Arahan-Arahan Pelaksanaan Peperiksaan KKQ 2005

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

BAHAGIAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL,

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
dengan kerjasama
SEKTOR PENGURUSAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
JABATAN PELAJARAN NEGERI

Arahan-arahan Pelaksanaan
Peperiksaan Kelas Khas Kemahiran al-Quran (KKQ) 2005
A. Arahan Kepada Pentadbir Sekolah
1. Pentadbir Sekolah perlu memastikan semua arahan-arahan berikut dimaklumkan dan dipatuhi.

B. Arahan Kepada Guru KKQ


1. Guru KKQ mestilah mendokumentasikan semua dokumen ( Kertas Soalan, Panduan Pemarkahan dan
lain-lain ) dengan lengkap.
2. Guru KKQ perlu membuka kertas soalan satu hari sebelum berjalannya peperiksaan untuk memastikan
bilangan kertas soalan akur dengan bilangan calon. Sekiranya bilangan kertas soalan tidak mencukupi,
pihak sekolah dibenarkan membuat salinan.
3. Peperiksaan Objektif
3.1 Semua Skrip Jawapan bertulis (objektif) calon hendaklah dikutip dan dipos ke bahagian ini sehari
selepas Peperiksaan Bertulis dijalankan dengan Pos laju / Pos Ekspres / Pos Berdaftar ke alamat
berikut;

Pengarah,
Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral,
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 10 & 11, Blok e12, Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
(U.P. Hj. Mohd Zainul Arifien Bin Mohd Jaid)

4. Peperiksaan Lisan
4.1 Guru KKQ hendaklah melaksanakan Ujian Lisan selepas peperiksaan objektif dilaksanakan.
Segala markah hendaklah diisi ke dalam borang (sila cetak dari disket yang dibekalkan) dalam
tulisan jawi dan disimpan ke dalam disket yang disertakan.
4.2 Borang dan disket yang telah lengkap hendaklah dihantar ke bahagian ini sebelum atau pada 30
September 2005 dengan Pos laju / Pos Ekspres / Pos Berdaftar ke alamat seperti berikut;

1
Pengarah,
Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral,
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 10 & 11, Blok e12, Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
(U.P. Hj. Mohd Zainul Arifien Bin Mohd Jaid)

C. Arahan Kepada Calon


1. Calon mesti berada di sekolah seperti hari persekolahan biasa.
2. Calon yang lewat akan dikenakan tindakan dan bagi yang lewat lebih daripada 30 minit tidak akan
dibenarkan mengambil ujian.
3. Calon tidak dibenarkan keluar dari bilik peperiksaan kecuali mendapat kebenaran Guru Pengawas.
4. Sediakan alat tulis sendiri yang secukupnya kerana pinjam-meminjam daripada rakan tidak dibenarkan
semasa peperiksaan sedang berjalan.
5. Calon mesti menggunakan kertas jawapan yang disediakan bagi menjawab soalan.
6. Calon mesti membaca arahan pada kertas soalan dengan teliti sebelum menjawab.
7. Calon mesti berhenti menulis bila diarahkan berbuat sedemikian. Susun kertas jawapan mengikut
susunan yang betul. Pastikan anda telah menulis semua butiran yang dikehendaki pada Borang
Jawapan.

Sekiranya memerlukan sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Hj. Mohd Zainul Arifien Bin Mohd Jaid di talian 03-88847255 atau
fax 03-88847234 atau E-mail zainul64@yahoo.com

You might also like