Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

SMK KAMPONG SELAMAT

KERJA LAPANGAN
GEOGRAFI TINGKATAN 2
(2022)

KAJIAN PENGGUNAAN
TELEKOMUNIKASI DI SEKITAR
TAMAN MAHSURI, PADANG SERAI,
KEDAH.
Disediakan oleh:
Muhammad Haziq Safwan Bin Mohamad Zikri
2 Amanah
JADUAL KERJA

Bil Tarikh Aktiviti Catatan

Mencari maklumat tentang Di rumah


pengangkutan awam di Taman &
1. 3/1/23
Mahsuri, Padang Serai Di luar
menggunakan internet. rumah

- Menyediakan borang temu


bual
Di rumah
- Memulakan aktiviti temu bual &
2. 3/1/23 Di luar
dengan jiran berkaitan rumah
penggunaan telekomunikasi di
kawasan kajian

Menganalisis hasil daripada


3. 3/1/23 temu bual bersama responden Di rumah
di kawasan kajian

Mengumpul bahan rujukan dan


menyediakan bahan grafik
4. 3/1/23
yang berkaitan untuk persiapan
Di rumah

menulis tugas

Mencetak maklumat tentang


pengangkutan awam di Taman
Mahsuri, Padang Serai seperti
berikut:
- Konsep penggunaan
telekomunikasi
5. 3/1/23 - Jenis peranti telekomunikasi Di rumah
- Kepentingan penggunaan
telekomunikasi
- Masalah penggunaan
telekomunikasi
- Cadangan untuk penambahbaikan
penggunaan telekomunikasi
6. 4/1/23 Menyemak laporan Di sekolah

7. 4/1/23 Menghantar laporan Di sekolah

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Halaman

1. Penghargaan 1

2. Pendahuluan 2

3. Objektif Kajian 3

4. Kawasan Kajian 4

5. Kaedah Kajian 5

6. Hasil Kajian 6-8

7. Rumusan 9

8. Rujukan 10
Penghargaan
Saya amat bersyukur kerana dapat
menyiapkan tugasan Kerja Lapangan
Geografi Tingkatan 2. Saya ingin mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan
terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada pengetua SMK Kampong Selamat,
Encik Mohd Zakaria bin Zain kerana
memberi kebenaran untuk menjalankan kerja
lapangan ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih


kepada guru mata pelajaran Geografi saya
iaitu Cikgu Fozi kerana telah membantu saya
dalam penyediaan laporan kerja lapangan
ini. Tunjuk ajar sepanjang penyediaan
laporan ini merupakan hasil komitmen yang
jitu daripada beliau.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih


kepada ibu bapa yang telah banyak
memberi cadangan, sokongan dan
kebenaran kepada saya dan terima kasih
juga rakan-rakan saya yang telah membantu
saya dalam melaksanakan kerja lapangan
geografi ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih
ditujukan kepada responden dan orang
sumber yang sudi menjawab soalan-soalan
dalam borang temu bual.
Pendahuluan
Saya telah menjalankan kajian tentang
penggunaan telekomunikasi di Taman
Mahsuri, Padang Serai.

Saya memilih tajuk ini kerana


kebanyakan penduduk di sini
menggunakan telekomunikasi seperti
telefon pintar dan mesin faks untuk
menyampaikan maklumat.

Tempoh masa yang saya ambil untuk


menyiapkan kerja lapangan ini ialah
selama 1 hari. Pengumpulan data dan
maklumat dilakukan selepas waktu
persekolahan manakala penulisan
laporan kerja lapangan dilakukan di
rumah pada masa lapang.
Objektif Kajian
Saya melakukan kajian di sekitar Taman
Mahsuri, Padang Serai, Kedah bertujuan
untuk mencapai objektif yang berikut:

1. Mentakrifkan konsep penggunaan


telekomunikasi.
2. Menerangkan jenis peranti
telekomunikasi di kawasan kajian.
3. Menghuraikan tiga kepentingan
penggunaan telekomunikasi kepada
masyarakat di kawasan kajian.
4. Menghuraikan tiga masalah utama
penggunaan telekomunikasi di
kawasan kajian.
5. Menghuraikan cadangan
usaha-usaha untuk penambahbaikan
penggunaan telekomunikasi di
kawasan kajian.
Kawasan Kajian
Kawasan kajian saya ialah di
sekitar Taman Mahsuri, Padang
Serai, Kedah. Taman Mahsuri
adalah sebuah taman di Padang
Serai, Kedah.
Terdapat beberapa ciri fizikal yang
terdapat di kawasan kajian.
Antaranya ialah sungai, kontur dan
rumput.
Manakala ciri budaya yang terdapat
di sekitar kawasan kajian saya ialah
surau, taman perumahan dan
beberapa taman rekreasi.
Terdapat juga beberapa jaringan
jalan raya yang memudahkan
perhubungan antara satu destinasi
ke destinasi yang lain.
Kaedah Kajian
Saya menjalankan kajian ini menggunakan
beberapa kaedah yang berikut:

