Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 17

BBPP1103 Prinsip Pengurusan

BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION WITH HONOURS (BBA)

SEPT / 2021

BBPP1103

PRINSIP PENGURUSAN

NO. MATRIKULASI : 911220065410001


NO. KAD PENGENALAN : 911220-06-5410
NO. TELEFON : 013-3217031
E-MEL : imanoorlin@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : KUANTAN LEARNING CENTRE
BBPP1103 Prinsip Pengurusan

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 3
1.1 Matlamat 6
1.2 Aspirasi 6
1.3 Nilai Teras 6-7
1.4 Carta Organisasi 8

2.0 PERBANDINGAN PERSEKITARAN PEMBUATAN KEPUTUSAN 9-10

3.0 ANALISIS PERSEKITARAN PEMBUATAN KEPUTUSAN 11-12

4.0 KAEDAH-KAEDAH PEMBUATAN KEPUTUSAN BERKUMPULAN 13-14

5.0 CADANGAN KAEDAH-KAEDAH TINGKATKAN


KEBERKESANAN PEMBUATAN KEPUTUSAN 15

6.0 RUMUSAN 16

RUJUKAN 17
BBPP1103 Prinsip Pengurusan

1.0 ORGANISASI DALAM KAJIAN

Tenaga Nasional Berhad merupakan sebuah syarikat utiliti elektrik yang terbesar di
Malaysia dan terkemuka di Asia dengan kekuatan anggota kerja seramai 30,000 ribu
orang. Syarikat yang bernaung di bawah Khazanah Nasional ini ditubuhkan pada tahun
1990 melalui Penswastaan Lembaga Letrik Negara dan beribu pejabat di Bangsar, Kuala
Lumpur. Model perniagaan Tenaga Nasional Berhad terbahagi kepada dua bahagian
perniagaan iaitu perniagaan teras dan perniagaan tidak teras. Perniagaan teras terbahagi
kepada beberapa bahagian iaitu Penjanaan, Grid, Distribution Network dan Retail.
Terdapat tiga jenis pelanggan yang menggunakan perkhidmatan TNB iaitu pelanggan
komersial, indusri dan kediaman. Pelanggan jenis kediaman merupakan pelanggan
majoriti yang menggunakan perkhidmatan TNB manakala pelanggan komersial adalah
sumber kedua penjualan tenaga elektrik TNB.

Sejarah awal penubuhan Tenaga Nasional Berhad bermula dengan peristiwa penjanaan
kuasa elektrik di Malaysia dikesan di Rawang yang pada ketika itu merupakan sebuah
bandar perlombongan kecil di Selangor. Dua orang saudagar bernama Loke Yew dan
Thamboosamy Pillai telah memasang sebuah penjana elektrik untuk operasi lombong
mereka pada tahun 1894 dan rentetan daripada peristiwa itu, pelbagai pihak telah
mempelopori usaha menjana dan membekalkan bekalan elektrik di negeri-negeri tertentu
dan ianya membuatkan pihak British mula menyedari bahawa perbekalan elektrik di
Semenanjung telah dilaksanakan secara tidak sistematik. Pihak British akhirnya
memutuskan bahawa satu badan kuasa pusat diperlukan untuk merancang secara
keseluruhan keperluan tenaga untuk Semenanjung Tanah Melayu.
BBPP1103 Prinsip Pengurusan

