Nota Kuliah 2 Alternating Current (Ac)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 35

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,


ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 02
SEMESTER SEMESTER 1 (DVM) SESI 2022

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK & ELEKTRONIK

PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRONIK

KOD / KURSUS DEB1133 – INTRODUCTION TO ELECTRONICS

KOMPETENSI 02. ALTERNATING CURRENT (AC)

KOMPETENSI 1.1 Ac Waveforms


1.2 Capacitors
UNIT
1.3 Inductors

Trainee must be able to


1. Explain passive and active components in term of functionality. (C2, PLO1)
HASIL
PEMBELAJARAN 2. Apply basic electric & electronic law principles in electronic circuit problem solving.
(C3, PLO11)
3. Construct electronic circuit using passive and active components. (P3, PLO2)

TARIKH

MAKLUMAT CALON

NAMA

NO. KAD ANGKA


PENGENALAN GILIRAN

KELAS MUKA SURAT 35


DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:
(PENYELARAS KURSUS) (KETUA PROGRAM)

……………………..……… ……………………….……………..……
Ts. LAILATUL SAADIA BT DORALIM PUAN NORLIYANA MOHD FUAD
TARIKH: TARIKH:
PENGENALAN KEPADA BENTUK GELOMBANG AC
1.0 ARUS ULANG ALIK (AU)
Arus ulang alik merupakan sejenis arus elektrik yang mengalir di dalam dua keadaan
sama ada pada nilai negatif ataupun nilai positif. Ia mengalir bermula dari sifar ke
maksimum positif, ke sifar dan seterusnya mengalir ke maksimum negatif dan
kembali kepada sifar.
1.0.1 Bentuk Gelombang AU
Bentuk gelombang AU adalah sama seperti bentuk gelombang sinus dan
ia ditunjukkan dalam Rajah 7.1.

Dge

360O 
O 180o t
0

-Vm

Tempoh (T)

Rajah 7.1 : Gambar Rajah Gelombang AU


Voltan ulang-alik boleh dijanakan dengan dua cara, iaitu:
a) Sama ada pengalir bergerak dan fluks magnet di dalam keadaan diam.
b) Fluks bergerak dan pengalir dalam keadaan diam.
Berdasarkan gambar rajah gelombang AU Rajah 7.1 di sebelah, kita dapat
menerbitkan persamaan gelombang (7.1)tersebut, iaitu:

v(t)  Vm sint (7.1)

di v(t) 
mana Voltan seketika (volt)
Vm  Voltan maksimum/puncak (volt)
t = sudut fasa berbanding masa (rad/darjah)
2 (saat).
T

1.1 ISTILAH – ISTILAH VOLTAN AU


Daripada bentuk gelombang AU, terdapat beberapa istilah yang perlu diketahui dan
difahami iaitu ;

a) V (Voltan puncak) – merupakan voltan maksimum yang diambil dari rajah


P
gelombang. Bagi gelombang AU voltan puncaknya adalah Vm
.
VP  Vm (7.2)

b) VPP (Voltan puncak ke puncak) – merupakan nilai yang diambil bermula dari
maksimum +ve ke nilai maksimum –ve.
(7.3)
VPP  2Vm

c) V (Voltan purata) – merupakan nilai purata bagi gelombang sinus di mana nilainya
a
adalah merupakan nilai purata yang diambil bagi keluasan di bawah garis
gelombang AU. Nilainya adalah merupakan 63.7% daripada nilai
voltan maksimum.
(7.4)
V a  0 . 637 V m

d) Vpmkd (Voltan punca min kuasa dua) – merupakan nilai yang terpenting di dalam
litar elektrik. Kebanyakan meter menunjukkan bacaan di dalam nilai pmkd yang
sama dengan 70.7% daripada nilai puncak voltan ulang-alik.
(7.5)
V pmkd  0.707Vm
1.2 GAMBAR RAJAH GELOMBANG AU

Vm
0.707
Vpmkd
Va
Vp-p
o 
0
t

-Vm

1 kitar

Rajah 7.2 : Gambar Rajah Gelombang AU Dengan Kedudukan Istilahnya .

Bagi satu kitaran lengkap (tempoh) satu bentuk gelombang bersudut 360o
terbentuk seperti Rajah 7.2 di atas.
360o = 2π radian
1.2.1 Gelombang Sefasa

Vm1 A

Vm2


o 180o t
0 B

Rajah 7.3 : Gambar Rajah Gelombang Sefasa


Bagi gambar rajah gelombang 7.3 di sebelah, gelombang A dan gelombang B adalah
sefasa kerana tidak terdapat perbezaan sudut di antaranya. Tetapi kedua-duanya
mempunyai nilai voltan maksimum yang berbeza . Bagi gelombang A, voltan
maksimumnya ialah Vm1 dan gelombang B, voltan maksimumnya V m2. Oleh itu rangkap
bagi kedua-dua gelombang boleh dinyatakan dalam bentuk persamaan trigonometri
seperti persamaan (7.6).

