Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

1

Faktor Penentu Kemahiran Kebolehpasaran dalam Kalangan Pelajar


Nor Fariha Aniza Binti Md Isa, Muhamad Hussin
Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak
Pertambahan bilangan graduan yang memasuki pasaran kerja, pengangguran dan kesukaran
mendapatkan pekerjaan meningkatkan tekanan dan persaingan bagi mendapatkan pekerjaan.
Wujudnya ketidak seimbangan permintaan dan penawaran tenaga kerja dalam pasaran buruh.
Isu ini seringkali dikaitkan dengan kegagalan pasaran kerja menyediakan pekerjaan yang
sewajarnya, peranan dan kualiti institusi pengajian tinggi serta program yang ditawarkan,
namun begitu, isu yang lebih menjadi pertikaian adalah berkaitan kualiti graduan itu sendiri
dimana terdapat kelompangan pekerjaan dalam pasaran kerja, namun,penempatan pekerja tidak
berlaku. Oleh demikian, kajian ini dijalankan bagi melihat tahap kemahiran kebolehpasaran
dikalangan siswazah serta mengkaji faktor peramal bagi kemahiran kebolehpasaran siswazah.
Kajian adalah berbentuk kuantitatif. Instrument kajian melibatkan penggunaan borang soal
selidik yang dibentuk oleh penulis dan telah disahkan oleh pakar. Nilai kebolehpercayaan
instrument ialah 0.91 alpha. Borang soal selidik diedarkan kepada 133 responden yang terdiri
daripada pelajar tahun akhir pelbagai program pengajian di sekitar kampus UKM, Bangi. Data
dianalisis secara discriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS. Analisis discriptif
dilakukan keatas pemboleh ubah demografi dan tahap kebolehpasaran pelajar. Ujian descriptif
yang dijalankan mendapati tahap kemahiran kebolehpasaran dikalangan pelajar UKM adalah
tinggi. Ujian regresi pelbagai dijalankan dan didapati kesediaan diri pelajar melakukan
pekerjaan merupakan peramal utama bagi kebolehpasaran dikalangan pelajar.

Kata Kunci : Kebolehpasaran, Kemahiran Kebolehpasaran, Pengalaman Semasa Di Universiti,


Keberkesanan Sistem Pengajian, Pengangguran.

Pengenalan
Fenomena pengangguran dan kesukaran mendapatkan pekerjaan dikalangan siswazah
sangat membimbangkan. Fenomena ini menimbulkan kerisauan terhadap kalangan pelajar yang
masih belajar di institusi pengajian. Pertambahan bilangan enrolmen pelajar yang memasuki
pusat pengajian telah menambah lagi tekanan persaingan bagi mendapatkan pekerjaan.
Penambahan pusat pengajian dan peningkatan enrolmen pelajar dalam institusi pengajian
merupakan petunjuk positif bahawa peluang mendapatkan pendidikan tertiari lebih tinggi dan
meningkatkan akumulasi modal insan dalam negara. Namun begitu, peningkatan nisbah modal
insan yang tidak selari dengan pertambahan peluang pekerjaan yang setara dengan kelayakan
boleh menimbulkan tanggapan bahawa pendidikan tinggi tidak berjaya dalam menghasilkan
tenaga kerja yang sepadan dengan keperluan pasaran. Dilema ini bukan sahaja dihadapi di negara
2

sedang membangun seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand, tetapi turut dirasai juga oleh
negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat (Ahmad Asrul, 2009).
Pengangguran dan kesukaran memperolehi pekerjaan telah menimbulkan pelbagai isu.
Antaranya ialah ketidakseimbangan penawaran dan permintaan dalam pasaran buruh, isu
berkaitan peranan dan kualiti institusi pengajian tinggi dan program yang ditawarkan serta isu
berkaitan kualiti graduan yang dihasilkan. Keadaan ketidakseimbangan penawaran dan
permintaan graduan di dalam pasaran buruh dipengaruhi oleh faktor ekonomi semasa sesebuah
negara. Manakala kesukaran memperolehi pekerjaan dan pengangguran siswazah seringkali
dikaitkan dengan kekurangan kemahiran kebolehpasaran graduan yang memasuki pasaran buruh
yang berpunca daripada kegagalan graduan mempersiapkan diri dengan kemahiran yang
diperlukan oleh pasaran buruh semasa dalam pengajian. Berikutan dengan itu, graduan perlu
meningkatkan kemahiran kebolehpasaran dan menyediakan diri dengan pelbagai kemahiran yang
diperlukan oleh industri. Kemahiran ini berfungsi sebagai penarik dan menentukan
kebolehpasaran.
Laporan daripada Jabatan Tenaga Kerja (2006) telah memperlihatkan bahawa terdapat
pelbagai kekosongan didalam pekerjaan antaranya adalah kekosongan bagi jawatan pengurusan
professional dengan kekosongan 22,279, bilangan pendaftar 22,441 orang. Namun begitu, hanya
53 orang berjaya mengisi kekosongan jawatan. Kesemua kekosongan mampu diisi kerana jumlah
pendaftaran melebihi kekosongan jawatan. Namun begitu selepas penempatan dilakukan, masih
berlaku lagi kekosongan jawatan yang tidak mampu diisi berikutan kekurangan kelayakan calon.
Keadaan ini menjelaskan bahawa terdapat peluang dan kekosongan dalam jawatan namun
berikutan kekurangan kemampuan dan kemahiran menjadikan graduan gagal mengisi
kekosongan jawatan.
Kemahiran kebolehpasaran merupakan terma yang selalu digunakan oleh majikan untuk
menentukan kebolehpasaran graduan. Kajian yang dijalankan memberi penekanan kepada empat
konstruk utama meliputi kemahiran Asas, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Interpersonal dan
Kualiti Personal. Mohammad Sattar Rasul et al (2014) telah membina 6 konstruk kemahiran
kebolehpasaran meliputi kemahiran asas, kemahiran berfikir, kemahiran sumber, kemahiran
interpersonal, kemahiran sistem teknologi maklumat, kualiti individu dan kemahiran maklumat
bagi mengukur elemen kemahiran kebolehpasaran dalam kalangan pelajar. Manakala Hapidah
and Mohd Sahandri (2011) pula telah mengutarakan empat kemahiran kebolehpasaran yang
3

