Ulasan Artikel 1

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

SESI 2022/2023
SEMESTER 1

EKONOMI
AE 015

TUGASAN INDIVIDU
‘ULASAN ARTIKEL’

NAMA : LIM SHI XUAN

NO. MATRIK : MA2214106593

TUTORAN : A3T5

NAMA PENSYARAH : EN. CHE EMBI BIN SULAIMAN


PENILAIAN TUGASAN PELAJAR
TUGASAN ULASAN ARTIKEL
PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

NAMA: LIM SHI XUAN NO.MATRIK:MA2214106593

TAHAP PENILAIAN
PELAJAR
CLO ATRIBUT SUBATRIBUT SOALAN
PENILAI PENILAI
PERTAMA KEDUA

1.1 Mengingat 2.0

CLO 1 Pengetahuan

1.2
Kefahaman 2.0

Senarai
1.1 4.0
Rujukan

Mencari dan
CLO 3
Mengurus
Pelbagai
Bentuk 1.2 Relevan 4.0
Maklumat

Optimum
1.3 2.0, 3.0
Sumber
1.0, 2.0, 3.0,
1.4 Artikulasi
4.0

1.5 Rujukan 4.0

JUMLAH 15%
1.0 Pendahuluan
Tajuk artikel yang saya pilih ialah wanita Malaysia dibebani kenaikan harga minyak masak yang
ditulis oleh Norhana Mat Zin.Artikel ini telah disiarkan di laman web HarakahDaily pada 4 Julai
2022. Isi penting yang dibangkitkan oleh penulis ialah kenaikan harga minyak masak yang tinggi
membebankan rakyat khususnya dalam kalangan wanita.Harga bagi semua jenis minyak masak botol
dengan kandungan 1,2,3 dan 5 kilogram (kg) dicatatkan telah menaik sebanyak 40 peratus
disebabkan oleh pemansuhan harga siling minyak masak tulen botol bermula pada 1 Julai 2022.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah, yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Keluarga Dewan
Muslimat PAS Malaysia (LPK DMPM), Dato ’ Siti Ashah Ghazali mengatakan bahawa kenaikan
harga barang khususnya minyak masak amat membebankan rakyat ,terutamanya golongan yang
berpendapatan rendah.Beliau juga mengatakan bahawa kenaikan harga barang bukan hanya berlaku
di dalam negara sahaja tetapi juga di peringkat global.Apabila peningkatan harga barangan secara
global,sudah pastinya terdapat golongan yang terkesan dengan perkara ini.Oleh itu , pihak kerajaan
mestilah memantau isu kenaikan minyak masak dengan rapi.

Penyelaras Taska Tunas Insan Firdaus (TASTI), Maimunah Safwah Musa pula mengujar kenaikan
harga minyak masak juga memberikan impak yang besar secara automatik terhadap golongan
peniaga. Dengan ini,mereka akan menaikkan harga jualan untuk menampung kos bahan mentah
yang sebahagiannya turut menaik harga.

