Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 45

040823-16-0117

AKTIVITI GOTONG-ROYONG MEMBAWA MUAFAKAT DALAM KALANGAN


PENDUDUK DI TAMAN BUKIT SERDANG, SERI KEMBANGAN

ABSTRAK

Kerja kursus ini bertemakan ‘Aktiviti Gotong-Royong Membawa Muafakat Dalam Kalangan
Penduduk Di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan’. Objektif pertama kajian ini adalah
mengenal pasti aktiviti-aktiviti gotong-royong yang boleh memupuk perpaduan yang
diadakan di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan. Objektif keduanya adalah mengkaji
kebaikan aktiviti gotong-royong terhadap permuafakatan penduduk di Taman Bukit Serdang,
Seri Kembangan. Kawasan Taman Bukit Serdang dipilih sebagai lokasi kajian ini. Kajian ini
melibatkan 30 orang responden di Taman Bukit Serdang. Kaedah primer yang digunakan
ialah pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Kaedah sekunder yang digunakan merupakan
rujukan dan perpustakaan. Selepas kajian ini dilaksanakan, aktiviti-aktiviti gotong-royong
yang boleh memupuk perpaduan yang diadakan dan kebaikan aktiviti gotong-royong
terhadap permuafakatan penduduk telah dikenal pasti. Kesimpulannya, pengkaji merumuskan
bahawa jenis aktiviti dan kebaikan aktiviti gotong-royong terhadap permuafakatan penduduk
boleh memupuk perpaduan di Taman Bukit Serdang.

i
040823-16-0117

SENARAI ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka Surat


ABSTRAK i
ISI KANDUNGAN ii
PENGHARGAAN iii
1.0 PENGENALAN 1-2
2.0 OBJEKTIF KAJIAN 3
3.0 LOKASI KAJIAN 4-6
3.1 Peta
3.2 Foto Lokasi Kajian
4.0 KAEDAH KAJIAN 7-9
4.1 Kaedah Primer
4.1.1 Kaedah Temu Bual
4.1.2 Kaedah Soal Selidik
4.1.3 Kaedah Permerhatian

4.2 Kaedah Sekunder


4.2.1 Kaedah kajian kepustakaan
4.2.2 Kaedah rujukan

4.3 Cara Menganalisis Data


4.4 Cara Mempersembahkan Data
5.0 DAPATAN KAJIAN 10-29
5.1 Demografi Responden
5.2 Mengenal pasti aktiviti-aktiviti gotong-royong yang boleh
memupuk perpaduan di Taman Bukit Serdang, Seri
Kembangan
5.3 Mengkaji kebaikan aktiviti gotong-royong terhadap
permuafakatan penduduk di Taman Bukit Serdang, Seri
Kembangan

6.0 KESIMPULAN 30-32


7.0 RUJUKAN 33-34

ii
040823-16-0117

8.0 LAMPIRAN 35-50


PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, pengkaji ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Serina
Binti Jaafar, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang yang memberikan
peluang pengkaji bagi melaksanakan kajian kerja kursus Pengajian Am ini.
Selain itu, pengkaji juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pn Nurul Illunil Hayati
penolong kanan Tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsan Seri Serdang yang menyusun
jadual pelaksanaan kajian kerja kursus ini dan memberikan kebenaran kepada pengkaji bagi
melaksanakan kajian ini dengan lancar di lokasi kajian kerja kursus ini.
Melalui peluang keemasan ini, pengkaji juga ingin merakamkan ribuan terima kasih
kepada Puan Nur Zulaikha Jacqulina Binti Abdullah, guru mata pelajaran Pengajian Am
pengkaji yang sudi meluangkan masa bagi menunjuk ajar kepada pengkaji tentang setiap
langkah pelaksanaan kajian kerja kursus ini. Dorongan dan tunjuk ajar daripada beliau telah
membatu pengkaji menyiapkan kajian kerja kursus ini menepati jadual waktu yang ditetapkan
dengan sempurna.
Seterusnya, pengkaji juga ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada 30 orang
responden di Taman Bukit Serdang yang sudi memberikan kerjasama dan meluangkan masa
untuk menjawab soalan soal selidik. Kerjasama mereka telah menolong pengkaji
melaksanakan kajian kerja kursus ini dengan lancar tanpa menghadapi banyak halangan
cabaran.
Selanjutnya, pengkaji juga ingin menyampaikan sekalung terima kasih kepada 2 orang
informan yang sudi meluangkan masa bagi menghadiri ke temu bual yang dianjurkan oleh
pengkaji. Pendapat mereka telah menjadi sumber yang sangat berharga kepada pengkaji bagi
menghuraikan segala dapatan kajian kerja kursus ini dengan jelas.
Sekali lagi, pengkaji ingin megucapkan setinggi-tingginya penghargaan dan terima kasih
kepada rakan-rakan pengkaji yang memberikan pendapat masing-masing kepada pengkaji
bagi menetapkan tugasan kajian kerja kursus ini.
Akhir kata, ratusan penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada sesiapa sahaja
yang terlibat dalam pelaksanaan kajian kerja kursus ini sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Kesudian dan sumbangan anda amat dihargai oleh pengkaji.

iii
040823-16-0117

1.0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi aktiviti ialah sebarang kegiatan yang
dilakukan oleh seseorang dan beraktiviti melibatkan diri dalam sesuatu kegaitan. Aktiviti
boleh merangkumi pelbagai bentuk seperti aktiviti fizikal, sukan, sosial, budaya.

Menurut wordpress, gotong royong dapat ditafsirkan sebagai sesuatu sikap ataupun kegiatan
yang dilakukan oleh anggota masyarakat secara kerjasama dan tolong menolong dalam
menyelesaikan pekerjaan mahupun masalah dengan sukarela. Sikap gotong royong ini telah
melekat pada diri masyarakat dan merupakan kebiasaan turun temurun dari nenek moyang.
Sikap gotong royong ini sangat penting sekali untuk memperlancarkan pembangunan yang
berguna bagi kesejahteraan masyarakat. Gotong royong adalah aktiviti berkumpulan atau
bersama-sama secara sukarela. Amalan ini telah dipraktikan dan di warisi sejak zaman
berzaman. Tetapi amalan ini kian dilupakan oleh generasi alaf baru yang hanyut dengan
keseronokan dan keselesaan yang tiada batasan. Aktiviti gotong royong ini sebenarnya dapat
menjalinkan dan memperkukuhkan semangat kejiranan. Kehidupan masyarakat sekarang
kebanyakannya bertunjangkan materialistik dan individualistik sehingga tidak mempunyai
masa untuk mengenali dan berbual-bual dengan jiran masing-masing. Melalui aktiviti
gotong-royong, jiran-jiran tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama akan bersama-sama
menjalankan aktiviti yang sama.

Menurut artkel Sinar Harian, https://www.sinarharian.com.my/, gotong-royong muafakat


perpaduan oleh JOHARI YAP, gotong-royong adalah slah satu budaya rakyat Malaysia,
khususnya masyarakat Melayu yang semakin ditelan zaman. Dalam suasana masyarakat
majmuk di Malaysia, aktiviti gotong-royong sebenarnya mampu mewujudkan persefahaman
antara kaum melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama. Bak kata pepatah Melayu,
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Kerja yang berat boleh menjadi mudah jika
dilakukan bersama-sama. Sebagai contohnya, penduduk sama-sama membersihkan taman
permainan, longkang, persekitaran taman perumahan mahupun rumah ibadat. Itulah prinsip
gotong-royong.

Menurut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua terbitan 2015, premuafakatan
bermaksud setuju, seia sekata ini merujuk kepada keadaan di mana semua pihak yang terlibat
dalam suatu perundingan atau diskusi telah mencapai kata sepakat atau persetujuan terhadap
sesuatu tindakan atau keputusan.

