Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PERMAINAN DODGEBALL

60 Kaki

A
30 Kaki Peraturan Permainan DodgeBall

Gelanggang DodgeBall sama dengan ukuran gelanggang Bola Tampar 60 kaki panjang 30 kaki lebar dan dibahagikan kepada 2 bahagian A dan B.

1. Bilangan pemain setiap pasukan maksimum 25 dan bilangannya mestilah sama dengan bilangan lawan. 2. Semua pemain bermain serentak dan tidak ada pemain simpanan. 3. Setiap pasukan ada kapten pasukan masing-masing dan memakai penanda di lengan kiri. 4. Bola hendaklah jenis ringan dan lembut 5. Terdapat 2 set dalam 1 permainan. Masa permainan ialah selama 10 minit. 6. Terdapat 2 penjaga garisan, 1 penjaga masa dan 2 pengadil. 7. Pemenang dikira dari jumlah bilangan ahli pasukan yang masih terdapat didalam gelanggang.Jika kedua-dua pasukan mempunyai jumlah ahli yang sama maka permainan akan diteruskan ke rubber set. Cara bermain 1. Kapten kedua-dua pasukan mengambil tempat ditengah-tengah gelenggang.Pengadil akan melambungkan bola ke udara dan kapten pasukan yang pertama menyentuh bola akan memulakan permainan.

30 Kaki

30 Kaki

2. Pemain haruslah berada didalam gelanggang dan dibelakang garisan serangan .Serangan hanya dibenarkan jika ia dibuat dari belakang garis serangan. Anggota badan pemain tidak boleh melepasi garis sempadan serangan.Jika dilakukan,serangan tidak akan dikira. 3. Untuk mengambil bola yang terkeluar seorang pemain hendaklah keluar daripada pintu yang telah ditanda (bahagian A sudut sebelah kiri dan bahagian B sudut sebelah kanan). 4. Untuk mengeluarkan pemain lawan,seorang pemain hendaklah membaling bola kearah badan lawan dan balingan itu hendaklah daripada bahagian paras bahu hingga ke kaki.Bahagian seperti leher dan kepala adalah tidak dibenarkan.Belakang badan dibenarkan. 5. Jika pemain dapat menyambut bola yang dibaling oleh pihak lawan maka pemain yang membaling bola tadi akan terkeluar dari gelanggang.Tetapi masih boleh membantu pasukannya menyerang dari luar gelanggang. 6. Serangan kepada kepala pemain lawan ,akan menyebabkan penyerang dikeluarkan daripada permainan serta merta. 7. Balingan bola yang terkena kepada lebih daripada satu pemain lawan akan menyebabkan pemain-pemain tersebut terkeluar dari gelanggang. 8. Tempoh masa yang dibenarkan untuk pemain memegang bola ialah 5 saat jika lebih bola akan berpindah ke tangan pihak lawan. 9. Pemain yang terkeluar dari gelanggang akan berada disebelah bahagian lawan untuk membantu pasukannya menyerang dari luar. 10. Pemain yang terkeluar juga tidak boleh melepasi garisan semasa melakukan serangan kedalam gelanggang.

BORANG PENDAFTARAN PASUKAN


Permainan :__________________________________________________ Nama pasukan :__________________________________________________ Ketua pasukan :__________________________________________________ Bil Nama Ahli

You might also like