Dalam tahun 1948. cadangan untuk menubuhkan Lembaga Letrik Pusat telah
dikemukakan. Secara spesifik, Lembaga yang ditubuhkan akan melaksanakan tiga projek
utama yang dirancang oleh Jabatan Letrik berikutan penubuhan jabatan Hidroelektrik
Cameron Highlands dan pembangunan Grid Nasional. Untuk memenuhi permintaan
bekalan elektrik oleh operasi kilang dan lombong timah serta memenuhi aspirasi sosial
dan ekonomi rakyat, kadar penjanaan tenaga negara perlu dilipat gandakan dalam tempoh
yang singkat dari satu dekad. Akhirnya, hasil daripada rundingan yang bijaksana,
Lembaga Letrik Pusat atau Central Electricity Board (CEB) Persekutuan Malaya
ditubuhkan pada 1 September 1949. CEB menjadi pemilik 34 stesen janaelektrik yang
mempunyai keupayaan Penjanaan 39.88 MW. Ia termasuk sebuah stesen janakuasa wap
di Bangsar dengan keupayaan penjanaan 26.5 MW, sebuah stesen hidroelektrik di Ulu
Langat dengan keupayaan penjanaan 2.28 MW di samping beberapa stesen penjanaan
berasaskan diesel dengan jumlah keupayaan penjanaan 11.1 MW. CEB juga menjadi
pemilik semua sistem yang berkaitan talian penghantaran dan pembahagian atas dan
bawah tanah.

Pada 22 Jun 1965, Lembaga Letrik Pusat (CEB) Persekutuan Malaya telah ditukarkan
nama kepada Lembaga Letrik Negeri-negeri Malaya (NEB). Lembaga telah
menggunakan nama baru dan diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif daripada anak jati
Malaysia. Walau bagaimanapun, tiada pertukaran dasar atau operasi yang dramatik
dilaksanakan selari dengan aspirasi nasional waktu itu. Lembaga mengambil sikap
beriltizam dengan program jangka panjang pertumbuhan dan pengembangan yang telah
dirancang dan dirangka dengan teliti dalam era CEB yang lalu. Lahirnya Grid Nasional
pada ketika itu adalah satu keperluan, didokong oleh teknologi dan dibentuk dalam acuan
kecermelangan kejuruteraan yang sungguh mengagumkan demi mencurahkan khidmat
kepada negara dan rakyat.
BBPP1103 Prinsip Pengurusan

Pada 1 September 1990, sebuah peristiwa yang bersejarah, telah berlaku di Kompleks
Sukan TNB di Bangsar. Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Dato Seri Dr.
Mahathir Mohamad, mengisytiharkan bahawa TNB menjadi pewaris dan pengganti LLN.

TNB diisytihar sebagai syarikat swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan pada
masa itu. Dasar penswastaan yang dilakukan bertujuan meringankan beban pentadbiran
dan kewangan kerajaan, meningkatkan kecekapan dan mutu perkhidmatan awam,
menggalakkan keusahawanan dan pensyarikatan dalam sektor awam dan akhir sekali
memberi sumbangan ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan oleh Dasar Ekonomi
Baru (DEB). DEB merupakan suatu dasar sosial yang bermatlamat membahagikan
kekayaan negara secara lebih saksama demi mengukuhkan lagi perpaduan politik dan
kestabilan pelbagai bangsa yang menjadi rakyat negara ini.

Hari ini Tenaga Nasional Berhad dengan bangganya mewarisi segala kejayaan manis,
ujian serta dugaan yang dilalui pada masa silam. Secara keseluruhannya, rekod industri
autonomi tenaga elektrik yang berusia setengah abad ini adalah sesuatu yang menjadi
kebanggaan semua rakyat Malaysia. Ia merupakan sebuah kisah tentang kecekalan dan
ketabahan. Etika kerja mengutamakan perkhidmatan mengatasi kepentingan diri sendiri
terpancar melalui perubahan-perubahan politik dan sosial yang bersejarah yang
menggegarkan negara dan dunia. Kisah bagaimana sebuah entiti kecil yang bermula
sebagai cawangan sebuah jabatan kerajaan yang berkhidmat untuk memenuhi permintaan
bekalan tenaga elektrik di bandar-bandar dan di wilayah-wilayah, kemudian merubah
dirinya menjadi sebuah Lembaga dan seterusnya sebuah syarikat swasta, Tenaga
Nasional Berhad yang mempunyai berjuta-juta pengguna dan aset bernilai berbillion
ringgit sesungguhnya ibarat hikayat si miskin menjadi orang kaya (Livewire).
BBPP1103 Prinsip Pengurusan

1.1 Matlamat
Bergerak bersama menerangi kehidupan dengan penuh inovatif dan
mampan ke arah dunia yang lebih sejahtera

1.2 Aspirasi
Untuk menjadi pembekal terunggul bagi solusi tenaga mampan di
Malaysia dan antarabangsa

1.3 NilaiTeras

Integriti; Kami mendukung etika yang tinggi dan melakukan apa yang
betul setiap masa, kami bersikap adil, jujur dan telus dalam segala urusan
dan kami sentiasa berusaha mencapai manfaat bersama bagi negara,
syarikat dan pelanggan.