A: v(t)  Vm1 sin t


B : v(t)  Vm 2 sin (7.6)
t

1.2.2 Gelombang Tidak Sefasa

Vm

A B C

0 
t

Rajah 7.4 : Gambar Rajah Gelombang Yang Mengalami Perbezaan Fasa

Di dalam kes ini nilai d.g.e. teraruh dalam ketiga-tiga gelombang adalah sama (V m) tetapi
ianya tidak sampai ke nilai maksimum atau nilai sifar secara serentak. Oleh itu kita
katakan di antaranya ada mengalami perbezaan fasa. Jarak perbezaan di antara ketiga-
tiganya adalah bergantung kepada nilai sudut fasa ( dan  ). Gelombang yang melalui
titik sifar (0o) diambil sebagai rujukan.

Oleh itu daripada rajah perbezaan gelombang di atas, dapat disimpulkan bahawa;
a) Gelombang B sebagai rujukan bagi ketiga-tiganya.
b) Gelombang A mendahului gelombang B dengan α.
c) Gelombang C menyusuli gelombang B dengan β.
Rangkap bagi ketiga-tiga gelombang di atas boleh diungkapkan dalam bentuk persamaan
trigonometri seperti persamaan (7.7).

a) Gelombang B : v(t)  Vm sint


b) Gelombang A : v(t)  V sin(t   ) (7.7)
m
c) Gelombang C :
v(t)  Vm sin(t   )

1.3 GAMBAR RAJAH VEKTOR / FASA


Gambar rajah vektor merupakan satu kaedah bergambar di dalam menyampaikan
maklumat-maklumat yang terkandung di dalam sesuatu gelombang sinus. Caranya
adalah dengan melukiskan vektor nilai punca min kuasa dua (pmkd) bagi gelombang
tersebut berdasarkan kepada sudut anjakan fasanya.

V2 = Vm2 sin(t  1)

V1 = Vm1 sint

V3 = Vm3 sin(t  2)

0
o 
t
1
2

Rajah 7.5 : Gambar Rajah Gelombang

Gambar rajah vektor bagi gelombang dalam Rajah 7.5 di atas adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 7.6 di sebelah. Daripada Gambar rajah vektor tersebut, kita dapat
menyampaikan maklumat-maklumat yang terkandung dalam Gambar rajah gelombang dalam
bentuk yang lebih ringkas dan mudah difahami. Panjang atau pendek anak panah yang
dilukis bergantung kepada nilai puncak (Vm ) setiap gelombang. Nilai voltan, V1 diambil
sebagai rujukan kerana ia bermula dari sifar (0o).
90o

V2

1 V1
180o o
0

V3

270o

Rajah 7.6 : Gambar Rajah Vektor

1.4 RINTANGAN TULIN (R)

R
I

+ VR -

Rajah 7.7 : Gambar rajah Litar Rintangan Tulin

Apabila voltan ulang alik dikenakan kepada satu litar yang terdiri daripada
perintang, arus ulang alik yang mengalir di dalam litar tersebut boleh ditentukan
dengan menggunakan Hukum Ohm, seperti persamaan (7.7).

V
I  (7.7)
R
Di dalam litar berintangan tulin AU, arus dan voltan dalah sefasa kerana tidak terdapat
anjakan sudut. Dengan itu gambar rajah gelombang dan gambar rajah vektor yang mewakili
voltan dan arus bagi litar berintangan tulin ditunjukkan dalam Rajah 7.8

90o

VR
I
o
o 180 o
0 VR 0
180o

270o
(a) (b)

Rajah 7.8 : Gambar Rajah Gelombang (a) dan Rajah Vektor (b) Dalam Rintangan Tulin

1.4.1 Kesan rintangan dalam litar AU


a) Jika rintangan bertambah maka arus akan berkurangan.
b) Jika rintangan berkurangan maka arus akan bertambah.
c) Nilai arus ulang alik yang mengalir pada sebarang titik di dalam litar yang
mengandungi rintangan tulin adalah tidak dipengaruhi oleh nilai frekuensi
litar tersebut.

Vpmkd juga dikenali sebagai


voltan purata ganda dua
(Vppgd)
1.5 ARUHAN TULIN DALAM LITAR AU
a) Aruhan adalah satu hak milik campuran seperti gelung aruhan yang
menyimpan tenaga di dalam medan elektromagnet.
b) Apabila arus elektrik mengalir dalam gelung aruhan, gelung ini akan menjadi
elektromagnet. Elektromagnet ini menghasilkan voltan aruhan yang
menentang pengaliran arus yang mengalir di dalam litar gelung tersebut.
c) Penentangan voltan aruhan terhadap pengaliran arus elektrik di dalam gelung
aruhan ini dinamakan regangan berkearuhan/regangan induktif , X L (Rujuk Unit
5).

