Karangan Resume Diri Skema

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

1.

PUSAT TUISYEN DO RE ME
2. INSTITUT TAIPING

BAHASA MELAYU KERTAS 1.


KARANGAN BAHAGIAN A.
JAWAPAN CONTOH RESUME.

Pengenalan ringkas.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya telah membaca iklan jawatan kosong pembantu tadbir
pihak tuan iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia dalam akhbar baru-baru ini, dan saya amat tertarik
dengan jawatan ini. Dengan itu, saya mengambil keputusan untuk memohon jawatan ini dengan pihak
tuan. Berikut ialah resume penuh tentang diri saya.

Maklumat peribadi.
Nama: Azhari bin Sulaiman
Umur : 28 Tahun
Nombor Telefon : 019-4238461
Alamat Rumah : No 65, Jalan Persiaran 2, Taman Kelisa, 70700, Gemas, Negeri Sembilan.
Alamat E-mel : azhari@gmail.com

Kelulusan / Kelayakan.
Saya memiliki Diploma Pengurusan dan Pentadbiran dari Kolej INTI. Saya juga mempunyai Sijil
Pengurusan Kewangan dari MARA.

Anugerah / Penghargaan.
Saya pernah memenangi anugerah staf paling berdedikasi dan juga pemenang pingat emas staf
cemerlang semasa saya berkhidmat dengan dua syarikat swasta sebelum ini pada tahun 2017 dan 2019.

Kemahiran berbahasa.
Saya dapat bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan lancar. Pada
masa yang sama, saya juga dapat bertutur dalam bahasa Jepun kerana pernah mengikuti kursus
bahasa Jepun selama enam bulan di sebuah pusat bahasa di Kuala Lumpur.

Kemahiran / Skil ICT.


Saya juga mempunyai kemahiran menggunakan perisian Microsoft Office Suite, Systems
Applications and Products (SAP) dan Microsoft Outlook. Saya turut mahir dalam menggunakan
aplikasi perakaunan dan analitik perniagaan.
Kemahiran / Skil Tambahan.
Saya mempunyai kemahiran yang luas dalam bidang perakaunan perbendaharaan, penyediaan
cukai dan pengauditan korporat organisasi data kewangan syarikat. Selain itu, saya juga
mempunyai lesen memandu khususnya lesen motosikal dan motokar.

Potensi diri.
Saya seorang yang mudah mesra dan suka bekerja secara berpasukan. Saya bersedia bekerja lebih
masa jika diperlukan dan mampu bekerja di bawah sebarang tekanan. Saya seorang yang jujur, amanah
dan berfikiran terbuka semasa menerima kritikan. Saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-
sungguh dan sentiasa patuh pada segala peraturan syarikat tuan.

Rujukan.
Rashid bin Idrus (Bekas Majikan),
Burnmark Industries Sdn Bhd,
Petaling Jaya, Selangor.
No Telefon : 0125731235.

You might also like