Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 22

MESYUARAT AGUNG PIBG

SK TOK MUDA
KALI KE-49

DIRASMIKAN OLEH:
INSPEKTOR CHE MUHAMAD FIRDAUS BIN CHE ARIFIN
PEGAWAI PENYIASAT BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH
IPD KLANG UTARA, SELANGOR.

Tarikh: 24 Jun 2023


Hari: Sabtu
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Laman Lestari Ilmu
ISI KANDUNGAN
TENTATIF MAJLIS
SENARAI AJK
PIBG SK TOK MUDA
SESI 2023 -2024
JAWATANKUASA PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG PIBG SK TOK
MUDA KALI KE 49, SESI 2023-2024
PENASIHAT : NORAZIAN BINTI YUSOFF
ASMAWI BIN MOKLAS
PENGERUSI : ABDUL HALIM BIN MOHAMMAD
N. PENGERUSI : ABDUL RAHMAN BIN ABDUL KARIM
SITI NORWATI BINTI SARNIN
HJ. GHAZALI BIN ARIFFIN
SETIAUSAHA : MUHAMMAD NURKHIFZAN BIN ISNIN
BENDAHARI : NORAMIRA BINTI RAHMAT
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG
SK TOK MUDA
KALI KE 49
SESI 2023-2024

Agenda
1. Ucapan Pengerusi
2. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-49.
3. Membentang dan menerima Laporan Tahunan.
4. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan PIBG.
5. Membahas Cadangan/usul.
6. Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Tok Muda sesi 2023-2024.
i. Seorang Pengerusi (YDP)
ii. Seorang Naib Pengerusi (NYDP)
iii. Seorang Setiausaha Kehormat (guru)
iv. Seorang Bendahari Kehormat (guru)
v. 10 Ahli Jawatankuasa (6 orang dikalangan ibu bapa)
(4 orang dikalangan guru)
vi. Pemilihan Juru Audit Dalaman
7. Hal-hal Lain
8. Ucapan Penangguhan Yang DiPertua PIBG SK Tok Muda
Sesi 2023-2024
LAPORAN AKTIVITI PIBG SKTM
SESI 2023/2024

Mesyuarat Agung kali ke-48.


1.
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 telah diadakan pada 26 JUN 2022.
Mesyuarat tersebut telah dipengurusikan oleh YDP PIBG.

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG.

Mesyuarat AJK PIBG telah diadakan dengan tujuan untuk merancang


2 dan melaksanakan aktiviti PIBG agar semua aktiviti dapat dijalankan
dengan lancar. mengikut keperluan semasa.
Mesyuarat-mesyuarat telah diadakan pada 3.8.2022, 1.11.2022, dan
15.2.2023

Penglibatan PIBG Dalam Aktiviti Sekolah

3.1 Program Sarana Ibu Bapa.


Program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada ibu
bapa mengenai peranan ibu bapa di rumah dalam memastikan
keperluan pembelajaran anak-anak di rumah mengcukupi.

3.2 Program Pemuafakatan Ibu Bapa


Program diadakan bagi memberi pendedahan kepada ibubapa untuk
menjadi ibubapa yang berkesan terutama dalam menangani masalah
anak-anak bagi meningkatkan prestasi akademik anak-anak.

3.3 Program/Penyertaan dalam aktiviti permainan, sukan dan


3 pertandingan ko akademik.

Seperti memberi penghargaan kepada atlet softbol dan memanah bagi


menghargai sumbangan kepada sekolah.

3.4 Hari Anugerah Kecemerlangan Murid.


Pihak PIBG terlibat memberi sumbangan kepada murid cemerlang
dalam akademik dan kokurikulum.