L
I

+ VL -

Rajah 7.9 : Gambar rajah Litar Aruhan Tulin

Di dalam litar arus Ulang alik AU yang hanya mengandungi aruhan sahaja, arus akan
menyusuli (mengekori) voltan bekalan dengan beza fasa sebanyak 90 o. Oleh itu, Gambar
rajah gelombang dan Gambar rajah vektor bagi litar beraruhan tulin adalah seperti Rajah
7.10.

VL

VL

I
I
o
o 180
0
90o

270o
(a) (b)
Rajah 7.10 : Gambar Rajah Gelombang (a) dan Rajah Vektor (b) dalam AruhanTulin AU.
1.5.1 Kesan Aruhan Di Dalam Litar A.U.
a) Penentangan bagi pengaliran arus yang digambarkan oleh aruhan dikenali
sebagai regangan induktif. Ia adalah senilai dengan rintangan perintang.
b) Regangan induktif adalah bergantung kepada frekuensi, di mana apabila
frekuensi bertambah, voltan turut bertambah dan seterusnya regangan turut
bertambah.

1.6 KEMUATAN TULIN DI DALAM LITAR AU


Di dalam litar arus Ulang alik yang mengandungi pemuat sahaja, arus akan
mendahului voltan bekalan sebanyak 90o.

C
I

+ VC -

Rajah 7.11: Kemuatan Tulin Dalam Litar AU.

900

VC
I
o 180o
0 90o

VC
(a) (b)
Rajah 7.12 : Gambar rajah Gelombang (a) dan Rajah Vektor (b) dalam Kemuatan Tulin
1.6.1 Kesan Kemuatan Dalam Litar AU

a) Penentangan bagi pengaliran arus yang digambarkan oleh pemuat dikenali sebagai
regangan kapasitif, XC (Rujuk Unit 6).

b) Regangan kapasitif adalah senilai dengan rintangan bagi perintang.


c) Regangan kapasitif adalah bergantung kepada nilai frekuensi bekalan, di
mana apabila frekuensi bekalan bertambah, maka nilai regangan kapasitif
akan turut bertambah.

Tahukah anda bagaimana cara untuk mengingati beza fasa


voltan dan arus? Gunakan perkataan CIVIL.

C IVIL
C ( KEMUATAN ) – I V (Arus Mendahului Voltan Sebanyak 90o )
AKTIVITI 7A

7.1 Berikan definisi Gambar rajah vektor/fasa.


7.2 Lakar dan labelkan gelombang arus Ulang alik (AU).
7.3 Nyatakan istilah-istilah voltan yang terdapat di dalam gelombang AU.
7.4 Lakar dan labelkan litar rintangan tulin dalam litar AU. Seterusya, lakarkan
juga Gambar rajah vektornya.
MAKLUM BALAS 6A
7.1 Gambar rajah vektor merupakan satu kaedah bergambar di dalam
menyampaikan maklumat-maklumat yang terkandung di dalam sesuatu
gelombang sinus.

7.2 Bentuk gelombang AU adalah sama seperti bentuk gelombang sinus

Dge

360O 
O 180o t
0

-Vm

Tempoh (T)

7.2 Istilah-istilah voltan yang terdapat di dalam AU seperti voltan purata, voltan
puncak, voltan puncak ke puncak dan voltan punca min kuasa.
7.4
R
I

+ VR -

(a)

90o

I
180o 0o
VR

270o

(b)

Gambar rajah Litar (a) dan Vektor (b) bagi Rintangan Tulin
PENGENALAN KEPADA CAPACITOR (PEMUAT)

TUJUAN :
Capacitor merupakan salah satu komponen asas elektronik dan elektrik. Capacitor
diperlukan dalam litar yang mengalami perubahan medan elektrik samada pada bekalan
arus terus atau arus ulang-alik bagi mendapatkan voltan yang malar. Dengan pemasangan
capacitor voltan beriak dapat dikurangkan. Biasanya capacitor dipasang selepas bahagian
penerusan arus ulang-alik. Capacitor juga digunakan untuk mengurangkan kesan bunga api
pada berus karbon, menghalang arus terus yang tidak dikehendaki dan sebaliknya
membenarkan arus ulang-alik mengalir melaluinya. Capacitor juga boleh menentukan
kadaran frekuensi penjana, frekuensi radio atau digunakan sebagai pemula untuk
memutarkan motor aruhan dan sebagai pembetul faktor kuasa. Di samping itu capacitor juga
boleh digunakan sebagai pembekal tenaga elektrik jika berlaku penurunan voltan, tetapi
kadarannya tidak bertahan lama. Sungguhpun begitu voltan yang dikeluarkannya mencukupi
untuk mencetuskan litar-litar elektronikatau membaiki penurunan voltan yang mendadak.

