Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

(Berdasarkan Kitaran – PERHATI- REFLEKSI-RANCANG- TINDAKAN)

NAMA GURU :
NOR ATIQAH BINTI SELAMAT

TAJUK KAJIAN TINDAKAN :


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYAMBUNG
HURUF-HURUF JAWI

Rogayah binti Abdullah, SMK Sri Rahmat, JB …………..1


MEMBUAT PEMERHATIAN
[Kitaran 1 (a)]

Perhatikan isu dalam bilik darjah dan perihalkan apa yang berlaku.

Contoh perkara yang diperhatikan:


Markah pencapaian akademik murid/Keadaan fizikal/mental murid/Prasarana/Sikap murid

Hasil pemerhatian saya semasa mengajar di kelas 3 Emerald bagi mata pelajaran Pendidikan Islam ( Jawi )

Saya dapati bahawa murid saya tidak dapat menyambung huruf dengan betul.

Hal ini dapat ditunjukkan melalui hasil tugasan murid yang telah dihantar pada 8/8/2023 sewaktu PDPC dijalankan.
Terdapat juga murid yang tidak dapat menyiapkan tugasan.

REFLEKSI
[Kitaran 1 (b) ]

Berdasarkan kepada pemerhatian/ data, imbas kembali / buat refleksi apa yang mungkin telah menyebabkan berlakunya
perkara yang diperhatikan semasa pemerhatian dilakukan.
Kenal pasti punca isu yang berlaku melalui refleksi kendiri ( berkitan diri guru sendiri yang menyumbang kepada masalah )
dan fikirkan jalan penyelesaian.

Hasil daripada pemerhatian tingkah laku murid , semakan latihan murid, serta keputusan ujian dalam kelas semasa
saya mengajar, saya dapati murid tidak dapat mengenal bentuk kedudukan huruf apabila bersambung.
Berikut analisis /contoh antara kesilapan yang dapat dikesan semasa murid menjawab soalan ujian ialah

"‫ ت‬+ ‫ و‬+ ‫ م‬+ ‫ ي‬+ ‫ ل‬+ ‫ " س‬murid akan menyambung huruf ‫ و‬dan ‫ ت‬kaedah yang betul, huruf ‫ و‬dan ‫ ت‬tidak boleh

disambung.

Masalah ini berlaku dalam kalangan murid adalah kerana mereka tidak menghafal pembahagian huruf yang boleh

bersambung dan tidak boleh disambung.

Masalah ini berlaku juga berpunca daripada saya kerana tidak memberikan carta pembahagian huruf yang boleh

bersambung dan tidak bersambung dalam bentuk grafik yang menarik dan mudah diingat.

Daripada refleksi di atas, didapati bahawa murid tidak dapat menjawab soalan /menguasai kemahiran menyambung
huruf dengan betul kerana tidak menghafal huruf-huruf yang boleh bersambung.

Jika perkara/masalah ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk, murid akan tidak dapat menulis perkataan dengan
betul. Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah kerana kelemahan dalam menyambung huruf .
Bagi mengatasi masalah ini, saya akan mecuba membuat carta grafik yang menarik dan diedarkan kepada semua murid
untuk mudah dihafal oleh murid-murid, selain itu juga menyediakan modul supaya dapat membuat bayak latihan
secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran murid membuat huruf bersambung.

MERANCANG
[Kitaran 1 (c)]

Rogayah binti Abdullah, SMK Sri Rahmat, JB …………..2


Berdasarkan refleksi, rancang apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan jalan penyelesaian (intervensi) . Apa yang penting
setiap aktiviti/ tindakan/intervensi yang akan dijalankan perlu dijelaskan pelaksanaannya dengan terperinci.
Tetapkan objektif atau matlamat yang dihasratkan.
Tentukan cara/aktiviti/tindakan yang akan digunakan untuk mencapai objektif.
Tetapkan metodologi yang sesuai untuk mencapai objektif yang ditetapkan dan anlisis yang digunakan untuk menentukan
kejayaan.[Contoh metodologi pengumpulan data:Ujian, Rakaman, Soal selidik, Temu bual, Dokumen,]
* Intervensi / aktiviti /yang dilaksanakan mesti bertujuan mencapai Objektif yang telah ditetapkan.

Objektif kajian :-

akan dapat menulis huruf jawi dalam perkataan bersambung

Murid dapat mengenal huruf yang bersambung dan tidak boleh bersambung.
Murid boleh menulis huruf yang bersambung dengan betul.
Guru menyediakan carta huruf bersambung dan tidak bersambung untuk diedarkan kepada murid.