3.5 Program Gotong-royong.


Program ini diadakan bertujuan untuk menceriakan kawasan sekolah
dan mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa.
Telah dilaksanakan dan berjalan lancar.
LAPORAN PENYATA KEWANGAN
PIBG SK TOK MUDA
PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
DARI JULAI 2022 - JUN 2023
SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK TOK MUDA
SESI 2023-2024

Yang Dipertua : ..........................................................(Ibu Bapa)


Naib Yang Dipertua : ...........................................................(Ibu Bapa)
Setiausaha Kehormat : .................................................................(Guru)
Bendahari Kehormat : .................................................................(Guru)
Ahli Jawatankuasa : 1. .....................................................(Ibu Bapa)
: 2. .....................................................(Ibu Bapa)
: 3. .....................................................(Ibu Bapa)
: 4. .....................................................(Ibu Bapa)
: 5. .....................................................(Ibu Bapa)
: 6. .....................................................(Ibu Bapa)
: 7. .......................................................... (Guru)
: 8. ...........................................................(Guru)
: 9. ............................................................(Guru)
: 10. ..........................................................(Guru)
Pemeriksa Kira-Kira : 1. ...........................................................(Guru)
: 2. .....................................................(Ibu Bapa)
USUL & CADANGAN

1. Pencadang : Haidi Hazreen Bin Abu Bakar (Muhammad Qhais Qhaireen, 1 Tekun)

Usul : Menyediakan loker simpanan buku setiap pelajar tahun 1 bagi


mengurangkan berat beg sekolah yang dibawa.Your paragraph text

2. Pencadang : Burhanuddin Bin Ismail (Arissa Damia, 4 Setia)

Usul : Diminta pihak Sekolah bekerjasama dengan pihak berkuasa @ pihak yang
terlibat meletakkan signboard waktu larangan kenderaan berat melalui kawasan
sekolah sekurang - kurangnya dua jam ketika waktu puncak murid datang &
pulang sekolah.

3. Pencadang : Mohamad Irwan Bin Katmen/ Khadizah Binti Rosli


(Qaireen Adelia, 3 Tekun dan Adzin Miyaz, 1 Setia)

Usul : 1. Isu beg sekolah berat berikutan perlu membawa buku teks dan buku
aktiviti yang banyak.
2. Menyediakan kotak/ locker berkunci untuk tinggalkan buku disekolah.
3. Minta cikgu kemaskini kerja sekolah dalam group whatsapp terutama
bagi murid yang tidak hadir ke sekolah kerana tidak sihat supaya ibu/
bapa peka.
4. Isu kelas panas - kipas baru/ maintenance kipas2 lama supaya murid-
murid selesa belajar.

4. Pencadang : Rahimah bt Abdul Rahim (Abdul Qayyum bin Mohd Nazli, 4 setia)

Usul : Sekolah mengadakan gotong royong perdana bersama ibu bapa utk bersama-
sama berkerjasama membantu apa yg sekolah perlukan.

5. Pencadang : Roslin Binti Zailan (Ainul Mardhiah Bt Mohd Syazwan, 4 Tekun)

Usul : Adakan ujian @ peperiksaan untuk murid


USUL & CADANGAN

6. Pencadang : Said Maarof bin A.Shukor (Mohammad Zuliman bin Mohammad


Zulfitri, 6 Setia)

Usul : Masalah ranting pokok yang jatuh di hadapan sekolah di tempat


menunggu ibu bapa.

7.Pencadang : Khairul Azmi Bin Jainudin (Muhammad Qaiser Wildan,


2 Setia/Khayla Insyirah, 3 Tekun/ Qisya Qaseh Qaisara, 6 Setia)

Usul :
1.Harap sekolah pantau jualan makanan ringan yang berdekatan pagar sekolah.
Setiap hari anak membeli makanan ringan tersebut dan harga tidak sesuai
dengan jualan.

2.Dapat samakan waktu pulang sesi petang seperti tahun 2022. Jika pulang awal
ada masa untuk beriadah petang.