PENERANGAN :

 Capacitor ialah satu komponen penting dalam litar elektronik dan bertugas untuk
menyimpan cas dan menyahcas elektrik.
 Capacitor terdiri daripada dua plat pengalir yang berhadapan antara satu sama lain
serta dipisahkan oleh bahan penebat yang dinamakan “dielektrik”. Dielektrik yang biasa
digunakan ialah udara, kertas, mika dan sebagainya.
 Capacitor juga bekerja sebagai penapis (filter), menahan arus DC dan melepaskan arus
AC, sebagai penjodoh (coupling) dan melepaskan voltan yang tidak dikehendaki ke
bumi (by-pass).

BAGAIMANA CAS ELEKTRIK DISIMPAN

Rajah 2 (a) menunjukkan bateri yang disambung merentangi capacitor melalui suis. Apabila
suis ditutup Rajah 2 (b) punca elektrod positif bateri akan mengeluarkan electron dari plat A
dan ini menjadikan plat tersebut bercas positif. Elektrod negative bateri pula akan
mengarahkan electron ke
plat B dan menyebabkan plat B bercas negative pada jumlah yang sama banyak dengan
plat A. Pengaliran begini dikenal sebagai arus pengecasan. Arus ini akan terus mengalir
sehingga voltan yang merentangi capacitor sama dengan voltan bekalan (d.g.e) bateri.
Ketika ini capacitor itu dikatakan bercas penuh. Simbol cas ialah Q dan unitnya Coulomb.
Apabila capacitor mengeluarkan cas, beza upaya wujud di antara plat dan mengeluarkan
medan elektrik. Apabila suis dibuka pada Rajah 2 (c), capacitor akan cuba mengekalkan cas
dan medan elektrik antara plat (dalam elektrik). Medan elektrik ini akan menurun apabila
capacitor ini dinyahcas melalui rintangan beban Rajah 2 (d).

CAPACITANCE (KEMUATAN)

 Kemampuan capacitor menyimpan cas dikenali sebagai capacitance (C).


 Unit capacitance ialah Farad (F).
 Satu Farad menyimpan satu coulomb cas dengan bekalan voltan satu volt.
 Amaun cas Q yang tersimpan berkadar terus kepada voltan bekalan.
 Capacitance yang lebih besar boleh menyimpan cas yang lebih.

Cas, Capacitance dan Voltan


Q = CV di mana ; Q = cas tersimpan dalam coulomb
C = capacitance (Farad)
V = beza keupayaan merentasi capacitor dalam volt.

Tenaga Tenaga yang tersimpan dalam capacitor dapat dikira dengan :-


W = ½ CV2 di mana ; W = tenaga diukur dalam unit Joules
C = dalam Farad
V = dalam Volt

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Capacitance

Rajah 3 : Binaan Capacitor

PAGE \* MERGEFORMAT 9
Terdapat tiga faktor yang menentukan capacitance :-
1. Luas Muka Keratan
Jika luas muka keratan capacitor ditambah, nilai capacitancenya akan turut
bertambah, kerana plat yang luas dapat memegang lebih banyak electron dan sudah
tentu casnya bertambah besar.
C∝A
2. Jarak
Jika jarak di antara dua plat capacitor dijauhkan bererti capacitancenya berkurangan
kerana daya elektrik untuk menarik cas-cas di antara dua plat menjadi lemah.
Semakin dekat jarak antara dua plat, semakin banyak cas yang disimpan dan
semakin besar nilai capacitancenya.
C∝1/d
3. Dielektrik
Dielektrik ialah bahan penebat dan setiap jenis bahan mempunyai daya penebatan
yang berlainan. Oleh itu capacitancenya juga berbeza dan jelas menunjukkan
dielektrik mempengaruhi nilai capacitance. Faktor dielektrik dijadikan sebagai nilai
tetap (k) atau pemalar dalam perhitungan capacitance.
C ∝ A/d
C = kA / d
di mana ; d = jarak antara plat
k = pemalar dielektrik
A = luas muka keratan plat

Nilai pemalar k bergantung kepada jenis bahan dielektrik. Ia menggambarkan ciri-ciri


dielektrik dan dikenali sebagai ketelutan mutlak bagi dielektrik yang digunakan itu. k terdiri
daripada dua bahagian yang dikenali sebagai telutan hampagas (Eo) dan telutan bandingan
(Er).

