Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Isi Kandungan

1.0 PENGENALAN...................................................................................................................2

2.0 SEJARAH PENUBUHAN...................................................................................................2

3.0 KAEDAH DAN PROSES PENUBUHAN............................................................................3

4.0 AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN YANG DIAMALKAN....................................................3

5.0 PERBANDINGAN PERKHIDMATAN................................................................................5

6.0 STRATEGI MENJANA KEWANGAN................................................................................5

7.0 ISU-ISU BERBANGKIT......................................................................................................7

8.0 ANALISIS SWOT...............................................................................................................7

9.0 KESIMPULAN..................................................................................................................10

RUJUKAN...................................................................................................................................11

1
1.0 PENGENALAN
Persatuan didefinisikan sebagai anggota yang pakar atau mahir dan mempunyai
pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu bidang (Kamus Dewan Edisi Keempat).
Persatuan wujud dalam pelbagai komuniti di Malaysia. Setiap persatuan akan
menyediakan satu perancangan secara tahunan bagi menjalankan aktiviti dan ianya
pasti melibatkan duit. Oleh itu, pengumpulan dana adalah perlu dan penting. Maka,
pengasas persatuan haruslah memastikan pengumpulan dana itu berjalan dengan
lancar. Salah satu cara untuk mendapatkan sumber kewangan dalam sesuatu kelab
adalah melalui kutipan yuran tahunan melalui ahli di dalam persatuan tersebut. Cara ini
banyak diguna pakai oleh pelbagai kelab bagi memastikan dana kelab dan persatuan
sentiasa mencukupi bagi menjalankan aktiviti. Selain daripada itu, terdapat juga
beberapa cara lain yang boleh digunakan seperti kutipan derma, hasil jualan, dan
sumbangan dari pihak luar.

2.0 SEJARAH PENUBUHAN

Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-Kura dan Penyu Malaysia (Turtle


Conservation Society of Malaysa) ialah sebuah persatuan yang berpusat di Kuala
Terengganu, Terengganu. Persatuan ini yang berdaftar melalui nombor rujukan PPM-
001-11-10062011 merupakan persatuan di peringkat kebangsaan dan ianya diasaskan
oleh beberapa orang penting, antaranya ialah Tan Sri Dr. Salleh Mohd. Nor, Dr. Chan
Eng Heng, Dr. Chen Pelf Nyok, Lim Puay Aun, dan Wee Seng Whatt. Persatuan ini
ditubuhkan pada Oktober 2011 bertujuan untuk membawa perubahan dan pemulihan
kepada kepupusan populasi liar penyu di Malaysia melalui kerjasama dari pelbagai
organisasi, individu, dan komuniti tempatan melalui aktiviti dan programnya yang
tersendiri. Justeru, Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-Kura dan Penyu Malaysia
(TCS) adalah organisasi bukan untung yang pertama di Malaysia yang memulihkan

2
semula populasi kura-kura dan penyu air tawar di negara ini. Ini dilakukan melalui
penyelidikan, pemuliharaan, pemulihan, pendidikan, dan jangkauan awam.

