Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MESEJ-MESEJ PERPADUAN

1. PERPADUAN DI HATI

DESKRIPSI
‘Kita hendaklah sentiasa berpandu kepada cita-cita membentuk satu negara di mana
rakyatnya dari pelbagai kaum dan golongan dapat dijalin dalam satu ikatan yang padu’

- Petikan kata-kata Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan (1970 – 1976)

Semua rakyat Malaysia seharusnya memelihara keharmonian dan kesejahteraan


negara bermula dari diri sendiri yang disemaikan di dalam hati murni masing-masing
yang inginkan kedamaian dan cintakan keamanan.
Semangat perpaduan ini merupakan sesuatu yang boleh dirasai dan bermula dari hati
murni sendiri dan diterjemahkan dalam tindakan seharian.
Mari kita semaikan benih-benih perpaduan dan kikis ketidaksamaan yang wujud.
2. SEMARAK PERPADUAN

DESKRIPSI
Persefahaman rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama amat penting untuk
mengekalkan perpaduan. Perpaduan dapat disemarakkan melalui pelbagai cara iaitu
komunikasi, saling hormat menghormati, menerima perbezaan dan meraikannya.
Jadikanlah setiap hati kita sebagai hari yang baharu dalam kita menyemarakkan lagi
perpaduan dan pinggirkan rasa kekitaan yang boleh memecahbelahkan perpaduan itu
sendiri.
3. MEMBUDAYAKAN PERPADUAN, MERAIKAN KEPELBAGAIAN

DESKRIPSI
Jadikanlah muafakat sebagai cara hidup kita yang utama saban hari, bukan sahaja
menjalinkan persahabatan baharu, tetapi juga mempererat silaturahim sesama kaum
yang sedia ada.
Amalan bersatu padu, hormat menghormati, saling menerima, bertolak ansur,
berkerjasama dan bersatu hati sebagai suatu yang perlu dilaksanakan dalam hidup
bermasyarakat serta menerima, memahami dan menghormati apa sahaja bentuk
perbezaan yang ada.

You might also like