1
040823-16-0117

Secara rasionalnya, kajian ini dihasilkan untuk mengkaji kebaikan aktiviti gotong-royong
terhadap permuafakatan penduduk di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan. Selain itu,
kajian ini dihasilkan untuk mengenal pasti aktiviti-aktiviti gotong-royong yang boleh
memupuk perpaduan yang diadakan di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan. Pengkaji
memilih kawasan Taman Bukit Serdang sebagai lokasi kajian kerana lokasi kajian tersebut
mempunyai penduduk yang ramai untuk pengumpulan data.

Lokasi kajian tersebut mempunyai penduduk dari pelbagai peringkat umur memudahkan
pengkaji untuk mengumpulkan pandangan terhadap aktiviti gotong-royong dari pelbagai
peringkat umur. Hal ini menepati objetif kajian pengkaji yang hendak mengenal pasti
kebaikan aktiviti gotong-royong terhadap permuafakatan penduduk di Taman Bukit Serdang,
Seri Kembangan.

Kesimpulannya, pengkaji berharap aktiviti gotong-royong dapat memupuk perpaduan


dengan lancar terhadap kalangan penduduk di kawasan Seri Bukit Serdang, Seri Kembangan
supaya penduduk dapat hidup sebagai masyarakat yang bersatu-padu. Pengkaji juga berharap
agar kajian ini dapat mencapai objektif yang ditetapkan. Seterusnya, dapat membantu
pengkaji untuk lebih memdalami kepentingan hidup berjiranan agar dapat membina
hubungan yang lebih baik sesama jiran.

2
040823-16-0117

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Pengkaji menjalankan kajian ini berdasarkan kepada dua objektif iaitu:

1. Mengenal pasti aktiviti-aktiviti gotong-royong yang boleh memupuk perpaduan di


Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan
2. Mengkaji kebaikan aktiviti gotong-royong terhadap permuafakatan penduduk di
Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan

3
040823-16-0117

3.0 LOKASI KAJIAN


Peta 1: Peta Negeri Selangor

Sumber : Google Maps


Selangor terletak di tengah Semenanjung Malaysia, tepatnya di pantai barat. Seri Kembangan
terletak Selangor ini mengelilingi dua kota, iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya. Luas wilayah
Selangor diperkirakan sekitar 8.104 km2, sedangkan perkiraan jumlah populasinya mencapai
lebih dari 6,5 juta jiwa. Selangor merupakan bagian dari negara Malaysia. Ibu kota Selangor
adalah Shah Alam. Kaum majoriti yang terdapat di negeri tersebut ialah Melayu, India, Cina
serta beberapa kaum minoriti.

4
040823-16-0117

Peta 2: Peta Bahagian Seri Kembanagn

Sumber : Google Maps


Seri Kembangan merupakan sebuah bandar baharu terletak di Selangor Darul Ehsan,
Malaysia. Seri Kembangan ialah sebuah bandar yang terletak di Selangor, Malaysia. Jumlah
populasi penduduk di Seri Kembangan sendiri saja dianggarkan sekitar 235,000 orang &
sedang meningkat. Majoriti penduduk di sini berketurunan Cina pada asalnya, namun kini
semakin ramai keturunan India dan Melayu yang tinggal di sini. Kebanyakkan penduduk
Cina di sini merupakan etnik Hakka. Bandar ini terletak di tengah-tengah kawasan
perumahan yang pesat membangun dan juga mempunyai kepelbagaian aktiviti ekonomi.
Terdapat banyak kedai-kedai runcit, pasaraya, restoren, dan kemudahan-kemudahan lian yang
memenuhu keperluan penduduk setempat.

5
040823-16-0117

3.2 Foto Lokasi Kajian

Sumber daripada : https://www.google.com/maps/place/taman bukit serdang

Pengkaji memilih Taman Bukit Serdang sebagai lokasi kajian. Taman Bukit Serdang terdiri
daripada berbilang kaum, iaitu Melayu, Cina dan India. Taman Bukit Serdang juga
mempunyai prasarana dan kemudahan awam yang lengkap. Sebagai contoh, Taman Bukit
Serdang mempunyai sekolah menengah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, klinik swasta,
taman rekreasi dan sebagainya. Penduduk di sini biasanya menjalankan perniagaan persendiri
seperti membuka kedai runcit, kedai serbaneka, restoran dan sebagainya. Taman Bukit
Serdang juga mempunyai tempat keagamaan yang lengkap seperti masjid dan tokong.

6
040823-16-0117

4.0 KAEDAH KAJIAN


Kaedah Kajian Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), kaedah kajian merupakan
cara dalam memproses sesuatu perkara untuk kajian. Bahagian ini menerangkan kaedah

kajianyang telah digunakan oleh pengkaji dalam melaksanakan kajian ini dengan sempurna.

Sumber data iaitu data primer dan data sekunder telah diambil guna oleh pengkaji
sebagaibahan rujukan semasa menjalankan kaedah kajian ini.
4.1 Cara Pengumpulan Data

Semasa pengkaji menjalankan kajian,beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan


data yang berkaitan di kawasan Taman Bukit Serdang. Antaranya ialah kaedah primer.
Kaedah Primer bermaksud maklumat pertama yang dikumpul dalam membuat sesuatu kajian.
Antara kaedah mengumpul data primer ialah melalui pengukuran, pencerapan, soal selidik,
temu bual dan pemerhatian. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah
pemerhatian untuk mengumpul maklumat mengenai syarikat yang dikaji. Kaedah kedua yang
saya gunakan adalah Kaedah Sekunder. Kaedah Sekunder bermaksud maklumat yang
dikumpul daripada sumber yang sedia ada. Data sekunder diperoleh secara tidak langsung
melalui catatan atau dokumen yang dihasilkan oleh syarikat, analisis industri oleh media,
laman sesawang, dan sumber lainnya. Dalam kajian ini, data dikumpulkan melalui kunjungan
ke perpustakaan dan kedai buku, menjelajahi internet, dan membaca buku yang relevan.
Penggunaan data sekunder memungkinkan penghematan waktu dan biaya yang diperlukan
dalam studi untuk mengklasifikasikan masalah dan menilai data.

a) 4.1.1 Kaedah Primer

4.1.1.1 Kaedah Temu Bual

Dengan menggunakan kaedah ini, ianya dapat menyokong data yang diperoleh oleh
pengkaji melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada responden di Taman Bukit
Serdang. Kaedah temu bual ini memerlukan sekurang-kurangnya 3 orang informen untuk
ditemu bual dan menyatakan pendapat masing-masing dengan lebih tepat dan terperinci.
Pengkaji akan memilih penduduk taman yang berpendidikan tinggi dan berpengalaman dalam
melaksanakan aktiviti gotong-royong di Taman Bukit Serdang untuk ditemu bual dalam
kajian ini. Hal ini demikian kerana, ia akan memudahkan pengkaji dalam proses temu bual

7
040823-16-0117

dan mampu menyatakan pendapat mereka dengan jujur dan bermakna. Dengan demikian,
semua maklumat yang diperoleh adalah relevan dengan kehendak pengkaji dan sesuai dengan
objektif kajian.

4.1.1.2 Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian ialah kaedah yang dijalankan secara langsung. Kaedah ini telah
dijalankan selama empat hari di kawasan perumahan Taman Bukit Serdang. Pengkaji
menyediakan borang pemerhatian untuk mengenalpasti aktiviti-aktiviti gotong-royong dan
mengkaji kebaikan aktiviti gotong-royong terhadap permuafakatan penduduk yang diadakan
di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, Selangor. Tarikh kajian ini telah dijalankan pada
tarikh 19-22 APRIL pada jam 12:00 tengah hari hingga 2.00 tengah hari.

