Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

101

Analisis Syarat Kelayakan Peguam Syarie Menurut


Islam Dan Perundangan Di Malaysia

(Analysis Of Syarie Lawyer Qualification Requirements According To


Islam And Legislation In Malaysia)

NURUL FARHANAH BINTI YAHYA


HAMMAD MOHAMAD DAHALAN
NUR ZULFAH BINTI MD ABDUL SALAM
MOHAMAD AZHAN YAHYA

ABSTRAK

Peguam syarie adalah satu profesionalisma yang semakin diperlukan di kalangan masyarakat. Profesion ini
beperanan membantu institusi mahkamah dalam mencapai keputusan yang adil dan selari dengan hukum syarak.
Malah kehadiran peguam syarie telah diterima pada zaman sahabat dan seterusnya berkembang hingga kini.
Penulisan ini membincangkan berkaitan dengan syarat kelayakan peguam syarie menurut Islam dan perundangn
di Malaysia. Penulisan ini meletakkan tiga objektif. Objektif pertama untuk mengenal pasti prinsip Islam dan
peruntukan undang-undang serta meninjau literatur berkaitan dengan syarat kelayakan peguam syarie. Objektif
kedua untuk menganalisis permasalahan semasa yang wujud berkaitan dengan syarat kelayakan peguam syarie.
Objektif ketiga untuk mencadangkan penyelesaian ke atas permasalahan tersbeut. Penulisan ini menggunakan
kaedah kualitatif. Kaedah kajian perpustakaan digunakan untuk mengumpul data dan maklumat kajian berkaitan
dengan syarat kelayakan peguam syarie. Kaedah temu bual turut digunakan untuk menyokong permasalahan dan
dapatan kajian ini. Bahan dan maklumat yang dikumpul seperti buku, kitab arab, artikel, jurnal dan peruntukan
undang-undang berkaitan dengan syarat kelayakan peguam syarie dianalisis dengan kaedah analisis kandungan
dan analisis kritis. Penulisan ini mendapati bahawa syarat kelayakan peguam syarie adalah berbeza dan tidak
seragam di setiap negeri. Penulisan ini turut mendapati bahawa ketidak seragaman ini merumitkan dan
mengelirukan calon-calon yang ingin beramal sebagai peguam syarie. Penulisan ini akhirnya mencadangkan agar
menggubal satu akta induk yang akan mentadbir perkara-perkara berkaitan kelayakan peguam syarie.

Kata kunci: syarat, pelantikan, peguam syarie, kaedah peguam syarie, prinsip Islam

ABSTRACT

Syarie lawyer is a profession that is increasingly needed in the community. This profession plays a role in assisting
the court institution in reaching a fair decision and in line with Islamic law. Even the presence of syarie lawyers
was accepted during the era of the companions and further developed until these days. This article discusses the
conditions of qualifying a syarie lawyer according to Islam and legislation in Malaysia. This writing lays down
three objectives. The first objective is to identify Islamic principles and legal provisions as well as review the
literature related to the qualifications of syarie lawyers. The second objective is to analyse the current problems
that exist in relation to the qualification requirements of syarie lawyers. The third objective is to suggest solutions
to these problems. This writing uses qualitative methods. Library research methods are used to collect research
data and information related to the qualification requirements of syarie lawyers. Interview methods were also
used to support the problems and findings of this study. Materials and information collected such as books, Arabic
books, articles, journals and legal provisions related to the qualifications of syarie lawyers are analysed by
content analysis and critical analysis methods. This writing finds that the qualification requirements of syarie
lawyers are different and not uniform in each state. This writing also finds that this inconsistency complicates and
confuses candidates who want to practice as a syarie lawyer. This writing finally proposes to enact a master act
that will govern matters related to the qualifications of syarie lawyers.