2.0 Ulasan Artikel

2.1.0 Barang Ekonomi


Barang ekonomi merupakan barang yang dikeluarkan oleh pihak swasta atau firma
untuk mendapat untung.Penawaran barang ekonomi adalah terhad dan mempunyai
harga.Bukan semua orang dapat menikmati barang ekonomi.Barang ekonomi hanya dinikmati
oleh individu yang mampu membayar.Selain itu, individu terpaksa mengorbankan barang
ekonomi untuk menggunakan barang ekonomi yang lain kerana barang ekonomi mempunyai
kos lepas.
2.1.1 Perkaitan Fakta Dengan Ulasan Artikel
Merujuk kepada ulasan artikel, minyak masak terbahagi kepada minyak masak paket dan
minyak masak botol. Oleh sebab kenaikan harga minyak masak botol, kebanyakan
orang membuat keputusan untuk membeli minyak masak paket dek harganya lebih
murah berbanding dengan minyak masak botol.Ini telah menyebabkan stok minyak
masak paket mengalami kekurangan di pasaran.Walaupun harga minyak masak botol
dinaikkan secara melampau, pengguna yang tidak dapat membeli minyak masak paket
terpaksa membelinya untuk kegunaan harian mengikut kemampuan kewangan
masing-masing.Namun begitu, sesetengah orang yang berpendapatan rendah mungkin
tidak mampu membeli minyak masak dek kekurangan kewangan.
Buktinya, dalam ulasan artikel,seorang guru pendidikan moral,Nor Khamsiah Mat Zin
pun berkata akibat kenaikan harga minyak masak botol ,orang ramai sukar
mendapatkan minyak paket di pasaran kerana kehabisan stok. Selain itu, setiap rumah
boleh dikatakan menggunakan minyak masak untuk kegunaan seharian.Apabila berlaku
kenaikan harga minyak masak botol ,beliau juga sukar untuk mendapatkan stok minyak
masak berpaket di pasaran.Oleh itu,beliau terpaksa membeli minyak masak botol untuk
digunakan di rumah.
Rumusan: Minyak masak yang dijual di pasaran merupakan barang ekonomi kerana
penawarannya terhad. Pengguna yang mampu membayar barulah dapat membeli
minyak masak. Disebabkan oleh minyak masak terbahagi kepada minyak masak botol
dan minyak masak berpaket, wujudnya pilihan dalam kalangan pengguna. Apabila
pengguna membuat pilihan antara kedua-dua ini, kos lepas juga akan diwujudkan.

2.2.0 Isi Rumah


Isi rumah merupakan individu atau kumpulan individu yang tinggal bersama dalam
sebuah rumah memiliki faktor pengeluaran dan menggunakan barangan atau
perkhidmatan.Selain itu,individu memiliki faktor pengeluaran dan menawarkannya
kepada firma untuk mendapatkan ganjaran upah,sewa ,bunga dan untung sebagai
pendapatan.Di samping itu ,individu mempunyai permintaan,iaitu mereka ialah pengguna.Isi
rumah membeli barangan akhir yang dijual di pasaran.Tujuan isi rumah adalah untuk
memaksimumkan kepuasan atau utiliti.

2.2.1 Perkaitan Fakta Dengan Ulasan Artikel


Merujuk kepada ulasan artikel, sasaran utama minyak masak ialah golongan wanita,
khususnya suri rumah tangga.Hal ini dikatakan kerana mereka perlulah menjalankan
aktiviti memasak dan biasanya menggunakan bahan tersebut pada setiap kali mereka
menyediakan juadah untuk keluarga di rumah.
Minyak masak amat penting dalam kehidupan rakyat dek bahan ini telah menjadi
keperluan di dapur.Jika kekurangan bahan tersebut, maka makanan mentah seperti
ayam, ikan, sayur dan lain-lain tidak dapat dimasak dengan lebih enak kerana kaedah
goreng tidak dapat dilakukan. Suri rumah terpaksa menggunakan kaedah rebus untuk
menyediakan hidangan di rumah.Kebanyakan ahli keluarga akan merasa makanan yang
menggunakan kaedah rebus kurang sedap berbanding dengan masakan yang
menggunakan kaedah goreng.
Rumusan : Isi rumah yang mendorongkan penghasilan dan penjualan minyak masak
ialah golongan wanita, terutamanya suri rumah tangga. Mereka amat memerlukan
minyak masak untuk menyediakan hidangan yang lebih lazat supaya ahli keluarga
dapat buka selera semasa menikmatinya.Dengan ini, kepuasan isi rumah dapat dipenuhi
secara maksimum.

