Skrip Pengacara Hari Sukan SKC 36 Terkini

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

TEKS PENGACARA KEJOHANAN OLAHRAGA DAN SUKAN TAHUNAN

SK CHENG KALI KE 36

14 OKTOBER 2023 (SABTU)

BIL AKTIVITI / QUE PENGACARAAN RESPON


1. Pendaftaran Ibubapa Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua warga SK Cheng serta para
dan Guru ibubapa murid-murid SK Cheng. Pastikan anda semua telah mendaftar nama
serta kehadiran di sudut kaunter pendaftaran bagi aktiviti Cabutan Bertuah yang
*ulang beberapa kali akan diadakan di penghujung Kejohanan Olahraga dan Sukan Tahunan kita nanti.
dalam senggang
waktu yang
berlainan.
2. Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan

Yang Dihormati Encik Mohd Haniff bin Omri,


Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

Diiringi oleh Encik Azmi bin Abu Bakar, Guru Besar SK Cheng,
Bersama Encik Juhari bin Ahmad Salleh, Yang Dipertua PIBG SK Cheng,
Barisan Guru Penolong Kanan dan
Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Cheng.

Hadirin dipersilakan duduk dan mengambil tempat masing-masing.

3 Kata Alu-aluan Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera serta Selamat Datang ke Kejohanan Sukan
Olahraga Tahunan SK Cheng kali ke 36 bagi tahun 2023.

Bulan lalu menanam jagung,


Jagung bekalan pergi memancing,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan Kejohanan Sukan SK Cheng.

Salam Malaysia Madani, Berkhidmat Untuk Negara,


Salam Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia Menggamit Dunia,
Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat,
Salam JPN Melaka,
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
JPN Melaka Bitara.

Yang Dihormati Encik Mohd Haniff bin Omri,


Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

Yang Dihormati Encik Mohd Yunus bin Muhammad Selim,


Penolong PPD (Pendidikan Khas) , Melaka Tengah.

Yang Dihormati Encik Juhari bin Ahmad Salleh,


Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Cheng.

Yang Dihormati Datuk Amzah bin Osman,


Naib Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Cheng.

Yang berusaha Encik Azmi bin Abu Bakar, Guru Besar SK Cheng,
Yang Dihormati Puan Wahidah binti Wahit, GPK Ko-Kurikulum,
Puan Hajah Sakinah bt. Ibrahim, GPK Pentadbiran,
Encik Nor Azman b. Mat Nor, GPK Hal Ehwal Murid,
Barisan Ahli JawatanKuasa PIBG SK Cheng,
Guru-guru dan Warga Sekolah Kebangsaan Cheng,
Tuan-tuan, Puan-puan serta murid-murid SK Cheng yang dirahmati Allah
sekalian.

Bagai tali berlembar empat, bagai tungku sejerangan,


Begitulah adat orang bekerja besar,
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing,
Hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah,
Bulat air oleh pembentung, bulat kata oleh muafakat.

Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan mengalu-alukan


kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan
Sekolah Kebangsaan Cheng kali ke 36 bagi tahun 2023.
Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyuntik semangat
kesukanan kepada atlit-atlit muda yang akan beraksi dalam acara hari ini.

Hadirin dan Hadirat Sekalian;

Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan Sekolah Kebangsaan Cheng kali ke 36 bagi


tahun 2023 ini, merupakan aktiviti tahunan Unit KoKurikulum.
Dengan berlangsungnya aktiviti ini, maka ianya dapat menyerlahkan lagi bakat-
bakat dan semangat murid-murid dalam setiap aktiviti yang dipertandingkan.
Selain mencungkil bakat dan keupayaan murid dalam bidang sukan, aktiviti ini
juga memupuk kemenjadian murid melalui jalinan perpaduan dan silaturrahim
serta pembudayaan dan amalan gaya hidup sihat di kalangan murid-murid dan
warga SK Cheng.

4 Perbarisan Lintas Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan tahunan ini, marilah sama-sama kita
Hormat saksikan perarakan masuk perbarisan lintas hormat oleh semua kontinjen
rumah-rumah sukan yang mengambil bahagian.
Untuk pengetahuan semua, tema rumah sukan pada tahun ini berkisarkan buah-
buahan. Dan dari kejauhan dapat kita saksikan betapa warna warninya buah-
buahan di khemah sukan masing-masing.

Dengan itu, kami dengan segala hormatnya mempersilakan


Yang Dihormati Encik Mohd Haniff bin Omri,
Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid,
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
untuk menerima tabik hormat daripada peserta perbarisan.
Dipersilakan.

