201

KAJIAN TAHAP KANDUNGAN KOLESTEROL DALAM BADAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR OBES DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KUALA KANGSAR PERAK
Syed Kamaruzaman Syed AH Rosnah Ismail Raji Subramaniam Universiti Malaya

Abstract
This research was done to identify the cholesterol level among obese students. The sample comprised 54 students (Boys=29; Girls=25) identified as obese. They were aged between 13-19 and studied in a secondary school in Kuala Kangsar District ofPerak. The 'reflotron' machine was used to gather the lipid parameter from the subjects. The data were processed using SPSS version 11.0 to answer the research question. The cholesterol level of the sample was found to be low to moderate. No significant differences between boys and girls in terms of cholesterol level were noted.

PENGENALAN
Kegemukan atau berat badan yang berlebihan adalah disebabkan kurangnya keseimbangan antara pengambilan tenaga dengan penggunaan tenaga. Menurut Jones (1996) jika tenaga yang dibekalkan oleh makanan melebihi tenaga yang digunakan dalam aktiviti-aktiviti terkawal dan luar kawal, tenaga lebihan itu akan disimpan dalam badan. Hampir semua tenaga lebihan itu di simpan dalam tisu adipos sebagai lemak, maka berat badan akan bertambah dan akan menyebabkan kegemukan. Kegemukan pada dasamya merupakan suatu penimbunan lemak yang berlebihan. Jumlah lemak pada lelaki dewasa muda umumnya berkisar di antara 15 - 20% daripada jumlah berat badan dan 20% pada wanita (Faisal Baraas, 1998). Bray Shepherd dan Hays (1977), mengatakan bahawa seorang lelaki boleh dianggap telah menderita kegemukan apabila jumlah lemaknya melebihi 25% daripada berat badan; dan 30% bagi wanita. Suatu kriteria yang praktikal dan paling sering digunakan ialah apabila berat badan telah 20% melebihi berat badan ideal. Menurut Faisal Baraas (1998), seseorang yang mengalami kegemukan cenderung mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Kolesterol ialah sebahagian bahan sterol. Kesemuanya mempunyai struktur cecincin kompleks yang sama. Oleh sebab strukturnya mengandungi "-ol" di hujungnya, ini menandakan bahawa kolesterol ialah sejenis alkohol. Kolesterol hanya boleh diperoleh dari tisu haiwan, dan boleh diperoleh dalam keadaan bergabung dengan asid lemak, iaitu dalam bentuk ester (Jamaludin & Khairul, 2003).

202

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Miller (2003), menjelaskan bahawa kolesterol boleh dikategorikan kepada 4 jenis. Antaranya ialah Kolesterol total, kolesterol HDL (High Density Lipoprotein), kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein), dan trigliserida. HDL adalah merupakan kolesterol jenis baik kerana ia boleh membantu daiam mengurangkan LDL iaitu kolesterol jenis buruk. Kadar koleseterol LDL ini perlu diturunkan di bawah tahap 3.36 mmol/L. Satu kajian iaitu Tecumseh Study, telah meneliti lebih daripada 400 orang dan membuktikan bahawa mereka yang obes temyata mempunyai kadar kolesterol total, LDL dan trigliserida, yang jauh lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai berat badan normal (Faisal Baraas, 1998). Di Universiti Pennsylvania, seramai 73 orang lelaki dan wanita yang gemuk mengikuti program penurunan berat badan selama empat bulan. Pada lelaki, penurunan sebanyak 10.7% kg berat badan berkait dengan penurunan kolesterol jenis LDL sebanyak 15.8% dan peningkatan kolesterol jenis HDL sebanyak 5%. Pada wanita, penurunan sebanyak 8.9% kg berat badan menyebabkan penurunan LDL sebanyak 4.7% (Faisal Baraas, 1998). Sehubungan dengan penelitian tersebut, maka dapat dijelaskan bahawakegemukan berkait rapat dengan tingginya kadar kolesterol total, kolesterol LDL dan trigliserida dalam darah. Berdasarkan kajian-kajian dari luar negara seperti di atas, maka dalam kajian ini, penyelidik akan menjalankan satu penyelidikan ke atas pelajar-pelajar sekolah yang mempunyai lebihan berat badan atau kegemukan di sekolah-sekolah menengah daerah Kuala Kangsar di negeri Perak, untuk mengenal pasti tahap kandungan kolesterol dalam tubuh badan mereka.