Keywords: Qualification, requirements, profession, lawyer, practice


102

PENGENALAN berdasarkan firman Allah S.W.T di dalam


surah al Anam ayat 68:
Di dalam Islam, amalan guaman syarie
pada hakikatnya telah wujud semenjak Maka janganlah engkau duduk lagi
zaman Rasulullah S.A.W. Ini berdasarkan bersama-sama kaum yang zalim itu,
konsep untuk menjaga keadilan dan sesudah engkau teringat (akan larangan
menentang kezaliman. Firman Allah S.W.T itu).
dalam surah al Maidah ayat 8: Persoalan yang timbul adalah
adakah tindakan peguam syarie membela
Wahai orang-orang yang beriman, anak guam adalah salah satu daripada
hendaklah kamu semua menjadi orang- tindakan bersubahat melakukan kezaliman?
orang yang menegakkan keadilan kerana Jawapannya sudah pasti tidak. Ini kerana ia
Allah, lagi menerangkan kebenaran dan merupakan tugas seorang peguam syarie
jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap dalam membela anak guamnya dan bahawa
sesuatu kaum itu mendorong kamu tidak peguam syarie hanya menunaikan amanah
melakukan keadilan. yang telah diberikan. Malah perlu diingat
bahawa anak guam yang dibela itu belum
Berdasarkan ayat tersebut Allah lagi disabitkan kesalahannya. Dan seperti
S.W.T. dengan jelas memerintahkan yang sedia maklum, seseorang itu adalah
supaya umat Islam sentiasa menegakkan tidak bersalah melainkan dibuktikan yang
keadilan. Menerusi perlantikan peguam dia bersalah2 (Mahmud Saedon 1997).
syarie, suruhan Allah S.W.T ini dapat
dilaksanakan. Ini kerana di dalam sesebuah Kesimpulannya dapat dilihat
pertikaian di mahkamah, pihak-pihak yang bahawa peguam syarie sebenarnya
terlibat akan mengemukakan keterangan- mempunyai tugas yang besar malah
keterangan yang dapat membantu hakim kehadiran peguam syarie hakikatnya
dalam memberi keputusan seterusnya dapat berkait rapat dengan suruhan Allah supaya
menegakkan keadilan1 (Abdul Monir sentiasa menegakkan keadilan dan
Yaacob 1996). Malah peguam syarie wajib mengelakkan kezaliman. Selain itu,
menegakkan keadilan walau ia kehadiran peguam syarie juga dapat
bertentangan dengan kepentingan sendiri. mengimbangi pihak-pihak yang bertelagah
di hadapan kadi,3 (Musa Awang 2017)
Selain itu, kehadiran peguam syarie mengatasi perasaan malu khususnya di
di dalam mahkamah juga dapat kalangan wanita ( Musa Awang 2017) dan
mengelakkan kezaliman daripada berlaku. menyampaikan maksud tersirat seorang
Ini kerana seseorang peguam syarie akan isteri.
berusaha untuk membela anak guamnya
berdasarkan kepakaran, bidang tugas dan
peranan mereka. Peranan yang dimainkan SYARAT KELAYAKAN PEGUAM
ini selari dengan firman Allah S.W.T. SYARIE: SOROTAN LITERATUR
dalam surah al Maidah ayat 29, bahawa
segala bentuk kezaliman patut dihapuskan: Perbincangan mengenai peguam syarie
hakikatnya bukan lagi perkara yang asing
Dan itulah dia (api neraka) balasan bagi lagi. Malah isu ini telah dikupas secara
orang yang zalim. menyeluruh dari pelbagai pihak samada
ahli akademik, ahli fiqh ataupun ahli
Terdapat juga larangan Allah perundangan. Mengikuti sejarah
S.W.T. kepada umatnya untuk tidak kepeguaman syarie ini, konsep awal telah
bersubahat dalam melakukan kejahatan. Ini bermula semenjak zaman Rasulullah
S.A.W. lagi4 (Siti Zalikhah 2004). Ini
103

