Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

PUSAT PENGAJIAN PSIKOLOGI GUNAAN, DASAR DAN KERJA SOSIAL

SSWS 2153 PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI

KUMPULAN A SEMESTER A221 SESI PERTAMA 2022/2023

KUMPULAN 1

NATION YOUNG CHIEF

BIL. NAMA NO MATRIK

1. NURUL ‘AINAA’ LIYANA BINTI MOHD SUHAIMI 269531

2. AIDA NABILAH BINTI ABDUL RAHIM 270991

3. UMI HIDAYAH BINTI MOHD RASHDI 271239

4. NUR AFIFAH BINTI MOHD SABRI 271268

5. AISHA BINTI ZAILAN 271290

6. NURUL ‘ATIQAH BINTI AZHAR 271481

PENSYARAH :
DR. NORZALINDA BINTI MOHD ALI HANAFIAH

TARIKH :

18 DISEMBER 2022

1.0 PENGENALAN

Nation Young Chief atau dikenali sebagai NaYoChi merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan

(NGO) yang akan ditubuhkan adalah untuk memberi sesuatu perkhidmatan yang berkaitan

dengan bantuan kemanusiaan. Pertubuhan NaYoChi ini akan memberi banyak sumbangan

dalam membantu masyarakat mengikut objektif organisasi iaitu menyediakan program

keilmuan dan latihan kepada generasi muda dan golongan belia, mengukuhkan program

pembangunan kepimpinan dan bina sahsiah yang baik bagi membina kekuatan diri dalam

kalangan belia, golongan muda dan pelbagai lagi.

Penubuhan NaYoChi ini juga dapat memberi pengalaman, idea dan semangat perjuang

yang kuat dalam individu atau kumpulan tertentu untuk bertindak terhadap sesuatu fenomena

yang terjadi atau memenuhi keinginan dalam masyarakat. Penubuhanan NaYochi ini juga

dapat memberi kekuatan dan juga idea serta dapat memberikan fokus dalam mencapai

objektif seperti menyediakan peluang pendidikan dan kemahiran, mengawal dan mengurus

penyakit, membantu mangsa bencana alam, memperjuangkan isu berkaitan hak kemanusiaan,

sosial dan sebagainya. Dengan itu, penubuhan NaYochi ini juga dapat membantu

menyelesaikan masalah negara serta dapat menangani pelbagai keperluan sosial termasuk isu

kemiskinan dan pengangguran ke arah kesejahteraan rakyat.

2.0 LATAR BELAKANG PERTUBUHAN NGO


Pertubuhan Nation Young Chiefs (Na Yo Chi) merupakan pertubuhan yang diajurkan khas

untuk golongan belia yang daripada berumur 15 tahun sehingga 30 tahun. Golongan belia

terdapat tiga peringkat iaitu peringkat pertama ialah belia awal yang berumur 15 tahun

sehingga 18 tahun dan berada dalam persekolahan. Manakala peringkat kedua ialah belia

pertengahan yang berumur 19 tahun sehingga 24 tahun dan berada pada alam penggajian

tinggi atau alam pekerjaan. Peringkat ketiga pula ialah belia akhir yang berumur 25 tahun

sehingga 30 tahun dan kebanyakannya dalam alam pekerjaan. Pertubuhan Nation Young

Chiefs ini dilaksanakan di kawasan belah utara seperti Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Belia

yang berada di kawasan utara boleh mendaftar sebagai ahli untuk menyertai pertubuhan

Nation Young Chiefs (Na Yo Chi).

Pertubuhan Nation Young Chiefs (Na Yo Chi) menyediakan pelbagai program

berimpak tinggi kepada pembangunan belia. Antara program yang ingin pertubuhan kami

laksanakan ialah program kepimpinan, program bina sahsiah diri, program kerohanian,

program kesukarelawan dan banyak lagi khas untuk golongan belia. Pertubuhan kami ini

hanya berfokuskan golongan muda dan belia kerana mereka bakal menjadi pemimpin,

memerintah dan mentadbir negara kita.Pertubuhan kami ini ingin melahirkan golongan belia

yang mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dan mempunyai sahsiah diri yang mulia yang

bertepatan dengan slogon pertubuhan kami iaitu “Belia Berwibawa, Tulang Belakang

Negara”. Hal ini demikian kerana golongan belia merupakan asset dan sumber tenaga yang

sangat penting bagi masyarakat dan negara kita. Pertubuhan kami ingin menjadikan golongan

belia mempunyai semangat kesetianegaraan, daya fikiran yang tinggi, kreativiti, inovatif dan

proaktif bagi menjaminkan pembangunan negara yang mampan. Belia merupakan golongan

terbesar dalam struktur masyarakat di negara kita. Oleh itu, golongan belia ini perlu diasuh

dan dibimbing sehingga mampu menjadi generasi yang boleh dibanggakan.


3.0 OBJEKTIF PENUBUHAN NGO

1. Mengadakan program keilmuan, latihan dan kemahiran khususnya kepada generasi

muda dan golongan belia.