VOLTAN KENDALIAN

 Selain nilai capacitor dalam farad, voltan kendalian capacitor juga perlu sesuai dengan
kadaran voltan yang hendak digunakan.
 Voltan kendalian ialah kadaran voltan maksimum yang mampu ditanggung oleh
capacitor tanpa merosakkan dielektriknya.
 Kadaran voltan ini biasanya dicatatkan pada capacitor seperti 10 DCWV (10 volt
kendalian arus terus) atau 400 V AC (400 volt arus ulang-alik).

PAGE \* MERGEFORMAT 9
 Nilai kadaran voltan ini bergantung pada jenis bahan dielektrik dan ketebalannya. Bagi
menampung voltan yang tinggi ketelapan dielektrik ini mesti ditambah.

JENIS-JENIS CAPACITOR
Capacitor terbahagi kepada tiga iaitu Capacitor Tetap, Capacitor Boleh Ubah dan Capacitor
Boleh Laras. Capacitor dikelaskan berdasarkan bahan dielektrik yang digunakan seperti
udara, seramik, mika, kertas dan elektrolitik. Pengelasan kadaran voltan kendalian juga
dicatatkan pada capacitor.

1. Fixed Capacitor (Pemuat Tetap)


Capacitor yang bernilai tetap telah disediakan pembuatannya, nilainya mungkin dituliskan
terus pada badan capacitor atau menggunakan kod warna.

 Capacitor Kertas
Capacitor ini paling banyak digunakan kerana harganya murah. Plat capacitor ini
dibina daripada jalur kerajang aluminium yang dipisahkan oleh dielektrik, kertas lilin
atau kertas tisu yang telah dibubuh minyak. Plat dan dielektrik ini akan digulung
kemas menjadi tiub. Seterusnya, tiub ini akan ditutup dengan lapisan lilin dalam
bekas kertas tebal atau logam plastic. Sambungan kaki capacitor dibuat pada
hujung setiap plat yang telah digulung. Bahagian lapisan luar jalur kerajang
biasanya dijadikan sambungan ke bumi dan ditandakan dengan jalur hitam pada
badan capacitor atau ditulis kerajang luar atau bumi. Capacitor ini biasanya
berkadar 250 pF hingga 10 µF pada voltan kendalian 150 kV DC. Capacitor yang
berkadar lebih 600 V menggunakan bekas logam yang berisi minyak.

Sekarang capacitor moden ini menggunakan plastic bagi menggantikan kertas. Oleh
itu saiznya dapat dikecilkan dan ia tahan lebih lama. Antara penggunaan capacitor
ini termasuklah sebagai pengganding isyarat voltan dari satu peringkat ke satu
peringkat, membenarkan laluan arus terus yang tidak dikehendaki, menyekat arus
terus pada setengah-setengah litar, menyimpan cas dan pemisah fasa pada motor
aruhan.

 Capacitor Mika
Mutu capacitor ini amat baik. Platnya dibuat daripada kerajang logam yang
dipisahkan oleh lapisan mika. Setelah digulung kemas, capacitor ini akan diisi ke
dalam bekas plastic atau logam (biasanya aluminium). Capacitor ini berkadar 25 pF
hingga 0.25 µF pada kadar voltan kendalian 2 kV DC.

 Capacitor Seramik
Capacitance capacitor ini rendah. Ia biasanya dibuat dalam bentuk cakera atau rod.
Bahan seramik digunakan sebagai dielektrik, sementara dua filem perak yang
ditindih menjadi platnya.

Kadar capacitance capacitor ini di antara 0.5 PF hingga 0.1 µF pada kadar voltan
kendalian sehingga 500 V DC. Biasanya capacitor ini berwarna coklat atau hijau.

PAGE \* MERGEFORMAT 9
Nilai capacitancenya ditulis secara langsung pada badan capacitor itu supaya
mudah dibaca.

 Capacitor Elektrolit
Kadar capacitance capacitor ini besar iaitu di antara 1 µF hingga 1000 µF, pada
kadar voltan kendalian 600 V DC dan menurun ke 6 V DC dengan pertambahan nilai
capacitance.

Capacitor ini digunakan apabila capacitor lain tidak mempunyai kadaran capacitance
yang dikehendaki. Capacitor ini mempunyai kekutupan jika digunakan pada arus
terus. Dielektrik capacitor ini dibina daripada boraks, fosfat atau karbon.

Semasa bekalan dikenakan di antara kedua-dua plat capacitor elektrolit terjadi di


antara dua plat itu. Ini mengakibatkan satu lapisan nipis oksida wujud pada elektrod
positif. Lapisan ini bertindak seperti dielektrik di antara plat positif dan negative.
Capacitance yang tinggi mempunyai lapisan oksida yang nipis. Biasanya capacitor
ini berbentuk silinder. Bagi penggunaan voltan rendah biasanya badan capacitor ini
dibungkus dengan plastic.

