Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

KEMENTERIAN

PENDIDIKAN
MALAYSIA
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan

JABATAN PENGAJIAN MELAYU

NAMA PELAJAR NURIN ALYA ATIQAH BINTI ABD RAZAK

ANGKA GILIRAN 2020162340092

NO KAD PENGENALAN 010106-02-0376

KUMPULAN/UNIT BAHASA MELAYU 4

KOD & NAMA KURSUS EDUP3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN


PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU
NAMA PENSYARAH DR. MUHD FARIZ BIN ISMAIL

TARIKH HANTAR 06 NOVEMBER 2023

Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:


ISI KANDUNGAN

1.0 LAPORAN TEMU BUAL

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Responden Temu Bual

1.2 Peranan Guru Sebagai Pemimpin Profesional Dalam PdP

1.3 Analisis Peranan Dan Usaha PPP dalam Profesion Keguruan serta
Impaknya ke arah Menjayakan Matlamat Kepemimpinan Digital

1.4 Kesimpulan

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN
LAPORAN TEMU BUAL TENTANG PERANAN PEGAWAI

PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SEBAGAI PEMIMPIN PROFESIONAL

Pada hari Rabu bersamaan 25 Oktober 2023, satu sesi temu bual dalam talian telah
dijalankan bagi memenuhi kehendak kerja kursus EDUP3083, iaitu Asas Kepimpinan
dan Pembangunan Profesionalisme Guru. Puan Nazihah atau nama penuhnya
Nazihah Safiah Binti Wahab telah dihubungi bagi mendapatkan maklumat berkaitan
profesion keguruan, peranan guru sebagai pemimpin profesional dalam aspek
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) serta beberapa soalan lanjutan. Puan Nazihah
merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), di sebuah sekolah yang
terletak di Shah Alam, Selangor. Beliau telah berkhidmat selama 4 tahun 8 bulan dan
merupakan lulusan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu yang
mengambil pengkhususan Sejarah sebagai subjek major dan Pendidikan Kesihatan
sebagai subjek minor. Kini, beliau sedang memegang jawatan sebagai Ketua Panitia
Sejarah di sekolah tersebut. Berdasarkan perkongsian Puan Nazihah, kerjaya guru
ini dianggap sebagai profesion kerana menawarkan perkhidmatan penting kepada
masyarakat, iaitu mendidik anak bangsa untuk menjadi insan yang berguna kepada
negara. Tugas ini bukan suatu tugas yang mudah kerana memerlukan keupayaan
intelek dalam melaksanakan PdP selain mental yang kuat bagi mengharungi setiap
liku cabaran sepanjang menjadi PPP. Kerjaya guru dianggap sebagai suatu
profesion kerana memerlukan individu untuk menguasai ilmu pengetahuan serta
kemahiran ikhtisas dalam bidang pendidikan dan bidang yang diajar selain
mempunyai kod etika dan akta yang menjadi panduan kepada semua penjawat
(Suhaimi, 2014).

Salah satu peranan guru adalah sebagai pengamal ilmu. Pada era
digitalisasi ini, tuntutan terhadap ilmu pengetahuan semakin membuak-buak
(Claderhead, 1987). Oleh yang demikian, guru berperanan sebagai pemankin
wadah perjuangan bagi melahirkan murid yang memiliki daya pemikiran yang kritis,
kreatif, analitikal yang mempu bersaing di pentas global (Casell. Janet, P. & Jerome,
Q., 2003). Kenyataan tersebut turut dibenarkan oleh Puan Nazihah dan beliau
menyatakan bahawa perkembangan pendidikan pada era digital ini memerlukan guru
untuk serba boleh dalam pelbagai perkara. Gurulah yang merupakan pakar rujuk,
gurulah ibu bapa, gurulah penasihat, dan banyak perkara telah dipegang
tanggungjawabnya oleh guru. Peranan guru pada zaman ledakan teknologi ini tidak
terhad kepada mendidik sahaja tetapi telah berkembang memikul peranan-peranan
yang lain (Abdullah Zaidi, 2015). Hal ini demikian kerana guru mendapat tempat
yang istimewa di hati murid-murid. Apa sahaja yang diberitahu guru akan dijadikan
sebagai kitab pegangan dalam diri mereka dan mereka lebih mempercayai guru
berbanding kedua-dua ibu bapa mereka. Hal ini jelas menunjukkan peranan guru
sebagai ejen keberkesanan pendidikan. Oleh yang demikian, guru perlulah
mematuhi etika kerjanya bagi menjaga nama baik profesion keguruan. Salah satunya
ialah etika guru terhadap pelajar. Puan Nazihah menjelaskan bahawa guru
berperanan dalam membentuk murid-murid. Hal ini menyebabkan apa yang
disampaikan oleh guru kepada murid akan diingati sepanjang hayat mereka
sekiranya guru tersebut betul-betul komited dalam tugasnya sebagai pembimbing.