sangat diperlukan oleh setiap graduan iaitu kemahiran akademik, kemahiran perhubungan,
kemahiran menguruskan personaliti dan kemahiran meneroka. Beliau berpendapat, sekiranya
pelajar mempunyai keempat-empat kemahiran tersebut, mereka tidak akan mempunyai masalah
didalam pasaran kerja. Oleh demikian, kajian yang dijalankan bertujuan melihat tahap kemahiran
kebolehpasaran graduan dan mengkaji faktor peramal yang menyumbang kemahiran
kebolehpasaran dikalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia.

Objektif Dan Kerangka Koseptual


Perkembangan pendidikan telah menunjukkan peningkatan yang memberansangkan.
Institusi pengajian tinggi telah bertambah dengan rancak dan memainkan peranan penting dalam
peningkatan output graduan di dalam pasaran. Namun begitu, peningkatan bilangan graduan
telah meningkatkan persaingan mendapatkan pekerjaan, kesukaran mendapatkan pekerjaan dan
meningkatkan pengangguran akibat kekurangan kemampuan dan kemahiran untuk bersaing
mendapatkan pekerjaan. Kertas kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap kebolehpasaran
dikalangan pelajar serta faktor utama yang menyumbang kepada kemahiran kebolehpasaran bagi
graduan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pemboleh Ubah Bebas Pemboleh Ubah Bersandar

FAKTOR

 Kurikulum
KEMAHIRAN
 Kerjaya
KEBOLEHPASARAN
 Tenaga pengajar
 Kemahiran Asas
 Kemahiran diperolehi
 Kemahiran Berfikir
semasa pengajian
 Kemahiran
 Pengaruh
Interpersonal
Penyelidikan
 Kualiti Personal
 Kesediaan diri

Rajah 1 : Kerangka Konseptual Kajian


4

Pemboleh ubah bebas bagi kajian ini adalah kurikulum, maklumat kerjaya, tenaga
pengajar dan kemahiran yang diperolehi semasa pengajian pengaruh penyelidikan dan kesediaan
diri pelajar. Pemboleh ubah bersandar melibatkan empat komponen kemahiran yang
menggambarkan kemahiran kebolehpasaran pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu
kemahiran asas, kemahiran berfikir, kemahiran interpersonal dan kualiti individu.

Berdasarkan objektif dan kerangka konseptual kajian, hipotesis bagi kajian adalah :
Hipotesis Nul : Kurikulum, Kerjaya, Tenaga Pengajar, Kemahiran Dari Pengajian,
Pengaruh penyelidikan Pengajian dan Kesediaan Diri bukan merupakan
faktor peramal bagi kemahiran kebolehpasaran dikalangan pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hipotesis Alternatif : Kurikulum, Kerjaya, Tenaga Pengajar, Kemahiran Dari Pengajian,
Pengaruh penyelidikan Pengajian dan Kesediaan Diri merupakan faktor
peramal bagi kemahiran kebolehpasaran dikalangan pelajar Universiti
Kebangsaan Malaysia.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian adalah berbentuk kuantitatif dan melibatkan kajian tinjauan. Instrumen yang
digunakan adalah borAng soal selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A
(Demografi), Bahagian B (Faktor penentu) dan Bahagian C (Kebolehpasaran). Instrumen dibina
sendiri dan telah disahkan oleh pakar. Sampel kajian terdiri daripada 133 pelajar Universiti
Kebangsaan Malaysia dari pelbagai fakulti yang dipilih secara rawak. Data dianalisis
menggunakan perisian SPSS 20.0. Analisis secara diskriptif dan inferensi telah dijalankan bagi
mendapatkan maklumat kajian. Analisis discriptif dijalankan keatas faktor demografi dan skor
min bagi setiap pembolehubah iaitu kemahiran kebolehpasaran dan faktor peramal kemahiran
kebolehpasaran. Ujian regresi berganda digunakan bagi menguji faktor peramal yang
menyumbang kepada kemahiran kebolehpasaran dikalangan siswazah.

Konsep Kemahiran Kebolehpasaran


Dari sudut pandangan teori modal manusia yang dikemukan oleh Schultz (1963), melalui
perspektif psikologi sosial menyatakan bahawa kemahiran kebolehpasaran bukan hanya merujuk
5

