(Ida) Pengantar Etika Sosial

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

PENGANTAR ETIKA SOSIAL (IDA OO2)

PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA PERLU TERUS UTUH

PELAJAR 1: FLORIELLA SUZLY (2023904543)

PELAJAR 2: ELEDELLIDEKIA BINTI RITING @ SIRIN


(2023151323)

NAMA PENSYARAH: HAJI MULIYADI BIN HAJI GULILING

TARIKH HANTAR: 25 MAY 2023

1
KRITERIA JUMLAH MARKAH
Senarai kandungan
Pengenalan
Fakta + huraian (5 x 4m)
kesimpulan
Rujukan
Lampiran
JUMLAH

2
KANDUNGAN MUKA SURAT

Pengenalan 4
1.0 Cabaran mengekalkan perpaduan kaum 5
2.0 Kesan negatif dalam mengekalkan perpaduan kaum 6
3.0 Usaha dalam memupuk perpaduan kaum di 7
Malaysia
4.0 Kepentingan perpaduan kaum di Malaysia 8
Kesimpulan 9
Rujukan 10

3
PENGENALAN

Sesetengah daripada negara pada masa kini telah mencapai kesejahteraan hidup

bernegara. Malaysia merupakan salah satu daripadanya. Sebagai rakyat Malaysia kita harus

berbangga kerana negara ini merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti

melayu, cina, india, iban ,kadazandusun dan sebagainya.

Dengan adanya perpaduan di suatu negara ini ia dapat membentuk masa depan yang

lebih harmoni. Tidak dinafikan juga bahawa cabaran dan kesan dalam memupuk perpaduan

itu masih wujud kerana sesetengah masyarakat hanya mementingkan hak mereka sendiri.

Oleh itu, Sebagai anak jati Malaysia kita haruslah memainkan peranan dalam menangani

masalah seperti isu perkauman ini agar kerhormonian negara dapat dipertahankan. Usaha

dalam membentuk perpaduan sesebuah negara itu dapat mengelakkan daripada berlakunya

konflik dikalangan masyarakat dan pada masa yang sama dapat mengharumkan nama

negara.

Perpaduan kaum akan menjamin hidup yang hamoni dan mampu melahirkan individu

yang mempunyai semangat cinta akan negara disamping, menjadi teladan kepada generasi

muda di masa hadapan. Perpaduan kaum ini dapat meningkatkan imej negara. Bukan itu

sahaja, malah terdapat juga kebaikan dan kepentingan dalam mengutuhkan perpaduan kaum

di negara Malaysia.

4
CABARAN MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM

Sejak kebelakangan ini, banyak cabaran yang dihadapi dalam mewujudkan perpaduan

antara kaum termasuklah dari aspek politik nagara. Secara tidak langsung cabaran selalu

wujud dalam memperkukuhkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat. Cabaran

dalam mengekalkan perpaduan kaum merupakan menghalang sesebuah nagara itu

mencapai kesejahteraan dan keharmonian, hal ini kerana sesetengah masyarakat masih tidak

mengenali erti semangat perpaduan kaum dan sikap cinta akan negara. Selain itu,

masyarakat tidak mempunyai persefahaman diantara dua pihak dan kurang pemahaman

mengenai latar belakang suatu kaum atau bangsa dalam mewujudkan negara yang bebas.

Antara cabarannya ialah dari segi kemudahan teknologi seperti media sosial yang kini

semakin berleluasa. Penggunaan media sosial yang semakin tidak terkawal ini kemungkinan

besar akan menyebabkan konflik diantara masyarakat. contohnya penyebaran berita yang

palsu dimuat turun dalam bentuk video atau pernyataan yang menyentuh isu perkauman dan

tanpa disedari boleh menjejaskan reputasi negara. Hal sebegini boleh menyentuh sensiviti

perkauman dan menimbulkan pergaduhan dikalangan masyarakat.

Cabaran yang seterusnya ialah dari segi politik negara. Dimana parti politik di Malaysia

telah menyentuh pernyataan yang berasaskan isu perkauman. Tindakan ini boleh

menyebabkan perbalahan diantara rakyat dan ahli-ahli politik. Sebagai contoh, sesetengah

pihak berangapan negatif terhadap suatu agama. Hasilnya, terdapat pemimpin yang masih

kurang bijak dalam mewujudkan semangat perpaduan. Oleh itu, ahli politik haruslah memiliki

sikap yang terbuka dan perlu matang kerana tanggungjawab seorang ahli politik amat penting

dalam membentuk negara yang majmuk.