diikuti oleh amalan para sahabat yang telah etika peguam syarie yang ditetapkan di
mengamalkan konsep perwakilan dalam dalam undang-undang negeri.
menyelesaikan pertikaian yang timbul5
(Mohamad Isa 2020). Ini dapat dilihat di Kehadiran peguam syarie di
dalam kisah Khalifah Umar r.a. dengan mahkamah juga sering dikaitkan dengan
seorang perempuan yang mendakwa prinsip keadilan. Ini kerana salah satu
bahawa seorang pemuda telah mencabul peranan terbesar peguam syarie adalah
kehormatannya. Perempuan tersebut juga menegakkan keadilan dan menentang
mendakwa bahawa terdapat kesan air mani sebarang kezaliman11 (Mohamad Isa 2020)
pada kainnya. Pada mulanya, Khalifah Ini secara tidak langsung telah menjawab
Umar r.a. telah menjatuhkan hukuman persoalan di mana kononnya peguam syarie
terhadap pemuda tersebut. Namun begitu, akan mempertahankan anak guamnya
pemuda tersebut telah berikrar bahawa dia walau telah mengetahui bahawa anak
tidak melakukan perkara tersebut. Lalu guamnya telah melakukan kesalahan.
Khalifah Umar telah meminta pendapat
Saidina Ali r.a. Selepas diperhatikan dan Abdul Monir Yaacob,12(2015)
mencium bau cecair yang terdapat pada dalam buku beliau bertajuk Kehakiman
kain perempuan tersebut, didapati bahawa Islam dan Mahkamah Syariah
ia merupakan putih telur. Kes ini walaubagaimana pun menyatakan bahawa
membuktikan bahawa Saidina Ali r.a. telah pentadbiran Peguam Syarie antara negeri-
membela pemuda6 (Mahmud Saedon 2003) negeri adalah berbeza. Oleh sebab itu,
tersebut dan menyelamatkannya daripada beliau juga menyarankan agar dibentuk
hukuman yang tidak adil. Menerusi satu undang-undang yang diterima pakai
peristiwa ini juga telah menunjukkan oleh semua negeri bagi menjalankan
bahawa seseorang itu hendaklah pentadbiran guaman Syarie di negeri-
mempunyai kepakaran dan pengetahuan negeri. Seterusnya temubual bersama
yang cukup bagi membantu seseorang Peguam Syarie, Tuan Mohamad Azlin
wakil dapat membantu orang yang Razali mendapati bahawa syarat-syarat
diwakilinya. Ini dapat dilihat melalui peguam syarie adalah di bawah
penulisan Tuan Musa Bin Awang,7 (Musa bidangkuasa Jawatankuasa Peguam Syarie
Awang 2020) dan Mahmud Saedon A. Negeri masing-masing13 (Mohamad Azlin
Othman8 (Mahmud Saedon 2003). 2019).

Manakala penulisan bertajuk Isu Seterusnya, menurut Isa Abdul


Perlantikan dan Etika Peguam Syarie9 Ralip di dalam artikelnya yang bertajuk
(Jasri Jamal 2005), telah menyenaraikan Peguam Syarie: Pengamalan di Malaysia,
syarat-syarat yang perlu ada pada peguam menyatakan bahawa ketidakseragaman
syarie menurut prinsip guaman Islam undang-undang yang mengawal selia
dengan lebih mendalam. Antaranya ialah peguam syarie mengakibatkan perbezaan
berakhlak mulia, amanah, ikhlas serta jujur. atau tidak keseragaman dalam aspek
Malah seseorang wakil itu tidak boleh kelayakan, penerimaan masuk serta
menerima rasuah kerana ia akan tatatertib Peguam Syarie di seluruh negara.
menganggu proses keadilan dan Perbezaan ini mengundang beberapa
perbicaraan. Menurut Siti Zalikhah Md Nor kelemahan dan masalah antaranya
(2004)10 pula, seorang wakil hendaklah perbezaan tatacara penerimaan masuk di
bersikap adil, menjaga maruah, setiap negeri, proses permohonan dan
merahsiakan perkara yang tidak patut penerimaan masuk, prosedur tatatertib dan
diketahui oleh orang lain serta tidak sebagainya14 (Mohamad Isa 2019).
menyebarkan rahsia pewakilnya. Ini adalah Dapatan yang sama dapat dilihat di dalam
sama seperti yang diperuntukkan di dalam penulisan Musa Awang dengan tajuknya
104