OBJEKTIF KAJIAN
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kandungan kolesterol dalam tubuh badan pelajar yang di dapati obes. Kajian ini juga melihat perbezaan aras normal kolesterol di kalangan pelajar obes berdasarkan jantina. Kepentingan Kajian Antara kepentingan kajian ini ialah : a. Membantu institusi - institusi pendidikan di negara ini dalam usaha untuk menggalakkan pelajar-pelajar supaya dapat mengamalkan sikap yang positif terhadap pengambilan makanan yang seimbang. Amalan makanan yang seimbang akan dapat mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Seterusnya beberapa penyakit yang berkaitan terutama penyakit jantung dapat dihindarkan. b. Membantu pihak sekolah dalam mengenal pasti pelajar-pelajar yang obes seterusnya menganalisis kandungan kolesterol yang terdapat dalam tubuh badan mereka. Dengan yang demikian ianya akan dapat membantu pelajar-pelajar berkenaan, membuat pemeriksaan yang selanjutnya di pusat-pusat kesihatan yang berhampiran bagi mengurangkan risiko berbagai penyakit yang disebabkan oleh kolesterol.

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

203

METODOLOGI
Penyelidikan yang dijalankan adalah berbentuk penyelidikan klinikal. Penyelidik dengan bantuan 5 orang penuntut perubatan menjalankan satu analisis ke atas sampel darah yang diambil dari pelajar-pelajar yang telah dikenal pasti obes. Prosedur Pengumpulan Data Kajian ini merupakan penyelidikan klinikal. Pada peringkat permulaan semua subjek yang terlibat akan diambil data yang berkaitan dengan berat badan dan tinggi. Berdasarkan data tersebut, ianya akan dirujuk kepada Body Mass Index (BMI). Subjek yang didapati obes akan diuji tahap kolesterol. Bagi mengukur kandungan kolesterol dalam darah, subjek terlebih dahulu akan dibersihkan jarinya dengan alkohol. Setelah kering, dibuat satu tusukan di jari tersebut dengan alat penusuk khas dan darah dibiarkan mengalir keluar dengan bebas. Kemudian darah yang keluar akan diletakkan di atas permukaan strip untuk diuji dengan menggunakan Reflotron. Data yang telah diambil dari penggunaan reflotron akan dibuat penilaian berdasarkan Jadual 1, untuk melihat tahap kandungan kolesterol total. Prosedur yang sama akan dijalankan untuk penyukatan trigliserida, dan HDL (High Density Lipoprotein). Paras LDL (Low Density Lipoprotein) pula akan dihitung daripada data kolesterol total, trigliserida dan HDL mengikut persamaan Friedewald et al. (1972) seperti dibawah: LDL = Kolesterol total - (trigliserida + HDL) 5 Data yang didapati adalah preliminari dan akan meningkatkan maklumat mengenai remaja Malaysia. Jadual 1 menunjukkan tahap normal beberapa jenis kolesterol dalam badan. Jadual 1 Tahap Normal Kandungan Kolesterol dalam Badan (Berpuasa)
Kolesterol Kolesterol total Kolesterol LDL Kolesterol HDL Trigliserida Kolesterol total / HDL Tahap kolesterol normal ' <200mg/dl 155mg/dl 35mg/dl dan ke atas <200mg/dl <4.5

Sumber : ROCHE Diagnostic (M) Sdn Bhd. Sampel Kajian Subjek diambil dari pelajar-pelajar sekolah yang berumur diantara 13 hingga 19 tahun di sekolah-sekolah menengah kebangsaan Daerah Kuala Kangsar. Jumlah subjek yang terlibat ialah 29 orang pelajar lelaki obes dan 25 orang pelajar perempuan obes.

