Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU DAN SAMBUTN HARI


RAYA (PASTI & SRITI) KAWASAN AMPANG
21 MEI 2023

OLEH : DANIAL HAZIQ & WAN ZAKI


Agenda Teks Pengacaraan Catatan

Peringatan :

1- Patuhi SOP
2- Sentiasa memakai pelitup muka
3- Penjarakan Fizikal
4- Matikan telefon bimbit atau pastikan berada dalam mode
senyap

Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Ustaz Mohd Azwan b


Perasmi Zainudin diiringi dif -dif kehormat masuk ke dalam dewan

Hadirin dipersilakan berdiri.

Marilah sama-sama kita menyanyikan :-

1- Asmaul Husna
2- Lagu Negaraku
3- Lagu PAS
4- Lagu MGP & MGS (majlis guru PASTI dan

Hadirin dipersilakan duduk.

Ucapan alu-
aluan Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatuallahi
Pengerusi wabarakatuh
Majlis

Adat kita menyambut tetamu


Salam dihulur mesra bertamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Pemanis bicara aluan didahulu

Majlis mengalu-alukan kehadiran

Yang berbahagia Ustaz Mohd Azwan b Zainudin


Ketua Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Ampang

Yang Berbahagia Ustaz Hamdi b Husin


Pengerusi Sektor Pendidikan Dewan PAS Ampang
Yang Dihormati
Tn Hj Khasim b Abdul Aziz
Yang Dipertua PAS Kawasan Ampang

Yang Dihormati
Ustaz Mazlan b Awang
Ketua Dewan Ulamak PAS Ampang

Yang Dihormati
En Shahril b Shuhaimi
Wakil Lajnah Pendidikan PAS Ampang

Yang dihormati
Ustazah Rosni bt Abdullah
Wakil Dewan Muslimat PAS Ampang

Pengurus-pengurus PASTI

Barisan guru Besar SRITI

Guru-guru PASTI

Guru-guru SRITI

Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin dan hadirat yang dihormati


sekalian.

Marilah sama-sama kita mulakan majlis pada hari ini dengan bacaan
Ummul Furqan Al-Fatihah.

Bersyukur ke Hadarat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-


Nya dapat kita bertemu buat sekian kalinya dalam MAJLIS
SAMBUTAN HARI GURU DAN SAMBUTN HARI RAYA (PASTI &
SRITI) KAWASAN AMPANG
Bacaan Doa Buluh di asah jalinan disemat,
Gubahan di olah bawa berangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa
yang akan dibacakan oleh:

Alfadhil Ustaz Rafizani b Ramli. Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan.

….………………………….Bacaan Doa……………………………………

Amin amin Ya Rabbal Alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Alfadhil Ustaz Rafizani b Ramli atas pimpinan bacaan doa
itu tadi.

Ucapan Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan alu-aluan
Pengerusi daripada Ybhg Ustaz Hamdi b Husin, Pengerusi Sektor Pendidikan
Sektor Dewan PAS Ampang. Dengan segala hormatnya, dipersilakan
Pendidikan
*************ucapan Ketua Pengarah**************
Dewan
Pemuda Pas Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ybhg Ustaz Hamdi
Ampang b Husin atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Ucapan Makan nasi di tepi bendang,


Perasmian Bersambal tumis ikan bilis,
Datangkah tuan kami mengundang,
Tampil ke depan merasmi majlis.

Bagi menyerikan majlis pada pagi ini, majlis dengan penuh hormat
dan takzimnya mempersilakan Yang berbahagia Ustaz Mohd Azwan
b Zainudin, Ketua Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri
Selangor untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU DAN SAMBUTN HARI RAYA
(PASTI & SRITI) KAWASAN AMPANG. Majlis dengan sukacitanya,
mempersilakan.
………………………Ucapan Perasmi……………………………

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima


kasih kepada Yang berbahagia Ustaz Mohd Azwan b Zainudin, atas
kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi. Kini rasmilah sudah
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU DAN SAMBUTN HARI RAYA
(PASTI & SRITI) KAWASAN AMPANG .

Ikrar Guru Seterusnya, majlis mempersilakan Ustaz Bunyamin b


PASTI & SRITI untuk memimpin bacaan ikrar guru-guru PASTI dan SRITI .
Dipersilakan

Warga cemerlang tersenyum manis


Hadir bersama guru wibawa
Penyampaian Sambutan Anugerah penyeri ,majlis
Anugerah Sematkan gagah di dalam jiwa

Sesi 1 Kini, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah untuk


Anugerah Guru Cemerlang PASTI Kawasan dan Cawangan, Anugerah
Guru Cemerlang SRITI kawasan dan Anugerah Guru Komitmen SRITI
Kawasan.

Hadiah diatur Nampak kemas


Tuan yang berbahagia senyum purnama
Tampillah tuan ke atas pentas
Menyempurnakan Penyampaian Anugerah Utama

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Ustaz Mohd


Azwan b Zainudin diiringi Ustaz Hamdi b Husin tampil ke pentas
untuk menyampaikan hadiah kepada penerima anugerah.
Dipersilakan.

………………… Sesi penyampaian hadiah………………

Ribuan terima kasih diucapkan Ustaz Mohd Azwan b Zainudin dan


Ustaz Hamdi b Husin , atas penyampaian sijil sebentar tadi.

Syabas dan Tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga


anugerah ini mampu meningkatkan lagi nilai kerja dan
tanggungjawab untuk mendidik anak bangsa. Semoga ia dapat
menjadi inspirasi buat semua guru untuk terus memberi hasil kerja
yang terbaik dan ikhlas.

Cabutan - Santai -
Betuah

Yang kapas nampaknya telah menjadi benang


Yang benang telah menjadi kain
Penutup Yang seinci telah menjadi sekaki
Yang sejengkal telah menjadi sedepa.
Yang busut nampaknya telah menjadi bukit
Yang bukit nyata telah menjadi gunung
Sidang hadirin sekalian,

Dengan ini berakhirlah sudah MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU


DAN SAMBUTAN HARI RAYA (PASTI & SRITI) KAWASAN
AMPANG Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
tetamu yang sudi menghadiri majlis ini terutama Ybhg Ustaz Mohd
Azwan b Zainudin serta dif-dif kehormat. Diharap majlis anugerah ini
dapat terus melahirkan guru-guru yang cemerlang dan komited
seterusnya menjadikan PASTI & SRITI sebagai pilihan yang terbaik .

Terima kasih juga diucapkan kepada semua jawatankuasa yang


terlibat dalam penganjuran MAJLIS ini sama ada secara langsung
mahupun tidak.

Gugur menguning buah kuini


Menghijau pohon subur dibaja
Majlis kita berakhir disini
Salah dan silap lupakan saja
Sebarang kelemahan harap di maaafi
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Semoga kita berjumpa lagi.

Akhirul kalam, kita tutup majlis kita dengan tasbih kafarah dan surah
al-asr..

Sekian, wabilahitaufiq walhidayah ilal liqa ma’as salamah.

You might also like