(Lagu Perbarisan dimainkan)

(mula baca apabila berhampiran khemah juruacara)

Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh Ketua Konttijen Adik Adam Afif b.
Hasry dan diikuti dengan pembawa bendera kejohanan.

(semasa persembahan perbarisan di hadapan dif jemputan)

Mendahului perbarisan rumah sukan adalah kontinjen rumah Temenggong yang


mewakili Warna Biru dengan mottonya ‘Biru Tiada Tara, Biru Pasti Juara’.
Kontinjen ini diketuai oleh Adik Aiesy Qadeeja binti Azmi dan dianggotai seramai
15 orang peserta. Manakala pembawa plakad bagi rumah Biru ialah adik Raisya
Irdina bt. Rosmizi. Ketua Guru Rumah Sukan Temenggong ialah Cikgu
Normayati binti Jamil. Dan dapat disaksikan di sini Rumah Temenggong
menggunakan buah __________________ sebagai tema rumah sukan mereka.
(semasa persembahan perbarisan di hadapan dif jemputan)

Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Syahbandar, mewakili warna Hijau


yang dianggotai seramai 15 orang peserta perbarisan dengan
mottonya ‘Syahbandar Warrior’. Kontinjen ini diketuai oleh Adik Azlan Shah bin
Zeeshan Ali dan Pembawa plakad bagi pasukan ini ialah Adik Nurnadiah binti
Fairose. Ketua Guru Rumah Syahbandar ialah Cikgu Nurul Hidayah bt. Abd.
Jalil. Buah ______________ merupakan tema sukan bagi Rumah Syahbandar.

(semasa persembahan perbarisan di hadapan dif jemputan)

Ini diikuti oleh kontinjen daripada rumah Laksamana yang mewakili warna
Kuning ; dianggotai seramai 15 orang peserta perbarisan dengan mottonya ‘
Gagah Perkasa Bak Laksamana!’. Kontinjen ini diketuai oleh Adik Mohd. Syafiq
bin Mohd Hazely dan pembawa plakad rumah Kuning ialah Adik Auni Raqibah
bt. Shahrul. Ketua Guru Rumah Sukan bagi rumah Laksamana ialah Ustazah
Hasanah binti Mohd Akhir. Nenas merupakan buah pilihan sebagai tema sukan
Rumah Laksamana.

(semasa persembahan perbarisan di hadapan dif jemputan)

Menyusul di belakang ialah Kontinjen rumah Bendahara yang mewakili warna


Merah dengan mottonya ‘Merah Membara Mengejar Juara’. Kontinjen ini
diketuai oleh Adik Mohd Alif Azfar bersama seramai 15 orang peserta
perbarisan. Pembawa plakad bagi rumah Merah ialah Adik Nur Qaseh Batrisya
Dan Ketua Guru Rumah Laksamana ialah Ustazah Rohani binti Arshad. Rumah
Bendahara memilih buah ________________sebagai tema rumah sukan
mereka.

(semasa persembahan perbarisan di hadapan dif jemputan)

Mengakhiri perbarisan ini ialah Kontinjen Istimewa rumah Panglima yang


mewakili warna Ungu dengan mottonya ‘Unggu Unik, Unggu Unggul’. Kontinjen
ini diketuai oleh Muhammad Haiqqal Aiman bin Abdullah bersama seramai 27
orang peserta perbarisan. Pembawa plakad bagi rumah Unggu ialah Adik Hani
Nurnabila bt. Muhammad Hafiz. Ketua Guru Pasukan Panglima ialah Cikgu
Muhammad Razin bin Ali Khan. Pilihan buah ___________ sebagai tema rumah
sukan mereka sangat sesuai dengan adik-adik comel ini.

Seterusnya, istiadat upacara menaikkan bendera.

(Ketua kontijen dan pembawa bendera bergerak dan menaikkan bendera)

Seterusnya,
Nyanyian lagu akan diperdengarkan.
Hadirin diminta berdiri.

(lagu Negaraku, lagu negeri Melaka dan lagu Sekolah dimainkan)

5 Lafaz Ikrar Majlis seterusnya mempersilakan Adik Adam Afif bin Hasry
Bagi mengetuai lafaz ikrar Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan SK Cheng Kali ke
36 bagi tahun 2023.

Sukacitanya dipersilakan...

(Lafas IKRAR)

Demikian tadi lafaz ikrar Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan Sekolah


Kebangsaan Cheng kali ke 36 bagi tahun 2023.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian


Yang Dihormati Encik Mohd Haniff bin Omri,
Serta
Barisan Pentadbir sekolah atas kesudian menerima perbarisan lintas hormat dan
lafaz ikrar Kejohanan.