Profesionalisme; Kami bertanggungjawab sepenuhnya atas setiap tindakan


kami, kami sentiasa mempamerkan prestasi cemerlang dan produktiviti
yang tinggi, kami fokus pada pencapaian dan melaksanakan tugas dengan
berdisplin.

Prihatin; Kami tahu siapa kami dan kami berpegang teguh pada nilai-nilai
kami, kami memahami, menghormati dan prihatin terhadap orang lain dan
persekitaran dan kami memelihara keselamatan dan kesejahteraan warga
kerja dan orang awam.

Berwawasan; Kami berani berubah, mencabar kebiasaan dan


menggalakkan ketangkasan serta inovasi, kami komited untuk memastikan
kemampanan TNB dalam semua aspek, kami membuat keputusan
bersandarkan maklumat yang tepat dan belajar dari kesilapan.
BBPP1103 Prinsip Pengurusan

Kerjasama; Kami saling mempercayai dan mengamalkan semangat kerja


berpasukan demi kejayaan bersama, kami proaktif dalam bantu-
membantu, berkomunikasi dengan jelas dan memberikan maklumbalas
yang membina dan kami mengamalkan kepelbagaian dan keterangkuman,
serta kami menghargai pandangan luar.

Mengutamakan Pelanggan; Kami akan sentiasa memahami pelanggan dan


mendahului kehendak mereka, kami berterusan meningkatkan
kepercayaan dengan menepati janji dan kami sentiasa mencari kelainan
untuk menggembirkan pelanggan kami.
BBPP1103 Prinsip Pengurusan

1.4 Carta Organisasi


BBPP1103 Prinsip Pengurusan

2.0 PERBANDINGAN PERSEKITARAN PEMBUATAN KEPUTUSAN


Pembuatan keputusan adalah satu proses asas di dalam pengurusan sesebuah syarikat dan
berlaku setiap hari serta merupakan proses penyelesaian masalah dengan memilih
alternatif yang terbaik di antara beberapa alternatif untuk syarikat, pihak berkepentingan,
anggota kerja dan pelanggan. Barisan pengurus atau pembuat keputusan di dalam Tenaga
Nasional Berhad yang mempunyai pengalaman, kecekapan dan kemahiran berkaitan
dengan persekitaran perniagaan akan mengikut prosedur yang diperlukan dengan
menggunakan alat yang betul serta sesuai dengan keadaan sebelum membuat sesuatu
keputusan.

Walaubagaimanapun, tiga keadaan maklumat dalam proses pembuatan keputusan seperti


maklumat yang diperolehi secara lengkap, tidak lengkap atau tidak mempunyai maklumat
langsung akan mewujudkan tiga keadaan pembuatan keputusan iaitu pembuatan
keputusan dalam keadaan kepastian, pembuatan keputusan dalam keadaan ketidakpastian
dan pembuatan keputusan dalam keadaan berisiko.

Pembuatan keputusan dalam keadaan kepastian adalah apabila pembuat keputusan


memperoleh maklumat yang lengkap dan boleh dipercayai yang akan membantu beliau
membuat keputusan dengan tepat dan pasti. Menurut (Raghunathan, 1999) kualiti
sesuatu keputusan berkait rapat dengan kualiti maklumat yang diperolehi. Semakin baik
keadaan maklumat yang diterima, kualiti keputusan mungkin bertambah baik.

