Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Usaha membangunkan modal insan berkualiti mendatangkan manfaat tertentu dan sikap

modal insan itu sendiri telah menjejaskan usaha tersebut . Terdapat manfaat dan sikap modal
insan yang menjejaskan usaha membangunkannya .
Membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi ialah antara manfaat membangunkan modal
insan berkualiti . Hal ini kerana modal insan berkualaiti tinggi dapat membantu mempelbagai
dan mengembangkan ekonomi negara . Jika terdapat penglibatan modal insan dalam pelbagai
bidang ekonomi , ia dapat merancakkan aktiviti pengeluaran industri , pelaburan dan
perdagangan . Kesannya , pelabur tempatan dan luar negara lebih yakin untuk membuat
pelaburan di negara ini . Jelaslah bahawa antara manfaat membangunkan modal insan
berkualiti ialah membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi .
Mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan dalam negara ialah antara manfaat
membangunkan modal insan berkualiti . Hal ini kerana hidup secara harmoni dan bersatu
padu walaupun berbilang kaum dapat miningkatkan sikap toleransi dan saling menghormati
antara satu sama lain . Jika kita sentiasa menjauhkan diri daripada melakukan tindakan yang
boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan negara , kita semua akan hidup aman dan
harmoni . Kesannya , kita boleh duduk bersama tanpa ada rasa perbezaan dan perasaan curiga
antara kaum . Jelaslah bahawa antara manfaat membangunkan modal insan berkualiti ialah
mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan dalam negara .
Kurang jati diri dan semangat kenegaraan ialah antara sikap modal insan yang menjejaskan
usaha membangunkannya . Hal ini kerana lebih mengutamakan kepentingan diri berbanding
dengan kepentingan negara . Kurang jati diri dan semangat kenegaraan akan menyebabkan
mudah terpengaruh dengan budaya dari luar dan unsur – unsur yang lebih memecahkan
negara . Kesannya ia akan mudah menggadaikan semua yang dipertahankan nenek moyong
mereka kepada musuh negara . Jelaslah bahawa antara sikap modal insan yang menjejaskan
usaha membangunkannya ialah kurang jati diri dan semangat kenegaraan .
Terlibat dalam gejala sosial ialah antara sikap modal insan yang menjejaskan usaha
membangunkannya . Hal ini kerana keruntuhan moral modal insan terutamanya golongan
remaja semakin meningkat . Terlibat dalam gejala sosial seperti mudah terikut – ikut dengan
gaya berpakaian , pergaulan bebas , aktiviti lain yang mendorong gejala sosial yang serius .
Tidak mengamalkan gaya hidup sihat adalah kesan terlibat dalam gejala sosial . Jelaslah
bahawa antara sikap modal insan yang menjejaskan usaha membangunkannya ialah terlibat
dalam gejala sosial .
Kurang kecintaan terhadap ilmu adalah antara sikap modal insan yang menjejaskan usaha
membangunkannya . Hal ini kerana kurang minat untuk menuntut ilmu dan membaca
menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelbagai perkara . Jika hanya membaca buku untuk
peperiksaan semata – mata dan dihadkan kepada perkara yang berkaitan subjek yang di ambil
ia akan mendatangkan kesannya . Kesannya mereka menganggap pembacaan yang luar
daripada subjek dan bidang mereka tidak penting dan tidak perlu di baca . Jelaslah bahawa
antara sikap modal insan yang menjejaskan usaha membangunkannya ialah kurang kecintaan
terhadap ilmu .
Kesimpulannya , menzahirkan seorang modal insan yang berkualiti memerlukan satu usaha
yang cukup bersepadu daripada semua pihak . Bagi melahirkan seorang rakyat yang
mempunyai ciri – ciri modal insan yang berkualiti , Tanggungjawab tersebut tidak hanya
boleh dilepaskan kepada pihak kerajaan sahaja .

You might also like