4.1.1.3 Kaedah Soal Selidik

Pengkaji telah mengunakan kaedah boring soal selidik untuk mendapatkan maklumat dan
data daripada responden. Pengkaji telah menggunakan kaedah borang soal selidik untuk
mendapatkan maklumat dan data daripada responden. Pengkaji telah mengedarkan 30 borang
soal selidik kepada responden di Taman Bukit Serdang, Selangor. Oleh yang sedemikian, ia
akan memudahkan proses menganalisis data yang diperolehi oleh pengkaji daripada aktiviti
gotong-royong yang telah dijalankan oleh penduduk di Taman Bukit Serdang. Borang soal
selidik ini berbentuk soalan yang mudah supaya memudahkan responden untuk
menjawabnya. Secara tidak langsung, pengkaji mampu memperoleh pelbagai jawapan yang
berbeza daripada responden. Borang soal selidik ini mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian
A, data demografi responden ,Bahagian B , mengenal pasti aktiviti-aktiviti gotong-royong
yang boleh memupuk perpaduan dan Bahagian C, mengkaji kebaikan aktiviti gotong-royong
terhadap permuafakatan penduduk di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan.

b) 4.2.1 Kaedah Sekunder

4.2.1.1 Rujukan

Pengkaji akan dapat memeroleh maklumat daripada pelbagai sumber. Dengan demikian, ia
dapat menambah ilmu pengetahuan pengkaji dalam menjalankan kajian ini. Salah satu
sumber yang digunakan oleh pengkaji adalah merujuk kamus dewan bahasa bagi mengetahui
maksud perkataan yang tidak atau kurang difahami dengan lebih terperinci. Bukan itu sahaja,

8
040823-16-0117

pengkaji juga memperoleh sumber melalui bahan bacaan iaitu majalah-majalah yang dikeluar
oleh pihak tempatan. Dengan ini, pengkaji dapat membaca dan memahami mengenai tajuk
yang dipilih dengan lebih mendalam dan tepat.

4.2.1.2 Perpustakaan

Dalam kajian ini, rujukan perpustakaan membantu dlam pengumpulan maklumat. Kaedah
ini bertujuan agar pengkaji dapat memperoleh maklumat dengan lebih meluas lagi serta
mampu memperoleh maklumat tambahan yang penting. Seterusnya, pengkaji juga
menggunakan kaedah melayari internet dalam kajian ini. Dengan ini, pengkaji boleh
mencari pelbagai maklumat yang diperlukan dalam menghasilkan kajian ini.

4.3 Cara Analisis Data

Data yang telah diperoleh melalui borang soal selidik dan temu bual akan dianalisis dan
kemudian disajikan dalam bentuk jadual, graf dan carta. Kaedah kualitatif akan digunakan
untuk menerangkan dengan terperinci hasil yang telah diperoleh dalam borang soal selidik
berkaitan dengan amalan gotong-royong di Taman Bukit Serdang, Selangor.

4.4 Mempersembah Data

Pada peringkat akhir kajian ini, telah dijalankan analisis secara kuantitatif dan kualitatif
menggunakan skala Likert item “Sangat Setuju”, “Setuju” atau “Tidak Setuju” untuk
menganalisis data daripada soal selidik dan penilaian kajian untuk menghasilkan laporan
kajian. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kekerapan dan peratusan. Bagi item
yang menggunakan skala Likert,ditunjukkan seperti berikut.

Skala Bilangan Peratusan

Sangat Setuju

Setuju

Tidak Setuju

Setelah pengkaji menganalisis data daripada soal selidik,pengkaji menggunakan carta pai dan
graf bar untuk mendapatkan data dengan lebih jelas.

9
040823-16-0117

5.0 DAPATAN KAJAIN


Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas responden
terhadap soal selidik,temu bual,rujukan dan pemerhatian yang telah dijalankan untuk
mengenalpasti aktiviti-aktiviti gotong-royong dan mengkaji kebaikan aktiviti gotong-royong
terhadap permuafakatan penduduk yang diadakan di Taman Bukit Serdang, Seri
Kembangan, Selangor.

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

Jadual 1 menunjukkan pecahan responden daripada kalangan penduduk di Taman Bukit


Serdang berdasarkan jantina,bangsa,pekerjaan dan umur.

Bil Perkara Kategori Kekerapan(orang Peratusan(%)


)

1. Jantina Lelaki 19 63

Perempuan 11 37

2. Umur 20 tahun ke bawah 3 10

21 – 40 tahun 16 53

41 – 60 tahun 7 23

61 tahun ke atas 4 13

3. Taraf Sekolah rendah 9 30


Pendidikan
SRP/PMR/PT3 8 27

SPM 11 37

STPM 0 0

Diploma 1 3

Ijazah 0 0

Lain-lain 1 3

4. Pekerjaan Pesawah 0 0

10
040823-16-0117

Peniaga 5 17

Pesara 6 20

Bekerja sendiri 11 37

Pegawai kerajaan 0 0

Pelajar 2 7

Lain-lain 6 20

5. Status Bujang 4 13

Berkahwin 26 87

Ibu tunggal 0 0

Duda 0 0

6. Tempoh 10 tahun ke bawah 3 10


Menetap
10-20 tahun 8 27

20-30 tahun 10 33

30 tahun ke atas 9 30

7. Jenis Sewa 1 3
Kediaman
Ibu-bapa 4 13

Beli 25 83

Jadual 1:Latar Belakang Responden

Sumber:Kajian Lapangan 2023

11
040823-16-0117

Rajah 1:Demografi Responden Berdasarkan Jantina

Sumber:Kajian Lapangan 2023

Berdasarkan rajah 1, daripada 30 orang responden yang telah disoal selidik, sebanyak 19
orang responden adalah lelaki dan peratusnya adalah 63% manakala 11 orang responden
adalah perempuan dan peratusnya adalah 37%. Hal ini sedemikian kerana semasa borang soal
selidik diedarkan oleh pengkaji, bilangan penduduk berlainan jantina iaitu lelaki dan
perempuan yang menghadiri aktiviti gotong-royong adalah tidak seimbang.

12
040823-16-0117

Rajah 2:Demografi Responden Berdasarkan Umur

Sumber:Kajian Lapangan 2023

Berdasarkan rajah 2, bilangan responden yang berumur 20 tahun ke bawah mencatat jumlah
iaitu 3 orang (10 peratus). Seterusnya, responden yang berumur 21 hingga 40 tahun mencatat
jumlah yang paling ramai iaitu 16 orang (53 peratus) dan responden yang berumur 41 hingga
60 tahun mencatat jumlah iaitu seramai 7 orang (23 peratus). Manakala responden yang
berumur 61 dan keatas adalah seramai 4 orang (13 peratus). Hal ini sedemikian kerana
majoriti daripada penduduk Taman Bukit Serdang yang aktif terlibat dalam aktiviti gotong-
royong ialah golongan muda. Seterunya, responden yang berumur 41 hingga 60 tahun
dalam kalangan penduduk Taman Bukit Serdang mencatat jumlah kedua tertinggi iaitu
sebanyak 23 peratus. Hal ini sedemikian kerana golongan tua lebih pengalaman menjalankan
aktiviti gotong-royong. Disamping itu, kebanyakan mereka adalah pesara juga adalah
sebabnya. Mereka menjalankan aktiviti gotong-royong bagi mengisi masa lapangnya.

13
040823-16-0117

Rajah 3:Demografi Responden Berdasarkan Taraf Pendidikan

Sumber:Kajian Lapangan 2023

Berdasarkan rajah 3, bilangan responden peringkat pendidikan rendah adalah 9 orang (30
peratus). Seterusnya, bilangan responden peringkat SPR/PMR/PT3 mencatat jumlah seramai
8 orang (27 peratus) dan bilangan responden perinkat SPM adalah terbanyak iaitu 11 orang
(37 peratus). Di samping itu, bilangan responden peringkat diploma berjumlah seorang sahaja
dan juga lain-lain. Manakala, bilangan responden peringkat STPM dan Ijazah adalah kosong.
Bilangan responden peringkat SPM adalah paling banyak.

