Tatacara Permohonan Menjalankan Program

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

TATACARA PERMOHONAN MENJALANKAN PROGRAM/AKTIVITI PENDIDIKAN

OLEH AGENSI LUAR DI SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

Pengenalan

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor membuka peluang kepada agensi luar iaitu
institusi/persatuan/pertubuhan/NGO selain dari Kementerian Pendidikan Malaysia)
untuk membuat kerjasama melalui pelbagai program/aktiviti pendidikan yang boleh
membantu dan menambah nilai dalam bidang pendidikan.

Program/aktiviti yang dicadangkan mestilah bermotifkan pendidikan dan


membangunkan nilai dan meningkatkan kualiti serta memberi manfaat kepada
sekolah dan murid-murid. Berikut adalah panduan berhubung permohonan
menjalankan program/aktiviti di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Panduan

1. Permohonan menjalankan program perlu dikemukakan sebelum


dibenarkan untuk berurusan dengan PPD/Sekolah bagi menjalankan program
2. Setiap permohonan yang dikemukakan adalah hanya untuk satu program
sahaja.
3. Perkara berikut hendaklah dilampirkan/dimuat naik bersama-sama dengan
permohonan yang dihantar

i. Surat / e-mel permohonan menjalankan kajian.


(Mesti disertakan no.telefon dan alamat e-mel yang boleh dihubungi)
ii. Kertas Kerja Program (menerangkan segala maklumat berkaitan
program/aktiviti yang hendak dijalankan. Punyai objektif,sasaran,
tentatif dan lain-lain maklumat
iii. Profil persatuan/pertubuhan/NGO (dokumen yang menerangkan
institusi yang memohon)
iv. Surat pendaftaran syarikat/pertubuhan/NGO atau dokumen
pengesahan dari pihak berkaitan.
v. Lain-lain dokumen sokongan (mengikut keperluan)

4. Setiap permohonan hendaklah ditujukan kepada Pengarah, Jabatan


Pendidikan Negeri Selangor melalui e-mel jpn.selangor@moe.gov.my
5. Maklum balas kelulusan akan dipanjangkan melalui e-mel kepada pemohon
6. Permohonan hendaklah dihantar tidak kurang 30 hari sebelum program
dijalankan dan hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses dalam
masa 14 - 21hari bekerja.

Puncakuasa:
Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 5 tahun 2018

Disediakan oleh:
Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
kemaskini 4/06/2022

You might also like