Selain itu, menurut Puan Nazihah, guru juga merupakan fasilitator atau
pembimbing yang bertugas untuk mempermudah pemahaman murid di dalam kelas
dengan menggunakan pelbagai bahan digital yang akan memacu kepada perubahan
pendidikan. Oleh itu, guru perlu mahir dalam setiap perkara tidak kira sama ada
dalam bidangnya atau di luar bidang tugasnya. Dalam konteks guru, perancangan
merupakan salah satu aspek kepimpinan profesional. Umumnya, perancangan
menurus kepada penentuan matlamat jangka panjang dan jangka pendek (Ragbir
Kaur Joginder Singh, 2013). Dalam fasa ini, Puan Nazihah yang merupakan ketua
panitia telah merancang dan mengadakan mesyuarat bagi panitia Sejarah bagi
membincangkan pembahagian tugas dari aspek kurikulum. Beliau menyatakan
bahawa pembahagian tugas perlu dilakukan dengan adil supaya guru dapat
melaksanakannya dengan berkesan tanpa isu berat sebelah. Dalam mesyuarat
tersebut, beliau telah berbincang bersama guru-guru panitia Sejarah berkenaan
penghasilan rancangan pengajaran tahunan, mingguan, dan harian agar
membolehkan guru melaksanakan proses PdP dengan sistematik dan berkesan.
Puan Nazihah turut menyatakan bahawa panitia Sejarah sentiasa melakukan
pengisian aktiviti dan program yang bermanfaat sempena bulan Sejarah agar dapat
memberikan impak yang positif kepada murid-murid.

Seterusnya, peranan guru juga merupakan wahana utama dalam


mempengaruhi murid di sekolah. Puan Nazihah berpendapat bahawa guru bukan
sahaja merupakan pendidik dan pengasas kepada pengetahuan yang dimiliki oleh
murid-murid, malah peranan guru adalah lebih, misalnya sebagai seorang
pemimpin, penasihat, agen sosialisasi, agen perubahan dalam masyarakat, dan
banyak lagi. Oleh yang demikian, semua guru di Malaysia dituntut untuk mempunyai
pelbagai kemahiran lain dan tidak hanya tertumpu pada satu-satu strategi, teknik,
atau pendekatan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa perubahan ini merupakan satu
cabaran yang perlu disahut oleh guru-guru terutamanya bakal guru yang sedang
melanjutkan pembelajaran di institut perguruan kerana merekalah yang akan
mengajar generasi muda pada masa hadapan. Kagan (1991) menyatakan bahawa
pada dasarnya, kepimpinan guru merupakan suatu proses bagi mempengaruhi
orang lain berdasarkan tindakan atau perilaku tertentu terhadap individu yang ingin
dipengaruhi. Temu bual terhadap Puan Nazihah mendapati bahawa pentingnya guru
untuk mengetahui peranan sebagai pemimpin professional dalam pelbagai aspek
PdP. Misalnya, sebagai ketua panitia, Puan Nazihah perlu menguruskan semua
program-program panitia sama ada program tersebut merupakan program wajib atau
tambahan, menunjukkan amalan PdP terbaik sebagai suri teladan kepada guru-guru
pembimbing yang lain, membuat perancangan tahunan, dan pelbagai tugasan yang
lain. Puan Nazihah menyatakan sebagai seorang ketua, beliau perlulah
menunjukkan komitmen baik kepada guru-guru serta komited dalam melaksanakan
tugasnya sebagai ketua panitia.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Puan Nazihah, penulis