3.0 KAEDAH DAN PROSES PENUBUHAN


Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-Kura dan Penyu Malaysia (TCS) yang
berpusat di Kuala Terengganu, Terengganu ditubuhkan pada tahun 2011 untuk
memulihkan populasi liar penyu di Malaysia. Ini dicapai melalui perkongsian dengan
organisasi, individu, dan komuniti tempatan melalui program sendiri. Persatuan ini
ditubuhkan atas kesedaran perlunya mengambil tindakan segera untuk mengelakkan
kepupusan. Oleh itu, pada tahun 2011 dengan kerjasama Tan Sri Dr. Salleh Mohd. Nor,
Dr. Chan Eng Heng, Dr. Chen Pelf Nyok, Lim Puay Aun, dan Wee Seng Whatt,
persatuan ini telah ditubuhkan. Sebelum ini, pemuliharaan tuntung di negeri Terengganu
telah digerakkan oleh para pencinta alam dan hidupan liar sejak 2004 melalui program
perintis di Sungai Setiu dan berjaya mencatatkan perkembangan awal yang dianggap
memberangsangkan.
Namun begitu, kelompok kecil mereka yang berperanan dengan penuh dedikasi
melalui Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-Kura dan Penyu Malaysia telah
menamatkan aktiviti di Setiu. Oleh itu, bagi mengembangkan peranan mereka pada
tahun 2011, salah satu pengasas persatuan ini iaitu Dr. Chen Pelf Nyok atau lebih
selesa dipanggil Mek Tuntung telah memainkan peranan dalam menubuhkan sebuah
persatuan secara sendiri bagi meneruskan usaha murninya iaitu memulihkan populasi
penyu di Malaysia. Dengan itu, lahirlah Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-Kura
dan Penyu Malaysia. Kini, persatuan ini diiktiraf sebagai sebuah persatuan bertaraf
kebangsaan di Malaysia.

4.0 AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN YANG DIAMALKAN


Sepanjang penubuhan persatuan ini sejak tahun 2011, pelbagai aktiviti telah
dijalankan sebagai usaha memulihara spesies penyu, tuntung dan kura-kura diMalaysia.
Kebanyakan kegiatan yang dijalankan banyak bertumpu di Terengganu memandangkan
mereka berpusat di Terengganu dan negeri tersebut sememangnya terkenal dengan
pelbagai spesies penyu.
Antara aktiviti tersebut termasuklah program kesedaran tentang penyu yang
dibahagikan kepadai lima siri bagi kempen tersebut. Ianya dijalankan kepada murid-
murid berusia 10 dan 11 tahun dengan harapan pendedahan awal ini dapat
meningkatkan kesedaran mereka pada masa akan datang. Selain itu, mereka turut

3
menjalankan aktiviti pemuliharaan tuntung dengan melibatkan orang tempatan bagi
membantu mereka dalam usaha memastikan bilangan tuntung tersebut tidak
berkurangan. (Rujuk rajah di bawah) Program ini dijalankan di Sungai Setiu,
Terengganu. Pihak persatuan ini turut melepaskan tuntung di Sungai Setiu dan melihat
perkembangan mereka membiak di kawasan liar. Setelah lima tahun, usaha mereka
membuahkan hasil apabila tuntung yang dilepaskan berjaya membesar dan membiak di
kawasan tersebut.

Pihak persatuan ini turut mengedarkan poster-poster bagi menjayakan kempen


kesedaran tentang kepupusan haiwan-haiwan ini (Rujuk rajah di bawah). Poster ini
dihasilkan bagi lima siri program kempen kesedaran yang diadakan di sekolah-sekolah
yang terpilih di Kuala Terengganu. Namun begitu, pihak sekolah atau mana-mana pihak
yang ingin menggunakan poster ini perlu memohon penggunaan poster ini melalui
laman web persatuan ini. Poster yang dihasilkan termasuklah poster tentang cara-cara
untuk menyelamatkan tuntung dan penyu dan bahaya yang dihadapi oleh haiwan ini.

4
5.0 PERBANDINGAN PERKHIDMATAN
Pertubuhan Sahabat Alam Sekitar Malaysia (SAS) adalah sebuah pertubuhan
bukan kerajaan yang memperjuangkan kepentingan alam sekitar daripada ancaman
manusia dan arus pembangunan negara. Persamaan antara kedua-dua persatuan ini
adalah kedua-duanya merupakan persatuan yang bergiat aktif dalam aktiviti
menyelamatkan hidupan-hidupan liar terutamanya haiwan-haiwan yang dikategorikan
sebagai spesies terancam. Perbezaan pula dapat dilihat dari segi fungsi utama di mana
Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-Kura dan Penyu Malaysia (TCS) memulihara
haiwan seperti tuntung, kura-kura, dan penyu sahaja di Malaysia manakala Pertubuhan

5
Sahabat Alam Sekitar Malaysia (SAS) pula memelihara dan memulihara alam sekitar
serta hidupan-hidupan di laut dan di daratan di Malaysia.