Keperluan Akta Profesion Guaman Syarie. dalam mahkamah syariah penulis


Beliau mengatakan bahawa kewujudan berpendapat bahawa seorang peguam
kepelbagaian dan perbezaan undang- syarie hendaklah Islam dengan mengambil
undang serta peraturan Peguam Syarie telah kira bahawa kehadiran peguam syarie di
menimbulkan beberapa permasalahan yang mahkamah amat berkait rapat dengan
rumit, yang memberi kesan kepada Peguam segala konsep perundangan dan prinsip
Syarie dan masyarakat awam. Islam. Seorang peguam syarie juga
hendaklah ditentukan kelayakannya
Kesimpulannya, berdasarkan berpandukan kepada kriteria kepimpinan
penulisan-penulisan terdahulu, didapati dan amalan undang-undang (Nur Zulfah &
bahawa ia sememangnya mempunyai et.al 2020).15
impak yang baik bagi penulisan yang
dijalankan. Ini kerana penulisan-penulisan Ini selari dengan aplikasi di dalam
terdahulu ini menjadi perintis kepada undang-undang di mana peguam syarie
penulisan yang dijalankan dan juga turut diwajibkan untuk memfailkan wakalah di
membantu dalam menyiapkan penulisan mahkamah syariah sebelum membawa apa-
ini. Oleh sebab itu, penulisan ini akan apa kes bagi pihak anak guam. Di dalam
mengkaji dengan lebih mendalam kertas wakalah yang difailkan ini,
mengenai syarat kelayakan peguam syarie dinyatakan nama peguam yang akan
baik dari sudut fiqh mahupun undang- menguruskan kes bagi pihak anak guam.
undang. Seterusnya peguam syarie juga tidak boleh
melantik peguam syarie yang lain bagi
SYARAT KELAYAKAN PEGUAM menguruskan kes yang telah diwakilkan ke
SYARIE MENURUT PRINSIP ISLAM atasnya, kecuali apabila peguam syarie
DAN PERUNDANGAN DI MALAYSIA yang pertama tidak mampu menguruskan
kes tersebut. Peguam syarie juga tidak
Dilihat secara kasar, syarat kelayakan dibenarkan untuk menarik diri setelah tiga
menurut fiqh adalah lebih umum dan kali mengalami perbicaraan.
ringkas berbanding syarat kelayakan yang
diperuntukkan di dalam undang-undang Selain syarat yang telah
yang ada. Syarat seorang peguam syarie dibincangkan sebelum ini, menurut konteks
menurut fiqh juga telah dibincangkan wakalah bi al khusūmah, seorang wakil
sebelum ini di dalam bahagian syarat bagi juga hendaklah sentiasa menjaga kebenaran
seorang wakil. dan seorang yang mempunyai pengetahuan
yang kukuh di dalam hukum syarak dan
Menurut syarat wakil yang perjalanan undang-undang yang berkuat
dibincangkan oleh fuqahā’, penulis kuasa16 (Siti Zalikhah 2004). Seorang
menegaskan bahawa syarat peguam syarie peguam syarie juga hendaklah merupakan
menurut fiqh adalah seperti berikut. seorang yang bersikap adil, menjaga
Pertama, seorang peguam syarie hendaklah maruah dan melindungi atau merahsiakan
seorang yang berakal dan mumayyiz di hal yang tidak patut diketahui oleh orang
samping memahami perkara yang lain. Ini bermakna seseorang peguam syarie
diwakilkan. Seterusnya, menurut fiqh juga hendaklah amanah dalam menjaga
seorang peguam syarie hendaklah kerahsian berkaitan kes-kes yang dia
merupaka ahli tasarruf bagi perkara yang mewakili anak guamnya. Fiqh juga
diwakilkan kepadanya iaitu dalam erti kata mengambil berat berkaitan akhlak dan adab
yang lain mempunyai keupayaan untuk seorang wakil di mana wakil hendaklah
mengendalikan sesuatu kes. Manakala bagi mempunyai adab dan akhlak yang mulia.
sudut keperluan Islam atau tidak, dapat Seseorang peguam syarie seharusnya
dilihat bahawa bagi aspek perwakilan di mengambil peribadi Rasulullah S.A.W.
105

sebagai modelnya. Manakala di dalam diperuntukkan di dalam Enakmen


perbicaraan, seorang peguam syarie Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri
hendaklah tidak menzahirkan kelantangan dan juga Kaedah-kaedah Peguam Syarie
yang keterlaluan dan pertengkaran yang Negeri-negeri (kecuali Sabah) sepertimana
melampaui batas (Siti Zalikhah 2004). berikut:

Manakala bagi syarat kelayakan peguam


syarie menurut undang-undang, telah
P W
A IL
H A
A Y
P T
N A
K N. U S E
G S H
E M S L E R
K P P S A P
KELAYAKAN DAN JO L E E A L E
E E E A R E
SYARAT H A L M U A N
D R R B A R
PENERIMAAN O N A BI PI N G
A A LI A W S
MASUK R T K L N G G
H K S H A E
A A A A O A
K K
N N N R N
U
G U
T
U
A
N
Islam √ √ √ √ √ √ • √ √ √
Warganegara Malaysia √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √
Tidak Bankrap √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √
Berkelakuan baik dan
tidak pernah disabitkan
√ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √
dengan kesalahan
jenayah
Tidak didapati bersalah
menurut Seksyen 33
(6)(a), (b), (c), (d), (e), √ √ √ √ √ √ √ √
(f), (h), (k), (l) Akta
Kebankrapan 1967
Tidak dipecat, hilang
kelayakan atau
digantung (atas √ √ √ √ √
kapasiti) peguambela
& peguamcara
Peguambela &
Peguamcara di bawah
√ √ √ √ √ √ √ √
Akta Profesion
Undang-undang 1976
Ijazah Sarjana Muda
√ √ √ √ √ √ √ √ √ √
Syariah
106