14
040823-16-0117

Rajah 4:Demografi Responden Berdasarkan Pekerjaan

Sumber:Kajian Lapangan 2023

Berdasarkan rajah 4, bilangan responden yang bekerja sendiri mencatat jumlah yang paling
ramai iaitu 11 orang (37 peratus). Seterusnya, pesara adalah responden yang kedua paling
banyak, iaitu 6 orang (20 peratus). Diikuti oleh responden yang bekerja peniaga, iaitu
sebanyak 5 orang (17 peratus). Selain itu, 2 orang responden adalah pelajar bersamaan
dengan 7 peratus. Disamping itu, bilangan responden yang bekerja lain-lain mencatat jumlah
seramai 6 orang (20 peratus). Manakala tidak ada responden yang bekerja pesawah, pegawai
kerajaan dalam 30 orang responden yang diedarkan. Ini membuktikan bahawa majoriti
daripada penduduk di Taman Bukit Serdang yang aktif terlibat dalam menjalankan aktiviti
gotong-royong ialah responden yang bekerja sendiri. Hal ini sedemikian kerana responden
yang bekerja sendiri mempunyai lebih banyak masa untuk menjalankan aktiviti gotong-
royong.

15
040823-16-0117

Rajah 5:Demografi Responden Berdasarkan Status

Sumber:Kajian Lapangan 2023

Berdasarkan rajah 5, bilangan responden yang berstatus berkahwin mencatat jumlah yang
paling ramai iaitu 26 orang (87 peratus). Manakala, responden yang bujang mencatat jumlah
4 orang (13 peratus). Kebanyakan responden yang menjalankan aktiviti gotong-royong
adalah berstatus berkhawin. Meraka menjalankan aktiviti gotong-royong dengan keluarganya.

16
040823-16-0117

Rajah 6:Demografi Responden Berdasarkan Tempoh Menetap

Sumber:Kajian Lapangan 2023

Berdasarkan rajah 6, bilangan responden yang menetap di Taman Bukit Serdang 10 tahun ke
bawah mencatat jumlah 3 orang (10 peratus). Seterusnya, bilangan responden yang menetap
di Taman Bukit Serdang 10 hingga 20 tahun mencatat jumlah 8 orang (27 peratus) dan
responden yang menetap 20 hingga 30 tahun mencatat jumlah yang paling ramai iaitu
seramai 10 orang (33 peratus). Manakala responden yang menetap 30 tahun ke atas adalah
seramai 9 orang (30 peratus). Ini membuktikan kebanyakan penduduk yang menjalankan
aktiviti gotong-royong adalah penduduk yang bermastautin lama.

17
040823-16-0117

Rajah 7:Demografi Responden Berdasarkan Jenis Kediaman

Sumber:Kajian Lapangan 2023

Berdasarkan rajah 7, bilangan responden yang jenis kediaman dimiliki oleh sendiri mencatat
jumlah 25 orang (83 peratus). Seterusnya, bilangan responden yang jenis kediaman dimiliki
oleh ibu bapa mencatat jumlah 4 orang (13 peratus) dan seorang responden yang menyewa
rumah adalah seorang pelajar. Kebanyakan responden yang mempunyai rumah dimiliki oleh
sendiri akan menjalankan aktiviti gotong-royong.

18
040823-16-0117

5.2 Mengkaji aktiviti-aktiviti gotong-royong yang boleh memupuk perpaduan di Taman


Bukit Serdang, Seri Kembangan
Bil. Perkara Tidak setuju Setuju Sangat Setuju

Bil % Bil % Bil %

1. Gotong-royong 3 10 6 20 21 70
membersihkan
kawasan perumahan.

2. Gotong-royong 1 3 8 27 21 70
menyediakan juadah
untuk majlis-majlis
penting.

3. Gotong-royong 2 7 10 33 18 60
membaiki dan
membaik pulih
rumah-rumah
penduduk yang
mengalami
kerosakan.

4. Gotong-royong 7 23 7 23 16 53
membersihkan
kawasan perkuburan.

5. Gotong-royong 0 0 8 27 22 73
membersihkan
longkang/parit di
sekitar kampung.

6. Gotong-royong 4 13 8 27 18 60
membangunkan
fasilitis umum.

Jadual 2 : Taburan bilangan dan peratusan berdasarkan aktiviti-aktiviti gotong-royong


yang boleh memupuk perpaduan

19
040823-16-0117

Sumber:Kajian Lapangan 2023

20
040823-16-0117

Petunjuk:

Aktiviti 1: Gotong-royong membersihkan kawasan perumahan.

Aktiviti 2: Gotong-royong menyediakan juadah untuk majlis-majlis penting.

Aktiviti 3: Gotong-royong membaiki dan membaik pulih rumah-rumah penduduk yang


mengalami kerosakan.

Aktiviti 4: Gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan.

Aktiviti 5: Gotong-royong membersihkan longkang/parit di sekitar kampung

Aktiviti 6: Gotong-royong membangunkan fasilitis umum

21
040823-16-0117

Berdasarkan jadual 2, aktiviti membersihkan kawasan perumahan, menyediakan juadah


untuk majlis-majlis penting, membersihkan longkang/parit di sekitar kampung adalah aktiviti
utama yang dilakukan di Taman Bukit Serdang, Selangor. Peratusan responden menjawab
“Sangat setuju” ialah 70% iaitu seramai 21 orang responden yang sangat setuju dengan
membersihkan kawasan perumahan dan menyediakan juadah untuk majlis-majlis penting
boleh memupuk perpaduan. Bilangan responden yang menjawab setuju seramai 6 dan 8
orang dan peratusannya adalah 20% dan 27%. Manakala bilangan responden yang menjawab
tidak setuju adalah 3 dan 1 orang. Sebanyak 73% iaitu seramai 22 responden sangat setuju
dengan membersihkan longkang/parit di sekitar kampung boleh memupuk perpaduan.
Manakala sebanyak 27% iaitu seramai 8 orang responden bersetuju dengan aktviti ini dan
tidak ada responden tidak bersetuju dengan aktiviti ini boleh memupuk perpaduan di Taman
Bukit Serdang. Berdasarkan temu bual pengkaji dengan informen A yang merupakan warga
emas di Taman Bukit Serdang dan tinggal di sini selama 40 tahun. Untuk mengkaji aktiviti
yang paling memupuk perpaduan, beliau mengatakan bahawa beliau memahami daripada
pengalaman beliau bahawa kunci untuk memupuk perpaduan ialah membina semangat
kerjasama. Sejak beliau hidup di Taman Bukit Serdang, beliau aktif dalam melibat diri dalam
aktiviti gotong-royong. Beliau sentiasa menganjurkan penduduk menjalankan aktiviti gotong-
royong untuk memastikan kebersihan Taman Bukit Serdang.

Selain itu, peratus sebanyak 60% iaitu seramai 18 orang responden yang sangat bersetuju
dengan membaiki dan membaik pulih rumah-rumah penduduk yang mengalami kerosakan
boleh memupuk perpaduan antara penduduk. Diikuti dengan 33% iaitu seramai 10 orang
respoenden yang bersetuju. Manakala ada 2 orang responden yang mengambil peratusan 7%
tidak bersetuju dengan pernyataan yang diberikan. Berdasarkan temu bual antara pengkaji
dengan informen B yang merupakan pekerja penyelenggaraan penghawa dingin. Beliau
mengambil peranan yang penting dalam aktiviti membaiki dan membaik. Beliau berkata
penduduk yang terlibat dalam pembaiki akan lebih mempunyai semangat bekerjasama .Ini
membuktikan penduduk gembira melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong.Hal ini
sedemikian kerana aktiviti ini membantu meringankan beban penduduk yang memerlukan
bantuan dalam memperbaiki rumah mereka. Selain itu, ini juga dapat memperbaiki kualiti
hidup dan keadaan perumahan, serta memperkuatkan tali persaudaraan antara penduduk.
Penduduk telah membantu melebihi 50 buah keluarga dalam tempoh 30 tahun. Bilangan
penduduk yang melibatkan diri melakukan aktiviti gotong-royong telah meningkat kepada
100 orang.