kepada bakat, teknik dan pengalaman individu mendapatkan kerja semata-mata, tetapi lebih
kepada keupayaan individu untuk bekerja. Lankard (1995) mendefinisikan kebolehpasaran
sebagai kemahiran interpersonal, sikap dan tingkah laku yang baik. Hillage dan Pollard (1998)
pula mendefiniskan kebolehpasaran sebagai memiliki keupayaan untuk memperoleh pekerjaan
pertama, mengekalkan dan memperoleh pekerjaan baru sekiranya perlu. Zinser (2003),
menyatakan kemahiran kebolehpasaran merangkumi kemahiran dalam pengurusan sumber,
komunikasi dan kemahiran interpersonal, kerja berpasukan dan penyelesaian masalah. Menurut
ESECT (2004), kemahiran kebolehpasaran adalah satu set pencapaian, pemahaman dan sifat
peribadi yang menjadikan seseorang individu lebih berpotensi untuk memperoleh pekerjaan dan
berjaya dalam pemilihan kerjaya. Koo, Vincent dan Fadhil Mansur (2009) mengatakan bahawa
dalam pasaran buruh, majikan memerlukan pekerja yang mempunyai kemahiran berbahasa
terutamanya bahasa Inggeris, pengetahuan umum dan semasa, mampu membuat pembentangan
yang baik, mempunyai pengetahuan asas ICT dan mempunyai pengalaman kerja.
Kebolehpasaran individu siswazah merujuk kepada keupayaan individu siswazah untuk
memiliki, mempersembahkan dan menentukan segala kemahiran untuk mendapatkan pekerjaan.
(Harvey, 2001). Litisha dan Surina (2010), menyatakan bahawa kemahiran kebolehpasaran
adalah kemahiran yang perlu ada pada pelajar dalam mempersiapkan diri mereka bagi memenuhi
keperluan dalam pelbagai pekerjaan. Oleh yang demikian, disimpulkan bahawa, kebolehpasaran
merupakan kemahiran yang perlu ada didalam diri individu dan bertindak sebagai penanda aras
yang menentukan kemampuan untuk bersaing dan mendapatkan pekerjaan.
Istilah kemahiran kebolehpasaran dalam bahasa inggeris adalah employability skills dan
telah mula digunapakai di Malaysia. Menurut Wan Azlinda dan Mohamed Hafis (2009), istilah
kemahiran kebolehpasaran berbeza antara negara. nama lain yang digunakan adalah soft skill,
employability skills, core skills, essential skill dan pelbagai terma yang lain. Jadual 1
menunjukkan perbezaan istilah kemahiran kebolehpasaran mengikut negara

Jadual 1 : Kemahiran Kebolehpasaran Mengikut Negara

Negara Terma
Kemahiran teras, Kemahiran utama, Kemahiran Asas dan kemahiran
United Kingdom
generic
6

New Zealand Kemahiran Perlu


Keterampilan utama, Kemahiran keperluan Majikan, dan Kemahiran
Australia
Generik
Canada Kemahiran Keperluan Majikan
Kemahiran Asas, kemahiran perlu, kemahiran generic, kemahiran
Amerika Syarikat
tempat kerja
Singapura Kemahiran kritikal tidak nyata
Perancis Kemahiran boleh ubah
German Kemahiran utama
Switzeland Kemahiran disiplin boleh ubah
Denmark Proses Kelayakan Berdikari
Sumber : National Centre for Vocational Education Research (2003), defining generic skills
report

Kemahiran Kebolehpasaran
Kajian yang dijalankan oleh Cotton (2005) mendapati bahawa majikan memberi
keutamaan kepada kemahiran kebolehpasaran berbanding kemahiran teknikal. Namun begitu,
kebanyakan majikan berasa kecewa kerana kemahiran kebolehpasaran sangat kurang dikuasai.
Kajian yang dijalankan menyenaraikan sebab pemohon tidak berjaya memperolehi pekerjaan
adalah mekurangan komponen kualiti individu iaitu pencapaian akademik yang rendah, sikap
tidak baik dan kurang keyakinan diri, kurang bermotivasi dan tidak bermatlamat, kurang
bersemangat dan kurang berpotensi kepimpinan, kurang aktiviti kokurikulum dan kurang
kemahiran asas.
Menurut kajian Shafie & Nayan (2010), Kemahiran utama yang perlu dikuasai adalah
keperibadian calon, kerja berpasukan dan pengurusan diri. Dapatan kajian ini mempunyai
persamaan dengan kajian yang dilakukan oleh Mohd Makhbul, Yussof, & Awang (2012) yang
menyatakan faktor utama pilihan majikan adalah faktor keperibadian dan ketrampilan serta
keyakinan diri graduan. Graduan yang mempunyai kelebihan dari aspek keyakinan diri dan
kemahiran komunikasi menjadi pilihan utama kepada majikan
7

Terdapat enam perkara penting yang sering dikaitkan dengan kemahiran kebolehpasaran
(Mohammad Sattar et al, 2014). Jadual 2 menunjukkan enam konsep yang merentas disiplin ilmu
dan situasi kerja yang berlainan.
Jadual 2: Ciri Kemahiran Kebolehpasaran

Ciri-ciri Ciri kemahiran kebolehpasaran


Kemahiran asas seperti literasi dan angka
Kemahiran asas
serta kemahiran teknologi maklumat
Kemahiran berkaitan dengan manusia dan Kemahiran komunikasi. Interpersonal dan
hubungan antara manusia kerja berpasukan
Kemahiran berfikir;- kemahiran
mengumpulkan dan menguruskan maklumat,
Kemahiran pemikiran menyelesaikan masalah, kemahiran belajar
untuk belajar, berfikir secara inovatif and
kreatif
Bertanggungjawab, bermaklumat dan
Kemahiran personel dan atribut fleksibal, berkemampuan menguruskan masa
depan dan mempunyai harga diri
Kemahiran berkaitan dunia pekerjaan dan Kemahiran perniagaan, kemahiran inovasi
keusahawanan dan kemahiran keusahawanan
Kemahiran berkait dengan komuniti Kemahiran sivik dan tanggungjawab