6 Bacaan Doa Adat bersendi Hukum,


Hukum bersendi Syarak,
Syarak bersendi Kitabullah,
Maka pada hari ini, beradatlah kita sepanjang jalan,
Bercupak pula sepanjang betung.

Justeru, bagi memberkati acara kita pada hari ini, dipersilakan


Al-Fadhil Ustaz Muhammad. Aizat bin Anwar Apandi untuk memimpin bacaan
doa.
Dipersilakan.

(bacaan doa)

Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Muhammad. Aizat bin Anwar
Apandi atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
Semoga dengan bacaan itu tadi, Majlis kita akan berjalan dengan lancar serta
diberkati Allah. Insha Allah.

7 Ucapan Guru Besar Hadirin dan Hadirat,

Cupak sudah tertegak,


Suri sudah berkembang,
Sireh sudah berkapur,
Menunggu pinang sekacip lagi.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Azmi b.


Abu Bakar, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Cheng untuk menyampaikan
ucapan.
Majlis mempersilakan.

(ucapan Guru Besar)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ucapan yang telah disampaikan
tadi.

8 Ucapan Perasmian Hadirin Sekalian,


Kejohanan
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan mandat diberi,
Mohon disempurnakan majlis kami.

Kita teruskan lagi majlis kita dengan ucapan perasmian Kejohanan Sukan
Olahraga Tahunan Sekolah Kebangsaan Cheng Kali ke 36 bagi tahun 2023,
Untuk itu Majlis menjemput dan mempersilakan

Yang Dihormati Encik Mohd Haniff bin Omri,


Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid,
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

Dipersilakan.

(ucapan perasmian)
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Yang Dihormati Encik Mohd Haniff bin Omri,
Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid,
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
atas kesudian beliau menyempurnakan perasmian Kejohanan Sukan Olahraga
Tahunan Sekolah Kebangsaan Cheng kali ke 36.

9 Majlis kini berada dikemuncaknya iaitu acara gimik perasmian kejohanan sukan
& Olahraga skc bagi tahun 2023 yang akan disempurnakan oleh
Yang Dihormati Encik Mohd Haniff bin Omri, diiringi oleh Encik Azmi bin Abu
Bakar, bersama para pentadbir.
Dipersilakan tuan.

.............. (gimik berjalan)....kuda bawak obor)

kenapa kita pilih kuda sbg gimik....


Kuda simbol usaha, kesetiaan dan keberanian, Kepantasan dan Ketangkasan
Dalam agama Islam, kuda merupakan salah satu haiwan yang memiliki
keistimewaan serta disayangi oleh Rasulullah SAW

Masa api mula menyala👇🏻

Dengan semaraknya api nyalaan obor itu, begitulah semaraknya semangat para
peserta untuk memberikan yang terbaik buat rumah sukan masing2.

Untuk makluman, Larian obor berkuda ini telah disempurnakan oleh En


________________________________________bersama rakannya En
____________________________________ yang merupakan sebuah syarikat
_____________________________________ yang telah lama bertapak di
________________________________________________Pelancaran gimik ini
juga dibawah pimpinan cikgu Nazreen bersama rakan2 dari unit kokurikulum.

Terima kasih kepada En_________________________________________ Dan


para pentadbir atas penyempurnaan gimik pelancaran itu tadi..

Terima kasih!

10 Perbarisan Keluar Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar padang oleh kontinjen yang
mengambil bahagian untuk kembali ke khemah sukan masing-masing.

(lagu marching dimainkan sehingga semua kontijen masuk


khemah)

Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis perasmian Kejohanan Sukan


Olahraga Tahunan kali ke 36, SK Cheng

Majlis merakamkan terima kasih kepada peserta-peserta yang mengambil


bahagian dalam perbarisan lintas hormat.

11 Senamrobik Meneruskan lagi acara pada hari ini, Majlis menjemput dan mempersilakan
Pasukan Aerodance SK Cheng untuk tampil membuat persembahan mereka.
Untuk makluman semua pasukan yang terdiri daripada 15 orang murid ini
merupakan kumpulan murid-murid tahun 3 dan 4.
Dipersilakan.

(persembahan senamrobik)
Demikian tadi persembahan senamrobik aerodance yang sangat menarik.
Berikan tepukan gemuruh buat mereka.

Persembahan senamrobik ini telah dipimpin oleh Cikgu Nurmizan Syahirah binti
Mazmee dan Cikgu Sharifah Shafinaz bt. Said Ahmad.
Kegigihan dan kesungguhan daripada kumpulan anak-anak ini wajar dipuji dan
disokong kerana mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mencuba mencari
kesempurnaan pergerakan dan dinamika persembahan mereka. Tahniah!

