Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

A.

PEMILIHAN BAHAN BANTU MENGAJAR: Prinsip pemilihan Bahan Bantu Mengajar: Terdapat beberapa garis panduan pemilihan bahan pengajaran, dan prinsip-prinsip pemilihan bahan pengajaran bahasa dirumuskan seperti yang berikut : 1. Sesuai - Pemilihan bahan hendaklah mempunyai hubungan kesesuian dengan perkaraperkara seperti berikut : a) Objektif dan matlamat pengajaran bahasa b) Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran c) Keadaan pelajar d) Suasana pembelajaran e) Minat pelajar 2. Mencabar - Terdapat tiga konsep penting yang perlu wujud dalam proses pembelajaran iaitu rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Oleh yang demikian, bahan-bahan yang dipilih dapat memberikan rangsangan untuk pelajar berfikir dan mendorong mereka untuk terus belajar. - Satu strategi pemeringkatan bahan pembelajaran yang dapat mencabar pemikiran pelajar ialah bahan-bahan yang dipilih itu mesti terdiri daripada bahan- bahan yang mengandungi ciri-ciri berikut : a) Bahan yang konkrit kepada bahan yang abstrak. b) Bahan yang mudah kepada yang kompleks. c) Bahan yang mengandungi fakta terasing kepada bahan yang mempunyai hubungan yang bersepadu. d) Bahan yang khusus kepada bahan yang umum (induktif) e) Bahan yang umum kepada yang khusus (deduktif) f) Bahan yang umum kepada teori. g) Bahan masakini kepada masa akan datang.

3. Menepati - Ketepatan bahan pengajaran dimaksudkan sebagai isi kandungan bahan pengajaran yang menepati kandungan kurikulum pengajaran. Bahan pengajaran yang dipilih mestilah menunjukkan perkaitan antara aspek kandungan bahasa, proses pembelajaran dan pengajaran. Ketepatan sesuatu bahan dengan kurikulum pengajaran bahasa adalah berdasarkan ciri-ciri yang berikut: a) Isi kandungan sesuai dengan kemampuan dan kehendak pelajar.

b) Susunan bahan c) Mengandungi maklumat atau fakta yang yang tepat. d) Maklumat yang kemaskini e) Perbendaharaan kata yang sesuai f) Bahan pengajaran yang diperakui. 4. Menarik a) Reka letak; peta, lukisan, carta, jadual, graf, rajah, gambar atau kartun mestilah disusun berhampiran dengan sesuatu maklumat yang berkaitan. Ini akan memydahkan pelajar membuat rujukan atau memahami sesuatu konsep. b) Saiz huruf cetak atau saiz huruf haruslah sesuai dengan peringkat umur pelajar. c) Bahan pengajaran mengandungi arahan yang jelas. 5. Mudah alih - Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sentiasa berfungsi, boleh dibawa kemana-mana,dan tidak terlalu berat atau besar. 6. Jimat dan mudah - Sekiranya untuk menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut dibeli,tidak semestinya mahal.sebaliknya bahan tersebut boleh dihasilkan dengan kreativiti guru contohnya dengan menggunakan bahan terbuang.

You might also like