Manakala, pembuatan keputusan dalam keadaan ketidakpastian adalah ketika pembuat


keputusan tidak mempunyai sebarang maklumat yang dapat membantu dalam pilihan
pembuatan keputusannya dan terpaksa menggunakan segala pengalaman masa lalu serta
budi bicaranya dalam membuat sesuatu keputusan. Pengalaman yang dipelajari ini
kebiasaannya diperoleh daripada maklumbalas penilaian kualiti keputusan terdahulu
(A.Fieza, 2016).
BBPP1103 Prinsip Pengurusan

Pembuatan keputusan dalam keadaan kepastian akan menghasilkan sebuah keputusan


yang lebih cepat untuk perniagaan syarikat serta jarang berlakunya masalah diluar
jangkaan kerana semua maklumat yang diperolehi secara tepat telah membantu pembuat
keputusan atau pengurus membuat ramalan tentang keadaan-keadaan yang akan berlaku
pada masa hadapan.

Sebagai contoh, setiap pengambilan pekerja baru di dalam Tenaga Nasional Berhad telah
ditetapkan syarat-syarat am dan khas untuk setiap jawatan serta dinyatakan secara jelas di
dalam iklan jawatan kosong melalui https://jobs.tnb.com.my. Proses temuduga serta
pemilihan calon akhir akan dapat dilakukan dengan cepat hanya berdasarkan senarai
pendek calon-calon yang memenuhi kriteria sahaja dan pelantikan akan dibuat selepas
keputusan dicapai oleh Bahagian Sumber Manusia Kumpulan (GHR) TNB.

Manakala, pembuatan keputusan dalam keadaan ketidakpastian terdedah dengan konflik


dan mengambil masa kerana pembuat keputusan mempunyai kekangan kekurangan
maklumat yang diperlukan bagi memutuskan satu-satu keputusan yang perlu diambil
untuk perniagaan syarikat.

Sebagai contoh, keadaan industri tenaga yang sedang mengalami perubahan pesat
membuat pihak pengurusan Tenaga Nasional Berhad mengambil keputusan untuk
menceburkan diri di dalam perniagaan Tenaga Diperbaharui (RE) (Solar) dengan
berusaha memenangi bidaan kompetitif Projek Solar Berskala Besar (LSS) pertama dan
terbesar di Malaysia pada Julai 2018 (Media, 2018) walaupun tidak mempunyai
pengalaman menguruskan perniagaan dalam bidang tenaga jenis itu sebelum ini serta
tidak mempunyai barisan tenaga kerja mahir.
BBPP1103 Prinsip Pengurusan

3.0 ANALISIS PEMBUATAN KEPUTUSAN DALAM KEADAAN BERISIKO


Pembuatan keputusan dalam keadaan berisiko adalah apabila pembuat keputusan
membuat keputusan tetapi maklumat terhadap situasi semasa dan persekitaran tersebut
tidak lengkap. Apabila berada di dalam situasi ini, pembuat keputusan yang beroperasi di
dalam keadaan ini perlu mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi terhadap risiko.
Kecenderungan risiko bermaksud kecenderungan untuk mengambil atau mengelak risiko
(Shahrol Aman Ahmad, 2012)

Bagi analisa pembuatan keputusan dalam keadaan berisiko di dalam Tenaga Nasional
Berhad terdapat beberapa contoh yang boleh diberikan antaranya perlaksanaan cara kerja
secara giliran berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, pengambilan
suntikan vaksin Covid19 dikalangan wargakerja TNB, perlaksanaan Value Unlocking
Programme (VUP) dibawah inisiatif Reimagining TNB dan penceburan syarikat di dalam
bidang perniagaan tenaga diperbaharui iaitu solar.

Berkuatkuasa pada 18 Mac 2020, negara secara rasmi melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan (Wikipedia, 2021) berikutan penularan Covid19 yang semakin serius
dikalangan masyarakat dan Tenaga Nasioal Berhad telah diklasifikasikan sebagai
perkhidmatan penting (Essential Services). Oleh sebab demi kepentingan negara, buat
pertama kali dalam sejarah perkhidmatan syarikat, pihak pengurusan Tenaga Nasional
Berhad telah mengeluarkan arahan bekerja kepada anggota kerja secara kaedah Work
From Home (WFH) dan Work In Office (WIO) bagi memastikan kelangsungan operasi
syarikat kekal terjaga di dalam menghadapi cabaran fasa pandemik itu walaupun pihak
pengurusan sendiri tidak pasti akan kesan jangka pendek dan jangka panjang daripada
keputusan ini mungkin menganggu prestasi syarikat dan produktiviti anggota kerja.