2.Mengadakan aktiviti dan program yang dapat membina peribadi yang baik,

meningkatkan semangat ketatanegaraan dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri

generasi muda dan golongan belia.

3. Mengukuhkan program pembangunan kepimpinan dan bina sahsiah diri bagi membina

kekuatan diri generasi muda dan golongan belia.

4.0 MISI DAN VISI NGO

MISI
Melahirkan belia yang proaktif dalam menjalankan program yang berimpak tinggi kepada

pembangunan negara.

VISI

Menjadi NGO pilihan belia dalam kalangan NGO NGO yang lain.

5.0 MAKNA LOGO NAYOCHI:

Sebuah logo adalah simbol atau lambang yang banyak digunakan untuk penubuhan

lembaga, organisasi atau perusahaan komersial. Logo dapat didefinisikan sebagai wajah atau

imej sesebuah organisasi yang telah ditubuhkan. Logo menggambarkan banyak makna kerana

sebuah logo amatlah signifikan untuk sesebuah penubuhan organisasi sama ada ia sebuah

organisasi badan kerajaan atau bukan badan kerajaan.

Logo juga merupakan elemen visual penting kerana logo adalah cerminan

kepribadian, representasi dari nilai-nilai serta prinsip-prinsip yang menjadikan identiti dalam

organisasi. Di samping itu, logo yang telah dirancang dan direka bentuk dengan baik akan

tampak profesional dan mewujudkan sebuah personaliti dalam organisasi tersebut.

Pertubuhan NaYoChi ini adalah pertubuhan komuniti yang terdiri daripada golongan remaja,

golongan muda dan juga belia. Logo yang ada dalam pertubuhan ini mempunyai keunikan

dan keistimewaan spesifik yang mudah diingat dan menarik. Logo NaYoChi terbahagi

kepada empat elemen penting iaitu Bulatan Putih NaYoChi, Lambang Silhouette Belia, Sel

DNA Otak serta Warna Biru dan Genggaman Tangan.

Bulatan Putih NaYoChi


Warna putih melambangkan keamanan, kesucian dan kerohanian. Bulatan putih

NaYoChi pula bermaksud komuniti yang terdiri daripada golongan remaja, golongan muda

dan juga belia akan sentiasa berkerjasama dengan menerapkan sifat amanah dan jujur bagi

membantu komuniti lain.

Lambang Silhouette Belia

Silhouette yang dipaparkan pada logo NaYoChi ini bermaksud bayangan bakal

pemimpin negara yang akan dipimpin oleh golongan-golongan belia dan juga remaja tidak

kira berjantina lelaki mahupun perempuan.

Sel DNA Otak

Lambang yang disebut sebagai ‘sel DNA otak’ ini bermaksud pemikiran atau

mentaliti yang ada pada ahli-ahli dalam NaYoChi demi memajukan negara berdasarkan

warna-warna yang telah dipilih. Setiap warna yang ada pada sel DNA otak tersebut

mempunyai makna tersendiri. Warna pertama adalah hijau yang melambangkan

pembangunan, merah adalah untuk keberanian, kuning adalah lambang tenaga manakala

ungu adalah kemuliaan.

Warna Biru dan Genggaman Tangan

Warna biru yang menjadi warna pada latar belakang kepada logi bermaksud

perpaduan yang baik antara ahli-ahli dalam NaYoChi. Semangat perpaduan dalam sebuah

organisasi adalah penting apabila ahli yang berlainan bangsa, agama dan budaya bersatu

untuk mencapai matlamat, visi atau misi NaYoChi. Manakala genggaman tangan

melambangkan keselesaan, kehangatan, keselamatan serta kekuatan ukhuwah bersama yang

wujud serta sifat empati dalam pertubuhan ini.


6.0 CARTA ORGANISASI NGO

Peranan Ahli Jawatan Kuasa NGO

Presiden

Presiden Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan Belia NA YO CHI disandang oleh Aida

Nabilah binti Abdul Rahim. Peranan presiden adalah bertanggungjawab dalam menguruskan

segala hal pentadbiran yang berkaitan dengan NGO NA YO CHI. Selain itu, memberi arahan
yang tepat dan jelas kepada semua ahli jawatankuasa dalam melaksanakan tugas masing-

masing atau aktiviti.

Timbalan Presiden

Timbalan Presiden disandang oleh Nurul ‘Ainaa’ Liyana binti Mohd Suhami. Tugas yang

dilakukan oleh timbalan presiden adalah memangku tugas presiden dan membantu presiden

dalam melaksanakan tugas.

Setiausaha

Setiausaha disandang oleh Nurul’ Atiqah binti Azhar. Peranan setiausaha dalam NGO ini

adalah mencatat minit mesyuarat apabila melakukan mesyuarat, membuat laporan dan

bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod dan fail berkaitan organisasi.