Sumber : Mohd Sattar Rasul, Rose Amnah Abdul Rauf Dan Mohd Yusof Hussain, 2014

.
Laporan daripada Suruhanjaya Pencapaiann Keperluan kemahiran (SCAN 1991) yang
mengkaji mengenai kemahiran yang diperlukan semasa memasuki pekerjaan mengenalpasti
tujuh kompetensi utama yang diperlukan pada peringkat awal pekerjaan iaitu kemahiran asas,
kemahiran berfikir, kemahiran sumber, kemahiran maklumat, kemahiran interpersonal,
kemahiran sistem dan teknologi dan kualiti individu.
Kajian yang dijalankan oleh Lawson (2004) terhadap pengetahuan dan kemahiran
perkerja mendapati bahawa kemahiran bercakap, mendengar, menulis, menaakul dan membaca
8

merupakan keperluan untuk Berjaya dalam pekerjaan. Kualiti kerja yang diutamakan adalah
sikap terhadap kerja, kesanggupan menyuaikan diri, personality yang kemas dan pengetahuan
asas.
Mohd Sattar et al (2010) dalam kajiannya mengenai peranan institusi Pendidikan
Teknikal di dalam pemupukan kebolehpasaran pelajar mendapati bahawa kemahiran berfikir
dan kemahiran interpersonal menunjukkan min yang tinggi dan berada pada tahap yang sangat
diperlukan oleh majikan
Dapatan kajian yang dikemukakan oleh Husain et al (2010) mendapati bahawa aspek
kualiti individu merupakan aspek yang paling diperlukan oleh individu, diikuti aspek kemahiran
interpersonal, kemahiran sumber, kemahiran asas, kemahiran maklumat, kemahiran berfikir, dan
kemahiran sistem maklumat.
Berdasarkan kajian lepass, didapati bahawa kemahiran merupakan perkara asas yang
diperlukan oleh pelajar bagi meletakkan diri di alam pekerjaan. Oleh yang demikian, kajian ini
memberi penumpuan kepada empat kemahiran yang dijadikan sebagai komponen yang akan
menerangkan tahap kebolehpasaran dikalangan pelajar iaitu kemahiran asas, kemahiran berfikir,
kemahiran interpersonal dan kualiti diri
.
Faktor mempengaruhi kemahiran kebolehpasaran

Terdapat pelbagai faktor telah dikenalpasti sebagai penentu kepada kebolehpasaran.


Kajian ini memberi penekanan kepada enam faktor penentu yang mempengaruhi kebolehpasaran
iaitu kurikulum, kerjaya, tenaga pengajar, kemahiran diperolehi semasa pengajian, pengaruh
penyelidikan dan kesediaan diri.
Pengalaman semasa mengikuti pengajian di institusi melibatkan pengalaman graduan dari
aspek kandungan kurikulum secara keseluruhan, pendedahan mengenai kerjaya, kualiti tenaga
pengajar dan kemahiran serta pengetahuan yang diperolehi daripada pengajian. Semakin banyak
pengalaman yang dimiliki, maka semakin tinggi peluang mendapatkan pekerjaan. Pengalaman
yang dimaksudkan adalah input dan proses pengajian merangkumi aspek kemudahan asas,
kebolehan pengajar, kandungan kurikulum dan penilaian program (Cuthbert et al, 2008). Secara
umumnya, pengalaman semasa pengajian merujuk kepada kualiti pusat pengajian
9

Kajian yang dijalankan oleh Kamsuriah Ahmad, Noor Faridatul Ainun Zainal (2012)
bertujuan untuk mengukur keberkesanan program yang ditawarkan oleh fakulti dalam memenuhi
keperluan industri dan keupayaan graduan dalam pasaran kerja mendapati bahawa graduan yang
berdaya saing dalam pasaran kerja yang sering bergantung kepada kurikulum daripada program
pengajian. Penstrukturan kurikulum yang menyeluruh adalah penting untuk program akademik.
Keberkesanan program ini dinilai berdasarkan persepsi pelajar terhadap hasil pembelajaran yang
berkaitan dengan program yang dipelajari dan keupayaan mereka untuk bekerja berdasarkan
pengetahuan yang mereka ada. Dapatan kajian mendapati terdapat hubungan yang significant
diantara program mereka ambil di fakulti dengan kemahiran kebolehpasaran. Kursus yang
diambil telah menyediakan pengetahuan yang mencukupi dan juga membantu mereka dalam
mencari pekerjaan.
Graduan bersaing sesama mereka untuk memenuhi pasaran kerja di pelbagai sektor. Oleh
kerana jumlah pekerjaan yang ada adalah terhad, maka ramai graduan berakhir sebagai
penganggur atau bekerja diluar kelayakan (Hapidah & Sahandri, 2011). Oleh itu struktur
program yang lengkap adalah sangat penting dalam membentuk graduan untuk memastikan
kecekapan mereka di dalam pasaran pekerjaan (Ahmad Asrul, 2009). Universiti perlu memeriksa
sama ada program yang ditawarkan di fakulti berupaya menyediakan pengetahuan yang lengkap
kepada graduan (Noraidah et al., 2009).
Kelayakan pengajar mempengaruhi proses melahirkan modal manusia yang produktif dan
tidak mempengaruhi kemahiran kebolehpasaran pelajar secara lansung. Namun kajian daripada
Bedi (1997) mendapati terdapat hubungan antara kualiti pengajar terhadap kemahiran
kebolehpasaran yang diperolehi pelajar khususnya dalam aspek kemahiran pedagogi, komitmen
dan motivasi pengajar untuk memberikan latihan. Institusi latihan yang mempunyai pengajar
yang kurang berupaya berinteraksi dengan pelajar boleh menjejaskan pembentukan kemahiran
kebolehpasaran pelajar.
UKM (2003), menjalankan kajian terhadap kebolehpasaran graduan dan responden
diminta membuat penilaian terhadap kemudahan prasarana dan kualiti pengajaran dan
pembelajaran yang diterima. Hasil kajian mendapati graduan memberikan penilaian sederhana
bagi program pengajian, pengajaran teori, latihan industry, kursus-kursus yang ditawarkan,
system penilaian dan peperiksaan dan juga aktiviti kokurikulum. Penerapan nilai positf, kursus
bahasa asing dan pemerkahan tugasan serta peperiksaan di tahap memuaskan, manakala
10