204

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Instrumen Kajian Antara alat-alat yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah: a. Reflotron - kolesterol total, trigliserida, HDL-C b. Bioscale - berat badan c. Tali tape - ketinggian d. Lancet e. Swab alkohol f. Strip (Total Kolesterol, Trigliserida, HDL-C) g. Sarung tangan getah DAPATAN KAJIAN Umur Bagi Subjek Lelaki Berdasarkan Jadual 2 bilangan subjek lelaki yang berumur antara 13-15 tahun ialah 14 (48.0%) orang. Subjek yang berumur antara 16 hingga 18 tahun pula ialah seramai 14 orang (48%). Kemudian hanya seorang saja (4.0%) yang berumur 19 tahun ke atas. Bilangan yang obes didapati lebih ramai yang berumur dalam lingkungan antara 16 hingga 18 tahun dan 13 hingga 15 tahun. Jadual 2 Latarbelakang Subjek Obes Berdasarkan Umur (Lelaki)

Umur
13 -15 tahun 16-18 tahun 19 tahun dan ke atas Jumlah

N
1 4 1 4 1 29
48 48 4 100

(%)

Umur Bagi Subjek Perempuan Berdasarkan Jadual 3, terdapat 15 (60%) orang pelajar perempuan obes yang berumur antara 13 hingga 15 tahun dan 10 (40%) orang yang berumur antara 16 hingga 18 tahun. Bilangan yang obes didapati lebih ramai yang berumur dalam lingkungan antara 13 hingga 15 tahun. Jadual 3 Latarbelakang Subjek Berdasarkan Umur (Perempuan)
Umur 13 -15 tahun 16-18 tahun 19 tahun ke atas Jumlah 25 100 N 15 10 (%) 60 40

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

205

Kandungan Kolesterol Jadual 4 menunjukkan bilangan dan peratus pelajar lelaki dan perempuan obes serta kandungan beberapa jenis kolesterol: kolesterol total, trigliserida, HDL dan LDL. Jadual 4 Kandungan Kolesterol Total, Trigliserida, HDL, dan LDL ________________________
N _ Kolesterol total 100 - 125mg/dl 126-151mg/dl 152-177mg/dl 178-2O3mg/dl > 204mg/dl Trigliserida 70-90.5mg/dl 90.6-lll.lmg/dl lll.2-131.7mg/dl 131.8-152.3mg/dl 152.4mg ke atas Kolesterol HDL 10 - 10.5mg/dl 10.6-21.lmg/dl 21.2-31.7mg/dl 31.8-42.3mg/dl 42.4mg/dl ke atas Kolesterol LDL 30-60.5mg/dl 60.6-91.lmg/dl 91.2-121,7mgAU 121.8-152.3mg/dl 152.4mg/dl ke atas 5 14 18 14 3 9.3 25.9 33.3 25.9 5.6 4 15 21 9 5 7.4 27.8 38.9 16.7 9.3 4 15 20 8 7 7.4 27.8 37.0 14.8 13.0 6 18 15 13 2 11.1 33.3 27.8 24.1 3.7 (%)