3.Dapat kembalikan waktu pulang seperti tahun 2022. Sesi pagi pulang 1.10 agak
lewat. Sampai dirumah 1.30. Anak-anak balik rumah tidak sempat rehat
disebabkan kekangan masa untuk makan, mandi dan solat. Pukul 2 masuk
sekolah sesi petang pula.
PERINGATAN

MESYUARAT AGUNG
PIBG SKTM

KALI KE-48

SESI 2022-2023
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
SK TOK MUDA, KAPAR KALI KE-48
SESI 2022/2023

Tarikh : 26 JUN 2022


Hari : Ahad
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan SKTM
Perasmi : Pn. Nazirah binti Che Omar (wakil Haji Ahmad Asri Bin Harun)

Agenda 1: Ucapan Pengerusi


1.1. Menjemput ibu bapa dan warga SKTM untuk mengambil tempat di bahagian hadapan dewan.
1.2. Ucapan aluan YDP PIBG dan ucapan terima kasih dan syukur kepada semua ibu bapa/penjaga
dan guru-guru.
1.3. Memohon warga dewan untuk merujuk minit mesyuarat lepas.

Agenda 2: Membentangkan dan Menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG ke-47 Sesi 2021/2022
2.1 En Muhammad Nurkhifzan Bin Isnin selaku setiausaha kehormat PIBG SKTM
membentangkan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 sesi 2021/2022 yang lepas. Meminta
ibu bapa bertanya kandungan yang kurang faham dari minit mesyuarat lepas.
2.2 Pn. Rahimah binti Abdul Rahim mencadangkan minit mesyuarat diterima.
2.3 Cadangan disokong oleh Pn. Mislimah Bt. Abdul Samat
2.4 Ahli dewan sebulat suara bersetuju.

Agenda 3: Membentangkan dan Menerima Laporan Tahunan


3.1 En Mohammad Nurkhifzan Bin Isnin membentangkan laporan aktiviti PIBG tahunan. (m/s 7).
3.2 Pembetulan pada tarikh: 23 Februari 2022.
3.2 YDP berkongsi pengalaman bahawa aktiviti-aktiviti PIBG sangat seronok dan menambah
kenalan beliau.

Agenda 4: Membentang, Menerima Dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG Yang Berakhir Pada
November 2021
4.1 Pn Noramira Binti Rahmat selaku bendahari kehormat membentangkan belanjawan kewangan
PIBG bermula dari November 2021 hingga Jun 2022 (m/s 8).
4.2 Pendapatan sepanjang 2019 : RM 53, 708.71
Perbelanjaan : RM 33, 251.00
Baki : RM 20, 457.71
4.3 YDP menerangkan baki pada tahun lepas dan kutipan tahun ini. Mengalukan ibu bapa untuk
menawarkan pertanyaan.
4.4 En. Mohammad Yunus mencadangkan Penyata Kewangan ini diterima dan disahkan.
4.5 Cadangan disokong oleh Pn. Siti Azizah Bt Sultan.
4.6 Ahli mesyuarat menerima dengan sebulat suara.
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
SK TOK MUDA, KAPAR KALI KE-48
SESI 2022/2023

Agenda 5: Membahaskan Cadangan dan Usul


5.1 Pengerusi membacakan usul-usul yang telah dikemukakan (rujuk m/s 11).

5.2.1 Mengusulkan usul 1: Buku teks dicadangkan tinggal di sekolah.


Respon: Guru besar menjelaskan bahawa sekolah ini mempunyai murid yang banyak jadi
sekolah tiada ruang untuk simpan buku teks. Selain itu, sekolah lain ada pihak PIBG yang
sponsor rak-rak untuk simpan buku teks. SKTM tidak mampu. SKTM lebih tertekan kepada
jadual waktu. Terdapat sesetengah matapelajaran seperti PSV, PJ dan Tasmik yang tidak
mempunyai buku teks. Sila ibu bapa tolong susun buku teks anak murid ikut jadual yang
diberi.

5.2.2 Mengusulkan usul 2: Atasi masalah kenderaan berat yang lalu pada waktu puncak murid
hadir dan pulang.

Respon: Guru besar menjelaskan bahawa isu ini bukan isu kepada pihak sekolah sahaja, tetapi
isu kepada kampung juga. Pihak sekolah telah membincang dengan ketua kampung, ini lebih
kepada isu kampung. Ini bukan bidang kuasa kita untuk menghalang laluan. Ketua kampung
akan cuba untuk buat papan tanda larangan kenderaan berat lalu di hadapan sekolah
terutama waktu puncak dan sekolah mempunyati 2 pengawal keselamatan sekolah akan
mengawal lalu lintas kenderaan. KEV juga memaklumkan bahawa kenderaan berat yang lalu
bukan lori milik ICP. ICP juga banyak membantu pihak sekolah seperti papan tanda mercu
(RM 5000.00).

