Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MESYUARAT AJK PIBG SK GITA SESI 2022/ 2023

MESYUARAT BIL 2/2022


TARIKH : TEMPAT : MASA :
20/8/2022 ( SABTU) BILIK GERAKAN PANITIA 8.30 PAGI - 12.30 PTG

HADIR BERSEMUKA

JAWATAN NAMA POSISI


PENASIHAT JAMAIN BIN SARAPA GURU
YDP OTHMAN BIN SAJILI IBU BAPA
NYDP HAZELINA BINTI MOKTI IBU BAPA
PENGERUSI TETAP DAYANG ALIZA BINTI AWANG PUTRA GURU
SETIAUSAHA WAN NORASIAH BINTI WAN ISMAIL GURU
N. SETIAUSAHA NAZATUL NAJWA ABDULLAH GURU
AJK PIBG ZAID MAHER BIN KHIREL AZMAN GURU
AJK PIBG ROKIAH BINTI ALLI GURU
AJK PIBG RUZAMAN BIN RUSDI GURU
AJK PIBG NURAZALIA MOHAMAD ALI IBU BAPA
AJK PIBG EFFA RINNY OCTAVIA BINTI PAIDIN IBU BAPA
AJK PIBG SA’IDAH BINTI JUNAIDI IBU BAPA

TIDAK HADIR
BENDAHARI SALMIAH BINTI RAJANI GURU URUSAN KELUARGA
N. BENDAHARI SITI BAIZURA BINTI MUHAMAD SARIP GURU TIADA SEBAB
AJK PIBG SURAYA BINTI AMIN GURU SAKIT
AJK PIBG DAYANG NUR SALMA DHARMILA BINTI GURU CUTI BERSALIN
AWANG SALLEH
AJK PIBG ANIZAH BINTI WAHAB GURU URUSAN KELUARGA
AJK PIBG HAPNI BIN OJEN GURU TIADA SEBAB
AJK PIBG SAINI BIN MERIKAN IBU BAPA URUSAN LUAR
AJK PIBG JAITON BINTI JALANI IBU BAPA URUSAN LUAR
AJK PIBG APAN BIN BABAI IBU BAPA URUSAN LUAR
AJK PIBG FARRAH WAHIDA BINTI WAHID IBU BAPA URUSAN LUAR

Agenda Mesyuarat :
1. Ucapan Alu-aluan
- Pengerusi Tetap
- YDP
- Penasihat
2. Pembentangan Minit Mesyuarat Bil 1
3. Perbincangan / Laporan / Pembentangan
- Jogathon
- Jualan Hari Sukan
- Perancangan setiap Biro
4. Hal-hal lain
5. Penangguhan Mesyuarat
AGENDA 1 : UCAPAN ALU ALUAN

I)Pengerusi Tetap :

Pengerusi Tetap, Pn Dyg Aliza mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua AJK PIBG sesi 2022 /
2023 yang memberikan komitman yang sangat tinggi dalam organisasi ini.

Ii) YDP

YDP mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan komitmen semua AJK walaupun kehadiran
mesyuarat AJK ini tanpa elaun diberikan, namun semua AJK tetap memberikan kerjasama yang
terbaik.

Iii) PENASIHAT PIBG / GB

Penasihat merakamkan terima kasih atas komitmen semua AJK sebelum ini. Hari ini kehadiran
kurang memberangsangkan. Susulan itu, beliau mencadangkan agar disediakan 3 tarikh cadangan
mesyuarat dan survey kehadiran ahli. Kehadiran exco kalangan guru akan dinilai sebagai
keberhasilan guru. Beliau menyarankan agar ditanya kepada JPNS tentang program besar yang
memerlukan pencerahan tentang minit di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

AGENDA 2 : PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT BIL 1

Cadangan pengesahan : Nazatul Najwa Abdullah

Menyokong Pengesahan : Rokiah binti Alli

2.1 : Perkara berbangkit dari minit mesyuarat

Perkara 6.1 : Poster Organisasi PIBG

Exco Kebajikan Pn Nur azalia menjelaskan ada beberapa orang AJK belum memberikan gambar.
Design dah siap dan akan diserahkan kepada Us Zaid.

Perkara 6.2 : Kerusi di dewan

Pengerusi Tetap memaklumkan, Alhamdulillah sudah ada individu yang menyumbang 100 kerusi
kepada sekolah.

6.5 Baju Korporat / Baju T

Budget persendirian daripada AJK sendiri. Pengerusi Tetap mencadangkan agar dibuat survey harga.