22
040823-16-0117

Seterusnya, peratusan responden menjawab “Sangat setuju” ialah 53.33% iaitu seramai 16
orang responden dan sebanyak 7 orang dengan peratusan 23% menjawab “Setuju”
membersihkan kawasan perkuburan boleh memupuk perpaduan. Manakala sebanyak 23%
iaitu sebanyak 7 orang responden tidak bersetuju dengan penyataan yang diberikan.
Walaupun majoritinya respoden yang setuju sanggup membersihkan kawasan perkuburan
terdapat juga penduduk yang tidak sanggup melibat diri. Hal ini sedemikian kerana mereka
tidak bersetuju aktiviti membersihkan perkuburan boleh memupuk perpaduan dan ini bukan
tanggungjawabnya. Responden yang tidak setuju mungkin mempunyai kepercayaan atau
kebimbangan tertentu yang menghalang mereka daripada menyertai aktiviti membersihkan
kawasan perkuburan. Manakala responden yang setuju menyokong idea untuk
membersihkan kawasan perkuburan sebagai tanda penghormatan kepada mereka yang telah
meninggal dunia dan juga sebagai bentuk menjaga kebersihan dan keindahan kawasan
tersebut. Kebanyakan penduduk sangat bersetuju dengan aktiviti ini kerana membersihkan
kawasan perkuburan adalah penting dari segi agama, budaya, dan penghormatan terhadap
nenek moyang.

Seterusnya, responden yang sangat setuju dengan aktivi gotong-royong membersihkan


longkang/parit di sekitar kampung boleh memupuk perpaduan mempunyai peratus 73% iaitu
seramai 22 orang responden yang bersetuju dengan pernyataan yang diberikan dalam soal
selidik yang diberikan oleh pengkaji. Diikuti dengan responden yang setuju mempunyai
peratus 27% iaitu seramai 8 orang. Manakala tiada responden yang tidak setuju dengan
aktiviti ini, hal ini sedemikian kerana membersihkan longkang/parit adalah penting untuk
mencegah banjir, penyakit, dan menjaga saluran air yang baik. Mereka menyokong idea
membersihkan longkang/parit sebagai cara untuk menjaga saluran air yang bersih dan
melindungi kawasan dari masalah yang berkaitan dengan kualiti air dan kebersihan.
Berdasarkan temu bual antara pengkaji dengan seorang informen, pada pendapat dia
Kebanyakan penduduk sangat bersetuju dengan aktiviti ini kerana mereka menyedari
kepentingan menjaga saluran air bersih untuk kesihatan dan keselesaan komuniti.

Akhir sekali, aktiviti gotong-royong membangunkan fasiliti umum yang sangat disetuju oleh
responden mempunyai peratus 60% iaitu seramai 18 orang. Seterusnya, bilangan responden
yang setuju dengan aktiviti ini mempunyai peratus 27% iaitu seramai 8 orang. Mankala,
bilangan responden yang tidak setuju mempunyai peratus 13% iaitu seramai 4 orang. Hal ini
sedemikian kerana mereka tidak melihat kepentingan untuk terlibat dalam membangunkan
fasiliti umum atau mungkin mereka tidak memerlukan fasiliti umum. Manakala responden

23
040823-16-0117

lain menyokong idea membangunkan fasiliti umum sebagai cara untuk meningkatkan kualiti
hidup penduduk dan memberikan kemudahan yang lebih baik. Mereka setuju dengan aktiviti
ini boleh memupukan perpaduan, mereka ingin memastikan kehidupan komuniti yang lebih
baik dengan membangunkan fasiliti umum yang selesa dan sesuai dengan keperluan
penduduk. Membangunkan dan menyelenggara fasiliti umum seperti taman permainan,
gelanggang sukan, atau tempat rekreasi dapat meningkatkan kualiti hidup penduduk dan
memberikan ruang untuk aktiviti sosial yang positif.

24
040823-16-0117

5.2 1. Mengkaji kebaikan aktiviti gotong-royong terhadap permuafakatan penduduk


di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan
Bil. Perkara Tidak setuju Setuju Sangat Setuju

Bil % Bil % Bil %

1. Gotong-royong dapat 1 3 12 40 17 57
meningkatkan
kebersihan, keceriaan
dan keselamatan di
kawasan perumahan.

2. Gotong-royong dapat 0 0 13 43 17 57
meningkatkan
kerjasama dan
mengeratkan
hubungan kejiranan.

3. Gotong-royong dapat 0 0 12 40 18 60
memupuk semangat
perpaduan.

4. Gotong-royong dapat 4 13 14 47 12 40
menjimatkan
perbelanjaan dan kos
penyelenggaraan.

5. Gotong-royong dapat 4 13 11 37 15 50
memperkenalkan
budaya pelbagai
kaum.

6. Gotong-royong dapat 6 20 8 27 16 53
membentuk perasaan
simpati dan empati
dalam individu.

25
040823-16-0117

Jadual 2 : Taburan bilangan dan peratusan berdasarkan kebaikan aktiviti gotong-


royong terhadap permuafakatan penduduk

Sumber:Kajian Lapangan 2023

Jadual 3:Kebaikan aktiviti gotong-royong terhadap permuafakattan penduduk


Sumber: Kajian Lapangan 2023
Petunjuk:

Kebaikan 1: Gotong-royong dapat meningkatkan kebersihan, keceriaan dan keselamatan di


kawasan perumahan.

Kebaikan 2: Gotong-royong dapat meningkatkan kerjasama dan mengeratkan hubungan


kejiranan.

Kebaikan 3: Gotong-royong dapat memupuk semangat perpaduan.

Kebaikan 4: Gotong-royong dapat menjimatkan perbelanjaan dan kos penyelenggaraan.

Kebaikan 5: Gotong-royong dapat memperkenalkan budaya pelbagai kaum.

Kebaikan 6: Gotong-royong dapat membentuk perasaan simpati dan empati dalam individu.

26
040823-16-0117

Berdasarkan jadual 3, responden yang sangat setuju dengan aktiviti gotong-royong dapat
meningkatkan kebersihan, keceriaan, dan keselamatan di kawasan perumahan mempunyai
peratus 57% iaitu seramai 17 orang. Diikuti dengan responden yang setuju sahaja dengan
penyataan yang diberikan sebanyak 40% iaitu seramai 12 orang responden. Manakala
responden tidak bersetuju dengan penyataan yang diberikan oleh pengkaji mempunyai
peratus 3% iaitu 1 orang. Majoriti daripada responden iaitu seramai 17 orang responden
sangat bersetuju bahawa aktiviti gotong-royong dapat meningkatkan kebersihan, keceriaan,
dan keselamatan di kawasan perumahan. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan penduduk
menyedari manfaat dan kepentingan aktiviti gotong-royong dalam menjaga kebersihan
kawasan mereka dan meningkatkan suasana yang ceria serta keselamatan. Berdasarkan temu
bual antara pengkaji dengan informen A, beliau mengatakan bahawa mengadakan aktiviti
seperti gotong-royong membersihkan kawasan perumahan, longkang/parit di sekitar
kampung dapat meningkatkan kebersihan kawasan perumahan dan membolehkan penduduk
untuk bekerjasama membersihkan kawasan perumahan secara berkala. Dengan kawasan yang
bersih, akan meningkatkan keceriaan dan keselesaan penduduk. Ini dapat meningkatkan
kebersihan keseluruhan kawasan dan mengurangkan risiko kejadian yang membahayakan,
seperti jangkitan penyakit dan kemalangan. Dengan kebersihan yang ditingkatkan, penduduk
akan lebih selesa tinggal di kawasan tersebut, dan kehidupan masyarakat secara keseluruhan
akan ditingkatkan.