mendapati bahawa Puan Nazihah merupakan seorang yang rajin melibatkan diri
dalam pelbagai seminar dan kursus yang berkaitan pendekatan PdP. Misalnya, Puan
Nazihah telah menyertai pelbagai kursus tentang penggunaan Smartboard, kursus
penerokaan aktiviti interaktif, kursus penggunaan Peardeck, Classdojo, dan pelbagai
lagi kursus bagi melengkapkan diri dengan pengetahuan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK). Beliau juga telah mendorong guru-guru lain untuk melibatkan
penggunaan TMK semasa sesi PdP khususnya subjek Sejarah supaya dapat
menarik minat murid dan menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan.
Puan Nazihah sentiasa memberikan perkongsian kepada guru-guru berkaitan
aplikasi serta teknologi yang boleh digunakan dalam PdP. Ciri-ciri seperti
sanggup membantu dan berkongsi pengetahuan yang dipamerkan Puan Nazihah ini
merupakan antara ciri-ciri kepimpinan berdasarkan Teori Semasa Kepimpinan
Transformasional. Guru yang dapat mengerakkan tahap motivasi dan
mempengaruhi rakan sekerja untuk mencapai matlamat bersama yang telah
ditetapkan merupakan antara gaya kepimpinan dalam teori transformasi ini (Firdaus
dan Nosiah, 2017). Puan Nazihah merupakan seorang pemimpin transformasional
yang bijak memimpin rakan sejawat dengan menggunakan kuasa yang dimiliki untuk
berkolaborasi bersama-sama bagi mencapai matlamat yang ditetapkan, iaitu
menjayakan kepimpinan digital yang akan memacu kepada perubahan pendidikan.

Akhir sekali, Puan Nazihah yang mengajar subjek Sejarah menyatakan


bahawa beliau telah menetapkan hasil pembelajaran yang berbeza terhadap murid-
muridnya seperti cemerlang, sederhana, dan kurang memuaskan. Hal ini dilakukan
supaya dapat mengetahui gaya pembelajaran murid-murid serta memberikan
perhatian yang penuh kepada murid-murid yang kurang memuaskan. Beliau juga
turut bekerjasama dengan pusat sumber sekolah untuk menyediakan bahan bacaan
yang pelbagai dan sesuai dengan tahap murid supaya dapat menarik minat murid
untuk membaca sekali gus meningkatkan kemahiran membaca mereka. Bukan itu
sahaja, murid-murid yang keciciran dalam sesuatu mata pelajaran tertentu akan
dimasukkan ke dalam bengkel-bengkel khas yang disediakan oleh pihak sekolah
agar dapat merapatkan jurang pemahaman antara murid. Pembelajaran
menggunakan slaid interaktif juga adalah lebih cenderung digunakan bagi mengatasi
masalah yang berlaku. Gaya kepimpinan yang ditunjukkan oleh Puan Nazihah
adalah selaras dengan Teori Situasi Hersey Blanchard (1977) yang menjelaskan
bahawa murid sekolah rendah yang berada dalam kumpulan kematangan rendah
perlu diluangkan masa bagi memperjelas matlamat dan peranan murid, membuat
penyeliaan yang lebih teliti, serta menggalakkan murid menerima tugas mereka
melalui pujukan (Wong et. al, 2018). Sikap Puan Nazihah, iaitu kepimpinan
tradisional dengan membimbing murid-murid untuk menyelesaikan masalah yang
telah dikesan membuktikan bahawa Puan Nazihah seorang yang komited dalam
melaksanakan tugasnya. Puan Nazihah akan cuba memujuk murid untuk belajar
dengan menggunakan bahan digital yang menjadikan pembelajaran lebih
menyeronokkan. Oleh itu, murid-murid akan lebih termotivasi untuk belajar selain
meningkatkan penggunaan bahan digital dalam PdP yang membolehkan matlamat
kepimpinan digital dapat direalisasikan. Kesimpulannya, guru merupakan entiti
utama yang perlu diberikan pendedahan dalam usaha memacu perubahan dalam
dunia pendidikan.
BIBLIOGRAFI