Lulus ujian
√ √ √ √ √
bertulis/temu duga
Diploma lepasan Ijazah
Undang-undang √ √ √ √ √ √
Syariah
Sarjana Muda Undang-
undang & Sarjana √ √ √ √ √ √
Muda Sariah (LLB.S)
Peguambela/Peguamca
ra yang mempunyai √ √ √
diploma lepasan Ijazah
Latihan Dalam Kamar √ √ √ √
Penasihat Undang-
undang Negeri,
Pegawai Syariah di
√ √ √ • √ √
Pejabat Penasihat
Undang-undang
Negeri
Pegawai yang dilantik
di bawah Akta Guaman √ √ • • • • • • √ √ •
1971
Anggota perkhidmatan
kehakiman dan
• • √ • • • √ √ √ • • √ • √
perundangan
persekutuan
Peguambela &
Peguamcara lulus ujian √ √ √ √
Sijil Peguam Syarie
Tidak lakukan
kesalahan hina

mahkamah &
keterangan palsu
Jurusan perundangan

Islam
Telah berkhidmat
sebagai Qadhi/Pegawai
Hal Ehwal Islam √ √ √ √
negeri/ persekutuan /
hakim syarie
Dilantik sebagai
peguam syarie di • • • • √ • • • • •
negeri lain
Mendapat latihan
profesional dalam
√ √
bidang kehakiman
Islam
Umur (21 tahun) √ √ √ √ √
Pemastautinan Tetap √ √ √
107

Berkemahiran dalam
• • √ • • • √ √ • √ • √ •
hukum syarak

Jadual 1: Kelayakan dan Syarat Penerimaan Masuk Peguam Syarie Negeri-negeri

Berdasarkan Jadual 1 di atas dapat dilihat Namun sehingga hari ini, terdapat
bahawa terdapat perbezaan yang agak negeri yang masih tidak memasukkan
ketara dalam syarat-syarat kelayakan dan syarat Islam. Contohnya seperti Pulau
kemasukan peguam syarie antara negeri. Pinang, Sarawak dan Melaka. Ini boleh
Jadual di atas menunjukkan kesemua menyebabkan syarat kelayakan peguam
syarat-syarat peguam syarie bagi negeri- syarie yang ada boleh dicabar pada bila-bila
negeri. Ini kerana syarat-syarat yang masa. Walaupun di dalam fiqh tidak
digubal adalah di bawah bidang terdapat dalil khusus yang melarang
jawatankuasa peguam syarie negeri perlantikan bukan Islam sebagai peguam
masing-masing17Siti Zalikhah 2004). syarie, majoriti para fuqahā’ berpendapat
Syarat kelayakan yang pertama supaya golongan ahli zimmah dijauhkan
adalah Islam. Syarat ini pernah menjadi isu daripada jabatan dan pekerjaan dalam
yang agak besar pada tahun 2016 apabila keadaan apa pun termasuk dalam keadaan
seorang bukan Islam, Victoria Jayaseela yang mendesak20(Asmuni Mth 2004).
Martin, berkelulusan Diploma Undang- Malah di dalam membawa sesuatu kes di
undang dan Amalan Syariah daripada mahkamah syariah, seseorang peguam
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia syarie bukan sahaja berhujah menggunakan
(UIAM) telah membuat permohonan untuk peruntukan undang-undang malah berhujah
diterima masuk sebagai peguam syarie di dengan Al-Quran dan hadith. Oleh sebab
Wilayah Persekutuan. Mahkamah Rayuan itu, tidak dapat dibayangkan orang yang
di dalam kes ini memutuskan bahawa tidak percaya pada Al-Quran dan sunnah,
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan tetapi ingin berhujah dengannya21
(MAIWP) telah bertindak di luar bidang (Mohamad Azlin 2018). Selain itu, orang
kuasa apabila enggan memproses Islam dilihat mempunyai pemahaman yang
permohonan seorang bukan Islam untuk lebih mengenai hukum syarak yang telah
beramal sebagai peguam syarie18 (Ahmad ditetapkan. Ini kerana hukum syarak
Johari 2015). Walau bagaimanapun di hakikatnya lebih dekat dengan golongan
dalam kes rayuan di Mahkamah Muslim berbanding sebaliknya.
Persekutuan, hakim telah membuat
keputusan bahawa bukan Islam tidak boleh Seterusnya, dapat dilihat bahawa
beramal sebagai peguam syarie dan majoriti negeri mensyaratkan calon peguam
menerima rayuan Majlis Agama Islam syarie yang ada hendaklah seorang
Wilayah Persekutuan pada ketika itu. Pada warganegara (kecuali Melaka), tidak
Disember 2010, Jawatankuasa Fatwa bankrup, tidak pernah disabitkan dengan
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama kesalahan jenayah oleh Mahkamah Sivil
Islam juga telah membuat keputusan atau Syariah dan juga berkelakuan baik.
menolak perlantikan individu bukan Islam Dalam memastikan bahawa seseorang
sebagai peguam syarie. Keputusan calon itu berkelakuan baik, jawatankuasa
jawatankuasa ini sepatutnya diraikan dan peguam syarie yang terbabit dapat
diiktiraf di peringkat negeri dengan mengetahui melalui bantahan yang dibuat
memasukkan Islam sebagai salah satu oleh orang awam, jika ada22 (Mohamad
syarat kelayakan peguam syarie19 (Musa Azrul 2018). Ini kerana, apabila
Awang 2017). permohonan dibuat, orang awam diberi
peluang untuk membuat bantahan,
terutamanya di sesetengah negeri yang
108