206 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Berdasarkan jadual tersebut seramai 18 (33.3%) pelajar yang mempunyai kandungan kolesterol total antara 126 hingga 151mg/dl, 20 (37.0%) pelajar yang mempunyai kandungan trigliserida antara 111.2 hingga 131.7mg/dl, 21 (38.9%) pelajar yang mempunyai kandungan kolesterol HDL antara 21.2 hingga 31.7mg/dl dan seramai 18 (33.3%) pelajar yang mempunyai kandungan kolesterol LDL antara 91.2 hingga 121.7mg/ dl. Paras Kolesterol Normal dan Tidak Normal Jadual S menunjukkan bilangan dan peratus pelajar obes yang mempunyai paras kolesterol yang normal dan tidak normal. Berdasarkan jadual tersebut, tidak ada seorang pelajar yang mempunyai paras trigliserida yang melebihi aras normal (>250mg/dl). Hanya 2 (3.7%) orang pelajar yang mempunyai paras kolesterol total melebihi aras normal (> 200mg/ dl). Seterusnya terdapat 10 (18.5%) orang pelajar yang mempunyai paras kolesterol LDL melebihi aras normal (>130mg/dl). Bagi kolesterol HDL pula, terdapat 43 (79.6%) orang pelajar yang mempunyai kurang dari aras normal (< 35mg/dl). Jadual 5 Paras Kolesterol Total, Trigliserida, Kolesterol HDL dan Kolesterol LDL Yang Normal dan Tidak Normal
N Paras kolesterol Kolesterol total * 200mg/dl > 200mg/dl Tgrigliserida s 250mg/dl >250mg/dl Kolesterol HDL 2 35mg/dl < 34mg/dl Kolesterol LDL s; 130mg/dl >131mg/dl 44 10 81.5 18.5 11 43 20.4 79.6 54 100 52 2 96.3 3.7 %

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

207

Paras Kolesterol Normal dan Tidak Normal Berdasarkan Jantina Jadual 6, menunjukkan tahap kolesterol normal dan tidak normal berdasarkan jantina. Berdasarkan jadual tersebut, didapati hanya seorang pelajar obes lelaki dan perempuan yang mempunyai tahap kolesterol total melebihi aras normal (L=l; P-l). Jika dilihat pada kolesterol LDL pula, didapati bilangan pelajar perempuan yang obes lebih ramai mempunyai tahap kolesterol LDL yang melebihi aras normal jika dibandingkan dengan pelajar lelaki yang obes (L=4; P=6). Walau bagaimanapun, bagi kolesterol PiDL pula, di dapati bilangan pelajar lelaki yang obes mempunyai tahap kolesterol HDL yang kurang dari aras normal adalah lebih tinggi daripada pelajar perempuan yang obes (L=23; P=20). Bagi kolesterol jenis trigliserida pula, di dapati semua pelajar obes sama ada lelaki dan perempuan mempunyai tahap trigliserida yang normal iaitu kurang dari 250mg/dl. Jadual 6 Paras Kolesterol Normal dan Tidak Normal Berdasarkan Jantina Jantina Lelaki Perempuan Tahap Kolesterol Kolesterol total * 200mg/dl > 200mg/dl Trigliserida ss 250mg/dl >250mg/dl Kolesterol HDL ;> 35mg/dl < 34mg/dl Kolesterol LDL * 130mg/dl >131mg/dl

Jumlah

N 28 1

N 24 1 52 2

29 -

25 -

54 -

6 23

5 20

11 43

25 4

19 6

44 10

Perbandingan Paras Kolesterol Antara Kumpulan Berdasarkan Jadual 7, min subjek lelaki dan perempuan ialah 1.035 dan 1.040 dan sisihan piawai adalah .186 dan .200. Nilai t yang diperolehi ialah -.105 yang mana ini menunjukkan tidak signifikan pada aras keertian .05 {t - -.105; p>.05).

