Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

menyebabkan orang Melayu hilang langsung peluang pekerjaan

mereka dalam bidang-bidang tersebut. Walau bagaimanapun,


orang-orang Melayu di bandar digalakkan untuk memegang jawatan
di dalam pentadbiran kerajaan. Pada ketika itu orang Melayu mulai
sedar akan bahaya orang Cina lalu mereka menghargai sokongan
pihak British untuk mengekalkan kuasa politik kepada orang Melayu.
Dalam pada itu, kekuasaan politik yang diserahkan bulat-bulat
kepada sebuah negara Melayu akan membahayakan kepentingan
British.

Memandangkan kurangnya perpaduan di antara orang Melayu


bandar dengan orang Melayu di desa, pihak British telah
menggunakan kesempatan itu dan mencari jalan untuk mengekalkan
keadaan itu.

Satu cara yang dilakukan oleh pihak British ialah dengan


menggalakkan orang Melayu di bandar bekerja di pejabat lalu
menanam di kalangan mereka itu anggapan bahawa status mereka
adalah lebih tinggi daripada pekerja-pekerja buruh kasar dan para
petani.

Orang Melayu yang tinggal di bandar telah diberikan pelajaran


rendah dalam Bahasa Inggeris, tetapi pelajaran yang sama tidak
pula diberikan kepada orang Melayu di luar bandar. Sistem tanah
simpanan orang Melayu telah secara fizikal menambahkan lagi
perpecahan tersebut. Orang-orang Melayu dari luar bandar
mendapati amat sukar untuk mendapatkan tanah di bandar yang
lazimnya bukan tanah simpanan. Tanah tanah luar bandar pula
hampir keseluruhannya adalah tanah simpanan untuk orang-orang
Melayu. Secara tidak langsung hakikat ini telah menetapkan bahawa
perkembangan serta kemajuan orang-orang Melayu cuma terbatas
di luar bandar. Di samping itu pula, terdapat peruntukan-peruntukan
yang mem- bolehkan orang British memecahkan lagi tanah
simpanan Melayu. Hal ini jelas menunjukkan bahawa mereka boleh
menentukan arah perkembangan orang Melayu mengikut kehendak
mereka, sedangkan mereka juga cuba mengekalkan tanggapan
bahawa mereka begitu berhasrat untuk menjaga kepentingan orang
Melayu dari percerobohan orang Cina.

Perhubungan di antara orang Melayu di bandar dengan orang


Melayu luar bandar juga terbatas kerana kurangnya pembinaan jalan
raya. Jalan-jalan yang telah dibina oleh pihak British hanya
menyambung-kan bandar-bandar dan semata mata untuk tujuan
pentadbiran serta kemudahan untuk mengeksport getah dan timah.
Pelajaran masih lagi di peringkat yang rendah, sedangkan sebaran
berita tidak dapat dihebahkan secara meluas di kawasan-kawasan
luar bandar. Pada waktu itu tidak ada usaha yang bersungguh-
sungguh dijalankan untuk memperbaiki pendapatan para petani.
Begitulah juga dengan keadaan kesihatan orang-orang Melayu di
luar bandar, hampir tidak diendahkan langsung. Di Tanah Melayu
memang terdapat berbagai jenis penyakit yang boleh melemahkan
seseorang, seperti demam malaria dan penyakit puru. Di samping
itu, penyakit-penyakit seperti wabak taun dan cirit-birit sering juga
berlaku. Seperti juga dengan lain-lain masyarakat yang sering
terdedah kepada penyakit-penyakit ini, orang Melayu di kawasan
luar bandar juga dapat bertahan daripada serangan penyakit-
penyakit ini.

Meskipun mereka terselamat namun tenaga mereka semakin


berkurangan. Misalnya, hampir kesemua orang Melayu di kawasan
luar bandar pernah diserang demam malaria. Penyakit-penyakit
begini telah menyebabkan tubuh mereka begitu lemah dan lesu
akibat kurang darah dan sering diserang oleh penyakit tersebut.
Oleh itu mereka enggan bekerja lebih daripada yang diperlukan.
Kerja-kerja menanam dan menuai padi walaupun mengambil masa
dua bulan dalam tiap-tiap tahun juga turut meletihkan tubuh mereka.
Dengan demikian mereka tidak mempunyai lebihan tenaga untuk
beru saha memperbaiki kehidupan mereka ataupun mempelajari
kemahiran-kemahiran yang baru.

Lain-lain penyakit juga turut mempunyai kesan yang serupa ke atas


kegiatan-kegiatan penduduk kampung. Azam mereka untuk maju,
yang memang tidak begitu kuat kerana kurangnya hubungan dengan

You might also like