6.0 STRATEGI MENJANA KEWANGAN


Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-Kura dan Penyu (TCS) ini mendapatkan
sumber kewangannya melalui pelbagai sumber, antaranya termasuklah derma yang
dijalankan melalui laman web rasmi persatuan ini. Menurut perlembagaan persatuan ini,
dana yang dikumpul adalah melalui bayaran yuran tahunan dan yuran pendaftaran.
Selain itu, dana juga dikumpul melalui sumbangan dari pihak luar dan hasil jualan dari
barang-barang cenderahati yang dijual terutamanya melalui laman web rasmi mereka
(Rujuk rajah di bawah). Bukan itu sahaja, mereka turut mendapatkan dana dan tajaan
dari pihak yang bekerjasama dengan pihak persatuan. Hal ini dapat dilihat melalui
beberapa projek yang telah dijalankan.

Salah satu projek tersebut ialah Projek Meningkatkan Bilangan Tuntung Sungai di
Terengganu, Malaysia. Fasa pertama projek ini dijalankan pada tahun 2010 bermula
dari bulan Januari sehingga hujung Disember 2010. Fasa seterusnya merupakan fasa
pemerhatian dan pengumpulan data tuntung yang dilepaskan di sungai berkenaan.
Dana utama bagi projek ini datang daripada United States Fish and Wildlife Service.
Selain itu, Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-Kura dan Penyu ini turut
mendapatkan dana daripada Turtle Conservation Fund (TCF) dan Turtle Survival
Alliance (TSA). Pada tahun kedua dan ketiga projek ini dijalankan, kebanyakan
sumbangan diperoleh dari Mohamed bin Zayed Species Conservation Fund dan Turtle

6
Conservation Fund. Pada tahun keempat projek ini dilaksanakan iaitu pada tahun 2014,
dana diperoleh dari CIMB Foundation yang menaja keperluan projek sepanjang tahun
tersebut.
Dengan adanya bantuan daripada syarikat luar, persatuan luar, dan peruntukan
yang diperolehi dari dana persatuan terbabit, aktiviti-aktiviti tersebut dapat dijalankan
dengan lancar sepanjang tujuh tahun. Penyelidikan tersebut dilaksanakan bermula dari
tahun 2010 sehinga 2016 serta membuahkan hasil yang memberangsangkan (Rujuk
rajah di bawah). Dalam perlembagaan Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-Kura dan
Penyu Malaysia, ada dinyatakan tentang penggunaan wang dana dari persatuan
tersebut dan dinyatakan bahawa penggunaan wang persatuan tidak boleh melebihi RM
10,000 sehingga RM 15,000 dalam jangka masa yang pendek.

Menurut Dr. Chan Pelf Nyok, dengan adanya tajaan, dana, dan sumbangan dari
pihak luar, projek memulihara tuntung ini dapat dijalankan dengan lancar tanpa
sebarang masalah yang mengganggu projek tersebut sepanjang tempoh tujuh tahun
pelaksanaannya. Tajaan yang diberikan bukan sahaja dalam bentuk wang malah
sumbangan mikrocip turut diperolehi oleh pihak persatuan secara tidak langsung
mengurangkan kos yang perlu ditanggung oleh pihak persatuan sepanjang tujuh tahun
projek ini dilaksanakan.

7.0 ISU-ISU BERBANGKIT


Menurut Pengarah Eksekutif Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-Kura dan
Penyu Malaysia Dr. Chan Pelf Nyok, meskipun persatuan tersebut mendapat bantuan
dana yang mencukupi untuk menjayakan aktiviti-aktiviti berikut. Terdapat juga beberapa
kekangan lain yang membuktikan bahawa pengurusan kewangan merupakan aspek

7
yang paling penting dalam usaha memastikan sebuah persatuan dapat meneruskan
usaha pemuliharaan haiwan-haiwan ini. Tambahan pula, pada zaman kegawatan
ekonomi kini, persatuan ini tidak dapat melakukan aktiviti yang berkos tinggi, sebaliknya
mereka hanya menumpukan kepada aktiviti dan program yang melibatkan kos yang
tidak terlampau membebankan seperti kempen kesedaran, seminar dan sebagainya.
Namun begitu, usaha berterusan masih dijalankan oleh persatuan ini dengan membantu
serta bekerjasama dengan pihak-pihak luar.