mensyaratkan penampalan dibuat seperti di dikenalpasti melalui temuduga yang


Selangor, Wilayah Persekutuan dan dijalankan23 (Mohamad Azrul 2018). Ini
Pahang. kerana ketika temuduga, antara soalan yang
akan ditanya adalah berkaitan hukum
Malah Kaedah-kaedah Peguam syarak, usul fiqh dan sebagainya.
Syarie di sesetengah negeri seperti Perlis, Sesetengah calon juga diminta untuk
Pulau Pinang, Terengganu dan Kelantan membaca dan menterjemah kitab arab yang
juga mensyaratkan bahawa seseorang calon ada. Ini dapat membantu panel yang ada
peguam syarie hendaklah mempunyai untuk menilai setakat mana pengetahuan
pengetahuan tentang hukum syarak. Bagi hukum syarak seseorang calon. Seseorang
negeri Johor, Kedah, Melaka, Negeri calon juga dapat dipastikan telah memenuhi
Sembilan, Sabah, Selangor dan Wilayah syarat ini melalui surat yang dihantar oleh
Persekutuan syarat seperti ini telah ada calon sendiri ketika permohonan dibuat 24
diperuntukkan di dalam Enakmen (Mohamad Azlin 2018). Surat tersebut
Pentadbiran Agama Islam Negeri masing- antara lainnya akan mengesahkan sama ada
masing. Seseorang calon peguam syarie calon tersebut be
yang memenuhi syarat ini dapat
rkelakuan baik ataupun tidak. keseluruhannya, sebaliknya ia sekadar
untuk mempengaruhi panel yang ada untuk
Seterusnya, terdapat negeri yang menerima masuk calon terbabit. Rujukan
meletakkan syarat bahawa seseorang itu dibuat kepada Kaedah Peguam Syarie 1989
hendaklah telah diterima masuk sebagai (Negeri Melaka).Selain itu, di Melaka,
peguam syarie di negeri lain. Antaranya seseorang yang pernah melakukan
ialah Johor, Kedah, Negeri Sembilan, penghinaan mahkamah ataupun memberi
Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan keterangan palsu adalah tidak layak
Terengganu. Namun begitu, syarat ini tidak menjadi peguam syarie25 (Mohamad Azrul
mengikat negeri-negeri secara 2018).
pelajar jurusan ini ada mempelajari
Di sesetengah negeri juga undang-undang, namun mungkin layak
diperuntukkan had umur bagi syarat memohon di Perak. Ini kerana negeri Perak
kelayakan permohonan sebagai peguam meletakkan syarat ‘Ijazah Sarjana Muda
syarie iaitu seseorang calon perlu berumur Syariah atau yang setaraf dengannya.’
21 tahun dan ke atas. Antara negeri yang
mensyaratkan sedemikian ialah Wilayah Malahan, di sesetengah negeri
Persekutuan, Pulau Pinang, Perak, Pahang langsung tidak menyebut berkaitan syarat
dan juga Kelantan. Ini adalah bersesuaian sedemikian. Antaranya ialah Kaedah-
dengan tempoh pengajian peringkat Ijazah kaedah Peguam Syarie Kelantan 2000 yang
Sarjana Muda di universiti tempatan. mana menetapkan bahawa seseorang itu
dikira sebagai berkelayakan jika memenuhi
Di samping itu, syarat kelayakan seksyen 18(2) Enakmen Pentadbiran
dari sudut akademik juga turut menjadi Mahkamah Syariah (Kelantan) 1982.
perhatian di mana terdapat perbezaan yang Seksyen tersebut pula hanya menyatakan
agak ketara antara negeri-negeri. bahawa seseorang itu dikira sebagai layak
Umumnya, kebanyakan negeri meletakkan memohon jika dia seorang pemegang ijazah
syarat utama iaitu seorang calon hendaklah dalam jurusan perundangan Islam dari
mempunyai Ijazah Sarjana Muda Syariah26 mana-mana pusat pengajian yang diiktiraf.
(Musa Awang 2017). Ini bermakna pelajar Pulau Pinang pula mensyaratkan bahawa
jurusan Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan seseorang yang berkelulusan Ijazah Sarjana
Fatwa adalah tidak layak memohon di Muda Syariah dan Sarjana Muda Undang-
Selangor sebagai peguam syarie walaupun undang adalah layak dilantik sebagai
108

