Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Yang berusaha, En Abdul Hafidz bin Pg Adnan, Pengarah Kolej Vokasional

Beaufort.
Yang Berusaha, En Nordin bin Akup, Timbalan Pengarah Akademik.
Yang Dihormati, penceramah jemputan yang didatangkan khas pada hari ini,
Puan Norimah Edeh, Pegawai meja SPDPR PPD Beaufort.
Ketua-ketua jabatan, Ketua-ketua program, KULKS dan rakan-rakan pensyarah
yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


…………………………………………………………………………………………………………………………
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, kerana dengan limpah dan izinNya, dapat
kita berkumpul pada petang ini.
Pihak majlis mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran tuan-
tuan ke TAKLIMAT PENATARAN SISTEM PDPR KOLEJ VOKASIONAL BEAUFORT.
________________________________________________________________
Hadirin sekalian,
Bagi menambah keberkatan majlis kita pada petang ini, marilah kita sama-
sama mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Fared bi Rajab. Majlis
mempersilakan.
…………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………….

Amin amin ya rabbal alamin.


Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Farid atas bacaan doa sebentar tadi.
…………………………………………………………………………………………………………………………
Hadirin sekalian,
Sebagai pembuka tirai sesi taklimat pada petang ini, majlis dengan ini
menjemput En Abdul Hafidz bin Pg Adnan, Pengarah Kolej Vokasional Beaufort
untuk menyampaikan ucapan aluan.
Terima kasih diucapkan kepada En Abdul Hafidz bin Pg Adnan atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.
…………………………………………………………………………………………………………………………
Hadirin yang dimuliakan,
Sebelum kita teruskan majlis, sebelum taklimat dimulakan, suka saya
membacakan biodata penceramah kita pada hari ini.
1. Nama diberi Puan Norimah Edeh
2. Beliau merupakan anak kelahiran Beaufort, Sabah
3. Tempoh perkhidmatan beliau ialah selama 28 tahun.
4. Dimana beliau telah mula berkhidmat di SK Gas, Sandakan selama 5-6
tahun.
5. beliau meneruskan perkhidmatan sebagai penjawat awam di SJKC KUNG
MIN, Beaufort selama 2-3 tahun sebelum seterusnya berkhidmat di SK
KLIAS BARU selama 8 tahun.
6. Kemudian beliau bertugas di SK Pintas, beaufort selama 3 tahun dan
akhirnya bertugas di PPD beufort dari tahun 2013 sehingga sekarang.
7. Beliau mempunyai kepakaran mengajar untuk pengajian melayu dan
Matematik.
8. Beliau sememangnya arif dan berpengetahuan luas dalam bidang
pendidikan.
Tanpa membuang masa, majlis kini diteruskan dengan Taklimat Penataran
Sistem PdPR yang akan disampaikan oleh Puan Norimah Edeh, Pegawai meja
SPDPR PPD Beaufort. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Norimah di atas penyampaian taklimat
beliau sebentar tadi. Oleh itu, sesi soal jawab dibuka kepada mana-mana
pensyarah yang ingin bertanya soalan kepada Puan Norimah berkaitan SPdPR.
Rakan-rakan juga boleh menaip di ruangan ‘chat’ jika ingin bertanya soalan
kepada Puan Norimah.
…………………………………………………………………………………………………………………………
Hadirin yang budiman, sekali lagi majlis merakamkan ucapan ribuan terima
kasih kepada penceramah kita, Puan Norimah Edeh atas segala ilmu yang telah
dikongsikan sepanjang sesi taklimat kita pada petang ini. Diharapkan semua
rakan dapat memanfaatkan ilmu tersebut dengan sebaiknya.
Ucapan salam pengakhir kata,
Segala yang ada dikongsi bersama,
Apa yang kurang maaf dipinta,
sudilah berkunjung di lain masa.

Majlis pada petang ini telah sampai ke penghujungnya.Saya bagi pihak majlis
ingin memohon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan semasa
mengendalikan majlis ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak
yang telah menjayakan dan memeriahkan majlis kita pada petang ini.
Tirai majlis saya tutup dengan wabillahitaufiqwalhidayah, wassalamualaikum
warahmatullah hiwabarakatuh.
Sekian terima kasih.

You might also like