8.0 ANALISIS SWOT


8.1 KEKUATAN

Kekuatan dapat dikenal pasti dalam aspek pengumpulan kewangan untuk


kegunaan persatuan. Disebabkan persatuan ini merupakan persatuan yang melibatkan
kerajaan negeri dan usaha-usaha yang dijalankan amat selari dengan hasrat kerajaan
negeri Terengganu, maka persatuan ini memperoleh pelbagai bantuan daripada pihak-
pihak luar. Contohnya, seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, dana utama bagi
projek tersebut datang daripada United States Fish and Wildlife Service. Selain itu,
Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-Kura dan Penyu Malaysia ini turut mendapat
dana daripada Turtle Conservation Fund (TCF) dan Turtle Survival Alliance (TSA). Pada
tahun kedua dan ketiga projek ini dijalankan, kebanyakan sumbangan diperoleh dari
Mohamed bin Zayed Species Conservation Fund dan Turtle Conservation Fund. Pada
tahun keempat projek ini iaitu pada tahun 2014, dana dieroleh dari CIMB Foundation
yang menaja keperluan projek sepanjang tahun tersebut. Oleh itu, ini merupakan
kekuatan utama mereka dalam menguruskan kewangan persatuan.

8.2 KELEMAHAN

Kelemahan yang dapat dikenal pasti dalam persatuan ini adalah kelemahan dalam
menguruskan penjanaan kewangan walaupun mendapat penajaan yang banyak
daripada pelbagai pihak. Hal ini demikian kerana, dana yang diberikan tersebut perlulah
digunakan untuk jangka masa yang panjang. Tambahan pula, dalam perlembagaan
Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-Kura dan Penyu Malaysia, ada dinyatakan
tentang penggunaan wang dana dari persatuan tersebut dan dinyatakan bahawa
penggunaan wang persatuan tidak boleh melebihi RM10,000 sehingga RM15,000 dalam
jangka masa yang pendek. Dengan kelemahan ini, ia sedikit sebanyak mengganggu
persatuan untuk menjana kewangan dengan lebih banyak terutamanya bagi tenaga

8
kerja. Dana juga tidak dapat dijanakan sekiranya ada pihak yang masih tidak
mempunyai kesedaran akan haiwan-haiwan tersebut.

8.3 PELUANG

Terdapat banyak peluang yang telah digunakan oleh persatuan ini bagi
memaksimumkan penjanaan kewangan mereka. Mereka mungkin boleh mengadakan
bengkel berbayar tentang pemuliharaan tuntung, kura-kura dan penyu. Dengan cara ini,
ia sedikit sebanyak dapat memberikan nilai tambah untuk kewangan persatuan. Selain
itu, persatuan ini juga boleh mencipta koperasi yang menjual pelbagai keperluan,
cenderamata yang berkaitan dengan persatuan tersebut dan memasarkannya kepada
orang ramai mahupun pelancong yang datang. Dengan hasil penjualan cenderamata
tersebut, ia akan memberikan keuntungan yang berterusan kepada persatuan tersebut.
Misalnya, cenderamata tersebut perlulah mempunyai tema seperti baju dan key chain
yang bertemakan penyu. Dengan wujudnya koperasi ini, ia akan menarik ramai pelabur
yang ingin berkongsi saham dengan koperasi pertubuhan tersebut. Oleh itu, lama-
kelamaan ia akan dapat menjana kewangan dalam skala yang besar dan dalam tempoh
yang lama.