perlaksanaan kursus computer, kursus bahasa asing dan bimbingan mengenai kerjaya berada di
tahap kurang memuaskan.
Kajian oleh Daria Ciriacia & Muscio (2010) bertajuk “Does university choice drive
graduates’ employability?” telah dijalankan keatas graduan Itali. Tujuan kajian adalah
mengenalpasti penentu pekerjaan graduan Itali dalam tempoh setahun hingga tiga tahun selepas
pelajar menamatkan pengajian. Kajian yang dijalankan melibatkan pelajar yang telah
menamatkan pengajian seramai 47,380 orang yang terdiri daripada 47% lelaki dan %3%
perempuan. Responden telah yang diperolehi adalah daripada 67 universiti yang berbeza di Italy
dan telah menghadiri 16 kursus sains yang berbeza. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat
dua punca utama kepada kebolehpasaran siswazah iaitu lokasi geografi dan kualiti universiti.
Kedua faktor ini yang akan menentukan kemahiran kebolehpasaran siswazah muda selain faktor
bidang pengajian dan perbezaan keluasan wilayah. Kualiti universiti diukur melalui prestasi
dalam penyelidikan.
Kajian yang dijalankan oleh Giorgio dan Cappellari (2008) bersetuju bahawa kualiti dan
reputasi universiti merupakan penentu kepada kebolehpasaran siswazah, Namun begitu, kajian
Mcguiness (2003) (dalam Daria et al., 2010) ke atas pasaran buruh siswazah United Kingdom
menunjukkan faktor penentu kepada kebolehpasaran siswazah di negara tersebut adalah
pemilihan subjek pengajian dan jenis ijazah yang diperoleh lebih penting berbanding universiti
yang dihadiri.
Kajian yang dijalankan di USM oleh Nooriah Yusof, Norain Mat Lazim & Zakiah
Jamaluddin (2013), mendapati bahawa kesediaan diri bukan merupakan faktor yang
mempengaruhi kemahiran kebolehpasaran tetapi apa yang lebih penting adalah faktor luaran
iaitu peranan yang dimainkan oleh pihak universiti.

DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian akan menjawab persoalan mengenai tahap kebolehpasaran di kalangan
siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia dan mengenalpasti faktor peramal utama bagi
kebolehpasaran. Dapatan kajian dimulakan dengan bahagian demografi pelajar. Jumlah sampel
kajian adalah seramai 133 orang siswazah yang terdiri daripada 35 orang pelajar lelaki dan 98
orang pelajar perempuan yang telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Daripada
11

keseluruhan sampel kajian, sebanyak 77.3% merupakan pelajar berbangsa Melayu, 6% pelajar
berbangsa Cina, 1.3% pelajar berbangsa India, 5.3% adalah bumiputera Sabah dan 0.7%
merupakan bumiputera Sarawak.

Jadual 3: Demografi responden


Pembolehubah Frekuensi Peratus
Jantina Lelaki 35 26.3
Perempuan 98 73.7
Jumlah 133 100
Bangsa Melayu 116 87.2
Cina 6 4.5
India 2 1.5
Bumiputera Sabah 8 6.0
Bumiputera Sarawak 1 0.8
Jumlah 133 100

Analisis skor min bagi setiap pemboleh ubah dijalankan. Skor min 1.00 – 2.00
menunjukkan tahap yang sangat rendah, skor min 2.01 hingga 3.00 merupakan tahap rendah,
skor min 3.01 hingga 4.00 merupakan tahap tinggi dan skor min 4.01 – 5.00 merupakan tahap
sangat tinggi.

Jadual 4 : Tahap Kemahiran Kebolehpasaran


Komponen Kebolehpasaran Min Sisihan Piawai
Kemahiran Asas 3.60 0.50
Kemahiran Berfikir 3.85 0.37
Kemahiran Interpersonal 3.84 0.39
Kualiti Individu 3.82 0.38
Kemahiran Kebolehpasaran 3.81 0.35

Jadual 4 menunjukkan komponen kebolehpasaran yang dikaji. Komponen


kebolehpasaran ini meliputi kemahiran asas, kemahiran berfikir, kemahiran interpersonal dan
kualiti individu. Komponen kebolehpasaran menunjukkan tahap kemahiran yang tinggi iaitu
didahului oleh kemahiran berfikir (min:3.85, sisihan piawai: 0.37), diikuti kemahiran
Interpersonal (min:3.84, sisihan piawai : 0.39), kualiti individu (min : 3.82, sisihan piawai:
0.38), kemahiran asas (min: 3.60, sisihan piawai: 0.50). Secara keseluruhannya, kemahiran
12

kebolehpasaran dikalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia adalah tinggi (min : 3.81,
sisihan piawai: 0.35).

Jadual 5 : Nilai Min Bagi Faktor Penentu Kebolehpasaran


Faktor Min Sisihan Piawai
Kurikulum 3.92 0.69
Kerjaya 3.63 0.71
Tenaga Pengajar 3.99 0.63
Kemahiran Diperolehi 3.92 0.56
Pengaruh penyelidikan 4.06 0.56
Kesediaan Diri 4.03 0.56

Jadual menunjukan pemboleh ubah yang menjadi faktor penentu kepada kebolehpasaran
pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Nilai min menunjukkan bahawa pengaruh penyelidikan
pengajian adalah paling tinggi dengan nilai min 4.06, manakala kesediaan diri pelajar dalam
melaksanakan pekerjaan adalah kedua tertinggi dengan nilai min 4.03. Pengalaman Pelajar
bersama tenaga pengajar dengan nilai min yang tinggi (min = 3.99), Kurikulum dan Kemahiran
yang diperolehi (min = 3.92) dan Kerjaya (min = 3.63).
Analisis regresi berganda digunakan bagi melihat pengaruh faktor kurikulum, kerjaya,
tenaga pengajar dan kemahiran yang diperolehi dari pengajian serta faktor pengaruh
penyelidikan pengajian dan kesediaan diri. Ujian regresi yang dijalankan mendapati bahawa dua
daripada enam peramal iaitu kesediaan diri dan pengaruh penyelidikan pengajian dimasukkan
didalam model regresi pada p <0.05.

