Pelaksanaan Program Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia Tahun

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Telefon : 07-231 0000


Jabatan Pendidikan Negeri Johor Pengarah : 07-231 0198
Jalan Tun Abdul Razak Timbalan : 07-231 0191
80604 Johor Bahru Faks : 07-234 7132
Laman Web : http://jpn.moe.gov.my/jpnjohor
Johor Darul Ta’zim e-mel : jpn.johor@moe.gov.my
Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid Telefon : 07-2311480/481 Faks : 07-2380742

Ruj. Kami : JPNJ.600-3/3/9 (10)


Tarikh : 30 Ogos 2023

Pengetua/ Guru Besar


Sekolah-sekolah Negeri Johor

Tuan,

PELAKSANAAN PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI


MALAYSIA TAHUN 2023

Dengan segala hormatnya surat dari Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
(BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bernombor rujukan KPM.600-
12/1/1 Jld.30 (34) bertarikh 23 Ogos 2023 adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dipohon untuk melaksanakan


sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang dikelolakan oleh Kelab Rukun
Negara di sekolah masing-masing. Bagi pelaksanaan sambutan ini, pihak tuan boleh
merujuk kepada Buku Panduan Kelab Rukun Negara yang diterbitkan oleh
Kementerian Perpaduan Negara melalui pautan
https://www.jpnin.gov.my/web/penerbitan. Pihak tuan adalah dimohon untuk
menghantar pelaporan pelaksanaan aktiviti berkenaan melalui pautan
https://forms.gle/vgbUsaQn894jcKJ16 sebelum atau pada 18 September 2023.

3. Pegawai kami Puan Nor Wahidah binti Md Kassim, Penolong Pengarah


Pembangunan Bakat Murid, JPN Johor di talian 019-781 3628 atau emel di
wahidah.kassim@moe.gov.my bersedia untuk dihubungi bagi mendapatkan
maklumat lanjut. Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan dalam hal ini amat kami
hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MUSA BIN ATAN)


Sektor Pembangunan Murid
b.p Pengarah Pendidikan Negeri Johor
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

s.k : 1. Pengarah Pendidikan Negeri Johor


2. Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Negeri Johor

Wahidah/upbm/2023
Jld.30(34)

You might also like