Seterusnya, responden yang sangat setuju dengan aktiviti gotong-royong dapat


meningkatkan kerjasama dan mengeratkan hubungan kejiranan mempunyai peratus 57% iaitu
seramai 17 orang. Responden yang setuju mempunyai peratus 43% iaitu 13 orang. Manakala
tiada responden yang tidak setuju dengan kebaikan ini. Hal ini membuktikan kerjasama
adalah elemen penting dalam gotong-royong. Melalui gotong-royong, penduduk dalam
kawasan perumahan dapat belajar bekerjasama sebagai satu pasukan. Berdasarkan temu bual
antara pengkaji dengan informen A, beliau berkata apabila mereka bekerja bersama-sama
untuk mencapai tujuan bersama, seperti membersihkan kawasan, merawat taman, atau
melakukan aktivit pembaiki. Aktiviti tersebut memupuk semangat kerjasama di antara
penduduk, di mana setiap individu memberikan sumbangan dan berkontribusi secara aktif

27
040823-16-0117

dalam menjaga kebersihan dan keindahan kawasan perumahan. menurut artikel Berita Harian
bertajuk PANDEMIK MERAPATKAN SILATURAHIM JIRAN dalam
www.beritaharian.com.my. Ramai antara kita mengambil peluang memasak untuk jiran yang
diuji dengan musibah. Malah ada yang tampil memberi bantuan barang keperluan juga wang
ringgit, selain tidak kurang yang memberi sokongan moral. Dengan saling memahami,
hubungan antara penduduk dapat diperkuat. Manakala, berdasarkan temu bual antara Leong
Jia Tong dengan pengkaji, beliau berkata kawasan perumahan akan menjadi lebih teratur dan
bersih. Aktiviti gotong-royong juga menciptakan suasana yang ceria dan positif di kalangan
penduduk dan meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan.

Seterusnya, seramai 18 orang iaitu peratus 60% sangat setuju dengan gotong-royong dapat
memupuk semangat perpaduan. Diikuti dengan responden yang setuju sahaja iaitu seramai 12
orang dan mempunyai peratus 40% . Manakala tidak mempunyai responden yang tidak setuju
dengan soalan ini. Hal ini juga membuktikan kerjasama adalah elemen penting dalam gotong-
royong. Majoriti daripada responden sangat setuju dengan gotong=royong dapat memupuk
semangat perpaduan. Hal ini menunjukkan gotong-royong membuka peluang untuk
berkomunikasi dan berinteraksi antara penduduk. Ini membantu memperbaiki saluran
komunikasi di kalangan penduduk dan membangun hubungan yang lebih baik. Dengan
komunikasi yang baik, pemahaman antara satu sama lain dapat ditingkatkan, dan semangat
perpaduan akan berkembang.

Di samping itu, responden yang sangat setuju dengan gotong-royong dapat menjimatkan
perbelanjaan dan kos penyelenggaraan mempunyai 40% iaitu seramai 12 orang. Responden
setuju dengan soalan ini mempunyai 47% iaitu seramai 14 orang. Manakala responden yang
tidak setuju mempunyai 13% iaitu 4 orang. Hal ini mungkin disebabkan oleh mereka
mempunyai persepsi yang berbeza tentang bagaimana bantuan bersama dapat menjimatkan
wang. Mereka mungkin berpendapat bahawa aktiviti bantu diri memerlukan sumber
tambahan, seperti peralatan atau bahan pembersihan, yang sebenarnya memerlukan
perbelanjaan tunai tambahan. Mereka juga mungkin bermikir bahawa masa yang diluangkan
untuk membantu bersama boleh digunakan untuk aktiviti lain seperti melibatkan diri dalam
aktiviti ekonomi. Berdasarkan temu bual antara pengkaji dengan informen A, beliau berkata
penduduk mengambil bahagian dalam membersihkan, membaiki, dan menyelenggara
kawasan perumahan mereka tanpa memerlukan pembayaran atau upah. Dengan
menggunakan tenaga kerja sukarelawan, kos yang sepatutnya dikeluarkan untuk menyewa
pekerja atau kontrator luar dapat dijimatkan. Manakala berdasarkan temu bual dengan

28
040823-16-0117

informen B, aktiviti gotong-royong dapat menggantikan keperluan untuk menyewa


kontraktor untuk melakukan kerja penyelenggaraan. Contohnya, penduduk boleh bersama
dengan beliau membersihkan longkang atau parit di sekitar kawasan perumahan. Ini
mengurangkan kebergantungan pada perkhidmatan kontraktor yang mungkin memerlukan
bayaran yang tinggi. Dengan demikian, kos yang terlibat dalam penggunaan kontraktor dapat
dikurangkan. Beliau sering memberikan perkhidmatan penyelenggaraan penghawa dingin
secara percuma kepada penduduk.

Selanjutnya, responden yang sangat setuju dengan gotong-royong dapat memperkenalkan


budaya pelbagai kaum mempunyai 50% iaitu 15 orang. Dan responden yang setuju sahaja
mempunyai 37% iaitu 11 orang manakala seramai 4 orang iaitu 13% tidak setuju dengan
soalan tersebut. Hal ini mungkin disebabkan oleh factor agama atau kepercyaan. Tetapi
majoriti daripada responden adalah setuju dengan soalan ini. Ketika melakukan aktiviti
gotong-royong, penduduk akan berkomunikasi dan bekerja bersama sebagai satu pasukan.
Setiap individu membawa budaya yang berbeza, nilai-nilai, dan cara pandang yang berbeza.
Melalui gotong-royong, mereka berpeluang untuk saling memperkenalkan dan berkongsi
budaya masing-masing. Berdasarkan temu bual antara pengkaji dengan informen A, beliau
berkata gotong-royong adalah satu platform untuk mengeratkan hubungan antara kaum. Oleh
itu, penduduk berpeluang melihat pelbagai budaya. Beliau sentiasa membuka rumah kepada
penduduk. Penduduk akan membawa dengan kepelbagaian makanan tradisional dan pakaian
tradisional. Dalam jangka panjang, gotong-royong yang memperkenalkan budaya pelbagai
kaum juga dapat membentuk kesedaran yang lebih luas tentang warisan budaya dan
sejarahnya. Ini akan menggalakkan pemeliharaan dan penyelidikan budaya, serta memberi
peluang pertukaran pengetahuan dan tradisi di kalangan penduduk. Selain itu, ini juga dapat
membantu masyarakat menghadapi cabaran globalisasi dengan memperkukuh identiti budaya
mereka.

Akhir sekali, sebanyak 16 orang iaitu 53% sangat setuju dengan gotong-royong dapat
membentuk perasaan simpati dan empati dalam individu. Diikuti dengan 8 orang iaitu 27%
respoden yang setuju sahaja manakala seramai 6 orang iaitu 20% tidak bersetuju dengan
soalan ini. Kekurangan masa mungkin adalah salah satu faktor. Sesetengah responden
mungkin mempunyai masa yang terhad dan tidak boleh menyertai aktiviti gotong-royong.
Disebabkan oleh faktor ini, ini menghalang mereka daripada memahami atau mengalami
ikatan sosial dan kesannya terhadap belas kasihan dan empati terhadap diri mereka sendiri.
Kebanyakan responden bersetuju dengan gotong-royong dapat membentuk perasaan simpati

29
040823-16-0117

dan empati dalam individu. Apabila individu terlibat antara satu sama lain, mereka berkongsi
pengalaman, cabaran dan cerita dengan penduduk lain. Ini membolehkan individu memahami
perspektif dan kehidupan orang lain. Dalam proses itu, individu boleh mengembangkan
empati terhadap keadaan dan perjuangan yang dihadapi oleh penduduk lain di kawasan
kejiranan. Berdasarkan temu bual antara pengkaji dengan informen B, beliau berkata gotong-
royong dapat membantu individu melihat kawasan kediaman sebagai masyarakat yang lebih
luas. Melalui kerjasama dan interaksi dengan penduduk lain, individu akan belajar tentang
pelbagai latar belakang di kawasan tersebut. Ini boleh membuka individu kepada perbezaan
dalam pemikiran, meluaskan perspektif mereka, dan membantu mereka.

