Garis Panduan Amalan Terbaik Sahsiah Dan Instrumen 2023

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT

AMALAN TERBAIK SAHSIAH TAHUN 2023

1.0 MATLAMAT

Meningkatkan kualiti dan profesionalisme perkhidmatan disiplin di


sekolah-sekolah menengah dan rendah agar lebih berstruktur, berkesan dan
cemerlang. Ini adalah usaha menggalakkan penglibatan guru dengan inovasi
dalam menyelesaikan masalah yang dikesan.

2.0 DEFINISI AMALAN TERBAIK SAHSIAH

Amalan terbaik sahsiah ialah sesuatu perkara yang dilakukan sebagai


satu kebiasaan berdasarkan isu yang dihadapi dan pihak sekolah perlu
mengatasi isu dan menyelesaikan masalah dengan memberi faedah kepada
sekolah, murid, diri sendiri mahupun orang lain secara langsung atau tidak
langsung. Ia berasaskan data-data yang menjadi isu di sekolah khususnya
berpandukan kepada Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM).

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid, pengukuhan disiplin


murid dan meningkatkan kehadiran murid ke sekolah

3.2 Mengenal pasti sekolah-sekolah yang boleh dijadikan contoh kerana telah
berjaya melaksanakan program sahsiah disiplin dengan cemerlang

3.3 Mengenal pasti kekuatan pengurusan disiplin di sekolah-sekolah yang


boleh menjadi model terbaik

3.4 Meningkatkan pengurusan pelaksanaan disiplin agar lebih menarik, kreatif


dan berkesan di semua sekolah.

2
4.0 KUMPULAN SASAR
Terbuka kepada sekolah menengah dan rendah

5.0 PENILAIAN
Penilaian dalam pengurusan Amalan Baik (SSDM) merangkumi elemen
idea, kreativiti, kaedah pelaksanaan dari segi pengurusan rekod, impak,
pengiktirafan dan pendokumentasian. Peruntukan markah yang tinggi adalah
untuk elemen impak kerana ia memperlihatkan keberkesanan pengurusan
Amalan Baik (SSDM) di sekolah. Pada akhirnya, kemenjadian murid adalah
keberhasilan keutamaan dalam sesuatu program disiplin.

Elemen Penilaian Amalan Disiplin Terbaik Murid

BIL PERKARA SKOR


1 Idea 20
2 Kreativiti 20
3 Kaedah Pelaksanaan 15
4 Impak 30
5 Pegiktirafan 5
6 Pendokumentasian 10
JUMLAH 100

6.0 PANDUAN PENULISAN DOKUMENTASI

6.1 Peserta di kehendaki menyediakan dan mengemukan penulisan dan


dokumentasi yang lengkap. Penulisan perlu mengandungi elemen berikut:

a) Abstrak
a) Pengenalan
b) Latar Belakang Masalah
c) Penyataan Masalah (isu / masalah di sekolah yang
diketengahkan)
d) Objektif Penulisan
3
e) Teori yang diaplikasikan dalam pendekatan kepada penyelesaian
masalah
f) Kaedah Pelaksanaan (Pendekatan kepada penyelesaian
masalah)
g) Kos Pelaksanaan
h) Impak / Kesan kepada masalah dinyatakan
i) Pengiktirafan
j) Kesimpulan
k) Rangka Jadual Kerja

6.2 Penulisan hendaklah tidak melebihi 30 muka surat (tidak termasuk


lampiran dan rujukan).

6.3 Kulit hadapan dokumen hendaklah dilengkapkan dengan maklumat


berikut (dalam HURUF BESAR):
a) Tajuk Amalan Terbaik
b) Nama Penuh
c) Kod dan Nama Sekolah

6.4 Berikut adalah panduan untuk dokumentasi:

a) Gunakan kertas A4
b) Gunakan font Times New Roman atau Arial
c) Saiz tulisan 16 bagi tajuk utama, 14 bagi sub tajuk dan 12 bagi
penulisan
d) Gunakan selang 1.5 dan pastikan margin 2 cm pada setiap sisi
kiri kertas
e) Setiap penulisan perlu menggunakan Bahasa Melayu sahaja
f) Laras bahasa dan format penulisan perlu disemak sebelum
menghantar dokumentasi ke KPM
g) Setiap penulisan dokumentasi perlu disertakan bukti dan bahan
sokongan yang berkaitan
h) Isi kandungan penulisan adalah bebas mengikut kreativiti
masing-masing bersandarkan kepada penilaian oleh juri.