1. Pemerhatian - Saya menggunakan


kaedah ini untuk mengetahui jenis
peranti telekomunikasi di kawasan
kajian.
2. Temu bual - Saya menggunakan
kaedah ini untuk mengetahui
kepentingan penggunaan
telekomunikasi di kawasan kajian.
Selain itu, kaedah ini digunakan
untuk mengetahui masalah
penggunaan telekomunikasi dan
cadangan mengurangkan masalah
penggunaan telekomunikasi.
3. Soal selidik - Saya menggunakan
kaedah ini untuk untuk mendapat
maklumat tentang tugasan ini.
4. Rujukan - Saya menggunakan
Internet untuk mengetahui konsep
penggunaan telekomunikasi.
Hasil Kajian
Konsep Penggunaan Telekomunikasi

- Perkataan telekomunikasi berasal daripada


perkataan Greek . ’Tele’ bermaksud “sangat jauh”
manakala komunikasi bermaksud proses untuk
menghantar informasi yang melibatkan
masyarakat. Oleh itu, telekomunikasi bermaksud
suatu interaksi yang melibatkan jarak yang jauh
antara penyampai dengan penerima.

Jenis Peranti Telekomunikasi di kawasan kajian

- Berdasarkan soal selidik/temu bual, jenis peranti


yang terdapat di kawasan kajian ialah telefon
pintar, komputer riba, komputer atas meja dan
telefon bimbit.

Kepentingan Penggunaan Telekomunikasi

Kepentingan pengangkutan awam di Taman


Mahsuri, Padang Serai adalah seperti berikut:

(a) Urusan dapat dipercepatkan

- Melalui internet, penggunaan telekomunikasi


penting bagi mempercepatkan urusan antara satu
sama lain. Sebagai contoh, murid-murid dapat
menghubungi guru jika terdapat sebarang soalan
untuk diajukan kepada beliau.
(b) Mengeratkan hubungan silaturahim

- Berdasarkan internet, telekomunikasi juga dapat


mengeratkan hubungan silaturrahim, hal ini dapat
dibuktikan apabila negara kita sedang dilanda wabak
COVID-19 tempoh hari. Seluruh negara
diperkenalkan tentang Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP). Pada masa itu pelbagai aktiviti dilakukan
secara atas talian. Sebagai contoh pekerja-pekerja
di seluruh Malaysia bekerja secara atas talian
melalui pelbagai medium.

(c) Maklumat dari seluruh dunia dapat diperoleh

- Berdasarkan internet, didapati bahawa dengan


menggunakan telekomunikasi, maklumat dari
seluruh dunia dapat diperoleh dengan lebih cepat
dan tepat. Ini kerana majoriti orang menggunakan
medium yang sama.

Masalah Penggunaan Telekomunikasi

(a) Hilang fokus ketika sesi pembelajaran

- Melalui internet, masalah hilang fokus ketika sesi


pembelajaran sering berlaku dalam kalangan
remaja. Hal ini kerana sesetengah remaja
menghabiskan masa dengan bermain permainan
video sehingga lewat malam, akhirnya
menyebabkan tidur yang tidak berkualiti dan sering
berasa letih pada keesokan harinya.

(b) Menjejaskan tahap kesihatan remaja

- Berdasarkan internet, saya telah menyedari


bahawa golongan remaja dan kanak-kanak adalah
yang paling ramai mengalami masalah rabun akibat
bermain gajet terlalu lama.
Cadangan untuk mengurangkan masalah
penggunaan telekomunikasi di kawasan
kajian

(a) Mengehadkan penggunaan telekomunikasi

- Ibu bapa perlu mengehadkan penggunaan


telekomunikasi anak-anak supaya mereka tidak
ketagih sehingga menimbulkan banyak
masalah.

(b) Menjarakkan penglihatan dari gajet

- Berdasarkan internet, remaja disarankan


untuk menjarakkan penglihatan dari gajet dan
elak menggunakan gajet dalam gelap. Hal ini
dapat mengurangkan risiko untuk menjadi
rabun.
Rumusan
Sebagai kesimpulan, penggunaan
telekomunikasi di Taman Mahsuri adalah baik
dari segi berkomunikasi. Terdapat banyak alat
telekomunikasi seperti telefon pintar yang
digunakan oleh orang ramai khususnya di
kawasan kajian saya. Alat telekomunikasi ini
mempunyai banyak kepentingan seperti dapat
mengakses maklumat-maklumat seperti berita,
hiburan, sukan dan pelbagai info semasa
seperti pendidikan, kesihatan, pembelajaran
secara maya, perbankan dan banyak lagi.

Walau demikian, penggunaan alat


telekomunikasi seperti gajet sering juga
disalahgunakan. Akan tetapi,masalah ini dapat
diselesaikan dengan solusi yang telah saya
kaji.

Saya bersyukur kerana dapat menjalankan


kajian ini dan berharap kajian ini dapat memberi
manfaat kepada para penduduk dan
masyarakat umumnya. Dapatan kajian ini
diharap dapat mewujudkan masyarakat yang
bertanggungjawab.
Rujukan
Buku

Zulkipli bin Ismail, Rajanderan


Subramaniam dan Kang Chai Yoeng,
2017. Geografi Tingkatan 2. Johor
Bahru: IMS Books Trading Sdn. Bhd.

Internet

Konsep penggunaan telekomunikasi –


Konsep Sistem Telekomunikasi –
Electrical Engineering
(engineering08.blogspot.com)

Rakan-rakan

Cadangan untuk mengurangkan


masalah penggunaan telekomunikasi

You might also like