5.2.3 Mengusulkan usul 3: Seragamkan baju dan rumah sukan. (Pengusul tidak hadir)

5.2.4 Mengusulkan usul 4: Mohon ibu bapa sumbang untuk membeli kerusi dan meja baharu untuk
anak-anak murid.

Respon : Puan Rahimah ingin memaklumkan kepada ibu bapa bahawa, sekiranya ada ibu bapa
yang ingin menyumbang untuk membeli kerusi dan meja sekolah boleh berhubung dengan
pihak pibg atau sekolah. Ini demi keselesaan anak-anak untuk belajar.

5.2.5 Mengusulkan usul 5: Mohon sumbangan pembinaan astaka dikongsikan kepada ibu bapa.

Respon : Puan Rahimah memaklumkan sumbangan dibuat dan dibuat kepada ibu bapa yang
ingin memberi sumbangan bagi menyiapkan astaka berbumbung sekolah.

5.3 Pengerusi membuka laluan untuk usul-usul yang lain dibincangkan dan dicadangkan.
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
SK TOK MUDA, KAPAR KALI KE-48
SESI 2022/2023
5.4 En. M. Sufian bin Zainudin mencadangkan sekolah memberi pendedahan awal kepada murid-
murid Tahun 5 & 6 tentang course-course ataupun matapelajaran yang mereka boleh ambil di
sekolah menengah dan di universiti untuk meningkatkan semangat mereka untuk mencapai
cita-cita mereka. Ini juga membolehkan murid-murid untuk mengenali bidang-bidang
pekerjaan dan cara-cara untuk memasuki bidang perkerjaan tersebut.

5.5 Guru besar menyatakan bahawa sekolah mempunyai Unit Bimbingan dan Kaunseling dan
mereka berperanan untuk memaklumkan murid tentang persediaan bidang-bidang ke sekolah
menengah. Pihak sekolah akan menekankan tentang kemasukan sekolah berasrama penuh
seperti SBP dan MRSM. Guru-guru akan memaklumkan tentang portal kemasukan ke sekolah
berasrama penuh dan ibu bapa sendiri harus isi bagi pihak anak.

5.6 En. M.Yunus mencadangkan untuk menyediakan peruntukan khas untuk hias kelas supaya tidak
mebebankan guru-guru kelas. Yuran hias kelas boleh dimasukkan ke dalam peruntukan PIBG
untuk membantu guru kelas menghias kelas untuk keselesaan anak-anak murid kita.

5.7 YDP bersetuju dan memberi penerangan tentang piala pusingan kelas tercantik setiap minggu.
Kos tambahan untuk hias kelas akan dibincang pada masa akan datang.

5.8 Pn. Sumizah binti Mohd Sani bertanya tentang penggubalan jadual waktu supaya murid tidak
perlu bawa banyak buku yang menyebabkan beg sekolah mereka berat kerana setiap subjek
mempunyai buku teks dan buku latihan yang perlu dibawa.

5.9 Guru besar menjelaskan walaupun jadual sekolah mempunyai 5 atau 6 subjek setiap hari, ada
subjek yang tidak perlu buku. Contohnya, PJ, PSV dan Tasmik. En. Khifzan menerangkan bahawa
jumlah waktu telah ditetapkan dalam pekeliling dan tidak boleh dikurangkan. Selain itu, sekolah
kita kecil dan kekangannya adalah melibatkan 2 sesi serta bilangan tenaga pengajar yang
sedikit.

5.10 Pn. Farah Nor cadangkan untuk mengganti fasiliti kipas angin yang sudah uzur.

5.11 Guru besar menjelaskan bahawa pihak sekolah telah minta bantuan dari KPM tetapi KPM akan
memberi bantuan mengikut keperluan sekolah. Kebiasaannya, pihak kerajaan akan memberi
bantuan kepada sekolah yang ditimba musibah seperti banjir. Jadi, sekolah terpaksa meminta
bantuan daripada pihak luar, PIBG.