208

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Jadual 7 Ujian t Perbandingan Paras Kolesterol Total Berdasarkan Jantina

Lelaki
(n=29) Min Sd 1.035 .186

Perempuan
(n=24) 1.040 .200 -.105 Ts

p<.05; Ts - tidak signifikan Berdasarkan Jadual 8, min subjek lelaki dan perempuan ialah 1.207 dan 1.200 dan sisihan piawai adalah .412 dan .408. Nilai t yang diperolehi ialah -.062 yang mana ini menunjukkan tidak signifikan pada aras keertian .05 (t - -.062, p>.05). Jadual 8 Ujian t Perbandingan Paras Kolesterol HDL Berdasarkan Jantina
Lelaki (n-29) 1.207 Min SD .412 ,408 Perempuan (n=24) 1.200 .062 Ts

Ts - tidak signifikan Berdasarkan Jadual 9, min subjek lelaki dan perempuan ialah 1.138 dan 1.240 dan sisihan piawai adalah .351 dan .436. Nilai t yang diperolehi ialah -.062 yang mana ini menunjukkan tidak signifikan pada aras keertian .05 (t = -.953, p>0.05).

Jadual 9 Ujian t Perbandingan Paras Kolesterol LDL Berdasarkan Jantina


Lelaki <n=29) Min SD p<.05 1.138 .351 Perempuan (n=24) 1.240 .436 Nilai -t -.953 P Ts

Ts - tidak signifikan

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

209

PERBINCANGAN
Hasil daripada kajian yang telah dijalankan di sekolah - sekolah menengah di Daerah Kuala Kangsar, didapati pelajar lelaki lebih ramai yang obes iaitu 29 (53.7%) orang berbanding dengan pelajar perempuan iaitu 25 orang (46.3%). Dapatan ini sama dengan dapatan kajian yang pernah dijalankan oleh Dr. Poh Bee Kee, dan Universiti Kebangsaan Malaysia (Berita Harian, 28.9.2003). Beliau mendapati prevalen lebihan berat badan dan obesiti adalah lebih tinggi di kalangan remaja lelaki iaitu 20.3% berbanding remaja perempuan iaitu hanya 17.7%. Bagi pelajar lelaki kebanyakan yang obes adalah mereka yang berumur antara 13 hingga 18 tahun (n=28). Manakala bagi perempuan pula ialah antara umur 13 hingga 15 tahun (n=15), Dari aspek kandungan kolesterol pula, secara keseluruhan pelajar hanya mempunyai kandungan kolesterol pada tahap rendah dan sederhana. Misalnya seramai 18 (33.3%) orang pelajar mempunyai tahap kolesterol total antara 126-15 lmg/dl, 20 (37.0%) orang pelajar mempunyai tahap trigliserida antara 111.2-131. lmg/dl, 18 (33.3%) orang pelajar mempunyai tahap kolesterol LDL antara 91.2-121.7mg/dl. Seterusnya bagi kolesterol HDL pula, seramai 21 (38.9%) orang pelajar mempunyai tahap antara 21.2 31.7mg/dl. Kemudian jika dibandingkan dengan aras normal yang telah tetapkan oleh M. Khaliluliah (1995), didapati tidak ramai pelajar yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi ataupun melebihi daripada aras normal. Misalnya bagi kolesterol total, hanya 2 (3.7%) orang saja yang melebihi daripada aras normal. Seterusnya terdapat hanya 10 (18.5%) orang pelajar yang mempunyai kolesterol LDL atau kolesterol "jahat" yang melebihi aras normal. Bagi trigliserida, semua pelajar tidak melebihi aras normal. Bagi kolesterol "baik" pula, iaitu kolesterol HDL, ramai yang kurang dari aras normal (<35mg/ di) iaitu seramai 43 (79.6%) orang pelajar. Mengikut M. Khaliluliah (1995), setiap individu perlu mempunyai tahap kolesterol HDL melebihi 35mg/dl bagi mengurangkan risiko penyakit jantung. Jika dibandingkan aras normal kolesterol tersebut berdasarkan jantina pula, didapati tidak banyak perbezaan antara lelaki dan perempuan. Misalnya, bagi kolesterol total, kedua-dua jantina mempunyai seorang saja (L=1;P=1) yang melebihi aras normal. Manakala kolesterol LDL, pelajar perempuan lebih ramai yang melebihi aras normal (L=4; P=6). Untuk trigliserida pula, kedua-dua jantina berada di bawah aras normal. Selanjutnya untuk kolesterol HDL, didapati lelaki lebih ramai yang kurang dari aras normal berbanding dengan pelajar perempuan (L=23;P=20). Ini adalah kerana perempuan mempunyai kelebihan dari segi hormon estrogen. Hormon estrogen yang terdapat pada perempuan dapat membantu meningkatkan kolesterol HDL (Moyer, 1999). Walaupun terdapat perbezaan di antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap aras kolesterol, namun ianya tidak menunjukkan perbezaan yang signiflkan sama ada kolesterol total (r = -. 105, p>0.05), kolesterol HDL it = -.062,p> .05), dan kolesterol LDL (t = - .953, p> .05). Kajian ini menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan yang signifikan di antara remaja lelaki dan perempuan yang berusia antara 13 hingga 19 tahun dari segi aras kolestrol.