Saya merancang mendapatkan data dengan menggunakan kaedah (metodologi) :i Pandang sebut ii Latih tubi
ANALISIS DATA yang akan saya gunakan untuk menentukan kejayaan ialah dalam bentuk peratus, ujian bertulis.( contoh,
peratus, bilangan atau lain-lain yang sesuai dan laporkan dalam dalam bentuk jadual, graf, atau lain-lain yang sesuai)

Saya akan melaksanakan aktiviti/intervensi seperti berikut :

Aktiviti 1: Pandang sebut dan latih tubi

Langkah 1 : Membimbing murid menyebut huruf yang boleh bersambung dan tidak boleh bersambung
Langkah 2 : Meberi latih tubi dari mudah kepada susah, bermula sambungan 2 huruf, 3 huruf dan seterusnya.

* bilangan aktiviti/intervensi dan langkah yang akan dijalankan bergantung kepada masalah
dan tindakan yang akan diiambil untuk menyelesaikan masalah.

MELAKSANAKAN TINDAKAN
[Kitaran 1 (d) ]

Berdasarkan kepada perancangan, laksanakan tindakan/ intervensi mengikut metodologi yang telah ditetapkan. Contoh
intervensi:Projek, Perbahasan, Pementasan, ABM baharu, Kaedah pengajaran baharu/( di sinilah keluarnya inovasi)
Contoh metodologi pengumpulan data: Ujian, rakaman, soal selidik, temu bual, Dokumen, pemerhatian tingkah laku/situasi.
( CATATKAN :-i) siapa yang terlibat, ii) Tarikh/masa dilakukan, iii) Apa yang berlaku Iv) Bagaimana dilakukan

Berdasarkan perancangan tindakan yang telah saya tetapkan , saya laksanakan aktiviti/intervensi seperti berikut :

Aktiviti 1 : Menberikan carta huruf bersambung dan tidak bersambung secara grafik

Rogayah binti Abdullah, SMK Sri Rahmat, JB …………..3


Langkah 1 : carta diberikan kepada semua murid untuk dihafal semasa di rumah dan ditampal dalam buku tulis, dan
dimasukkan juga dalam modul.
Langkah 2 : murid akan menyebut jenis-jenis huruf yang bersambung dan tidak bersambung 5 minit sebelum PDPC bermula.

Aktiviti 2 : Modul huruf bersambung

Rogayah binti Abdullah, SMK Sri Rahmat, JB …………..4


Langkah 1 : Murid membuat latihan dalam modul yang telah disediakan oleh guru.
Langkah 2 : Setelah siap guru akan menyemak dan membetulkan perkataan sekiranya terdapat kesalahan dalam menyambung
huruf.

Aktiviti 3 : Ujian

Langkah 1 : Setelah selesai murid membuat latih tubi dalam modul yang diberikan, guru akan membuat ujian penilaian di
dalam kelas untuk melihat tahap pencapaian murid.

* bilangan aktiviti/intervensi dan langkah yang akan dijalankan bergantung kepada masalahyang hendak
diselesaikan/objektif yang hendak dicapai.

MEMBUAT PEMERHATIAN
[Kitaran 2 (a) ]

Pemerhatian semula Guru mencatatkan perubahan yang berlaku selepas tindakan/intervensi dijalankan . Contoh: hasil
analisis perbandingan markah, tingkah laku (behaviour), sikap (attitude), disiplin, motivasi, gambar, video, kaedah pengajaran
sebelum dan selepas tindakan/ intervensi dilakukan sama ada objektif telah tercapai atau tidak.

(Refleksi keseluruhan kajian)

i. Jika objektif telah tercapai, guru mencatatkan refleksi mengapa beliau berpuas hati dan kajian tindakan
tamat dan mencadangkan perancangan yang boleh dilaksanakan beliau sendiri pada masa akan datang.

Objektif telah tercapai, murid dapat mengusai dan boleh menyambung huruf dengan betul berdasarkan ujian yang dibuat.
Rogayah binti Abdullah, SMK Sri Rahmat, JB …………..5
Tindakan selajutnya terhadap kajian tindakan ini saya akan mengaplikasikan kepada rakan guru pendidikan islam yang lain
kerana guru pendidikan islam yang lain juga menghadapi masalah yang sama.

Jika objektif tidak tercapai, guru mencatakan refleksi mengapa objektif/ sasaran tidak tercapai dan
mencadangkan perancangan alternatif yang lebih praktikal dan ulang kembali proses refleksi di 2 (b) hingga selesai kitaran
untuk menentukan objektif yang asal/baharu tercapai.

MEREFLEKSI
[Kitaran 2 (b)]
Berdasarkan kepada pemerhatian/ data, imbas kembali / buat refleksi apa yang mungkin telah menyebabkan berlakunya
perkara yang diperhatikan di K2(a).
Kenal pasti punca isu yang berlaku melalui refleksi kendiri dan fikirkan jalan penyelesaian.

MERANCANG
[Kitaran 2 (c)]

MELAKSANAKAN TINDAKAN
[Kitaran 2 (d)]

Rogayah binti Abdullah, SMK Sri Rahmat, JB …………..6

You might also like