Hadirin sekalian,

Sebagai tanda penghargaan, Majlis mempersilakan


Yang Berusaha Encik Azmi bin Abu Bakar, Guru Besar SK Cheng
dan diiringi oleh
Pn. Wahidah binti Wahit, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Cheng
untuk menyampaikan sedikit cenderahati kepada

Yang Dihormati Encik Mohd Haniff bin Omri,


Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid,
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

Dipersilakan.

(sampaikan hadiah)

Terima kasih diucapkan kepada Encik Azmi b. Abu Bakar serta Pn. Wahidah bt.
Wahit atas penyampaian cenderahati sebentar tadi.

Seterusnya dijemput dif-dif kehormat ke Bilik Jamuan bagi menjamu selera.


Dipersilakan.

(mainkan lagu-lagu)

Perhatian: Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di


Padang untuk bersedia kerana acara akan dimulakan sebentar lagi

Tuan-tuan dan Puan-Puan,


Untuk makluman, di satu sudut Padang SK Cheng terdapat kumpulan khemah
jualan yang terdiri daripada

1. Booth Unit Pentadbiran Sekolah


2. Booth Panitia Matematik
3. Booth Panitia Bahasa Inggeris
4.Booth Pasukan Pergerakan Puteri Islam Malaysia SK Cheng

Untuk pengetahuan, hasil jualan hari ini adalah untuk kegunaan dan kepentingan
anak-anak SK Cheng melalui aktiviti-aktiviti serta program-program yang akan
dijalankan pada masa akan datang.
Jom! Kita sokong Khemah Jualan di sana.

Tidak terlepas juga Kiosk daripada RHB Bank


Dan
Syarikat Melilea Malaysia

Selamat Datang dan Terima Kasih atas sokongan terhadap akiviti-aktiviti sekolah
kami.
Tuan/Puan bolehlah meninjau-ninjau di setiap khemah jualan yang ada pada hari
ini.
12 Acara Akhir Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan (rujuk jadual)

- Acara Akhir Sukan Olahraga


- Tarik Tali Akhir
- Acara Pegawai Dan Ibubapa
- Cabutan Bertuah Ibubapa

13 Penyampaian Hadiah Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan SK Cheng kali ke 36 kini tiba ke
& penghujungnya.
Penutup
Kejohanan
Oleh itu, semua murid diminta berhimpun di tengah padang mengikut rumah
masing-masing.

(marching song)

(RUJUK PENYAMPAIAN HADIAH AKHIR)


(Lagu-lagu dimainkan)

*rujuk teks hadiah *

Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu
menjayakan dan melicinkan perjalanan Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan SK
Cheng kali ke 36 pada tahun ini.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada :
1. Kedai Buku SK Cheng
2. Syarikat Pembekal T-Shirt Sekolah
3. Syarikat Sri Piramid Enterprised
4. RHB Bank
5. Syarikat Melilea Malaysia
6. CIMB Bank
7. Yayasan Melaka
8. serta indivudu dan orang perseorangan yang sudi memberikan
sumbangan dalam majlis pada hari ini.

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada semua pemenang.


Adat bertanding, ada kalah dan menang. Adat menguruskan acara, ada
kelemahan dan juga kesilapan. Apa yang penting, semangat kesukanan dapat
terus kita pupuk demi melahirkan generasi yang lebih berdisiplin dan berdaya
saing dalam segenap aspek.

(get ready dengan mikrofon untuk GB)

Sekarang kita tampilkan Encik Azmi bin Abu Bakar ke tengah padang untuk
melaungkan hip-hip hooray sebanyak 3 kali sebagai penutup Kejohanan Sukan
Olahraga Tahunan SK Cheng kali ke 36.
Dipersilakan.

Besi tembaga biar ditanah


Emas suasa dibawa pergi,
Berakhir kata di hujung nokhtah,
Dilain masa bertemu kembali.
Pengumuman penting sebelum kami mengundurkan diri,
Sekolah Kebangsaan Cheng akan bercuti pada hari Isnin, 16 Oktober 2023 dan
mula bersekolah kembali pada Selasa, 17 Oktober 2023.

Akhir kata dari kami, Maaf atas keterlanjuran kata dan bahasa,
Syabas untuk semua.
Majulah Sukan untuk SK Cheng!
Sebelum bersurai, kita sama-sama bergerak ke segenap penjuru padang bagi
aktiviti mengemas dan pembersihan padang.

You might also like