Abdullah Zaidi (2015). Mission of Public Education in Malaysia: The


Challenge of Transformation. UM Press.

Claderhead, J. (1987). (Ed). Exploring Teachers’ Thinking. London Casell.

Firdaus, M.Z & Norsiah, M. (2017). Adakah gaya kepimpinan transformasi memberi
kesan keatas keseimbangan kerja dan kehidupan? International Journal of
Muamalat, Vol 1, Issue. 1. ISSN: 2590-4337.

Janet, P. & Jerome, Q. (2003). Contemporary Sp Management. Champaign, Human


Kinetics.

Kagan, DM & Tippins, DJ. (1991). How teachers’ classroom express their
pedagogical beliefs. Journal of Teacher Education. 42 (4), 281-291.

Ragbir Kaur Joginder Singh. (2013). Panduan ilmu pendidikan untuk DPLI psikologi.
Added Enterprise Sdn. Bhd.

Wong, K. W, Noriati A. R. & Boon, P. Y. (2018). Asas kepimpinan dan pembangunan


profesionalisme guru. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
LAMPIRAN

Lampiran 1: Sesi Temubual Bersama Puan Nazihah

Nama Nazihah Safiah Binti Wahab

Umur 29 Tahun

Pengalaman mengajar 4 Tahun 8 Bulan

Opsyen dan subjek mengajar Sejarah

Pendidikan Kesihatan

Bahasa Melayu

Jawatan disandang Ketua Panitia Sejarah

Guru Mata Pelajaran

Lampiran 2: Biodata Guru

Saya Assalamualaikum puan, selamat petang. Sebelum itu, saya bersama rakan-
rakan saya yang lain ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada puan
kerana sudi ditemu bual bagi memenuhi kehendak kerja kursus EDUP3083
ini.

Puan Nazihah Waalaikumusalam, tak apa. Saya pon nak berterima kasih sebab sudi
jemput saya untuk ditemu bual. Diharapkan maklumat yang diperoleh nanti
boleh digunakan dalam kerja kursus kamu semua.
Saya Sama-sama puan. Sebelum itu, boleh puan ceritakan serba sedikit
maklumat berkaitan diri puan.

Puan Nazihah Hahaha, baik saya ceritakan sedikit ya. Nama saya Nazihah Safiah Binti
Wahab, berumur 29 tahun. Saya telah berkhidmat di sekolah ini selama 4
tahun 8 bulan. Saya juga merupakan lulusan IPG, iaitu IPGK Bahasa
Melayu di Kuala Lumpur. Pengkhususan saya semasa di IPG ialah Sejarah
dan Pendidikan Kesihatan, namun selepas mendapat penempatan saya
telah diberikan tanggungjawab mengajar subjek Bahasa Melayu. Kini, saya
sedang memegang jawatan sebagai ketua panitia Sejarah.

Saya Wah, menariknya puan. Jadi, boleh saya tahu berdasarkan pemahaman
puan, profesion guru tu apa?

Puan Nazihah Ini berdasarkan pemahaman saya ya, kerjaya guru ini dianggap sebagai
profesion kerana menawarkan perkhidmatan penting kepada masyarakat,
iaitu mendidik anak bangsa untuk menjadi insan yang berguna kepada
negara. Seperti yang kamu semua tahu, kini tugas guru itu amat rumit dan
mencabar. Guru dituntut untuk berkemahiran dalam pelbagai perkara. Jadi,
guru itu mestilah belajar dan mahir dalam bidang tugasnya serta bidang
tugas yang ada kaitan dengan bidangnya.

