Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Pertubuhan Kebajikan Ikhlas Malaysia

43600 Bandar Baru Bangi


Selangor Darul Ehsan

Pengarah,
Ireka Corperation Berhad
Jalan Kiara, Mont Kiara,
50480, Kuala Lumpur 20 Jun 2023

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MEMOHON SUMBANGAN BERBENTUK KEWANGAN DAN BARANGAN KEPERLUAN BERSEMPENA
PROGRAM BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

Saya, Abdul Wahab bin Rahman selaku wakil dari Pertubuhan Kebajikan Ikhlas Malaysia dengan rendah hati ingin memohon
sumbangan dari pihak Tuan/Puan bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terlibat dalam kejadian tragik baru-baru ini.

2. Bencana ini telah menyebabkan kehilangan nyawa, kecederaan, dan kerugian harta benda yang besar bagi penduduk
tempatan. Ramai daripada mereka kehilangan tempat tinggal dan sumber-sumber penting untuk kehidupan seharian. Kami ingin
memberikan bantuan segera kepada mereka yang terkesan untuk membantu mereka pulih daripada kesakitan dan kehilangan
yang dialami.

3. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah melakukan pengagihan pakaian, makanan, barangan keperluan dan khidmat
rawatan. Oleh itu, program ini akan diadakan seperti berikut :

Tarikh: 22 November 2023


Masa: 8.00 pagi- 1.30 petang
Tempat: Dewan Mahmud Iskandar, Perak
Perasmian: YB Encik Abdul Wahib bin Aziz

4. Manfaat yang akan pihak tuan perolehi jika memberi sumbangan kepada program ini ialah pihak syarikat tuan dapat
meningkatkan meningkatkan pemasaran produk syarikat dan dapat meningkatkan reputasi syarikat pihak tuan.

…5. Di sini, saya lampirkan atur cara program yang akan berlangsung pada hari berkenaan untuk rujukan pihak tuan.

6. Kerjasama dan keprihatinan dari pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

Yang benar,

….………………………………………………
( Abdul Wahab bIn Rahman )
Wakil
Pertubuhan Kebajikan Ikhlas Malaysia

1
PENGISIAN PROGRAM BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA
22 NOVEMBER 2023

Masa Perkara

8.00 pagi Ketibaan Kakitangan

8.15 pagi Ketibaan Tetamu Jemputan

8.30 pagi Ketibaan perasmian program dan pengawai Syarikat Ierka Corperation Berhad

-Bacaan doa
8.50 pagi -Ucapan Ketua Pertubuhan Kebajikan Ikhlas Malaysia
-Ucapan Ketua Pengarah Ierka Corperation Berhad
-Ucapan perasmian program

10.00 pagi Melawat Kawasan banjir

11.30 pagi Pengagihan makanan, pakaian, dan barang keperluan kepada mangsa banjir

12.15 petang Pemeriksaan kesihatan kepada mangsa banjir

1.30 petang Bersurai

You might also like