Jadual 6 : Model Regresi


Anggaran ralat
Model R R2 R2 Piawai
piawai
Kesediaan Diri .576 0.331 0.33 0.29
Pengaruh
.593 0.351 0.34 0.29
penyelidikan

Jadual 6 menunjukkan, kolerasi antara pembolehubah kemahiran kebolehpasaran dan


peramal kesediaan diri ialah 0.576. Manakala kolerasi antara kebolehpasaran dan kombinasi
linear antara kesediaan diri dan pengaruh penyelidikan ialah 0.593. Nilai R2 adalah sebanyak
13

0.331 menunjukkan bahawa 33.1peratus perubahan dalam kebolehpasaran adalah disebabkan


oleh perubahan dalam pemboleh ubah kesediaan diri pelajar. Kombinasi kesediaan diri dan
pengaruh penyelidikan meramalkan sebanyak (33.1 – 35.1) peratus iaitu 2.0 peratus perubahan
varian tambahan dalam kebolehpasaran. Terdapat faktor lain yang mempengaruhi
kebolehpasaran dikalangan pelajar dan tidak dimasukkan di dalam model.

Jadual 7 : ANOVA
Jumlah Min
Model Dk F Sig.
kuasa dua kuasa dua
Regression 5.404 1 5.404 64.925 .000
Kesediaan Diri
Residual 10.903 131 0.083
Jumlah 16.306 132
Regression 5.725 2 2.862 35.163 .000
Pengaruh
Penyelidikan Residual 10.582 130 0.081
Jumlah 16.306 132

Keputusan ujian ANOVA menunjukkan bahawa terdapat perhubungan yang significant


antara kedua-dua pemboleh ubah peramal dengan kemahiran kebolehpasaran pada aras
significant p < 0.05. Bagi kesediaan diri pelajar, keputusan ujian adalah significant [F (1,131) =
64.925, p < 0.05], manakala bagi kombinasi kesediaan diri dan pengaruh penyelidikan,
keputusan analisis juga adalah significan [ F (2,130) = 35.163, p < 0.05]. Jadual anova
menjelaskan bahawa kesediaan diri dan pengaruh penyelidikan merupakan factor peramal yang
significant kepada kebolehpasaran pelajar.

Jadual 8 : Nilai Koefisien


Koefisien
Koefisien
Piawai
Pemboleh ubah T Sig.
Std.
B Beta
Error
Konstan 2.22 0.19 11.53 0.00
Kesediaan Diri 0.26 0.07 0.41 3.63 0.00

Pengaruh penyelidikan 0.14 0.07 0.22 1.99 0.05


14

Koofisien regresi menunjukkan model bagi kajian yang dijalankan. Ujian-t menunjukkan
nilai yang significant bagi kesediaan diri dengan t=3.63, significant = 0.00 (p < 0.05). nilai yang
significant juga ditunjukkan oleh pengaruh penyelidikan dengan t= 1.99, significant = 0.05 (p <
0.05. kedua factor peramal menunjukkan sumbangan yang positif dimana satu unit peningkatan
dalam keberkesanan sistem pengajian akan meningkatkan 0.26 kebolehpasaran pelajar dan satu
unit peningkatan dalam pengaruh penyelidikan akan meningkatkan 0.14 kebolehpasaran pelajar.
Model yang boleh dbentuk bagi kajian ini adalah:

Kemahiran Kebolehpasaran = 2.22 + 0.26 (Kesediaan Diri ) + 0.14 (Pengaruh penyelidikan).

Pekali regresi piawai pemboleh ubah peramal iaitu kesediaan diri (β = 0.26, p < 0.05) dan
pengaruh penyelidikan (β = 0.14, p < 0.05) yang significant menunjukkan bahawa pemboleh
ubah – pemboleh ubah tersebut merupakan factor peramal mempengaruhi kemahiran
kebolehpasaran dikalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jadual 9 : Pembolehubah dikecualikan


kollinearity
Peramal
Beta In T Sig. Kolerasi separa Statistic
Tolerance
Kurikulum -0.006 -0.072 0.943 -0.006 0.703
Kerjaya 0.096 1.265 0.208 0.111 0.862
Tenaga
-0.084 -1.002 0.318 -0.088 0.704
Pengajar

Kemahiran 0.138 1.331 0.185 0.116 0.46

Jadual 9 menunjukkan kesan pemboleh ubah – pemboleh ubah peramal dalam kombinasi
linear yang tidak significant terhadap pemboleh ubah kemahiran kebolehpasaran. Keadaan ini
menyebabkan pemboleh ubah peramal tidak dapat dimasukkan kedalam model regresi. Nilai
Collinearity Tolerance lebih besar daripada 0.10 menunjukkan bahawa kajian tidak mempunyai
masalah Collinearity.
Secara significant, kesediaan diri [F (1,131) = 64.925, p < 0.05] menyumbang sebanyak
33.1peratus varian ( R2 = 0.331) dalam kemahiran kebolehpasaran dikalangan pelajar. Ini beerti
bahawa (β = 0.576, p < 0.05) merupakan petunjuk utama yang mempengaruhi kebolehpasaran
15

pelajar. Kombinasi kesediaan diri (β = 0.405, p < 0.05) dan keberkesanan sistem pengajian (β =
0.221, p < 0.05) menambah sebanyak (35.1 – 33.1) peratus iaitu 2.0 kepada varian ( R2 = 0.351)
dalam kemahiran kebolehpasaran [F (2,130) = 35.163, p < 0.05].
Berdasarkan keputusan analisis regresi, dilaporkan bahawa (saiz sampel = 133), dua
pemboleh ubah peramal iaitu kesediaan diri dan pengaruh penyelidikan merupakan peramal
kepada kebolehpasaran responden kajian. Empat pemboleh ubah lain iaitu kurikulum, kerjaya,
tenaga pengajar dan kemahiran yang diperolehi semasa pengajian bukan merupakan faktor
peramal bagi kemahiran kebolehpasaran dikalangan pelajar.