peguam syarie. Perkataan ‘dan’ yang


digunakan membawa maksud bahawa SYARAT KELAYAKAN PEGUAM
seseorang yang berkelulusan Ijazah Sarjana SYARIE: PERMASALAHAN DAN
Muda Syariah belum layak untuk diterima DAPATAN KAJIAN
sebagai peguam syarie melainkan dia juga
berkelulusan Sarjana Muda Undang- Institusi guaman syarie bukanlah perkara
undang27 (Mohamad Azlin 2018). Namun yang asing lagi dalam perundangan Islam.
terdapat alternatif lain di mana seseorang Malah di Malaysia, undang-undang
itu masih boleh diterima sebagai peguam berkaitan perlantikan peguam syarie adalah
syarie, iaitu mengikut seksyen 80(4) di bawah kuasa perundangan negeri. Oleh
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pulau sebab itu, syarat kelayakan adalah berbeza
Pinang) 2004 di mana seseorang itu boleh bagi setiap negeri. Kesannya, berlaku
diterima masuk sebagai peguam syarie di ketidakseragaman undang-undang yang
negeri ini jika dia telah diterima masuk mentadbir hal-hal berkaitan peguam syarie
sebagai peguam syarie di negeri-negeri di baik dari aspek kemasukan, syarat
Malaysia. kelayakan, etika dan sebagainya. Sebagai
contoh, syarat kelayakan yang berbeza pada
Perbezaan antara negeri-negeri ini setiap negeri ini hakikatnya menyusahkan
juga agak ketara jika dilihat melalui syarat dan menyukarkan individu yang ingin
keperluan diploma kehakiman dan juga memohon untuk ditauliah sebagai peguam
syarat latihan dalam kamar. Antara negeri syarie.
yang mensyaratkan latihan di dalam kamar
ialah Johor, Kedah dan Negeri Sembilan. Umpamanya negeri-negeri seperti
Di Selangor contohnya dikatakan Johor, Kedah, Negeri Sembilan dan
mempunyai syarat kelayakan yang paling Terengganu yang memasukkan syarat
ketat di mana seseorang peguam syarie mempunyai diploma lepasan Ijazah sebagai
hendaklah mempunyai diploma kehakiman salah satu syarat kelayakan sebelum
dan menjalani latihan di dalam kamar. Ini diterima masuk sebagai peguam syarie di
tidak bermaksud bahawa kualiti peguam negeri tersebut. Diploma lanjutan Ijazah ini
syarie di Selangor adalah lebih baik dikatakan lebih menekankan teori dan
berbanding negeri lain, namun syarat- amalan merangkumi bidang fiqh dan
syarat ini diletakkan bagi menghadkan prosiding di mahkamah syariah,
kemasukan peguam syarie dan juga meningkatkan penguasaan syariah dan
memastikan bahawa calon-calon yang mempertingkatkan tahap profesionalisma
memohon adalah sememangnya ingin peguam syarie. Namun begitu, timbul isu
beramal sebagai peguam syarie, bukan sejauh mana syarat kelayakan yang
sekadar mendapatkan sijil peguam sahaja 28 ditetapkan tersebut mampu memastikan
(Musa Awang 2017). Syarat diploma seseorang peguam syarie mempunyai
lanjutan ini juga dikatakan lebih pengetahuan yang kukuh dalam hukum
menekankan teori dan amalan merangkumi syarak dan perjalanan undang-undang yang
bidang feqah dan prosiding di mahkamah berkuatkuasa sepertimana yang ditetapkan
syariah, bertujuan untuk meningkatkan di dalam Islam. Malah, bagi negeri-negeri
penguasaan syariah dan mempertingkatkan yang tidak menetapkan syarat sedemikian,
tahap profesional peguam syarie timbul pula isu bagaimana negeri-negeri
terutamanya bagi lulusan sivil yang bukan tersebut memastikan peguam syarie yang
lulusan syariah29 (Mohamad Azrul 2018) dilantik sememangnya seorang yang pakar
dan bagi mereka yang tidak pernah belajar dalam hukum syarak dan perundangan.
berkaitan undang-undang30 (Sulaiman
Abdullah 1996) Selain itu, perbezaan syarat
kelayakan yang ada mungkin menyukarkan
108