8.4 ANCAMAN

Ancaman yang diterima adalah penggunaan wang persatuan tidak boleh melebihi
RM10,000 sehingga RM15,000 dalam jangka masa yang pendek. Disebabkan
kelemahan ini, ancaman persatuan untuk menjalankan seminar dan aktiviti yang
berskala besar bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk menjalankan sesuatu aktiviti
tersebut akan berkurang. Tambahan pula, orang luar juga tidak sanggup membayar
untuk menyertai bengkel aktiviti yang dianjurkan kerana beranggapan program tersebut
tidak bersifat eksklusif dan hanya berskala kecil. Apabila kekurangan dana untuk
menjalankan program atau aktiviti yang menarik, persatuan ini juga akan sukar untuk
mengumpul dana daripada pengunjung dan peserta semasa sesuatu bengkel diadakan.

8.5 CADANGAN

Antara cadangan yang sesuai bagi menambah baik kewangan persatuan ini adalah
mempelbagaikan lagi cara jualan serta produk jualan oleh persatuan. Dengan
melaksanakan kepelbagaian ini, pembeli-pembeli akan lebih tertarik untuk membeli
kerana terdapat banyak pilihan. Selain itu, pihak persatuan juga boleh mengadakan

9
kempen, diikuti seminar permulaan secara percuma, dan akhirnya bengkel bagi
mendedahkan orang luar kepada persatuan tesebut. Seterusnya, para peserta yang
berminat perlu membayar untuk menyertai program yang akan datang. Dengan cara ini,
ia sedikit sebanyak akan menarik minat murid-murid dahulu dan seterusnya mereka
akan berasa teruja untuk menyertai bengkel seterusnya dan membayar yuran yang
dikenakan. Cadangan yang terakhir adalah menarik lebih ramai pelabur dan juga
penajaan dari pelbagai pihak termasuklah kerajaan negeri. Hal ini demikin kerana,
persatuan ini memulihara satu ikon bagi negeri tersebut iaitu Terengganu. Ini amat
diperlukan bagi menarik perhatian pelancong dari luar negara untuk datang ke Malaysia
untuk belajar cara memulihara tuntung, penyu dan kura-kura.

9.0 KESIMPULAN
Pengumpulan dana serta pengurusan kewangan merupakan satu elemen yang
penting bagi memastikan kelancaran persatuan tersebut. Tanpa pengurusan kewangan
yang baik, persatuan tersebut tidak akan dapat melaksanakan sebarang aktiviti tahunan
yang telah dirancang dan secara tidak langsung membawa kepada kelumpuhan sistem
persatuan tersebut. Berdasarkan kajian, dapat dilihat bahawa persatuan tersebut
mempelbagaikan cara untuk menjana sumber kewangan. Dapat disimpulkan disini
bahawa setiap persatuan perlulah bertindak proaktif dan bijak dalam mengukuhkan
sumber kewangan sesebuah kelab dan persatuan mengikut perlembagaan persatuan
yang ditetapkan.

10
Rujukan
Kamus Dewan. (2005). Kamus dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Mohd Syukri Ibrahim. (2019, April 23). Mek Tuntung tekad selamatkan batagur baska. Malaysia
Aktif. Muat turun daripada https://malaysiaaktif.my/54463.

Pertubuhan Sahabat Alam Sekitar Malaysia (SAS). (n.d.). Pertubuhan sahabat alam sekitar
Malaysia (SAS). NGOhub. Muat turun daripada
https://www.ngohub.asia/organizations/pertubuhan-sahabat-alam-sekitar-malaysia-sas.

Raiham Mohd Sanusi. (2019, Januari 15). Penggunaan taut ancam tuntung. Sinar Harian. Muat
turun daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/7620/EDISI/Terengganu/Penggunaan-taut-
ancam-tuntung.

Turtle Conservation Fund. (n.d.). Turtle Conservation Fund RSS. Muat turun daripada
https://turtleconservationfund.org/.

Turtle Conservation Society of Malaysia. (2021, Julai 20). Turtle Conservation Society of
Malaysia. Muat turun daripada https://www.turtleconservationsociety.org.my/.

11

You might also like