5.12 En. M. Sufian bin Zainuddin bertanya tentang jumlah keluarga yang masih belum membuat
pembayaran yuran PIBG pada tahun ini dan cadangkan pihak sekolah untuk buat makluman/
peringatan secara halus di dalam group sekolah dan orang-orang kampung boleh forward ke
group WhatsApp taman ataupun kampung.
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
SK TOK MUDA, KAPAR KALI KE-48
SESI 2022/2023

5.13 YDP menjelaskan bahawa terdapat 84 keluarga yang masih belum membuat pembayaran
yuran PIBG dan mohon Kerjasama ibubapa unuk mewar-warkan juga dalam group WhatsApp
taman dan kampung. Pihak sekolah juga boleh keluarkan surat untuk mengingati keluarga-
keluarga tersebut untuk membuat bayaran. Naib YDP minta jasa baik ibu bapa yang mampu
untuk sumbang dalam bentuk barang untuk gantikan kemudahan yang rosak. Contoh, memberi
kipas. Beliau menggalakkan ibubapa untuk menyumbang. Guru besar juga bersetuju kerana
agak-agak ada lebih kurang 100 yang belum bayar lagi. Sumbangan yang diberi juga boleh
membaiki kemudahahan yang ada.

5.14 En. Khairu Anuar mencadangkan bahawa duit untuk penjaga lalu lintas, RM2100, boleh
dikurangkan dan tugasan pengawal keselamatan dimaksimakan, iaitu pengawal keselamatan
sekolah boleh juga mengawal lalu lintas.

5.15 Guru besar menjelaskan bahawa tugas pengawal keselamatan sekolah tidak termasuk
mengawal lalu lintas. Pihak sekolah tidak ada hak untuk suruh dia mengawal lalu lintas
kerana ia tidak ternyata dalam surat. Sekiranya berlaku kemalangan kepada pengawal
keselamatan sewaktu masih bertugas, pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab. Pengawal
keselamatan di sekolah cina boleh mengawal lalu lintas kerana dia dibayar lebih untuk
mengawal lalu lintas. Ini juga tertakluk kepada kesudian pengawal keselamatan tersebut
sendiri. En. Khifzan berpesan semua ibubapa supaya untuk ambil anak awal dan sebelum
pukul 7 malam.

Agenda 6: Pemilihan AJK PIBG Sk Tok Muda Sesi 2022-2023.

6.1 Pengerusi mencadangkan agar Jawatankuasa sedia ada dibubarkan dan dibuat pemilihan baru.

6.2 Pengerusi memaklumkan bahawa lantikan AJK dibuat dalam mesyuarat tapi bagi AJK
dikalangan guru-guru SKTM dilantik oleh pihak sekolah. Pengerusi menyerahkan tugasan
kepada En Mohd Nurkhifzan untuk mengendalikan pemilihan AJK PIBG SKTM bagi sesi 2022-
2023.

6.3 Pn. Mislimah mencadangkan En. Asmawi bin Moklas dilantik menjadi YDP.

6.4 En. Zurmy menyokong cadangan tersebut berdasarkan pengalaman yang dimiliki oleh En
Asmawi dan mencadangkan cadangan ditutup.

6.5 Ahli dewan menyokong sebulat suara.

6.6 En Mohd Nurkhifzan bin Isnin menyerahkan pula tugasan kepada En Asmawi sebagai YDP PIBG
baru SKTM untuk meneruskan pemilihan AJK PIBG SKTM yang seterusnya.
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
SK TOK MUDA, KAPAR KALI KE-48
SESI 2022/2023

6.7 Pn Siti Azizah mencadangkan En Zurmy sebagai NYDP.

6.8 En Zurmy memohon maaf dan menarik diri kerana ada komitmen lain dan telah memegang
jawatan tertinggi PIBG SKTM selama beberapa penggal. Beliau juga menjelaskan akan
membantu PIBG di balik tabir sahaja. En Zurmy mencadangkan Pn Rahimah binti Abdul Karim.