4
7.0 PANDUAN PENYEDIAAN SLAID PEMBENTANGAN

a) Calon dikehendaki menyediakan slaid pembentangan (Power Point


sahaja) tidak melebihi daripada 10 slaid yang menjelaskan kandungan
dokumentasi yang telah disediakan dan tidak termasuk slaid pertama
sebagai pengenalan diri guru.
b) Penilaian slaid yang disediakan termasuk dalam pembentangan. Penilaian
untuk slaid adalah khusus dan termasuk dalam pembentangan dengan
pemberatan 10 markah sahaja.

8.0 PENILAIAN PERSEMBAHAN PEMBENTANGAN

a) Pelaksanaan pengiktirafan akan dilaksanakan dengan cara norma baharu.


b) Pembentangan perlu dirakam dan dihantar kepada urusetia dalam bentuk
fail MP4.
c) Rakaman pembentangan adalah dalam masa 10 minit sahaja dan penalti
akan diberikan kepada yang melebihi 10 minit. Penalti sebanyak 5
markah untuk setiap 1 minit tambahan.
d) Teknik penghasilan video hendaklah dalam bentuk kolaj sahaja serta
kreativiti peserta. (pastikan tulisan yang dipaparkan adalah jelas dan
difahami)

9.0 PEMBENTANGAN SECARA BERSEMUKA (5 TERBAIK)

a) 5 peserta terbaik akan melalui sesi pembentangan secara bersemuka yang


akan dimaklumkan tarikh, masa dan tempat oleh pihak KPM.
b) Masa pembentangan secara bersemuka adalah 15 minit.

10. TARIKH PELAKSANAAN

a) Jabatan Pendidikan Negeri dikehendaki menghantar satu wakil rendah dan


menengah kepada urus setia Kementerian Pendidikan Malaysia pada
6 OKTOBER 2023

5
b) Jabatan Pendidikan Negeri boleh dan perlu melaksanakan saringan peringkat
negeri dan memilih yang terbaik untuk dicalonkan ke peringkat kebangsaan
sebelum tarikh yang telah dinyatakan.

6
BORANG PEMARKAHAN DOKUMENTASI
AMALAN TERBAIK SAHSIAH PERINGKAT KEBANGSAAN
TAHUN 2023

NEGERI : ……………………………………………………….

DAERAH : ……………………………………………………….

KOD SEKOLAH : ……………………………………………………….

NAMA SEKOLAH : ……………………………………………………….

NAMA GURU : ……………………………………………………….

: ……………………………………………………….

NOMBOR PEMBENTANGAN:

BIL ASPEK YANG DINILAI SKOR MARKAH


1 IDEA ( 20% )
1.1 Keaslian
a) Idea bernas dan di luar kotak 4-5
pemikiran
b) Idea yang baik dan bersesuaian 2–3
c) Idea sedia ada 1
1.2 Inovasi / transformasi
a) Idea bernas dan di luar kotak 4-5
pemikiran
b) Idea yang baik dan bersesuaian 2-3
c) Idea sedia ada 1
1.3 Jelas dan memenuhi keperluan semasa
a) Idea amat sesuai, jelas dan relevan 4–5

7
b) Idea memenuhi keperluan semasa 2–3
c) Idea kurang jelas dan kurang relevan 1
1.4 Praktikal
a) Mudah dilaksanakan 4–5
b) Boleh dilaksanakan 2–3
c) Kurang praktikal untuk dilaksanakan 1
JUMLAH
2 KREATIVITI ( 20% )
2.1 Penyelesaian masalah
a) Sangat membantu dalam 4-5
menyelesaikan isu/masalah
b) Boleh membantu dalam 2-3
menyelesaikan isu/masalah
c) Memuaskan 1
2.2 Mempunyai nilai tambah yang tinggi
a) Amat tinggi nilai tambah 4-5
b) Baik 2-3
c) Memuaskan 1
2.3 Menarik minat
a) Sangat menarik 4-5
b) Menarik 2-3
c) Memuaskan 1
2.4 Mesra pengguna
a) Sangat mesra pengguna 4-5
b) Mesra pengguna 2-3
c) Sesuai 1
JUMLAH

