Skrip Majlis Menggapai Puncak SPM 2023

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

SKRIP PENGACARA MAJLIS

KEM MENGGAPAI PUNCAK SPM 2023


SMA. TENGKU AMALIN A’ISHAH PUTRI

PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN

Para hadirin dan hadirat diminta berada dalam keadaan tenang dan
bersedia kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi.

Bacaan doa
Tangan ditadah penuh inayah,
Majlis dibuka penuh rahmat,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga majlis senantiasa selamat.

Bagi memberkati majlis marilah sama2 kita mengaminkan bacaan doa


yang akan dipimpin oleh saudari Nur Syafiqa Afza’ binti Mohd Suhairi
Amry. Dipersilakan .

( bacaan doa )

Aamiin ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada saudari Nur


Syafiqa Afza binti Mohd Suhairi Amry atas pimpinan bacaan doa
sebentar tadi. Semoga majlis kita pada pagi ini mendapat keberkatan
daripada Allah SWT.

Salutasi Bismillahirrohmanirrohim,
Assalamualaikum wbt..

Yang Berusaha Puan Hjh Siti Sharidah Bt Che Mahmood, Pengetua


SMA Tengku Amalin A’ishah Putri

Yang Berusaha Puan Hjh Siti Norbaini Bt Ibrahim, PK Pentadbiran

Yang Berusaha Puan Siti Raihan Bt Abdul Awal, PK Hal Ehwal Murid

Yang Berusaha Puan Rosnani Bt Muhammad PK Kokurikulum

Yang dihormati, barisan guru2 kanan, puan kaunselor, guru2 dan rakan2
pelajar yang dikasihi sekalian.

1
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah
kurnianya kita diberikan peluang untuk berhimpun dan mengadakan
majlis penutup kem menggapai puncak spm 2023.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, kem menggapai puncak SPM 2023


ini bertujuan bagi mempersiapkan pelajar tingkatan 5 agar lebih komited
dan berkeupayaan dalam menghadapi peperiksaan dalaman mahupun
peperiksaan awam(SPM).

Bukan itu sahaja, program ini juga diadakan bagi mempertingkatkan


nilai jati diri pelajar Tingkatan 5 dalam menghadapi cabaran meneruskan
pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

UCAPAN Para hadirin yang dihormati sekalian,


PENGETUA
Adat berbahasa menyampaikan pesan
Adat majlis menyampaikan ucapan
Tanpa membuang masa lagi, majlis menjemput dan mempersilakan
Yang Berusaha Puan Hjh Siti Sharidah Bt Che Mahmood, Pengetua
SMA Tengku Amalin A’ishah Putri untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapakan kepada Yang Berusaha Puan Hjh Siti Sharidah
Bt Che Mahmood, Pengetua SMA Tengku Amalin A’ishah Putri atas
ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Acara dewan – Berkebaya batik berwarna merah,


Penyampaian Diserikan dengan permata berlian,
hadiah Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.

Kini telah tiba saat yang diananti-nantikan seluruh pelajar tingkatan 5,


iaitu penyampaian hadiah kepada para pemenang persembahan terbaik.

Sebelum itu majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha


Puan Hjh Siti Norbaini Bt Ibrahim, PK Pentadbiran mengiringi Yang
Berusaha Puan Hjh Siti Sharidah Bt Che Mahmood, pengetua sekolah
untuk menyempurnakan sesi penyampaian hadiah.
Majlis mempersilakan,

Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada para pemenang.

2
Penutup Hadirin yang dimuliakan

Tiada kata secantik bahasa


Hendak diluah segala rasa
Sempurna sudah majlis bermakna
Pasti dikenang sepanjang masa

Berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Terima kasih diucapkan
kepada pihak pentadbir sekolah serta guru-guru yg terlibat secara
langsung atau tak langsung dlm menjayakan dan merealisasikan program
kem menggapai puncak spm 2023 ini.

Tersilap tersalah harap diampun


Terkasar bahasa maaf dipohon

Majlis bersurai .

You might also like