Penolong Setiausaha

Penolong Setiausaha disandang oleh Aisha binti Zailan. Tugas penolong setiausaha adalah

menolong setiausaha dalam segala hal yang berkaitan dengan minit mesyuarat, laporan dan

pengurusan rekod.

Bendahari

Bendahari disandang disandang oleh Umi Hidayah binti Mohd Rashdi. Tugas bendahari

adalah bertanggungjawab dalam pengurusan pentadbiran kewangan kewangan. Selain itu,

bendahari juga menyimpan semua resit-resit, merekod keluar masuk wang berkaitan dengan

NGO.

Penolong Bendahari

Penolong Bendahari disandang oleh Nur Afifah binti Mohamad Sabri. Tugas penolong

bendahari adalah membantu bendahari dalam kewangan. Memudahkan bendahari dalam

pengurusan kewangan.
7.0 PERANCANGAN AKTIVITI NGO

Nation Young Chief atau juga dikenali sebagai NaYoChi merupakan Pertubuhan Bukan

Kerajaan (NGO) yang melakukan pelbagai aktiviti yang melibatkan pelbagai peringkat

golongan. Namun, NaYoChi juga lebih memfokuskan golongan muda dalam menjayakan

aktiviti-aktiviti yang dirancang. Antara fokus aktiviti yang akan dijalankan oleh NGO kami

adalah seperti berikut:

Program 1

JENIS PROGRAM Kursus-kursus Kemahiran

TUJUAN PROGRAM Mendedahkan pengetahuan dan kemahiran asas kepada

para peserta untuk diaplikasikan apabila mereka

menyertai program-program seperti program bantuan

kemanusiaan, program bersama komuniti dan lain-lain.

OBJEKTIF PROGRAM - Mendedahkan pengetahuan dan kemahiran asas

kepada para peserta untuk diaplikasikan apabila

mereka menyertai program-program yang dianjurkan


kelak.

- Memastikan para peserta mempunyai kemahiran

asas seperti asas pertolongan cemas, kemahiran

berkomunikasi dengan warga emas dan komuniti

PENGANJUR BERSAMA - Inisiatif Bina Bangsa (BINA), Majlis Belia Negeri

Kedah

CONTOH PROGRAM - Kursus Pertolongan Kecemasan

- Kursus Kemahiran Asas untuk menyertai Program

Bantuan Banjir

- Kursus “Leadership Skills Enhancement”

Program 2

JENIS PROGRAM Program Bantuan Kemanusiaan

TUJUAN PROGRAM - Menghulurkan bantuan dari segi kewangan,

pakaian dan barang keperluan asas.

OBJEKTIF PROGRAM - Memupuk rasa simpati, kasih sayang dan

keprihatinan kepada golongan yang kurang bernasib

baik.
- Menanam rasa syukur dalam diri peserta kepada

Tuhan atas segala nikmat.

- Membantu meringankan hubungan silaturrahim

bersama manusia.

PENGANJUR BERSAMA - UNICEF Malaysia

- Persatuan Pengakap Malaysia (Kedah)

- MediCOM Malaysia

CONTOH PROGRAM - Program Bantuan Banjir

- Pemberian Sumbangan Kepada Fakir Miskin

- Program Bantuan Baik Pulih Rumah Golongan

Miskin

Program 3

JENIS PROGRAM Program Bersama Komuniti

TUJUAN PROGRAM - Mendedahkan para peserta tentang

tanggungjawab diri kepada komuniti.

- Meningkatkan kemahiran sosial para peserta.


- Menanam sikap penyayang dalam diri peserta

dengan melakukan kerja-kerja sukarelawan.

OBJEKTIF PROGRAM - Menanam sikap hormat dan sayang kepada

golongan komuniti.

- Memupuk semangat kepimpinan dan berpasukan

kepada para peserta.

PENGANJUR BERSAMA - Projek Komuniti SPOT Malaysia

- Komuniti Peduli Insan, Kepala Batas Kedah

- Persatuan Pengakap Malaysia (Kedah)

CONTOH PROGRAM - Program Santuni Warga Tua

- Hari Bersama Komuniti

Program 4

JENIS PROGRAM Program Bersama Gelandangan

TUJUAN PROGRAM - Memupuk semangat insaniah dalam diri para

peserta serta usaha dalam menjaga kebajikan sosial

dan masyarakat.
OBJEKTIF PROGRAM - Melahirkan golongan muda yang berdaya saing

dan empati dengan mendekati masyarakat yang

terbiar.

- Mendekati golongan gelandangan bagi

mengetahui punca yang menjurus mereka ke dalam

keadaan itu untuk mengubah persepsi negatif

masyarakat.

- Melahirkan golongan muda yang bersifat empati

supaya sikap saling tolong-menolong dipupuk dalam

diri.

PENGANJUR BERSAMA - Kindness Malaysia Kedah.

- Yayasan Seed

CONTOH PROGRAM - Program Kerja Amal Gelandangan (memberi

barangan asas kepada gelandangan)

- Santuni Gelandangan yang Memerlukan Bantuan

Sokongan Moral

You might also like