6.9 Encik Khairul Anuar menyokong.

6.10 Pn Mislimah mencadangkan Pn Asmedah Darius binti Yunus menjadi NYDP.

6.11 En Mohd Amin mencadangkan cadangan ditutup.

6.12 Ahli dewan menyokong.

6.13 Pemilihan secara undian dibuat.

6.14 Undian memihak kepada Pn Rahimah binti Abdul Rahim sebagai NYDP. Pemilihan disokong
sebulat suara. Pn Rahimah memenangi 24 undian manakala Pn Asmedah pula 19 undian.

6.15 Guru besar ingin mengekalkan AJK untuk jawatan tertinggi di kalangan guru-guru bagi
jawatan setiausaha kehormat iaitu En Mohd Norkhifzan bin Isnin dan bendahari pula disandang
oleh Pn Noramira binti Rahmat.

6.16 AJK dikalangan guru-guru SKTM dilantik oleh pihak sekolah.

6.17 YDP mencadangkan Pn Asmedah Darius binti Yunus sebagai AJK.

6.18 Ahli dewan menyokong.

6.19 Pn Yus mencadangkan Mohd Amin bin Shamsudin sebagai AJK PIBG.

6.20 Ahli dewan menyokong.

6.21 Pn Farhana mencadangkan En Mohd Yunus bin Sahar menjadi AJK PIBG.

6.22 Ahli dewan menyokong.

6.23 En Zurmy mencadangkan En Khairul Anuar.

6.24 Ahli dewan menyokong.

6.25 Pn Asmedah mencadangkan En Farizal bin Shamsuddin sebagai AJK PIBG.

6.26 En Farizal bin Shamsudin menolak cadangan tersebut dan ingin mengekalkan jawatannya
sebagai pemeriksa kira-kira.

6.27 NYDP mencadangkan Pn Nordiana sebagai AJK PIBG.

6.28 Ahli dewan menyokong.

6.29 Pn Lili mencadangkan En Mohd Amri.

6.30 Ahli dewan menyokong.


MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
SK TOK MUDA, KAPAR KALI KE-48
SESI 2022/2023
6.31 Pn Yus mencadangkan En Shamsuddin.
6.32 Ahli dewan menyokong sebulat suara.
6.33 NYDP mencadangkan En Amri.
6.34 Ahli dewan menyokong.
6.35 Pemilihan ahli-ahli sarana dilakukan oleh pihak sekolah
6.36 Ahli sarana PIBG
1) Pn Mislimah
2) Pn Yusnita
6.37 AJK guru yang baharu
1) Pn. Husni
2) En. Muhammad Nur Hakim
3) En. Sobri
4) Pn. Nora
5) Pn. Aznida
6.38 AJK PIBG SKTM bagi sesi 2022-2023
Yang Dipertua : En Asmawi Bin Mokhlas
Naib Yang Dipertua : Pn Rahimah binti Abdul Rahim
Setiausaha Kehormat : En Muhammad Nurkhifzan Bin Isnin
Bendahari Kehormat : Pn Noramira Binti Rahmat
Ahli Jawatankuasa :
1) Asmedah Darius Binti Yunus
2) Mohd Amin bin Samsudin
3) Yunos bin Shahir
4) Hairul Anuar bin Md Nasir
5) Nur Diyana binti Juhardi
6) Mohd Amri bin Sabihis
7) Sobri bin Samsi
8) Mohamad Nur Al Hakim bin Hamdan
9) Pn Husni binti Harun
1) Pn Nora binti Jaffar
2) Pn Aznida binti Mohd Nor
Pemeriksa Kira-kira : En Farizal Bin Shamsuddin
En. Yusmi bin Husain
Kumpulan Sarana Ibu Bapa:
1) Pn Yusnita Binti Jaafar
2) Pn Mislimah
3) Pn Azlinda
4) Pn Sumizah
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
SK TOK MUDA, KAPAR KALI KE-48
SESI 2022/2023
6.39 Guru besar mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pelantikan AJK baharu.
6.40 YDP baharu mengenalkan diri dan berharap ahli baru dapat menjalankan tanggungjawab
dengan baik.
6.41 YDP membuka cadangan hal-hal lain.
6.42 Tiada cadangan hal-hal lain.
6.43 YDP memaklumkan bahawa selepas ini akan diadakan cabutan bertuah.
6.44 Keputusan mesyuarat seperti berikut:
AJK PIBG SKTM bagi sesi 2022-2023
Yang Dipertua : En Asmawi Bin Mokhlas
Naib Yang Dipertua : Pn Rahimah binti Abdul Rahim
Setiausaha Kehormat : En Muhammad Nurkhifzan Bin Isnin
Bendahari Kehormat : Pn Noramira Binti Rahmat
Ahli Jawatankuasa :
1) Asmedah Darius Binti Yunus
2) Mohd Amin bin Samsudin
3) Yunos bin Shahir
4) Hairul Anuar bin Md Nasir
5) Nur Diyana binti Juhardi
6) Mohd Amri bin Sabihis
7) Sobri bin Samsi
8) Mohamad Nur Al Hakim bin Hamdan
9) Pn Husni binti Harun
10) Pn Nora binti Jaffar
11) Pn Aznida binti Mohd Nor
Pemeriksa Kira-kira : En Farizal Bin Shamsuddin
En. Yusmi bin Husain
Kumpulan Sarana Ibu Bapa:
1) Pn. Yusnita Binti Jaafar
2) Pn Mislimah binti Abdul Samad
3) Pn Azhinda
4) Pn Sumizah binti Mohd Sani
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
SK TOK MUDA, KAPAR KALI KE-48
SESI 2022/2023