5
KESAN NEGATIF DALAM MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM

Antara kesan negatif dalam mengekalkan perpaduan kaum adalah perpaduan kaum

tidak wujud di Malaysia akan menjejaskan keharmonian negara. Hal ini berlaku kerana

masyarakat tidak bermoral. Sebagai contohnya, masyarakat tidak memiliki matlamat yang

sama pendapat lalu tidak disuarakan kepada semua masyarakat. Hal ini mengakibatkan,

keamanan negara akan terjejas disebabkan masyarakat tidak memberikan kerjasama antara

satu sama yang lain dan akan menyebabkan perpaduan kaum di negara akan ditelan zaman

dalam kalangan masyarakat pada masa kini.

Selain itu, masyarakat akan lupa terhadap perpaduan kaum yang disebabkan

pembangunan politik negara yang mengamalkan sistem politik berbilang. Jelaslah bahawa,

visi dan misi negara tidak akan tercapai disebabkan sebilang parti politik yang mengutamakan

kaum dan bangsa sendiri tanpa melihat kepada kaum yang lain. Hal ini disebabkan, masalah

perkauman dalam masyarakat tidak dapat ditangani. Maka dengan itu, tercetuslah sistem

politik negara tidak stabil disamping mewujudkan perbalahan dan pergaduhan antara kaum

sehingga menyebabkan masyarakat saling membenci dan kurang kasih sayang,

bertanggungjawab, bertolerasi dan berfikiran rasional dalam kalangan masyarakat, seperti

peristiwa 13 Mei 1969. Hal yang sedemikian, menjadikan rakyat untuk tunjuk perasaan dan

menubuhkan perhimpunan ramai lalu melakukan aktiviti yang tidak sihat secara berleluasan

seperti provokasi. Maka, negara akan merasa tidak aman untuk duduki parti politik yang huru-

hara dan menjejaskan keselamatan penduduk setempat.

6
USAHA DALAM MEMUPUK PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

Negara Malaysia adalah salah satu negara yang hidup dalam berbilang kaum. Maka

dengan itu, sangatlah penting untuk kita memainkan peranan dalam mengeratkan hubungan

silaturahim di kalangan masyarakat agar kesejahteran negara terpelihara. Dengan adanya

usaha dalam membentuk perpaduan kaum maka suasana suatu negara itu akan terjamin.

Selain itu, negara dapat mengelakkan berlakunya rusuhan antara kaum.

Antara usaha yang boleh memupuk perpaduan kaum ialah menganjurkan majlis rumah

terbuka seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Pesta Kaamatan, Hari Natal dan

sebagainya. Dengan adanya majlis rumah terbuka ini masyarakat mampu mengetahui budaya

dan adat tradisi disamping boleh mempelajari masakan tradisi yang dihidangkan. Jelaslah

bahawa aktiviti kunjung mengunjung rumah terbuka ini mampu mengeratkan hubungan

silaturahim antara jiran tetangga dan komuniti.

Seterusnya, mengadakan aktiviti sukan dan rekreasi juga boleh mengekalkan

perpaduan kaum. Aktiviti sukan akan melahirkan sikap berkerjasama diantara satu sama lain

disamping, melahirkan masyarakat yang sihat. Pentingnya aktiviti sukan ini agar kita saling

memahami budaya dan adat resam yang diamalkan oleh setiap kaum dan bangsa yang ada

di Malaysia. Pihak berkuasa juga perlu berganding bahu menganjurkan aktiviti sukan dan

rekreasi ini sebagai contoh aktiviti senamrobik . Secara kesimpulannya, dengan menyertai

aktiviti sukan dan rekreasi, masyarakat bukan sahaja dapat mengutuhkan hubungan malah

menjadi lebih sihat dan cergas.