2.3.0 Sistem Ekonomi Campuran


Sistem ekonomi campuran merupakan satu sistem ekonomi di mana pihak swasta dan
kerajaan bersama-sama membuat keputusan dan menyelesaikan masalah-msalah asas
ekonomi.Selain itu,sistem ini merupakan perantaraan di antara sistem ekonomi pasaran
dan sistem ekonomi perancangan pusat.Dalam sistem ekonomi ini,biasanya kerajaan
campur tangan dalam kegiatan ekonomi yang penting sahaja.Masyarakat diberi
kebebasan untuk menentukan kegiatan ekonomi yang ingin dijalankan melalui
mekanisme harga.Objektif pengeluaran sistem ekonomi campuran adalah untuk mementingkan
kebajikan sosial dan keuntungan persendirian.Semua sumber dimiliki oleh kerajaan dan
persendirian.
2.3.1 Perkaitan Fakta Dengan Ulasan Artikel
Merujuk kepada ulasan artikel, penjualan minyak masak berada di bawah bidang kuasa
pihak swasta tetapi pada masa yang sama pihak kerajaan turut campur tangan dalam
mengawal harga penjualan minyak masak untuk memastikan masyarakat dari pelbagai
peringkat dapat membeli minyak masak dan menggunakannya serta harga minyak
masak tidak terlalu mahal.Sekiranya penjualan minyak masak berada di bawah bidang
kuasa swasta secara menyeluruh, harga yang ditawarkan akan menjadi sangat mahal
dan masyarakat yang kurang berkemampuan tidak dapat membeli minyak masak untuk
kegunaan harian.Bagi peniaga pula,mereka tetap akan membeli minyak masak yang
harganya tinggi untuk kegunaan perniagaan tetapi harga jualan produk akan
ditingkatkan kerana kos telah ditambah demi memaksimumkan keuntungan yang boleh
diperoleh supaya perniagaan mereka dapat diteruskan.Namun begitu,gaji pekerja tidak
ditingkatkan oleh majikan.Ini menyebabkan kuasa beli rakyat diturunkan secara tidak
langsungnya kadar inflasi ditingkatkan.Oleh itu,dalam sistem ekonomi campuran,
penjualan minyak masak mestilah dikawal oleh kerajaan dan pihak swasta bersama-
sama.
Buktinya,dalam ulasan artikel,seorang suri rumah,Umi Kelsom Hamzah berpendapat
bahawa rakyat khususnya golongan wanita tidak wajar sekali dibebani dengan isu
kenaikan harga minyak botol memandangkan rakyat sekarang ini berada dalam keadaan
sukar dari segi ekonomi.Seterusnya,juga terdapat rakyat yang kehilangan pekerjaan dek
pandemik Covid-19.Apabila tidak bekerja maka sukar untuk mendapat wang.Bagi
rakyat yang bekerja pula,kenaikan harga barang juga tidak seimbang dengan
pendapatan yang diperolehi.
Rumusan: Berdasarkan ulasan, harga minyak masak botol mestilah distabilkan oleh
kerajaan dengan menetapkan harga jualan maksimum agar semua rakyat mampu
membelinya.Oleh hal yang demikian,sistem ekonomi campuran mesti digunakan dalam
penjualan minyak masak.
3.0 Kesimpulan
Minyak masak merupakan keperluan yang penting di dapur untuk menyediakan satu hidangan yang
enak.Minyak masak bukan sahaja penting untuk suri rumah tetapi juga penting dalam industri
makanan . Industri makanan memerlukan minyak masak yang mencukupi untuk menghasilkan
produk makanan mereka untuk dijual kepada orang ramai.Tuntasnya,kerajaan seharusnya
memulihkan harga siling minyak masak botol supaya rakyat tidak terseksa lagi dengan harga minyak
masak yang dinaikan secara melampau.

4.0 Senarai Rujukan

Norhana Mat Zin . (2022) Wanita Malaysia Dibebani Kenaikan Harga Minyak Masak
https://harakahdaily.net/index.php/2022/07/04/wanita-malaysia-dibebani-kenaikan-harga-minyak-
masak/

Nur Osman. (2012).Bab 1: Pengenalan Kepada Ekonomi


https://www.slideshare.net/NurOsman2/bab-1-pengenalan-kepada-ekonomi-12279969

Anna Lau (2019). Nota Ekonomi Bab 1


http://annalittleshare.blogspot.com/2019/01/eko-penggal-2.html

Ecentral. (2022). Harga Maksimum Minyak Masak 1 kg,2kg,3kg, dan 5 kg Bulan Ini
https://ecentral.my/harga-minyak-masak/

Nurul Hidayah Hamid. (2022). Penurunan Harga Minyak Masak Perlu Disegerakan
https://www.sinarharian.com.my/article/211518/berita/nasional/penurunan-harga-minyak-masak-
perlu-disegerakan

You might also like