Pada masa yang sama, berikutan penularan pandemik Covid19 di seluruh dunia yang
tidak pernah berlaku sebelum ini serta mampu menjejaskan kesihatan manusia, pihak
Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk
mengambil suntikan vaksin Covid19 dan tidak terkecuali juga syarikat-syarikat swasta
seperti Tenaga Nasional Berhad untuk menggesa setiap warga kerjanya mengambil
BBPP1103 Prinsip Pengurusan

suntikan vaksin Covid19 dalam usaha mengekang jangkitan virus tersebut di kalangan
pekerja serta mengurangkan risiko kematian walaupun tidak mempunyai pembuktian
yang jelas terhadap keberkesanan kefungsian vaksin Covid19 tersebut termasuk kesan
sampingannya terhadap penerima.

Akhir sekali, analisa untuk pembuatan keputusan berisiko adalah tentang perlaksanaan
Value Unlocking Programme (VUP) di bawah KRA5: Transforming Our People and
Leadership di Tenaga Nasional Berhad untuk mengubah perniagaan menjadi lebih
berdaya saing bagi membolehkan wargakerja menghadapi cabaran untuk memastikan
pertumbuhan yang berterusan (Berhad, 2017). Inisiatif ini adalah untuk beralih daripada
susunan struktur semasa kepada pemusatan kefungsian melalui penciptaan Centers of
Expertise, Business Partners dan Shared Service Centers walaubagaimanapun usaha
seumpama ini tidak pernah dilakukan sepanjang penubuhan Tenaga Nasional Berhad dan
telah mewujudkan kebimbangan di kalangan wargakerja akibat daripada perubahan
fungsi jabatan dan perpindahan secara besar-besaran di setiap peringkat dan lapisan.
BBPP1103 Prinsip Pengurusan

4.0 PERBINCANGAN TIGA JENIS KAEDAH PEMBUATAN KEPUTUSAN


BERKUMPULAN
Penjelasan yang akan diberikan ini adalah tentang tiga jenis kaedah pembuatan keputusan
berkumpulan yang sering diguna pakai di dalam Tenaga Nasional Berhad iaitu
Sumbangsaran, Teknik Kumpulan Nominal dan Teknik Delphi kerana keputusan yang
dibuat dalam berkumpulan ini mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding pembuatan
keputusan secara individu. Antara kelebihan-kelebihan kaedah pembuatan keputusan
berkumpulan adalah barisan ahli akan berkongsi pengalaman dan kemahiran di kalangan
ahli kumpulan, masalah yang dihadapi akan dilihat dari pelbagai perspektif, banyak
maklumat, data serta fakta dapat dikumpulkan dan penerimaan juga komitmen ahli-ahli
terhadap keputusan yang dibuat akan meningkat.

Pertama sekali, Sumbangsaran adalah kaedah yang mengamalkan konsep terbuka iaitu
dengan menerima semua idea-idea daripada setiap ahli terlebih dahulu tanpa sebarang
penghakiman. Kaedah ini mementingkan kuantiti daripada kualiti idea itu sendiri.
Seterusnya, sumbangan idea-idea tersebut akan di analisa, di kaji dan idea terbaik yang
terpilih untuk membantu pembuatan keputusan akan dilaksanakan sehingga berjaya.