7
KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

Pada masa kini, kepentingan bagi mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia

sangatlah penting bagi mewujudkan suasana yang begitu harmoni dalam kalangan

masyarakat. Antaranya adalah, menjamin keamanan dan keharmonian dalam kalangan

masyarakat majmuk, agar perpaduan diantara kaum terjalin dengan mesra. Hal ini berkait

rapat dengan hidup berjiran dan tinggal di kawasan taman perumahan yang sama, pekara ini

harus dititik beratkan agar masyarakat yang berlain kaum dan tinggal di kawasan perumahan

yang sama dapat mengadakan aktiviti sukan keluarga mahupun sukan komuniti. Seperti

melancarkan sukaneka, mengadakan majlis rumah tebuka ketika perayaan dan saling

bertukar juadah antara kejiranan. Jelaslah bahawa, keamanan dan keharmonian dalam

kalangan masyarakat majmuk adalah amat penting bagi sesebuah negara yang mempunyai

pelbagai kaum, budaya, agama dan bangsa untuk mengamalkan prinsip perpaduan dalam

kaum.

Selain itu, kepentingan bagi mengekalkan perpaduan kaum dapat mewujudkan

masyarakat yang menghormati, bertolak ansur dan saling berkerjasama. Hal ini demikian

kerana, sikap yang bertolak ansur dan saling menghormati membolehkan diri kita jauh

daripada melakukan perkara yang salah secara berterusan. Hal ini bersangkut-paut dengan

sikap berkerjasama dalam kalangan masyarakat, kerana Kerjasama merupakan sebuah

elemen yang penting bagi melahirkan insan yang harmoni. Dengan wujudnya sikap

berkerjasama di dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum mampu mewujudkan

pelbagai aktiviti dari segi gotong-royong untuk menbersihkan kawasan taman perumahan,

mengemas dan menceriakan sekitar taman permainan. Maka dengan itu, keharmonian

dikalangan masyarakat dapat dibentukan dan dapat menjadi teladan kepada generasi muda

yang akan datang.

8
KESIMPULAN

Kesimpulannya, semangat perpaduan di kalangan masyarakat merupakan elemen yang

utama dalam membangunkan negara yang penuh sejahtera dan harmoni . Oleh itu, pihak

kerajaan mahupun rakyat perlulah bergandingan bahu untuk memainkan peranan mereka

bagi menaikan lagi semangat perpaduan diantara kalangan masyarakat yang berbilang kaum

ini. Maka, dengan itu dapat membentuk sebuah negara bangsa yang mempunyai rakyat

berbilang kaum dan hidup dalam aman sentosa. Hal ini berkait rapat dengan peranan kerajaan

dan pihak yang bertanggungjawab untuk berfikir secara rasional dan bijak bagi menentukan

visi dan misi sesebuah negara agar mewujudkan perpaduan di dalam Malaysia.

Sebagai rumusan, dapatan kajian mendapati bahawa isu perkauman sentiasa disentuh

dalam membangunkan negara harmoni disebabkan perbezaan kaum, agama dan budaya.

Hubungan antara kaum perlu dipelihara dan diambil perhatian yang Serius oleh semua pihak

tanpa mengira kaum bagi mengekalkan perpaduan kaum serta mengelak isu-isu yang boleh

membangkitkan sensiviti Agama dan budaya di Malaysia. Kertas kerja ini mencadangkan

supaya Masyarakat Malaysia dapat menekankan keharmonian hidup tanpa mengira bangsa

dan agama. Selain itu, Mewujudkan nilai hormat menghormati, Bertolak ansur, bekerjasama

di kalangan masyarakat agar keamanan negara terjamin.

9
SUMBER RUJUKAN

1. Cabaran dalam mengekalkan perpaduan kaum


https://www.ipendidikan.my/cabaran-dalam-mengekalkan-perpaduan-kaum.html
2. Kepentingan perpaduan kaum di Malaysia
https://www.jobstore.com/careers-blog/2023/03/14/kepentingan-perpaduan-kaum-di-
malaysia/
3. Implikasi ketidakwujudan perpaduan kaum
https://www.scribd.com/doc/99491126/Implikasi-Ketidakwujudan-Perpaduan-Kaum-
Dan-Integrasi-Nasional-Di-Malaysia
4. Usaha – usaha untuk memupuk perpaduan kaum
https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-untuk-memupuk-perpaduan-kaum.html

10

You might also like