Professional Documents
Culture Documents
SOP Klinik Gigi - Contoh
SOP Klinik Gigi - Contoh
PERGIGIAN,
Kecemasan dalam pergigian boleh didefinisikan sebagai keadaan yang boleh meragut nyawa dan memerlukan
rawatan segera seperti pendarahan yang sukar dihentikan, facial cellulitis atau bengkak dan kecederaaan kepada
tulang muka yang boleh memberikan kesan kepada saluran pernafasan pesakit.
Rawatan kecemasan pula memberi fokus kepada keadaan yang memerlukan perhatian segera untuk menghilangkan
kesakitan yang melampau (skor kesakitan > 4) dan mengurangkan risiko jangkitan. Rawatan ini perlu dilakukan
seminimum yang boleh.
Selaras dengan polisi Unit Kawalan Jangkitan Silang, Seksyen Pergigian, IPPT, dan garis panduan yang dikeluarkan oleh
Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia, berikut adalah garis panduan kes-kes rujukan ke
Seksyen Pergigian.
1. KES-KES YANG DI TERIMA – MESTILAH TELAH DISARING DAN TANPA GEJALA SARI
a. Kes-kes rujukan daripada Klinik Onkologi, IPPT, yang memerlukan rawatan pergigian segera sebelum menjalani
rawatan radioterapi, kemoterapi, pengambilan ZOMETA dan lain-lain yang bersifat kecemasan.
b. Kes-kes staf USM yang bersifat kecemasan seperti berikut: (Rujukan: Lampiran 3, Garis panduan pengendalian isu-
isu berhubung penularan wabak Covid-19 di Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Bil. 3/2020, muka surat 41-42)
c. Kes kecemasan yang telah disaring oleh pegawai pergigian namun memerlukan rujukan kepada pakar dalaman
atau luaran adalah dirujuk seperti mana prosedur standard (konsultasi / perbincangan menerusi telefon dan
mengambil tarikh temujanji).
d. Rawatan yang dapat diberikan untuk kes-kes tersebut (a, b dan c) adalah TIDAK MELIBATKAN
PENGGUNAAN HANDPIECES kerana Klinik Pergigian Ippt tidak mempunyai high volume suction. Rawatan
tersebut adalah seperti berikut:
i. Pemeriksaan oral
ii. Cabutan segera untuk kes onkologi
iii. Pengubatan oral
iv. Tampalan sementara
v. Prosedur pengurangan kesakitan disebabkan aplians seperti pemotongan wayar panjang/pemberian 'ortho wax'
vi. Penyimenan semula crown/bridge dengan simen sementara
vii. Pemeriksaan x-ray pergigian/OPG
a. Semua kes temujanji yang bukan kecemasan dan melibatkan penggunaan handpieces adalah ditangguhkan ke satu
tarikh lain selaras dengan garis panduan terkini daripada Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan
Malaysia.
b. Semua kes yang melibatkan trauma teruk, pendarahan serius, kepatahan gigi dan tulang tidak dapat diterima dan
pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera di klinik dan hospital kerajaan yang berdekatan.
a. Titisan pernafasan dan aerosol daripada prosedur pergigian seperti penskaleran dan tampalan mengandungi air
liur dan darah yang mungkin tercemar dengan virus COVID-19 yang berkemungkinan kekal dalam udara pada jangka
masa yang lama dan boleh mencemar permukaan seperti besi, kaca dan plastik.
i. Cecair manusia
ii. Instrumen pergigian
iii. Kawasan kerja
iv. Tisu/kultur manusia yang telah tercemar dengan virus COVID-19.