PERBINCANGAN
Kajian adalah untuk menyelidik faktor yang mempengaruhi kemahiran kebolehpasaran
dikalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Analisis regresi pelbagai digunakan bagi
melihat pengaruh faktor pengalaman semasa di universiti yang meliputi komponen kurikulum,
kerjaya, tenaga pengajar da kemahiran yang diperolehi dari pengajian serta faktor keberkesanan
sistem yang meliputi komponen pengaruh penyelidikan pengajian dan kesediaan diri.
Dapatan kajian terhadap komponen kemahiran kebolehpasaran mendapati bahawa
kemahiran berfikir dan kemahiran personal adalah kemahiran paling tinggi yang terdapat pada
pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Kesimpulannya, pelajar Universiti Kebangsaan
Malaysia tidak akan mempunyai masalah menempatkan diri dalam pasaran kerja kerana
kemahiran yang diperolehi oleh pelajar adalah seperti kehendak majikan selaras dengan kajian
yang dijalankan oleh Mohd Sattar et al (2010) bahawa kemahiran kemahiran berfikir dan
kemahiran interpersonal merupakan kemahiran yang diperlukan oleh majikan.
Walaupun graduan Universiti Kebangsaan Malaysia memberikan penilaian sederhana
bagi program pengajian, pengajaran teori, latihan industri, kursus-kursus yang ditawarkan, sistem
penilaian dan peperiksaan dan juga aktiviti kokurikulum, namun kajian yang dijalankan
mendapati bahawa impak daripada kursus dan program yang ditawarkan menghasilkan pelajar
yang berkemahiran kebolehpasaran yang tinggi.
Dapatan yang dikemukakan oleh Kamsuriah Ahmad, Noor Faridatul Ainun Zainal (2012)
yang menyatakan bahawa graduan yang berdaya saing dalam pasaran kerja adalah bergantung
kepada kurikulum daripada program pengajian. Kajian daripada Bedi (1997), mengatakan
bahawa tenaga pengajar akan secara tidak lansung membentuk kemahiran kebolehpasaran
16

pelajar. Namun begitu, dapatan kajian ini mendapati bahawa kurikulum bukanlah faktor peramal
utama yang memberikan sumbangan didalam membina kemahiran kebolehpasaran dikalangan
pelajar tetapi sebaliknya kesediaan diri pelajar adalah penyumbang utama kepada kemahiran
kebolehpasaran dalam kalangan pelajar.
Kajian oleh Daria Ciriacia & Muscio (2010) mendapati bahawa faktor yang akan
menentukan kemahiran kebolehpasaran siswazah muda selain faktor bidang pengajian ialah
faktor lokasi geografi dan kualiti universiti. Universiti Kebangsaan Malaysia terkenal sebagai
salah sebuah universiti penyelidikan yang berkualiti. Sistem pengajian adalah lebih kepada
penyelidikan. Dapatan kajian selari dengan dapatan kajian yang dikemukan oleh Daria dimana
kualiti universiti memberikan sumbangan kepada kebolehpasaran dikalangan pelajar.
Dapatan juga bersetuju dengan teori modal insan daripada perspektif psikologi sosial
menyatakan bahawa kemahiran kebolehpasaran bukan hanya merujuk kepada bakat, teknik dan
pengalaman individu mendapatkan kerja semata-mata, tetapi lebih kepada keupayaan individu
untuk bekerja dimana kesediaan diri merupakan elemen utama yang diperlukan oleh individu
bagi meletakkan diri dalam pasaran kerja. Tahap kemahiran berfikir pelajar UKM berada pada
tahap yang tinggi. Kemahiran berfikir yang positif perlu bagi penyediaan mental dan kesediaan
diri dalam bersaing dipasaran buruh kelak.

CADANGAN DAN CADANGAN


Cadangan yang diusulkan berdasarkan kajian yang dijalankan, institusi perlu mengambil
inisiatif dengan lebih memberi penekanan kepada pelajar terhadap kerja lapangan dengan projek-
projek kursus bagi membentuk kemahiran melaksanakan pekerjaan dan memupuk kesediaan
mereka dalam melakukan pekerjaan. Penekanan dan penglibatan secara agresif oleh pelajar pelu
dititik beratkan dan dipantau. Pengalaman melakukan pekerjaan dan penyelidikan menjadikan
individu lebih bersedia dan percaya kepada diri sendiri. Kesannya, keyakinan diri meningkat
serta meningkatkan kemahiran kebolehpasaran dikalangan pelajar itu sendiri.
Kajian lanjutan perlu dilakukan bagi melihat pengaruh faktor ini selepas pelajar tamat
pengajian dengan penambahan elemen status pekerjaan selepas tamat pengajian. Supaya dapatan
lebih kukuh dan lebih menerangkan tentang kepentingan faktor yang dikemukakan.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh institusi bagi meningkatkan kemahiran
kebolehpasaran dikalangan pelajar bagi memungkinkan pelajar ini bersaing dalam pasaran
pekerjaan. Namun begitu, kesediaan diri merupakan penentu utama disamping faktor lain yang
17

menentukan kemampuan pelajar ini menempatkan diri dalam pasaran buruh. Oleh demikian,
pelajar perlu membangunkan motivasi dalaman dalam diri sendiri dalam membentuk kperluan
dan kehendak untuk berjaya kerana tiada apa yang mampu membantu seseorang melainkan
dirinya sendiri.

