Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LATIHAN CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH

Tukar ayat cakap ajuk kepada cakap pindah tanpa mengubah maksudnya.

1. “Hai, Minah! Sudah lama kita tidak berjumpa. Apa khabar?” kata Siti.

____________________________________________________________________________________

2. “Tidak, saya tidak pernah terlibat dalam kes kecurian. Semua ini fitnah orang lain yang cemburu saya,”
kata pemuda itu kepada seorang pegawai polis.

____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________

3. “Tolong, tolong! Adik saya terjatuh ke longkang. Adik saya tidak tahu berenang. Cepat, cepat
tolongnya,” jerit Fatimah.

____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________

4. “Baru-baru ini, kes ragut berlaku satu demi satu, saya sungguh kesal. Polis macam tidak bertindak
sesuatu,” kata seorang tua di kedai kopi.

____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________

5. “Saya tidak mahu kalian terus malas dan tidak membuat latihan. Jika kalian masih bersikap begini, saya
akan menghubungi ibu bapa kalian,” kata guru kelas kepada sekumpulan pelajar.

LATIHAN 2

“ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh. “ Rancangan apa? “ jawab Ani. “ Rancangan mendaki
gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata Salleh. “ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat
Sabtu depan. “ jelas Ani. “ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! “ Ani tersenyum puas apabila
mendengar kata-kata sahabat karibnya itu.

__________________________________________________________________________________________

Jawapan

Tukar ayat cakap ajuk kepada cakap pindah tanpa mengubah maksudnya.

1. Siti bertegur sapa kepada Minah lalu mengatakan bahawa mereka sudah lama tidak berjumpa dan
bertanyakan khabar kepadanya
2. Pemuda itu menafikan dakwaan itu kepada seorang pegawai polis lalu mengatakan bahawa dia tidak
pernah terlibat dalam kes kecurian dan semua hal itu fitnah orang lain yang mencemburuinya.

3. Fatimah menjerit dan meminta tolong kerana adiknya terjatuh ke longkang. Fatimah mengatakan
bahawa adiknya tidak tahu berenag sambil meminta orang ramai supaya cepat menyelamatkan adiknya.

4. Di kedai kopi, seorang tua berasa sungguh kesal terhadap pihak polis kerana ketika itu kes ragut berlaku
satu demi satu

5. Guru kelas menasihati sekumpulan pelajar bahawa beliau tidak mahu mereka terus malas dan tidak
membuat latihan dan jika mereka masih bersikap begitu, beliau akan menghubungi ibu bapa mereka.

LATIHAN 2

“ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh. “ Rancangan apa? “ jawab Ani. “ Rancangan mendaki
gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata Salleh. “ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat
Sabtu depan. “ jelas Ani. “ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! “ Ani tersenyum puas apabila
mendengar kata-kata sahabat karibnya itu.

JAWAPAN

Salleh bertanyakan tentang rancangan mendaki gunung yang diceritakan oleh Ani pada tempoh hari. Ani
menjelaskan bahawa rancangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat pada Sabtu hadapan. Salleh memuji
dan menyokong rancangan tersebut. Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu.

You might also like