30
040823-16-0117

6.0 KESIMPULAN

Kajian kerja kursus ini bertajuk ‘Aktiviti Gotong-Royong Membawa Muafakat Dalam
Kalangan Penduduk Di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan’. Objektif pertama kajian
kerja kursus ini, iaitu mengenal pasti aktiviti-aktiviti gotong-royong yang boleh memupuk
perpaduan yang diadakan di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan telah dicapai. Pengkaji
mendapati bahawa aktiviti gotong-royong yang boleh memupuk perpaduan yang disetujui
oleh paling banyak responden adalah gotong-royong membersihkan longkang/parit di sekitar
kampung, gotong-royong membersihkan kawasan perumahan, gotong-royong menyediakan
juadah untuk majlis-majlis penting. Seterusnya, objetif kedua kajian kerja kursus ini, iaitu
mengkaji kebaikan aktiviti gotong-royong terhadap permuafakatan penduduk di Taman Bukit
Serdang juga dapat dicapai. Kebaikan yang paling ditimbangkan oleh penduduk Taman Bukit
Serdang adalah gotong-royong dapat memupuk semangat perpaduan.

Lokasi kajian kerja kursus ini, iaitu Taman Bukit Serdang amat sesuai bagi perjalanan
kerja kursus yang berkaitan dengan Seri Kembangan adalah kampung baru cina yang paling
besar di seluruh negara. Hal ini dikatakan kerana Taman Bukit Serdang mempunyai pelbagai
kaum yang hidup dalam satu komuniti. Selain itu, penduduk di Taman Bukit Serdang juga
memberikan kerjasama yang sepennuhnya kepada pengkaji.

Kaedah primer kajian yang digunakan oleh pengkaji, iaitu pemerhatian, temu bual dan
soal selidik telah mendapatkan banyak maklumat yang amat berhargai kepada dapatan kajian
kerja kursus ini. Pemerhatian pengkaji mendapati bahawa aktiviti-aktiviti gotong-royong
yang diadakan di Taman Bukit Serdang yang boleh memupuk perpaduan. Temu bual yang
diadakan di antara pengkaji dengan 2 orang informan juga memberikan idea dan pendapat
kepada pengkaji bagi memahami tugasasn kajian kerja kursus ini dengan lebih jelas. Selain
itu, jawapan soal selidik yang diberikan oleh 30 orang responden menjadi dapatan kajian
utama dalam kajian kerja kursus ini kerana itu mengambarkan situasi sebenar penduduk
melibat diri dalam aktiviti gotong-royong dan membolehkan pengkaji membuat huraian
tentang keadaan tersebut.

31
040823-16-0117

Kaedah sekunder kajian ini, iaitu rujukan, perpustakaan dan internet juga memberikan
banyak maklumat kepada pengkaji bagi menjelaskan dapatan kajian kerja kursus ini. Internet
memberikan banyak maklumat dan penjelasan tentang setiap satu aktiviti gotong-royong
yang dilakukan. Ini telah membantu pengkaji menghuraikan kerja kursus ini dengan lebih
jelas dan memahami isu semasa yang berlaku di dunia aktiviti gotong-royong ini.
Kepustakaan memberikan pengkaji maklumat yang lebih lengkap tentang aktiviti gotong-
royong kini kerana perpustakaan mempunyai sumber rujukan yang paling banyak dan
lengkap. Buku, majalah dan jurnal merupakan sumber rujukan tambahan pengkaji yang telah
memberikan pengkaji tentang setiap tugasan yang dilaksanakan oleh pengkaji sepanjang
tempoh pelaksanaan kajian kerja kursus ini.

Bahagian dapatan kajian demografi kajian kerja kursus ini telah memberikan pengkaji
maklumat yang sangat lengkap tentang jantina, umur, taraf pendidikan, pekerjaan, status,
tempoh menetap dan jenis kediaman keluarga 30 orang responden. Segala maklumat ini
digunakan bagi membuat huraian yang jelas tentang taburan responden mengikut beberapa
kategori di Taman Bukit Serdang dan ini membantu pengkaji memahami keadaan responden
yang melibat diri dalam aktiviti gotong-royong di Taman Bukit Serdang. Selain itu,
maklumat demografi responden di Taman Bukit Serdang ini juga menolong pengkaji
membuat huraian yang jelas terhadap jawapan soal selidik mereka dalam bahagian dapatan
kajian kerja kursus yang lain.

Seterusnya, pengkaji berjaya menentukan jenis aktiviti yang boleh memupuk perpaduan
yang dilakukan oleh penduduk di Taman Putra Budiman. Berdasarkan data yang
dikumpulkan bahawa aktiviti-aktiviti gotong-royong seperti membersihkan kawasan
perumahan, menyediakan juadah untuk majlis-majlis penting, membersihkan longkang/parit,
membaiki dan membaik pulih rumah-rumah penduduk yang mengalami kerosakan,
membersihkan kawasan perkuburan, dan membangunkan fasiliti umum memiliki pengaruh
yang positif dalam memupuk perpaduan di komuniti tersebut. Responden secara umumnya
sangat setuju atau setuju dengan aktiviti-aktiviti ini, dan mereka melihatnya sebagai cara
untuk membangun semangat kerjasama, meningkatkan kebersihan, memperbaiki kualiti
hidup, menghormati tradisi dan nenek moyang, serta memberikan kemudahan yang lebih baik
untuk penduduk. Walaupun terdapat beberapa responden yang tidak setuju dengan beberapa

32
040823-16-0117

aktiviti, mayoritas penduduk nampaknya memahami pentingnya gotong-royong dan


keuntungannya dalam mempererat hubungan sosial di Taman Bukit Serdang.

Di samping itu, berdasarkan jadual-jadual yang diberikan dan temu bual dengan
penduduk, dapat disimpulkan bahawa aktiviti gotong-royong memiliki beberapa manfaat
yang dapat memupuk perpaduan di Taman Bukit Serdang. Mayoritas responden sangat setuju
atau setuju dengan aktiviti gotong-royong sebagai cara untuk meningkatkan kebersihan,
keceriaan, dan keselamatan di kawasan perumahan. Mereka juga melihatnya sebagai peluang
untuk membangun kerjasama, mengeratkan hubungan kejiranan, memupuk semangat
perpaduan, mengurangkan kos penyelenggaraan, dan memperkenalkan budaya pelbagai
kaum. Penduduk yang aktif dalam gotong-royong merasakan manfaatnya dalam menjaga
kebersihan, menciptakan lingkungan yang lebih ceria, dan meningkatkan kualiti hidup
mereka. Dalam kesimpulannya, aktiviti gotong-royong adalah satu aspek penting dalam
memupuk perpaduan di Taman Bukit Serdang dan memiliki potensi untuk terus
meningkatkan hubungan sosial dan kualiti hidup penduduk.

Kesimpulanya, semua okjektif kajian kerja kursus ini telah dicapai di lokasi kajian
yang ditetapkan oleh pengkaji. Segala maklumat dan dapatan kajian yang didapatkan dalam
kajian ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan kepada setiap pengkaji yang ingin
mengkaji tentang aktiviti gotong-royong membawa muafakat dalam kalangan penduduk di
Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan. Pengkaji berharap bahawa dapatan kajian ini dapat
memberikan maklumat aktiviti gotong-royong membawa muafakat dalam kalangan penduduk
yang jelas dan lengkap kepada setiap pembaca dan pengkaji yang lain. Pengkaji ingin
membuat kesimpulan bagi kajian kerja kursus ini dengan menyampaikan harapan pengkaji
terhadap aktiviti gotong-royong membawa muafakat dalam kalangan penduduk. Malaysia
merupakan Negara yang kaya dengan pelbagai kaum serta etnik yang hidup bersama sejak
zaman dahulu kala. Aktiviti gotong-royong juga menjadikan semangat dalam diri kita lebih
berkobar-kobar untuk membina ksemagat perpaduan antara kaum-kaum yang lain. Dengan
terjalinnya hubungan yang kukuh ini, Negara kita akan lebih aman, lebih mengambil berat
antara satu sama lain dan perpaduan juga akan menjadi kukuh. Maka dengan perpaduan yang
lebih kukuh yang dibangunkan oleh pegangan semua kaum.