 Capacitor Tantalum
Binaan capacitor ini serupa dengan capacitor elektrolit, bezanya hanya pada bahan
dielektriknya yang digunakan iaitu tantalum. Di samping itu pada ukuran fizikal yang
serupa dengan capacitor elektrolit, capacitor tantalum memberikan nilai yang lebih
jitu, stabil dan kurang arus bocor.

 Capacitor Mylar
Pada asasnya binaan capacitor ini serupa dengan capacitor kertas, bezanya bahan
dielektrik yang digunakan ialah mylar dan dibungkus dalam bekal plastic supaya
nilainya menjadi lebih baik.

 Capacitor Polycarbonate
Capacitor jenis ini menggunakan tebatan plastic. Capacitor jenis ini tidak disyorkan
dalam penggunaan berterusan dalam ‘Main Power Supply’

 Capacitor Polypropylene
Dibuat dari kerajang polypropylene disalut dengan polyester sebagai protection.
Kebocoran dielektrik rendah dan sesuai untuk penggunaan yang berterusan pada
voltan tinggi.

2. VARIABLE CAPACITOR (PEMUAT BOLEH UBAH)

 Capacitor boleh ubah yang paling banyak digunakan ialah capacitor udara.
 Capacitor ini mempunyai plat tetap dan plat boleh bergerak.
 Plat capacitor ini dipasang berselang-seli. Setiap pasang plat dipisahkan oleh bahan
dielektrik udara atau mika.
 Dengan menggerakkan satu plat bererti pemukaan plat (tetap) yang bertentangan
telah berkurangan dan seterusnya mengurangkan nilai capacitance.
 Capacitor jenis ini biasanya berkadar rendah (beberapa pikofarad).

PAGE \* MERGEFORMAT 9
 Contoh penggunaan capacitor ini ialah dalam litar penalaan radio bagi mendapatkan
frekuensi radio yang dikehendaki.

3. ADJUSTABLE CAPACITOR (PEMUAT BOLEH LARAS)

 Capacitor boleh laras hanya membenarkan pelarasan capacitance pada nilai yang
kecil.
 Capacitor ini dibina sama seperti capacitor boleh ubah udara, hanya saiznya yang
kecil (dibina daripada dua plat yang dipisahkan oleh kertas mika).
 Jarak di antar plat boleh dikawal dengan memutarkan skru pelaras.
 Contoh capacitor boleh laras ialah Capacitor Trimmer.

PAGE \* MERGEFORMAT 9
SIMBOL KAPASITOR

SISTEM KOD KAPASITOR

Contoh 1 :

152 K = 15 x 100 = 1500 pF atau 0.0015 µF, ± 10 %

Contoh 2 :

759 J = 75 x 0.1 = 7.5 pF, ± 5 %

PAGE \* MERGEFORMAT 9
B. Kod Disk Ceramic Capacitors

PAGE \* MERGEFORMAT 9
C. Kod Warna Mica Capacitors

PAGE \* MERGEFORMAT 9
SAMBUNGAN LITAR CAPACITOR
A. Litar Siri
Jika capacitor disambung secara siri jumlah capacitance akan berkurangan kerana
sambungan itu seolah - olah seperti sebuah capacitor dengan platnya berada pada
jarak yang besar.
Jadual 2: Penyambungan dan Formula Bagi Pemuat Sesiri

Penyambungan Formula

Jumlah Capacitance (farad), CT

Jumlah Cas (coulomb), QT

QT = CT x VT atau QT = Q1 = Q2 = Q3 = …… = QN

Jumlah Tenaga (joule), WT

WT = W1 + W2 + W3 +…… + WN atau

WT = ½ QV, WT = ½ CV2, WT = Q2 / 2C

Contoh 1 :
Diberi voltan adalah 20 V, dapatkan :-
a) Jumlah capacitance, CT b) Jumlah cas c) Tenaga d) Voltan pada C1

Penyelesaian :-

a) 1 / CT = 1 / C1 + 1 / C2 + 1 / C3 c) WT = ½ CV2

= 1/ 5 µ + 1/ 2 µ + 1/ 3 µ = ½ x 0.97 µF x (20 V)2

= 0.97 µF = 194 µjoule

b) Q T = CT x V d) VC1 = Q1 / C1

= 0.97 µF x 20V = 19.4 µcoulomb / 5 µ

= 19.4 µCoulomb = 3.9 V

PAGE \* MERGEFORMAT 9
B. LITAR SELARI
Capacitor yang disambung selari, jumlah capacitancenya akan bertambah kerana
gabungan itu seolaholah seperti sebuah capacitor yang mempunyai plat yang besar.

