Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Diminta semua peserta untuk diam kerana majlis akan bermula sebentar sahaja lagi .

Sayang kumbang mencari makan,

Terbang seiring di tepi kali;

Selamat datang kami ucapkan,

Moga diiring restu Ilahi

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera ..

Selamat datang diucapkan kepada para guru – guru Dan ahli peserta (PERKHEMAHAN SAINS SUKAN
SEMESTER 1 bagi tahun 2023/2024)

Untuk makluman semua , acara malam kebudayaan kita pada malam ni bertemakan “melayu klasik”

Tanpa melengahkan masa, marilah sama sama kita menyaksikan persembahan daripada kump 3 , majlis
dengan ini mempersilakan

Terima kasih diucapkan kepada kump 3 atas persembahan yang istimewa sebentar tadi

Seterusnya majlis ingin menjemput kump 4 untuk meneruskan persembahan mereka , dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada kump 4 atas persembahan mereka yang hebat sebentar tadi.

Tanjung emas sudah ternama ,

Istana johor di Kuala danga,

Persembahan seterusnya meneruskan acara,

Sebagai halwa santapan telinga .

Marilah sama sama kita menyaksikan persembahan daripada kump 2 , dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada kump 2 atas persembahan yang sungguh menarik itu tadi .
Akhir sekali majlis ingin menjemput kump 1 untuk mengakhiri persembahan pada malam ini ,
dipersilakan .

Terima kasih diucapkan kepada kump 1 atas persembahan yg sungguh hebat itu tadi .

Dengan berakhirnya persembahan dari kump 1 itu tadi maka berakhirlah upacara malam kebudayaan
kita pada malam ini .

You might also like