PDF Document

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

PERTANDINGAN MENULIS ESEI BAHASA

INGGERIS
SECARA DALAM TALIAN 2021
Kategori pertandingan
Sekolah menengah rendah: murid Tingkatan 1 – 3

Tema
The Joys and Frustrations of Home Based Learning

Syarat-syarat pertandingan
1. Setiap murid hanya dibenarkan untuk menghantar satu esei sahaja.
2. Setiap esei mestilah dimuat naik ke dalam google form dengan butiran yang lengkap.
Pihak penganjur berhak menolak borang penyertaan yang tidak lengkap.
3. Esei mestilah karya murid sendiri, belum pernah disiarkan oleh mana- mana penerbitan
dan tidak diplagiat daripada sumber-sumber lain. Karya plagiat atau terjemahan akan
dibatalkan penyertaan dengan serta merta.
4. Karya tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif serta menyentuh sensitiviti
bangsa, agama dan kaum mana-mana pihak.
5. Format penulisan esei
6. Esei mestilah dilengkapi dengan tajuk sahaja. Sebarang penyataan maklumat peribadi
perlu dilengkapkan dalam borang penyertaan (google form).
7. Esei mestilah ditaip menggunakan fon Times New Roman, 12
dan dalam jarak langkau 1.5 (1.5 spacing).
8. Esei yang telah ditaip hendaklah dihantar dalam bentuk pdf
kepada guru sekolah masing-masing.
9. Pihak sekolah akan menghantar esei murid melalui pautan yang akan dimaklumkan
oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri bagi penjurian peringkat negeri.
10. Had perkataan adalah mengikut kategori pertandingan;
- Sekolah Menengah Rendah – 400 hingga 500 patah perjataan sahaja

11. Penyuntingan esei adalah tidak dibenarkan di semua peringkat pertandingan setelah
dihantar. Karangan yang sama yang telah ditulis di peringkat sekolah akan dihantar
tanpa suntingan ke peringkat negeridan seterusnya ke peringkat kebangsaan.

12. Setiap esei yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis dan pihak penganjur
berhak untuk mencetak dan menerbitkan esei-esei yang memenangi pertandingan ini.
Walau bagaimanapun, hak cipta kekal menjadi milik penulis.
Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan mengikut tahappenyertaan murid.
13. Setiap pemenang akan menerima hadiah dan sijil pencapaian mengikut tahap
pencapaian murid.
14. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan
dengan plagiarisme terhadap peserta oleh mana- mana pihak yang berkaitan.

Keputusan pertandingan
1. Esei akan disemak oleh panel pemeriksa yang dilantik oleh pihak pengelola di
peringkat negeri dan pihak KPM di peringkat kebangsaan.
2. Markah akan diperuntukkan mengikut rubrik pemarkahan yang telah ditetapkan:-
3. Content - 40 marks
4. Originality and Communication - 40 marks
5. Writing Mechanic - 20 marks
6. Pemenang akan ditentukan berdasarkan undi majoriti yang dibuat oleh panel
pemeriksa secara kolektif.
7. Markah individu adalah sulit dan tidak akan didedahkan.
8. Keputusan panel pemeriksa adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan
dilayan.
9. Sekiranya urus setia mendapati peserta melanggar syarat 5.3 selepas keputusan
diumumkan, urus setia berhak menarik kembali hadiah pertandingan.

Hadiah dan penghargaan


a. Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan mengikut tahap
penyertaan murid.
b. Setiap pemenang akan menerima hadiah dan sijil pencapaian
mengikut tahap pencapaian murid.
Syarat tambahan:
Setiap pelajar/ peserta mesti menghantar maklumat berikut kepada guru penasihat untuk
Kategori Sek Men Rendah – Puan Elizabeth Nayong
1. Nama Penuh:
2. No. Kad Pengenalan:
3. Jantina:
4. Bangsa:
5. Gambar pelajar [Gambar Passport pun boleh]
6. No. Telifon ibu-bapa:
7. No. Telifon pelajar:
8. Moe email atau ID Delima:

Tarikh tutup untuk pertandingan:


1. Pelajar menghantar kepada guru subjek B. Inggeris – 18.6.2021 (Jumaat)
2. Guru subject kepada guru penyelaras pertandingan – 21.6.2021 (isnin)
3. Penyelaras pertandingan kepada Jabatan – 23.6.2021 (Rabu)
4. Tarikh tutup pertandingan di peringkat Jabatan – 25.6.2021
Satu group akan diadakan di GC. Guru subjek boleh join GC tersebut. Esei yang siap
boleh hantar ke GC tersebut.
Invite link:
https://classroom.google.com/c/MzYwNjU3OTA4NTI0?cjc=4ojqzaz
Class code - 4ojqzaz

You might also like