Saya Maksud puan bidang tugas yang ada kaitannya tu apa ya?

Puan Nazihah Contohnya, guru ni tugasnya bukan hanya mendidik sahaja tetapi tugas-
tugas yang lain pon guru kena buat juga. Kena masukkan markah dalam
sistem, mengajar, mendidik, menjaga keselamatan murid, dan sebagainya.

Saya Oh, macam tu, saya dah faham. Pada pendapat puan, apa peranan guru
sebagai pemimpin profesional masa kini?

Puan Nazihah Pada saya, peranan guru ni serba boleh. Kejap jadi ibu, kejap jadi bapa.
Guru bukan sahaja mengajar tetapi guru juga pembimbing. Guru ni lah
yang akan menjadi agen perubahan masa depan, agen sosialisasi,
pengganti ibu bapa, pembentuk tingkah laku, dan sebagainyalah. Sebab tu
saya kata guru ni tugasnya bukan mudah.

Saya Betul tu puan, saya setuju. Banyak sebenarnya tugas guru ni.
Tanggungjawabnya besar kepada masyarakat. Boleh saya tahu tugas puan
sebagai ketua panitia Sejarah?

Puan Nazihah Tugas sebagai ketua panitia ni besar. Saya kena ‘handle’ mesyuarat
dengan guru-guru yang lain untuk bincangkan tentang perancangan
tahunan, mingguan, dan harian. Sebab kita ada sasaran yang telah
ditetapkan. Semua murid kalau boleh kita nak mereka lulus dalam
peperiksaan atau pun pentaksiran sejarah. Dalam mesyuarat tu pon kita
akan bincangkan pembahagian tugas. Guru-guru ni juga akan
menyumbangkan idea untuk buat program terutamanya program semasa
bulan kemerdekaan.

Saya Faham, susah juga ya puan. Boleh puan beritahu apa yang puan lakukan
untuk meningkatkan kemampuan diri?

Puan Nazihah Tak susah mana pon. Kalau kita ada azam nak buat yang baik kita mesti
boleh. Saya cuba tingkatkan kemampuan saya dengan menyertai pelbagai
kursus yang melibatkan pengurusan smartboard, pembinaan slaid interaktif,
kursus penggunaan Peardeck, Classdojo, dan pelbagai lagi kursus bagi
melengkapkan diri dengan pengetahuan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK). Selain tu, sebagai ketua panitia, saya cuba
menggalakkan cikgu-cikgu yang lain untuk gunakan bahan digital dalam
sesi PdP. Kena gunakan teknologi untuk tarik minat murid ni.

Saya Faham-faham. Boleh saya tahu macam mana puan tingkatkan prestasi
murid?

Puan Nazihah Biasanya saya lihat kepada tahap pencapaian mereka. Saya tidak
membeza-bezakan mereka atau merendah-rendahkan mereka. Tetapi saya
perlu tahu tahap penguasaan murid-murid supaya saya boleh buat
intervensi yang sesuai dengan mereka. Dengan cara itu, saya mudah untuk
fikirkan jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah tersebut. Murid-murid
yang tercicir dalam subjek tertentu tu akan disediakan bengkel tertentu
yang disediakan pihak sekolah untuk kurangkan sikit jurang pengetahuan
mereka tu.

Saya Oh faham puan. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada puan
kerana sudi ditemu bual.

Puan Nazihah Tak mengapa, saya harap maklumat saya berguna ya dalam kerja kursus
kamu ini.

Saya Sangat berguna puan, banyak yang dapat kami pelajari. Terima kasih sekali
lagi saya ucapkan.

Puan Nazihah Sama-sama

Lampiran 3: Transkripsi Temu Bual

You might also like