210

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

KESIMPULAN
Walaupun hasil kajian tersebut menunjukkan secara keselurahannya tahap kolesterol pelajar berada pada tahap rendah dan sederhana ianya perlu juga diingatkan bahawa kolesterol sudah mula wujud dalam darah pada lingkungan umur antara 13 hingga 19 tahun. Menurut Moyer (1999), terdapat bukti bahawa seawal usia tiga tahun lagi arteri mungkin mula membeku dengan jaluran lemak yang terdiri lemak dan tisu pengantara. Lebih banyak jaluran ini, lebih banyak pembekuan berlaku dan seterusnya menjurus kepada arteriosklerosis. Justeru itu, setiap pelajar harus berwaspada dan perlu mengawal tahap kolesterol agar ianya tidak melebihi paras normal. Individu yang mempunyai paras kolesterol melebihi dari aras normal akan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit jantung berbanding dengan individu yang mempunyai paras kolesterol yang kurang dari aras normal (Gupta, 2001). Sehubungan dengan itu, dicadangkan supaya setiap pelajar sama ada lelaki ataupun perempuan perlu mengamalkan pemakanan yang sihat. Menurut Gupta (2001), kolesterol datang daripada dua sumber. Salah satu daripadanya ialah raakanan harian, iaitu yang bukan dari sayur-sayuran. Kebanyakannya adalah daripada telur, daging, dan semua produk tenusu. Bagi menurunkan tahap kolesterol dalam badan pula seseorang itu boleh mengamalkan senaman seperti yang disarankan oleh Khalilullah (1995). Beliau menyatakan bahawa senaman merupakan salah satu cara untuk mengurangkan tahap kolesterol dalam badan. Antara senaman tersebut ialah 'brisk walking', 'swimming', 'jogging', 'cycling', 'jumping rope', dan 'aerobic dancing'.

RUJUKAN
Bray, G. A. (1977), Experimental models for the study of obesity. Fred. Proceedings, 36, 137-138. Faisal Baraas (1998). Mencegah serangan jantung: Menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Kuala Lumpur: Sooriya. Friedewald, W., Levy R. I,, & Fredrickson, D. S. (1972). Estimation of the concentration of Low density lipoprotein cholesterol in plasma without use of the preparative centrifuge. Clinical Chemistry, J 8,499-502. Gupta, M. K. (2001). Causes, cure, and prevention of high blood cholesterol. New Delhi;Diamond. Jamaluddin & Khairul (2003). Siri mengenal nutrien, lemak. Kuala Lumpur: DBP. Jones, D. L. (1996). Rahsia kesihatan. Shah Alam: Fajar Bakti. Khalilullah, M. (1995). 30-Day cholesterol program: A physician approved diet and exercise plan incorporating up-to-date research and clinical findings for lowering your cholesterol. New Delhi: Orient. Miller, B. (2003). Cholesterol control. Petaling Jaya: Oak. Moyer, E. (1999). Kolesterol dan trigliserida. Kuala Lumpur: Sooriya.

You might also like