Sumbangsaran juga adalah teknik paling kerap digunakan di dalam Tenaga Nasional
Berhad sebagai contoh di dalam mesyuarat persediaan untuk menjayakan Majlis Hari
Raya. Setiap ahli jawatankuasa pelaksana perlu memberikan cadangan tentang jumlah
jemputan, jumlah khemah, menu hidangan yang perlu disediakan dan jenis hiburan.
Selepas semua idea terhadap perkara-perkara itu diberikan, ahli jawatankuasa pelaksana
perlu membincangkan pilihan yang terbaik untuk majlis tersebut serta mengikut bajet
perbelanjaan berdasarkan jumlah perbelanjaan yang telah diperuntukan oleh pihak ibu
pejabat,

Begitu juga dengan Teknik Kumpulan Nominal yang merupakan satu kaedah pembuatan
berkumpulan di mana ahli-ahli kumpulan mencadangkan dan menilai idea-idea mereka
BBPP1103 Prinsip Pengurusan

sendiri sebelum berkongsi idea tersebut dengan ahli-ahli kumpulan yang lain. Sebagai
contohnya di Tenaga Nasional Berhad, semasa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan
Pekerja-Pekerja Islam (PKPI) TNB, persatuan tersebut telah membubarkan jawatankuasa
sediaada dan ingin menubuhkan jawatankuasa baru. Setiap ahli persatuan akan diberikan
sehelai borang dan diminta untuk mencadangkan nama-nama yang dirasakan layak untuk
setiap barisan jawatan. Setelah itu, nama-nama tersebut akan disenaraikan serta
dipaparkan untuk tontonan dan pemakluman ahli-ahli. Ahli-ahli persatuan seterusnya
perlu mengundi secara rahsia siapa pilihan mereka. Calon yang menerima undian paling
banyak bagi setiap jawatan akan dilantik sebagai pemegang jawatan.

Seterusnya, adalah Teknik Deplhi yang merupakan satu kaedah pembuatan keputusan
melalui pengutipan maklumat menggunakan kaji selidik (tinjauan) yang mana panel yang
terdiri daripada beberapa pakar akan bekerja bersama-sama sehinggalah penyelesaian
dapat dicapai bagi isu tertentu. Sebagai contoh, wargakerja Tenaga Nasional Berhad
baru-baru ini telah diminta oleh Bahagian Sumber Manusia Kumpulan (GHR) untuk
menyertai kaji selidik Kaedah Kerja Fleksible TNB untuk satu kajian cara kerja baharu
berlandaskan Nilai Teras TNB yang dilaksanakan di bawah TNB Way Of Working
(TWoW) supaya cara bekerja yang lebih fleksible iaitu Work from Home/Work Home
Based dapat diteruskan. Sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan oleh pihak
pengurusan untuk mengkaji dan menilai tentang kelebihan serta kelemahan inisiatif ini
terhadap syarikat dan warga kerja sebelum digunapakai secara rasmi.
BBPP1103 Prinsip Pengurusan

5.0 PENDAPAT & CADANGAN


Berikut adalah merupakan cadangan kaedah-kaedah yang dirasakan mampu untuk
meningkatkan keberkesanan pembuatan keputusan di dalam Tenaga Nasional Berhad.

Pertama sekali, medium mendapatkan maklumat melalui teknik pembuatan keputusan


berkumpulan organisasi ini perlu ditambahbaik. Sebagai contoh, menggunakan teknik
delphi, borang kaji selidik yang dibina perlu lebih menarik, mudah difahami dan
menjurus terus kepada permasalahan yang timbul. Pihak pengurusan juga boleh
menggantikan penggunaan borang fizikal dengan menggunakan kemudahan teknologi
melalui aplikasi-aplikasi terkini seperti google form dan pelbagai lagi.

Selain daripada itu, pembuat keputusan di dalam organisasi ini perlu menggalakkan
anggota kerja untuk memberikan maklumbalas terhadap pembuatan keputusan yang akan
dibuat agar mereka merasa menjadi sebahagian daripada proses pembuatan keputusan
tersebut kerana keputusan yang dibuat telah didengari oleh mereka terlebih dahulu.

Organisasi juga perlu memainkan peranan dengan memastikan setiap pembuatan


keputusan yang baik yang telah dicapai tentang sesuatu isu atau perkara digunapakai
secara menyeluruh dan seragam oleh semua cawangan syarikat serta diterjemahkan
dalam maksud yang sama.