33
040823-16-0117

7.0 RUJUKAN

1. Fahri Zulfikar (2012) - Apa itu Gotong Royong? Ini Pengertian, Tujuan, dan
Manfaatnya. Dicapai pada Jun 8, 2023 daripada
https://www.detik.com/edu/detikpedia/d-5597237/apa-itu-gotong-royong-ini-
pengertian-tujuan-dan-manfaatnya

2. Johari Yap (2021) – Gotong-Royong Muafakat Perpaduan. Dicapai pada Jun 16, 2023
daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/117447/gotong-royong-muafakat-perpaduan

3. AKTIVITI GOTONG-ROYONG MENCEGAH PENYAKIT BERJANGKIT DAN


MENGERATKAN PERPADUAN KOMUNITI (2022). Dicapai pada Jun 26, 2023
daripada
https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/08/08/aktiviti-gotong-royong-mencegah-
penyakit-berjangkit-dan-mengeratkan-perpaduan-komuniti/

4. THARMARAJ A/L KERSENAN (2022) - Amalan gotong royong dapat mewujudkan


– mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan kaum. Dicapai pada Jun 26, 2023
daripada
https://survinthar.wordpress.com/

5. Najwa Asma (2022) - Gotong royong adalah aktiviti berkumpulan atau Bersama.
Dicapai pada Jun 26, 2023 daripada
https://www.academia.edu/23702604/Gotong_royong_adalah_aktiviti_berkumpulan_
atau_bersama

6. PROGRAM GOTONG-ROYONG DI KAWASAN KOMUNITI RUKUN


TETANGGA (KRT) TAMAN KENANGA, SERDANG, KEDAH DARUL AMAN.
(2023) Dicapai pada Jun 26, 2023 daripada

34
040823-16-0117

https://pbt.kedah.gov.my/index.php/2022/01/09/program-gotong-royong-di-kawasan-
komuniti-rukun-tetangga-krt-taman-kenanga-serdang-kedah-darul-aman/

7. Sinar Harian (2021) – Gotong-royog muafakat perpaduan. Dicapai pada September 4,


2023 daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/117447/gotong-royong-muafakat-perpaduan

8. Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua terbitan (2015) Dicapai pada April 6,
2023

9. Astro Awani (2016) – Kukuhkan Muafakat Melalui Semangat Kejiranan- PM.


Dicapai pada April 7, 2023 daripada
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kukuhkan-muafakat-melalui-semangat-
kejiranan-pm-90847

10. 5 Alasan/ Sebab Gotong Royong Mulai Ditinggalkan (2022) Dicapai pada April 7,
2023 daripada
http://www.negeripesona.com/2015/11/5-alasan-gotong-royong-mulai-
ditinggalkan.html

11. Rusliza Ahmad (2021) - Pandemik merapatkan silaturahim jiran tetangga. Dicapai
pada September 6, 2023 daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2021/10/877627/pandemik-
merapatkan-silaturahim-jiran-tetangga

35
040823-16-0117

8.0 LAMPIRAN

36
040823-16-0117

Dapatan Hasil Temu Bual

Bil. Tarikh Informan Ulasan Informan

37
040823-16-0117

1. 29/4/202 Informan A
3
Soalan bagi kebaikan 1: Ulasan bagi soalan 1:

Apakah aktiviti gotong- Aktiviti seperti gotong-royong


royong yang diadakan boleh membersihkan kawasan
meningkatkan kebersihan, perumahan, longkang/parit di
keceriaan dan keselamatan di sekitar
kawasan perumahan. kampung dapat meningkatkan
kebersihan kawasan perumahan
dan membolehkan penduduk
untuk bekerjasama
membersihkan kawasan
perumahan secara berkala.

Soalan bagi kebaikan 2: Ulasan bagi soalan 2:

Adakah aktiviti gotong - Apabila mereka bekerja


royong boleh meningkatkan bersama-sama untuk mencapai
Kerjasama dan mengeratkan tujuan bersama, seperti
hubungan kejiranan? membersihkan kawasan,
merawat taman, atau
melakukan aktivit pembaiki.
Aktiviti tersebut memupuk
semangat kerjasama di antara
penduduk, di mana setiap
individu memberikan
sumbangan dan berkontribusi
secara aktif
dalam menjaga kebersihan dan
keindahan kawasan perumahan.

Ulasan bagi soalan 3:


Soalan bagi kebaikan 4:
38
040823-16-0117

Ya. Penduduk mengambil


Adakan aktiviti gotong- bahagian dalam membersihkan,
royong boleh menjimatkan membaiki, dan menyelenggara
perbelanjaan dan kos kawasan perumahan mereka
penyelenggaraan ? tanpa memerlukan pembayaran
atau upah. Dengan
menggunakan tenaga kerja
sukarelawan, kos yang
sepatutnya dikeluarkan untuk
menyewa pekerja atau kontrator
luar dapat dijimatkan.

Ulasan bagi soalan 4:


Soalan bagi kebaikan 5:
Saya bersetuju dengan ini
Adakah aktiviti gotong- kerana gotong-royong adalah
royong boleh satu platform untuk
memperkenalkan budaya mengeratkan hubungan antara
pelna kaum. Oleh
itu, penduduk berpeluang
melihat pelbagai budaya. Saya
sentiasa membuka rumah
kepada mereka. Mereka akan
membawa kepelbagaian
makanan tradisional dan
pakaian
tradisional.

39
040823-16-0117

2. 29/4/202 Informan B
3
Soalan bagi aktiviti 3: Ulasan bagi soalan 1:

Adakah aktiviti gotong- Ya, saya setuju. Kerana


royong membaiki dan penduduk yang terlibat dalam
membaik pulih rumah-rumah pembaiki akan lebih
penduduk yang mengalami mempunyai semangat
kerosakan ? bekerjasama .Ini
Membuktikan penduduk
gembira melibatkan diri dalam
aktiviti gotong-
royong.Disebabkan oleh aktiviti
ini membantu meringankan
beban penduduk yang
memerlukan
bantuan dalam memperbaiki
rumah mereka.
Soalan bagi objektif 2:
Ulasan bagi soalan 2:
Adakah gotong-royong
membersihkan Pada pendapat saya,
longkang/parit di Kawasan kebanyakan penduduk sangat
perumahan adalah penting ? bersetuju dengan aktiviti ini
kerana mereka menyedari
kepentingan menjaga saluran air
bersih untuk kesihatan dan
keselesaan komuniti.

40
040823-16-0117

Soalan bagi kebaikan 4:


Ulasan bagi soalan 3:
Adakah aktiviti gotong-
royong boleh menjimatkan Ya. Aktiviti gotong-royong
perbelanjaan dan kos dapat menggantikan keperluan
penyelenggaraan ? untuk menyewa kontraktor
untuk melakukan kerja
penyelenggaraan. Contohnya,
penduduk boleh bersama
dengan saya membersihkan
longkang atau parit di sekitar
kawasan perumahan. Ini
mengurangkan
kebergantungan pada
perkhidmatan kontraktor yang
mungkin memerlukan bayaran
yang tinggi. Dengan demikian,
kos yang terlibat dalam
penggunaan kontraktor dapat
dikurangkan. Saya juga sering
memberikan perkhidmatan
penyelenggaraan penghawa
dingin secara percuma kepada
Soalan bagi kebaikan 6: penduduk yang memerlukan.

Adakah melakukan aktiviti Ulasan bagi soalan 4:


gotong-royong boleh
membentuk perasaan simpati Gotong-royong dapat
dan empati dalam individu. membantu individu melihat
kawasan kediaman sebagai
masyarakat
yang lebih luas. Melalui
kerjasama dan interaksi dengan
penduduk lain, individu akan
41
040823-16-0117

belajar
tentang pelbagai latar belakang
di kawasan tersebut. Ini boleh
membuka individu kepada
perbezaan dalam pemikiran,
meluaskan perspektif mereka,
dan membantu meeka.

42

You might also like