Agenda 7 : Hal Hal Lain


7.1 Guru Besar selaku penasihat PIBG mencadangkan supaya YDP PIBG, Bendahari dan Setiausaha
menguruskan, mengendalikan dan mengemaskini maklumat dan akaun CIMB (8002459174)
PIBG SEK KEB TOK MUDA.
7.2 Hanya dua penama daripada tiga penama yang perlu menandatangani cek untuk sebarang
pengeluaran. Bendahari wajib menandatangani cek bersama Yang Dipertua atau Setiausaha.
7.3 Encik Zurmy bin Zainuddin menyokong cadangan tersebut.
7.4 Mesyuarat setuju sebulat suara.
7.5 Encik Asmawi mencadangkan untuk sumbangan PIBG adalah sebanyak RM40.00 untuk setiap
keluarga.
7.6 Encik Mohd Amin menyokong cadangan tersebut.
7.7 Mesyuarat setuju sebulat suara.

Agenda 8: Ucapan Penangguhan Yang Di Pertua PIBG SK Tok Muda Sesi 2022-2023

8.1 YDP menangguhkan mesyuarat agong PIBG kali Ke 48 bagi sesi 2022-2023 pada 12.35
tengahari.
8.2 Memberi cabutan bertuah.

Disediakan oleh:
Disahkan oleh

………………………………………………………….
………………………………………………………….
ASMAWI BIN MOKLAS
MUHAMMAD NURKHIFZAN BIN ISNIN
YANG DIPERTUA
SETIAUSAHA
PIBG SK TOK MUDA SESI 2022/2023
PIBG SK TOK MUDA SESI 2022/2023
SENARAI NAMA
GURU & KAKITANGAN
SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MUDA

SENARAI NAMA GURUt


PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada

Inspektor Che Muhamad Firdaus Bin Che Arifin.


Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah,
IPD Klang Utara

ICP Sdn Bhd

Kapar Energy Ventures Sdn Bhd

RKT Ventures Sdn Bhd

AJK PIBG SKTM 2022-2023

Ibu Bapa dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Tok Muda


serta
semua pihak yang telah memberi Kerjasama dan sumbangan
kepada

Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Tok Muda


kali ke-49,
Sesi 2023-2024

TERIMA KASIH

You might also like