Terakhir, cadangan saya untuk kaedah keberkesanan pembuatan keputusan adalah dengan
memberikan tanggungjawab dan sedikit kuasa kepada anggota kerja bawahan untuk
membuat keputusan yang mudah dan ringkas yang berkaitan tentang tugas-tugas mereka
dengan pengawasan daripada pengurus bagi memperkasakan dan sebagai latihan awal
kemahiran membuat keputusan di peringkat operasi. Usaha ini mampu mengasah
kepelbagaian kemahiran, meningkatkan rasa tanggungjawab dalam pekerjaan serta
memberikan pengalaman analisis serta penilaian maklumat sebelum pembuatan
keputusan kepada anggota kerja bawahan.
BBPP1103 Prinsip Pengurusan

6.0 RUMUSAN
Berdasarkan pemerhatian dan kajian saya, dapat disimpulkan bahawa pengumpulan dan
pemerolehan maklumat yang berkualiti serta kemahiran berfikir secara kreatif juga kritis
seseorang pembuat keputusan merupakan bahagian penting dalam proses pembuatan
keputusan yang tepat bagi memastikan kejayaan serta kelangsungan operasi sesebuah
organisasi.

Mempunyai kemahiran membuat keputusan yang cepat dan baik adalah penting untuk
menjadi seorang pengurus yang berkesan di dalam sesebuah organisasi. Antara sebab-
sebab mengapa kemahiran membuat keputusan ini penting dimiliki seorang pengurus
antaranya ialah dapat menjimatkan masa serta mengelakkan budaya terlalu berfikir,
membina kepercayaan orang bawahan dengan menunjukkan sikap yakin dan
berpengetahuan luas ketika membuat keputusan, memperkasakan orang bawahan untuk
bekerja dengan lebih produktif apabila mereka melihat pengurus mereka mempunyai
kemahiran membuat keputusan yang hebat dan untuk mengelakkan konflik di tempat
kerja; bayangkan apa berlaku, sekiranya pengurus tidak tegas dan menyerahkan kepada
kakitangan bawahan untuk membuat keputusan tanpa hala tuju yang jelas?

Di dalam Tenaga Nasional Berhad pula, setiap pengurus mempunyai peranan,


pengalaman serta daya tolenrasi risiko yang berbeza-berbeza berdasarkan keupayaan dan
kepentingan operasi jabatan masing-masing. Walaubagaimanapun, matlamat dan tujuan
setiap keputusan yang diambil oleh mereka adalah sama. Ianya berfokus kepada
mengatasi halangan, mengurus risiko dan mengenalpasti peluang untuk kecemerlangan
organisasi pada masa sekarang dan akan datang.

Manakala, maklumat diperlukan dalam pembuatan keputusan walaupun ketika


mengambil keputusan yang sangat mudah sahaja. Maklumat adalah perkara dasar dan
unsur yang akan mengukuhkan sesebuah pembuatan keputusan. Maklumat sediaada akan
menjana maklumat baru, pengetahuan baru, teori baru dan sebagainya.

(2702 patah perkataan tidak termasuk rujukan)


BBPP1103 Prinsip Pengurusan

RUJUKAN
A.Fieza, J. J. (2016). Behavioural Brain Research. Neural signatures of experience-based
improvements in deterministic decision-making.
Berhad, T. N. (2017). TNB Annual Report 2017. No. 129, Jalan Bangsar, 59200 Kuala
Lumpur: Tenaga Nasional Berhad.
Livewire, T. (kein Datum). Corporate info. TNB History.
Media, A. A. (2018). Ladang solar terbesar milik TNB lebih 50% siap.
Raghunathan, S. (1999). Impact of information quality and decision-maker quality on
decision quality: a theoretical model and simulation analysis. Decision Support
Systems.
Shahrol Aman Ahmad, A. R. (2012). BBPP1102 Prinsip Pengurusan. Kuala Lumpur:
OUM.
Wikipedia, e. b. (13. November 2021). Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-21.
Von Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-21:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020-
21#Kronologi abgerufen

You might also like