RUJUKAN

Ahmad Asrul Ibrahim. 2009. Status Kebolehpasaran Graduan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik
dan Sistem, UKM. Kongres Pengajaran dan Pembelajaran UKM.

Cuthbert, D., Smith, W., & Boey, J.2008. What do we really know about the outcomes or
Australian international education? A critical review and prospectus for future research.
Journal of International Studies, 72(3), 255-275.

Cotton, K.2005.Developing Employability Skills: The Schooling Practices that Matter Most.
School Improvement Research Series (SIRS).

Daria, C., & Alessandro, M. 2010. Does University Choice Drive Graduate’s Employability?
Munich Personel RePEc Arvhive.

Ciriaci, D. & Muscio, A. 2010. Does University Choice Drive Graduates’ Employability? 1–25.

ESECT. 2004. Enhancing Student Employability Co-ordination Team.


http://www.hefce.ac.uk/learning/tinits/esect/

Giorgio, B., & Cappellari, L.2008. The Labour Market Effect of Alma Mater: Evidence from
Italy. Economic of Education Review, 27(5), 564-574.

Hapidah Mohamad and Mohd Sahandri Gani Hamzah. 2011. Employability Profiles of
Graduates: The Malaysia Scenario from an Employer Perspective. Perspective. The 5 th
QS-Apple Conference

Harvey, L.1999. Employability: Developing the Relationship between Higher Education and
Employment. Pembentangan di Seminar Kelima Quality in Higher Education 24-Hour,
28 Oktober, Scarman House, Warwick University.

Harvey, L. 2001. Defining and Measuring Employability. Quality in Higher Education, 7(2), 97-
109.

Hillage, J., & Pollard, E. 1998. Employability: Developing a Framework for Policy Analysis.
EfEE Research Briefing. No. 85
18

Husain, M.Y, Mokhtar, S.B., Ahmad, A.A. & Mustapha, R.2010, Importance of Employability
Skills from Employer’s perspective. Procedia-Social and Behavioral Sciences7:430-438.

Jabatan Tenaga Kerja. 2006, Laporan Tahunan 2006.

Jabatan Tenaga Kerja. 2013. Laporan Tahunan 2013.

Koo, Y.L., Vincent, P., & Fadhil Mansur.2009. Employer perception on graduate literacy’s in
higher education in relation to the workplace.

Lankard, B.A. 1995. Employability- The Fifth Basic Skills. Columbus Ohio. Career And
Vocationall Education.

Lawson, R. 2004. Work Future: Employability Skills And Attributes. Quensland Government.
Department Of Employability And Training, Training Division.

Litisha Asmaak Shafie, & Surina Nayan.2010. Employability Awareness among Malaysian
Undergraduates. International Journal of Business and Management, 5(8), 119-123.

Mohd Sattar Rasul et. al. 2009 dalam Aspek Kemahiran ‘Employability’ yang Dikehendaki
Majikan Industri Pembuatan Masa Kini, UKM

Mohammad Sattar Rasul, Rose Amnah Abdul Rauf & Mohad Yusof Hussain.2014. Kemahiran
Kebolehdapatan Kerja: Suatu Keperluan pekerjaan. UKM Cetak. Bangi.

National Higher Education Research Institute.2003. Laporan Kajian Masalah Pengangguran Di


Kalangan Siswazah IPTA. Pulau Pinang. Universiti Sans Malaysia

Norain Mat Lazim dan Nooriah Yusof .2012. Pelaburan Langsung Asing di Kedah dan Daya
Tarikan Taman Teknologi Tinggi Kulim. AKADEMIKA [Jurnal Sains Sosial dan
Kemanusiaan Asia Tenggara], 82(1), 31-48.

Noraidah Sahari@Ashari, Tengku Siti Meriam Tengku Wook, Haslina Arshad, Nazlia Omar,
Zaihosnita Hood, Hairuliza Mohamad Judi. 2009. Penerapan kemahiran kebolehpasaran
melalui latihan industri. Kongres Pengajaran dan Pembelajaran UKM.

Pusat Penempatan Graduan, Kerjaya & Kaunseling USM .2013. Universiti Sains Malaysia.

Rasul, M. S., Abd Rauf, R. A., Mansor, A. N., & Puvanasvaran, A. P.2012. Employability Skills
Assessment Tool

Schultz, T.W.1963. The Economic Value Of Education (3rd Ed.) New York And
London.Colombia.University Press.
19

Shafie, L. A., & Nayan, S.2010. Employability Awareness Among Malaysian Undergraduates.
International Journal of Business and Management, 5, 119–123.Suruhanjaya Pencapaian
Keperluan kemahiran (SCAN 1991)

Wan Azlinda Wan Mohamed dan Mohamed Hafis Yunus.2009. The Inculcation Of Generic
Skills Among Juveniles Through Technical And Vocational Education. US-China
Education Review 6(4), (Serial No.53)

Yusof, N., Lazim, N. M. & Jamaluddin, Z. 2013. Persepsi Pelajar Prasiswazah Terhadap
Program Pembangunan Kebolehpasaran Siswazah : Kes Universiti Sains Malaysia [USM ].
International Journal of Environment, Society and Space, 1(1), 43–61.

Zinser, R. 2003. Developing Career And Employability Skills : A US case study. Journal of
Education and Training. 45(7): 402 – 410

You might also like