Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

KENYATAAN RASMI

PROSES KEBENARAN PELAJAR PASCA SECARA PENYELIDIKAN


MEMASUKI KAMPUS UMS BAGI MENJALANKAN KERJA MAKMAL

1. Pengurusan UMS mengambil maklum keperluan para pelajar program pasca siswazah
secara penyelidikan untuk memasuki Kampus UMS bagi menjalankan kerja makmal
yang berkaitan dengan penyelidikan mereka.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pengurusan UMS telah bersetuju membenarkan hanya


pelajar program pasca siswazah secara penyelidikan sahaja untuk memasuki kampus
bagi menjalankan kerja makmal mulai Isnin, 16 November 2020.

3. Kebenaran ini diberikan tertakluk kepada pematuhan sepenuhnya semua prosedur


operasi standard (SOP) yang berkaitan. Bagi setiap premis makmal, hanya 30 peratus
kapasitinya sahaja yang dibenarkan untuk diguna pada satu-satu masa. Umpamanya,
jika ruang suatu makmal mampu menampung 10 orang, hanya 3 orang sahaja
dibenarkan menggunakan makmal tersebut pada satu-satu masa. Peraturan penjarakan
fizikal sekurang-kurangnya satu (1) meter adalah terpakai di dalam makmal.

4. Bagi perkara (3) di atas, penggunaan ruang tertentu dalam premis makmal, seperti
common area dan seumpamanya, juga perlu mematuhi syarat had penggunaan kapasiti
tidak melebihi 30 peratus kapasiti sebenar.

5. Permohonan memasuki kawasan Kampus UMS bagi tujuan menjalankan kerja makmal
hendaklah dikemukakan kepada Dekan Fakulti/Pengarah Institut/Ketua Jabatan yang
akan mengeluarkan surat kebenaran kepada pelajar pasca siswazah yang permohonan
mereka diluluskan. Fakulti/Institut perlu menetapkan jadual bekerja kakitangan yang
bertugas untuk membantu menguruskan makmal.

6. Dekan Fakulti/Pengarah Institut/Ketua Jabatan bertanggungjawab menyelia,


memantau dan memastikan pematuhan terhadap SOP berkaitan termasuk Garis
Panduan Aktiviti Penyelidikan (Di Lapangan) dan (Dalam Makmal) Pasca Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 Universiti Malaysia Sabah.

7. Kebenaran untuk pelajar pasca siswazah memasuki Kampus UMS bagi menjalankan
kerja makmal ini adalah juga tertakluk kepada arahan dan perintah kawalan pergerakan
daripada pihak-pihak berkuasa yang berkenaan dari masa ke semasa.

Sekian dan terima kasih.

TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA)


Universiti Malaysia Sabah
10 November 2020/24 Rabiul Awal 1442H

You might also like