Jadual 3: Penyambungan dan Formula Bagi Pemuat Selari

Penyambungan Formula

Jumlah Capacitance (farad), CT


C T = C1 + C2 + C3 + ……. CN

Voltan adalah sama pada pada setiap


capacitor selari dengan punca voltan.

Jumlah Cas (coulomb), QT


QT = C T x V T atau
QT = Q1 + Q2 + Q3 + …… + QN

Jumlah Tenaga (joule), WT

W T = W1 + W2 + W3 …… WN atau

WT = ½ QV, WT = ½ CV2,
WT = Q2 / 2C

Contoh 1 :
Diberi voltan adalah 50 V, dapatkan :-
a) Jumlah capacitance, CT b) Jumlah cas c) Tenaga d) Cas pada Q1

Penyelesaian :-
a) CT = C1 + C2 c) W T = ½ C1 V2
= 1 µF + 1 µF = ½ x 1µF x (50 V)2
= 2 µF = 1.25 m joule

b) QT = CT x VT d) Q 1 = C1 x VT
= 2 µF x 50 V = 1µF x 50 V
= 100 µcoulomb = 50 µcoulomb

PAGE \* MERGEFORMAT 9
C. LITAR SIRI SELARI

Merupakan gabungan litar capacitor siri selari bagi mencari jumlah capacitance adalah
dengan menyelesaikan capacitor yang disambung secara selari kemudian dicampurkan
dengan yang siri.

Jumlah kemuatan dikira seperti berikut:-

Jumlah kemuatan dalam sambungan selari ialah :-


C2 + C 3 = C A
10 pF + 20 pF = 30 pF

Jumlah kemuatan ialah

PAGE \* MERGEFORMAT 9
PENGENALAN KEPADA INDUCTOR (PEARUH)
TUJUAN :
Inductor merupakan komponen yang banyak penggunaannya dalam litar elektrik dan
elektronik. Belitan gegelung dawai berpenebat merupakan inductor yang umum. Apabila
gegelung ini diberikan bekalan ia akan menghasilkan medan magnet dan seterusnya
mengaruhkan voltan sekiranya medan magnet yang dihasilkannya mengalami
pengembangan dan penguncupan. Sebarang pengalir yang bergerak dalam medan magnet
boleh dianggap inductor kerana keupayaannya menjanakan voltan aruhan.

PENERANGAN :
Inductor ialah komponen yang dibuat daripada gegelung dawai jenis bertebat. Lilitan
dawainya pada satu bekas berbentuk silinder kosong atau berteraskan logam.

Simbol kearuhan ialah L. Kearuhan diukur dalam unit Henry (H). 1 Henry bermakna 1 volt
yang diaruhkan oleh perubahan arus dengan kadar 1 amp sesaat. Inductor digunakan untuk
antena, litar penalaan, litar pembentuk gelombang, pembesar suara, geganti dan
transformer (transformer).

PAGE \* MERGEFORMAT 9
KEARUHAN (INDUCTANCE)

 Kearuhan dikatakan kebolehan sesuatu pengalir menghasilkan voltan teraruh bila


arusnya berubah-ubah.
 Bahan konduktor akan menghasilkan voltan teraruh merentasinya apabila dilalukan arus
AU.
 Konduktor menghasilkan medan magnet di sekelilingnya apabila arus melaluinya.
 Arus AU yang berubah-ubah membuatkan medan magnet mengembang dan mengecil,
yang mana akan memotong konduktor itu sendiri.
 Kesan daripada pemotongan medan magnet akan menghasilkan voltan teraruh
merentasinya.
 Kearuhan terbahagi kepada dua iaitu :-
a) Kearuhan diri (Self Inductance)
b) Kearuhan saling (Mutual Inductance)

a) Kearuhan Diri (Self Inductance)

 Apabila arus elektrik mengalir dalam seutas wayar, medan elektrik akan terbentuk
disekeliling wayar tersebut.
 Kekuatan medan elektrik bergantung berapa banyak arus yang mengalir.
 Kearuhan (inductance) ialah kebolehan sesuatu pengalir menggunakan medan
magnet untuk mengaruh voltan pada dirinya sendiri (self induced voltage).
 Voltan aruhan diri (self-induced) dikenali juga sebagai “back EMF” (Electro-Motive-
Force), di mana digunakan untuk menerangkan voltan.
 Kekuatan atau jumlah voltan aruhan-diri, back EMF, dipastikan dengan jumlah arus
mengalir dan saiz ‘inductance’.
 Saiz sesuatu ‘inductance' bergantung kepada beberapa faktor yang terpenting ialah
bilangan lilitan dalam satu gelung dan teras bahan (core material).