8
BIL ASPEK YANG DINILAI SKOR MARKAH
3 KAEDAH PELAKSANAAN ( 15% )
3.1 Kaedah jelas dan teratur
a) Kaedah jelas, mudah dilaksanakan dan 4-5
tersusun
b) Kaedah boleh ditambah baik 2–3
c) Kaedah kurang sesuai 1
3.2 Menepati keperluan kumpulan sasar
a) Sangat berkesan kepada kumpulan sasar 4-5
b) Sesuai kepada kumpulan sasar 2-3
c) Kurang sesuai kepada kumpulan sasar 1
3.3 Pengurusan sumber ( tenaga, fleksibel
kewangan)
a) Sangat cekap dalam pengurusan sumber 4–5
( jimat, murah, fleksibel dan bermakna )
b) Baik dalam pengurusan sumber 2–3
c) Kurang cekap dalam pengurusan sumber 1
JUMLAH
4 IMPAK ( 30% )
4.1 Keberhasilan / kemenjadian murid
a) Impak amat tinggi 7 - 10
b) Impak memuaskan 4-6
c) Kurang berimpak 1-3
4.2 Bukti yang disahkan
a) Sahih, boleh dibuktikan dan 4-5
kebolehpercayaan tinggi
b) Sahih dan boleh dibuktikan 2-3
c) Sahih 1
4.3 Pencapaian
a) Tercapai 4-5
b) Pencapaian memuaskan 2-3
c) Kurang tercapai 1
4.4 Tempoh masa dan kesan

9
a) Tempoh masa amat sesuai dan berkesan 4-5
b) Tempoh masa sesuai dan berkesan 2-3
c) Tempoh masa kurang sesuai dan 1
berkesan
4.5 Penglibatan
a) Penglibatan menyeluruh daripada semua 4–5
pihak
b) Penglibatan pelbagai pihak memuaskan 2-3
c) Kurang penglibatan daripada pelbagai 1
pihak
JUMLAH
5 PENGIKTIRAFAN ( 5 % ) ( satu pilihan sahaja )
a) Sekolah 1
b) Pejabat Pendidikan Daerah 2
c) Jabatan Pendidikan Negeri 3
d) Kementerian Pendidikan Malaysia 4
e) Antarabangsa / Agensi Luar / Lain-lain 1
(Agensi lain-lain yang diiktiraf oleh dan
nilaian setara dengan peringkat
antarabangsa)
JUMLAH
6 PENDOKUMENTASIAN ( 10 % )
6.1 Idea dan kreativiti
a) Idea dan kreativiti jelas, teratur dan 2
lengkap
b) Idea dan kreativiti kurang teratur 1
6.2 Kaedah Pelaksanaan
a) Jelas, teratur dan lengkap 2
b) Kurang jelas, teratur dan lengkap 1
6.3 Impak / Kemenjadian
a) Jelas, teratur dan tercapai 2
b) Kurang jelas, teratur dan tercapai 1
6.4 Pencapaian

10
a) Sijil dan penghargaan dipamerkan 2
b) Sijil dan penghargaan tidak dipamerkan 1
6.5 Bahan sokongan
a) Bahan sokongan disertakan 2
b) Bahan sokongan tidak jelas 1
JUMLAH

JUMLAH MARKAH KESELURUHAN ( 100% )

Disahkan oleh,

Tandatangan : ……………………………………….

Tarikh : ………………

Nama Juri : ……………………………………….

11
BORANG PEMARKAHAN PEMBENTANGAN
AMALAN TERBAIK SAHSIAH PERINGKAT KEBANGSAAN
TAHUN 2023

NOMBOR PEMBENTANGAN:

JULAT MARKAH
B ASPEK 9-10 7-8 5-6 3-4 1-2 JUMLAH
Bil PENILAIAN
1 Kelancaran
2 Penguasaan Isi
Kandungan /
Kefahaman Topik
3 Penyampaian
4 Penyusunan
(Logikal & Teratur)
5 Kreativiti
(Kesesuaian &
Keberkesanan)
JUMLAH SKOR

Disahkan oleh,

Tandatangan : ……………………………………….

Tarikh : ………………

Nama Juri : ……………………………………….

12
BORANG JUMLAH PEMARKAHAN
AMALAN TERBAIK SAHSIAH PERINGKAT KEBANGSAAN
TAHUN 2023

NEGERI : ……………………………………………………….

DAERAH : ……………………………………………………….

KOD SEKOLAH : ……………………………………………………….

NAMA SEKOLAH : ……………………………………………………….

NAMA GURU : ……………………………………………………….

: ……………………………………………………….

NOMBOR PEMBENTANGAN:

PERKARA SKOR
1 JUMLAH SKOR DOKUMENTASI
2 JUMLAH SKOR PEMBENTANGAN
3 JUMLAH SKOR
4 PERATUS MARKAH :
JUMLAH SKOR X 100%
150

13

You might also like