Log Pementoran

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU 2.

0
LOG PEMENTORAN

BULAN/TAHUN : DISEMBER/2022 BIL. PERTEMUAN : 9


TARIKH : 2 DISEMBER 2022/JUMAAT/9.00AM – 10.00AM

AKTIVITI

Penerangan mengenai pentadbiran dan pengurusan sekolah dalam pelbagai bidang tugas
mengikut jawatankuasa sekolah.

ISU/PERBINCANGAN

Pengetua dan PK1 menerangkan fungsi dan peranan setiap bidang tugas dalam senarai
jawatankuasa sekolah mengikut unit, iaitu, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum.
Selain itu, dalam setiap bidang tugas yang dikendalikan oleh setiap ahli jawatankuasa
hendaklah mengikut polisi dan peraturan sekolah yang telah ditetapkan agar tugas yang
diamanahkan dikendalikan dengan penuh integriti dan cekap. Polisi dan peraturan
sekolah diterangkan satu per satu oleh PK1 selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan.

ULASAN
Saya memahami serba sedikit mengenai peranan setiap tugasan yang dikendalikan oleh
setiap ahli jawatankuasa serta termasuk dengan peraturan sekolah yang ditetapkan
supaya amanah yang dipertanggungjawabkan dilaksanakan dengan baik.

*Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


________________________ _________________________

(NURUL SAMIZA BINTI ABANG) (TIONG SIEW HOON)

TARIKH : TARIKH :
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU 2.0
LOG PEMENTORAN

BULAN/TAHUN : DISEMBER/2022 BIL. PERTEMUAN : 10


TARIKH : 2 DISEMBER 2022/JUMAAT/11.00AM – 11.30AM

AKTIVITI

 Mentor memberi penjelasan mengenai penggunaan kemudahan prasarana di


sekolah
 Mentor menerangkan pengurusan prosedur dan kewangan sekolah
 Mentor menerangkan pengurusan Headcount

ISU/PERBINCANGAN

Isu mengenai penggunaan kemudahan prasarana sekolah telah diterangkan oleh mentor
di mana kemudahan prasarana sekolah boleh digunakan dengan menempah dan
memaklumkan kepada guru khas yang dipertanggungjawabkan menjaga kemudahan
tersebut dengan berjanji menjaga harta benda sekolah dengan baik. Selain itu, mentor
juga menjelaskan bahawa pengurusan prosedur dan kewangan sekolah tidak boleh
dilakukan secara personal dan hanya boleh merujuk kepada ketua panitia sekiranya ingin
mencadangkan pembelian sesuatu bahan pdpc. Manakala untuk pengurusan headcount
hendaklah dilakukan atas dasar perbincangan bersama ketua panitia masing-masing.

ULASAN
Saya telah mengetahui cara yang betul dalam penggunaan kemudahan prasarana
sekolah serta mengetahui serba sedikit tentang pengurusan kewangan sekolah dan juga
pengurusan Headcount dilakukan bersama Ketua Panitia.

*Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


________________________ _________________________

(NURUL SAMIZA BINTI ABANG) (TIONG SIEW HOON)

TARIKH : TARIKH :
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU 2.0
LOG PEMENTORAN

BULAN/TAHUN : DISEMBER/2022 BIL. PERTEMUAN : 11


TARIKH : 7 DISEMBER 2022/RABU/11.00AM – 11.30AM

AKTIVITI

Penerangan mengenai pengurusan data dan maklumat murid di sekolah

ISU/PERBINCANGAN

Mentor telah memberi sedikit penerangan mengenai bidang tugas Guru Data di sekolah
yang mengendalikan amanah dalam pengurusan data dan maklumat murid di sekolah
serta mengemaskini data enrolmen murid dari semasa ke semasa. Selain itu, peranan
Guru Data juga merekod kehadiran para guru setiap hari persekolahan.

ULASAN
Saya memahami serba sedikit mengenai peranan dan bidang tugas Guru Data yang
mempunyai tanggungjawab yang amat berat.

*Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


________________________ _________________________

(NURUL SAMIZA BINTI ABANG) (TIONG SIEW HOON)

TARIKH : TARIKH :
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU 2.0
LOG PEMENTORAN

BULAN/TAHUN : DISEMBER/2022 BIL. PERTEMUAN : 12


TARIKH : 7 DISEMBER 2022/RABU/11.30AM – 12.00PM

AKTIVITI

 Penerangan mengenai pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)


 Penerangan mengenai Organisasi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta
penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK)
 Peranan KPM,JPN dan PPD

ISU/PERBINCANGAN

Mentor telah memberi sedikit penerangan mengenai bidang tugas Guru ICT atau Guru
Penyelaras Bestari dalam mengendalikan pengurusan ICT serta Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) di sekolah di mana sekolah mempunyai makmal komputer untuk
kegunaan warga sekolah dan juga murid yang mengambil subjek Sains Komputer.Selain
itu, mentor menyentuh sedikit tentang organisasi PIBG dan PIBK di sekolah di mana guru-
guru bekerjasama dengan ibu bapa dalam segala hal persekolahan anak-anak.
Tambahan pula, mentor mengulas sedikit peranan utama pihak KPM, JPN dan PPD
dalam pengoperasian sekolah.

ULASAN
Saya memahami serba sedikit mengenai peranan dan bidang tugas Guru ICT atau Guru
Penyelaras Bestari yang mempunyai tanggungjawab yang amat berat. Saya juga
mengetahui sedikit penerangan mengenai fungsi organisasi PIBG dan PIBK serta
peranan KPM, JPN dan PPD dalam pengoperasian sekolah.

*Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


________________________ _________________________

(NURUL SAMIZA BINTI ABANG) (TIONG SIEW HOON)

TARIKH : TARIKH :
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU 2.0
LOG PEMENTORAN

BULAN/TAHUN : DISEMBER/2022 BIL. PERTEMUAN : 13


TARIKH : 12 DISEMBER 2022/ISNIN/9.00AM – 9.30AM

AKTIVITI

 Pemberitahuan mengenai Pekeliling Perkhidmatan Awam yang merangkumi


Perintah-Perintah Am Bab A hingga Bab G.
 Penjelasan tentang Pekeliling Perbendaharaan
ISU/PERBINCANGAN

Mentor mengulas sedikit mengenai Pekeliling Perkhidmatan Awam yang merangkumi


Perintah Am Bab A yang mengulas tentang isu pelantikan perjawatan awam selepas
ditemuduga. Perintah Am Bab B menyentuh tentang isu elaun penjawat awam. Perintah
Am Bab C mengenai kelayakan cuti pihak penjawat awam. Perintah Am Bab D mengenai
peraturan dan tindakan tataterttib salah laku penjawat awam. Perintah Am Bab E
mengenai bangunan dan rumah kerajaan awam. Perintah Am Bab F mengenai perubatan
dan Perintah Am Bab G mengenai waktu bekerja dan lebih masa. Selain itu, mentor juga
menyentuh isu Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan dengan peruntukan kerajaan
dan kewangan di sekolah.

ULASAN
Saya memahami serba sedikit tujuan-tujuan utama setiap perintah-perintah Am dan juga
Pekeliling Perbendaharaan. Saya akan membuat sedikit kajian dan membaca buku-buku
tersebut.

*Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


________________________ _________________________

(NURUL SAMIZA BINTI ABANG) (TIONG SIEW HOON)

TARIKH : TARIKH :
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU 2.0
LOG PEMENTORAN

BULAN/TAHUN : DISEMBER/2022 BIL. PERTEMUAN : 14


TARIKH : 21 DISEMBER 2022/RABU/9.00AM – 9.30AM

AKTIVITI

 Pemberitahuan mengenai Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)


 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
 Pekeliling Ikhtisas dan Surat Siaran KPM
ISU/PERBINCANGAN

Mentor menjelaskan sedikit mengenai Akta Pendidikan 1996 yang bertujuan unttuk
memantapkan sistem pendidikan kebangsaan yang akan datang yang menekankan
bidang sains dan teknologi dalam pendidikan. Selain itu, mentor juga menyeru guru
baharu menjadi profesionalisme keguruan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang mempunyai nilai dan akhlak yang tinggi untuk membantu murid mendapatkan ilmu
pengetahuan dan melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, intelek dan jasmani.
Mentor juga mengulas sedikit mengenai surat pekeliling ikhtisas dan surat siaran KPM di
mana guru baharu hendaklah menjalankan amanah berpandukan surat pekeliling ikhtisas
dan surat siaran KPM.
ULASAN
Saya memahami tentang Akta Pendidikan 1996 dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
perlu dipupuk dalam jiwa seorang guru sehingga bersara.

*Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


________________________ _________________________

(NURUL SAMIZA BINTI ABANG) (TIONG SIEW HOON)

TARIKH : TARIKH :
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU 2.0
LOG PEMENTORAN

BULAN/TAHUN : DISEMBER/2022 BIL. PERTEMUAN : 15


TARIKH : 23 DISEMBER 2022/RABU/9.00AM – 9.30AM

AKTIVITI

 Perkongsian guru mentor mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


(PPPM) 2013 - 2025
 Perkongsian guru mentor mengenai Pelan Pembangunan Profesionalisme
Berterusan (PPPB)
 Perkongsian guru mentor mengenai Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PBPPP)
 Misi dan Visi KPM
ISU/PERBINCANGAN

Mentor membuat perkongsian mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang


mempunyai 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu dilaksanakan untuk mencapai
visi yang dihasratkan. Selain itu, mentor juga berkongsi bahawa Pelan Pembangunan
Profesionalisme Berterusan perlu dilaksanakan oleh seorang guru untuk meningkatkan
kemahiran diri setiap tahun dalam Latihan Dalam Perkhidmatan. Tambahan pula,
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan akan dinilai 2 kali dalam setahun
dan setiap guru hendaklah mencapai prestasi KPI yang telah ditetapkan. Guru mentor
juga menyeru guru-guru mentee untuk sentiasa ingat akan Misi dan Visi KPM.
ULASAN
Saya memahami tentang isu-isu yang telah dibincangkan dan saya akan membuatt sedikit
pembacaan untuk lebih memahami profesionalisme dan pekerjaan seorang guru.

*Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


________________________ _________________________

(NURUL SAMIZA BINTI ABANG) (TIONG SIEW HOON)

TARIKH : TARIKH :
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU 2.0
LOG PEMENTORAN

BULAN/TAHUN : DISEMBER/2022 BIL. PERTEMUAN : 16


TARIKH : 28 DISEMBER 2022/RABU/9.00AM – 9.30AM

AKTIVITI

Perkongsian guru mentor mengenai dasar KPM, iaitu memartabat Bahasa Melayu dan
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)

ISU/PERBINCANGAN

Mentor membuat perkongsian mengenai dasar tersebu di mana seorang guru harus fasih
dalam bahasa Melayu dan meningkatkan penguasaan dalam Bahasa Inggeris
terutamanya dalam subjek Sains dan Matematik yang menekankan kedua-dua bahasa
tersebut. Guru baharu perlu sedia terutamanya dalam opsyen Matematik untuk mengajar
subjek Matematik dalam Bahasa Inggeris. Guru baharu hendaklah membuat kajian sedikit
mengenai dasar KPM agar dapat membantu dalam pelaksanaan pdpc di dalam bilik
darjah.
ULASAN
Saya memahami tentang isu-isu yang telah dibincangkan dan saya akan membuat sedikit
pembacaan untuk lebih memahami profesionalisme dan pekerjaan seorang guru.

*Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


________________________ _________________________

(NURUL SAMIZA BINTI ABANG) (TIONG SIEW HOON)

TARIKH : TARIKH :

You might also like