PAGE \* MERGEFORMAT 9
Formula mengira kearuhan :-
VL
L=
di
dt
Di mana ; VL ialah voltan aruhan
Di / dt ialah perubahan arus (Amp / saat)

b) Kearuhan Saling (Mutual Inductance)


 Kearuhan saling (Lm) ditakrifkan sebagai kebolehan AU pada satu konduktor
mengaruh voltan pada satu konduktor lain berhampiran tanpa sentuhan.

Formula mengira kearuhan saling :-


Lm=k √ ¿ ¿ di mana ; L1 dan L2 - nilai aruhan diri pada kedua-dua gelung
k - penjodoh angkali
Lm - aruhan saling gabungan antara L1 dan L2

Contoh 1 :
Dua gelung L1 dan L2 ialah 400mH mempunyai angkali jodoh sama dengan 0.2, kirakan Lm.

Penyelesaian :-

Lm=k √ ¿ ¿
= 0.2 √(400mH x 400mH)
= 80mH

FAKTOR–FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEARUHAN (INDUCTANCE)

PAGE \* MERGEFORMAT 9
Faktor-faktor yang mempengaruhi kearuhan
a. Bilangan lilitan - N
Semakin banyak bilangan lilitan, kearuhan bertambah kerana lebih banyak voltan
teraruh. Di mana L berkadar terus dengan N2.
b. Luas gelung lilitan - A
Lebih luas gelung lilitan lebih tinggi nilai kearuhan (inductance) di mana L berkadar
terus dengan A.
c. Panjang gelung - l
Kearuhan (inductance) berkurangan bila panjang bertambah.
d. Permeability(ketelapan)
Kearuhan (inductance) bertambah dengan permeability pada satu teras.

Oleh itu formula untuk nilai kearuhan :-

2
μr × μo × N × A
L=
l

Di mana; µr - relative permeability


µo - absolute permeability (1.26 x 10 -6)
A - luas dalam meter persegi
L - panjang dalam meter
N - jumlah lilitan

Contoh 1 :-
Cari nilai kearuhan jika diberi l = 15 cm, N = 100 lilitan, A = 2cm2, µr = 5 dan µo = 1.26 x 10-6

2
μr × μo × N × A
L=
l
−6 2 2 4
5× 1.26 ×10 ×(100) ×(2 ×10 )
¿
5× 10−2

= 84µH

ANGKALI JODOH (k)


 Ia adalah kebolehan satu-satu litar di mana had daya magnet yang terjadi pada
sesuatu litar memindahkan tenaga elektrik kepada lilitan yang berhampiran
dengannya.
 Dalam rajah di bawah semua flux pada L1 bergabung (links) dengan L2, oleh itu k
sama dengan 1 atau dipanggil unity coupling.

PAGE \* MERGEFORMAT 9
Formula untuk angkali jodoh :
flux gabungan antara L1 dan L2
k=
flux dihasilkan oleh L1

Contoh 1 :
Satu gelung L1 menghasilkan flux magnet sebanyak 80µwb dan 60µwb dipindahkan ke
gelung L2, kirakan nilai angkali jodoh, k.

LITAR INDUCTOR

Terdapat 2 jenis sambungan inductor iaitu :-


a. Inductor disambung secara siri
b. Litar selari dengan aruhan saling

a. Inductor disambung secara siri


Jika inductor disambung secara siri dan tidak ada kesan kearuhan saling, jumlah
kearuhannya sama seperti rintangan sesiri iaitu hasil tambah kesemuanya maka:

PAGE \* MERGEFORMAT 9
Jika dua inductor disambung secara siri dan medannya bergabung, kearuhannya
dirumuskan seperti yang berikut :

Jika dua inductor disambung secara siri dan medannya bertentangan, kearuhannya
dirumuskan seperti yang berikut :

b. Litar Selari dengan aruhan saling

Jika kesan kearuhan saling tidak berlaku, kearuhan sambungan selari iaitu :-

- Terbahagi kepada 2 iaitu :-

i) Selari membantu

PAGE \* MERGEFORMAT 9
ii) Selari menentang

Contoh 1 :-

Diberi gelung L1 = 20 mH dan L2 = 40mH dan angkali jodohnya ialah 0.4. Cari nilai jumlah
kearuhan jika :-

a. Disambung secara siri.


b. Disambung secara selari membantu.
c. Disambung secara selari menentang.

a. LT = L1 + L2
= 20mH + 40mH
= 60mH

b.
2
L1 L2−Lm Lm=k ( L1 L2)
1 /2
LT =
L1 + L2−2 Lm 1 /2
¿ 0.4 (20 mH × 40 mH )
2 ¿ 0.01
20 m ( 40 m) −(0.01)
¿
20 m+ 40 m−2(0.01)

¿ 0.0175 H
¿ 17.5 mH

PAGE \* MERGEFORMAT 9

You might also like