Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Nama : Sharuni Kumaran

Tarikh : 03.09.2023
Tajuk : Bab 5, Kesultanan Melayu Melaka

1.Mengapakah KMM menjalankan pembentukan empayar? [8m]


Dari segi politik, Kesultanan Melayu Melaka menjalankan pembentukan empayar supaya
dapat mengukuhkan hubungan dengan kerajaan yang ditakluk. Pembentukan empayar juga membantu
menyekat pengaruh kuasa serantau seperti Siam dan Majapahit

Dari segi ekonomi pula, Kesultanan Melayu Melaka menerima hadiah dalam bentuk wang,
emas, timah dan bantuan ketenteraan. Selain itu, mereka mendapat bekalan seperti hasil pertanian
untuk diperdagangkan di Pelabuhan Melaka. Hal ini membantu menguasai perdagangan di Selat
Melaka.
Dari segi sosial pula, Berlaku asimilasi budaya tempatan dengan budaya dari Arab, India,
China dan Alam Melayu. Seterusnya, wujud masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai suku
dan bangsa.

Dari segi agama pula, pembentukan empayar mendorong usaha penyebaran agama Islam.
Islam telah berkembang ke Pahang dan Kelantan.

2. Bagaimanakah wilayah dan jajahan yang dikuasai ditadbir oleh KMM?


Pentadbiran wilayah dan jajahan yang dikuasai oleh Kesultanan Melayu Melaka dibahagikan
kepada tiga. Antaranya, Pentadbiran pusat. Cara pentadbiran ini dilakukan di Pusat pemerintahan dan
pentadbiran di Melaka yang terletaknya tempat raja bersemayam. Dalam pentadbiran ini ,Raja dibantu
oleh pembesar pusat.

Seterusnya, pentadbiran kawasan naungan. Kawasan naungan merupakan kawasan yang


mengakui ketuanan Melaka. Mereka menghantar ufti kepada Sultan Melayu Melaka. Pada
pentadbiran ini, pemerintahan diketuai oleh pemerintah negeri berkenaan dan dibantu oleh pembesar
tempatan.

Akhir sekali, pentadbiran kawasan jajahan. Pda peringkat ini pemerintahan diketuai oleh
pemerintah yang dilantik oleh Sultan Melaka.
3.Bagaimanakah penyebaran agama Islam berlaku di KMM?
Penyebaran agama Islam berlaku di Kesultanan Melayu Melaka dalam 5 cara. Antaranya,
Pengislaman pemerintah. Pengislaman pemerintah membantu agama Islam berkembang pesat di
Kesultanan Melayu Melaka. Contohnya, Pengislaman Sultan Iskandar Shah pada tahun 1414 diikuti
oleh para pembesar dan rakyat. Selain itu, Sultan Muzaffar Shah telah menjadikan agama Islam
sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka.

Seterusnya, Agama Islam menyebar melalui perkhawinan. Contohnya, Perkahwinan puteri


Sultan Mansur Shah dengan putera Raja Siak telah membantu menyebarkan Agama Islam.

Disamping itu, peranan ulama dan mubaligh menyebarkan Agama Islam ke Kesultanan
Melayu Melaka. Pemerintah Melaka menghantar ulama dan mubaligh ke seluruh kawasan
pengaruhnya. Buktinya, Sultan Alauddin Riayat Syah Menghantar ulama untuk mengajar Raja
Pahang, Kampar dan Inderagiri tentang hal ehwal agama.

Tambahan pula, perdagangan dapat menyebarkan Agama Islam. Islam tersebar melalui
pedagang Arab, India dan China yang datang ke Melaka. Selain berjual beli, mereka juga mempunyai
sifat mubaligh yang mendorong penyebaran Islam. Dari Melaka, mereka juga menyebarkan Islam ke
kawasan lain yang disinggahi seperti Brunei, Filipina dan kepulauan Indonesia.

4. Jelaskan kesan penyebaran Islam di kalangan rakyat dan Negeri.[8m]


Kesan penyebaran Islam dalam kalangan rakyat dan negeri yang pertama ialah, Kesultanan
Melayu Melaka mendapat tumpuan ulama. Melaka menjadi tumpuan ulama dan pendakwah. Hal ini
menyebabkan Sultan Melaka menjadi penaung kepada aktiviti dakwah dan perbincangan kitab agama
seperti Darul Manzum.

Seterusnya, penyebaran Islam menyebabkan wujudnya tempat pembelajaran. Buktinya,


semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, madrasah, masjid dan surau menjadi tempat mempelajari
al-Quran dan ilmu tasawuf.

Di samping itu, Penyebaran agama Islam mempengaruhi persuratan di Melaka. Pengaruh


Islam terdapat dalam saduran karya sastera dari Arab dan Parsi seperti Hikayat Muhammad Ali
Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah. Seiring dengan hal ini berlaku perkembangan tulisan Jawi dan
bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi bahasa persuratan dan bahasa penulisan.
2. a) Nyatakan Dua factor yang menyumbang kepada kemajuan Pelabuhan Melaka.
[2m]
Dua factor yang menyumbang kepada kemajuan Pelabuhan Melaka ialah Kedudukannya di
laluan perdagangan utama antara timur dengan barat. Seterusnya, Bentuk Muka Bumi yang
melindunginya dari Angin Monsun.

b) Senaraikan empat barangan dari luar yang dibawa masuk ke Melaka.[4m]


(i) Benang emas
(ii) kain pelikat
(iii)tembikar
(iv) batu delima

c)Mengapakah Kegiatan perdagangan wajar ditingkatkan pada hari ini?[4m]


Kegiatan perdagangan wajar ditingkatkan pada hari ini kerana ia dapat meningkatkan
kestabilan ekonomi negara. Hal ini dapat membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. Hal ini
penting untuk memastikan rakyat hidup dengan selesa dan aman. Negara yang aman
mendorong kemasukkan pelancong dan juga pelabur akan melabur di negara yang aman.

You might also like