6.6 Majlis Anugerah Cemerlang


Pengerusi Tetap menyatakan,peringkat sekolah sudah menetapkan tarikh 15 Februari 2022 untuk
Hari Anugerah Cemerlang. Ujian Sumatif anggaran tarikh pertengahan Januari.

6.7 Murid ziarah cakna diberikan pengiktirafan

Penasihat memaklumkan bahawa PK HEM, Pn Suraya dan Pn Samsiah ada membuat ziarah cakna ke
rumah murid tidak hadir tetapi tiada perubahan dari sudut kehadiran mereka.

Kehadiran muird sekolah adalah di bawah 80% sedangkan target sekolah adalah 85%.

AGENDA 3 : PERBINCANGAN / PEMBENTANGAN / LAPORAN

3.1 : Jogathon

Pembentangan daripada Exco Sukan dan Rekreasi - Pn Hazelina

Rujuk Slide yang dilampirkan.

Perbincangan berdasarkan slide yang dibentangkan.

1. Objektif khusus

2. Kategori larian

3. Kaedah Pelaksanaan

4. Jawatankuasa

5. Tarikh cadangan : 14 /1/ 2023 dan 20/1/2023

3.2 : Laporan Jualan Hari Sukan

Pn Rokiah memaklumkan bahawa :

Modal : RM600.00

Keuntungan : RM630.20

Diserahkan semula kepada YDP : RM1230.20 dalam mesyuarat 1

3.3 : Laporan / Perancangan Biro

3.3.1 - Biro Akademik - Pn Effa Rinny memaklumkan perancangan bagi Biro Akademik adalah seperti
berikut :

- Program bagi tahun 1 dan tahun 2 - Program Seronok ke Sekolah

- Tahun 3 - Saya OK

- Tahun 4 - Program Berkaitan minat dan potensi murid

- Tahun 5 - Gilapan Permata Gita / Saringan Minda Sihat /


- Tahun 6 - Serlahkan Permata.

Dapatan dibuat hasil daripada Saringan Minda Sihat yang diadakan diperingkat sekolah oleh Unit
Kaunseling yang lepas.

Penasihat dan Pengerusi Tetap meminta Exco Akademik sendiri untuk memberikan perkongsian
kepada guru-guru dan ibu bapa atas nama PIBG.

Melibatkan juga wakil-wakil KSIB.

3.3.2 : Exco Kebajikan

1. Carta Organisasi PIBG akan diserahkan templete kepada Us Zaid minggu hadapan untuk
dimurnikan.

2. Baju korporat akan diusahakan dalam masa terdekat.

3. Program mencegah kebakaran dan keselamatan ( Fire drill) akan bekerjasama dengan pihak
sekolah pada masa akan datang.

3.3.3 : Exco Hal Ehwal Korporat - Pn Saidah

1. Mencadangkan dibuat buletin PIBG SK Gita.

Akan dibincangkan bersama dengan Cikgu Suraya

3.3.4 : Exco Alumni - Pn Dyg Aliza

- Aktiviti terkini ialah untuk persaraan Cg Haidi pada 30/11/2022 nanti di Dewan SK Gita

AGENDA 4 : HAL-HAL LAIN

4.1 Pengerusi Tetap memaklumkan bahawa PK HEM akan bersara pada hujung bulan ini. Dua aktiviti
dibuat

1. Majlis persaraan di sekolah pada 30/ 11/ 2022

2. Majlis makan malam di Waterfront Hotel pada 4/11/2022 dengan bayaran RM90 perhead.

Makluman : Semua Exco PIBG

4.2 Penasihat menjemput semua AJK PIBG ke majlis 9/12/2022 malam di Dewan SK Gita. Guru-guru
akan buat “pot luck”. Akan dijemput juga pihak PPD

Makluman : Semua Exco PIBG


AGENDA 7 : PENANGGUHAN MESYUARAT

Pengerusi Tetap sekali mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua. Mesyuarat ditamatkan
pada jam 12.30 petang.

Tarikh Mesyuarat Bil 3 nanti ditetapkan pada 10/12/2022 ( Sabtu ) jam 8.30 pagi.

Disediakan oleh: Disemak oleh :

WAN NORASIAH BINTI WAN ISMAIL OTHMAN BIN SAJILI

SETIAUSAHA KEHORMAT PIBG SK GITA YANG DIPERTUA PIBG SK GITA

You might also like