dan mengelirukan calon-calon yang yang mentadbir hal berkaitan peguam


membuat permohonan di sesebuah negeri. syarie adalah terletak di bawah badan
Ini kerana berlaku perbezaan dari segi perundangan negeri. Oleh sebab itu, dilihat
syarat kelayakan dan syarat kemasukan bahawa undang-undang berkaitan syarat
bagi negeri-negeri. Ada negeri yang kelayakan adalah berbeza antara negeri. Di
mempunyai syarat kelayakan yang ketat satu sudut, syarat kelayakan di antara
dan sukar untuk seseorang calon lulus sesebuah negeri adalah berbeza,
dengan ujian dan temuduga yang ada dan bergantung pada keperluan negeri tersebut.
ada negeri yang meletakkan syarat
kelayakan yang agak longgar. Namun, Namun penulis berpendapat
perbezaan yang ada ini adalah bersesuaian bahawa perbezaan yang yang ada ini
dengan keperluan setiap negeri. Contohnya, sebenarnya telah merumitkan dan
mungkin permohonan peguam syarie di mengelirukan masyarakat terutamanya
negeri Selangor adalah terlalu ramai calon-calon yang ingin beramal sebagai
sehingga jawatankuasa terpaksa peguam syarie. Malah perbezaan statut
menghadkan kemasukan peguam syarie sama ada di dalam Enakmen Pentadbiran
iaitu dengan menerima masuk individu Agama Islam Negeri-negeri atau Kaedah-
yang betul-betul berkelayakan. Oleh sebab kaedah Peguam Syarie turut membuatkan
itu, syarat-syarat kelayakan dan kemasukan peguam syarie tidak dapat menjalankan
peguam syarie adalah lebih ketat. tugas dengan berlandaskan konsep sebenar
amalan guaman menurut undang-undang.
Seterusnya, walaupun Oleh sebab itu, penulis amat menyokong
penyeragaman syarat kelayakan peguam usaha dan cadangan pihak-pihak berkaitan
syarie bagi setiap negeri dilihat sebagai satu untuk menggubal satu akta induk yang akan
perkara yang perlu, namun terdapat mentadbir perkara-perkara berkaitan
sesetengah pihak tidak bersetuju dengan peguam syarie.
perkara tersebut. Ini kerana cadangan
tersebut dilihat akan mengurangkan Ini dapat dilihat dengan adanya
bidangkuasa negeri terhadap perkara- cadangan untuk menggubal Akta Profesion
perkara yang melibatkan hal ehwal Islam. Guaman Syarie. Menerusi akta induk ini,
Ini seterusnya akan mengugat kuasa sebuah Majlis Peguam Syarie akan
Negeri-negeri dalam menggubal undang- ditubuhkan. Badan ini akan
undang hal berkaitan Islam. bertanggungjawab untuk mengawal dan
menyelia kelayakan dan kemasukan
Akhirnya, penulis mendapati peguam syarie melalui penggubalan
bahawa ketidak seragaman syarat undang-undang kecil seperti peraturan atau
kelayakan ini wujud kerana tidak ada satu kaedah yang lebih khusus dan jelas.
perundangan yang mengawal selia urus Melalui akta ini juga, setiap calon akan
tadbir berkaitan dengan syarat kelayakan tertakluk kepada syarat-syarat yang
peguam syarie. Ini akhirnya menyebabkan ditetapkan, sama ada seseorang itu ingin
syarat kelayakan peguam syarie di setiap memohon sijil peguam syarie di Selangor,
negeri berbeza-beza dan mengakibatkan Terengganu, Kedah, Kelantan atau mana-
kekeliruan serta kekaburan berkaitan mana negeri yang lain.
pengaplikasiannya.
Akta ini akan memperuntukkan
KESIMPULAN bahagian khusus bagi syarat perlantikan
Cadangan yang pertama dan paling penting peguam syarie. Sebagai contoh, meletakkan
ialah dari aspek penyeragaman undang- syarat Islam sebagai syarat utama bagi
undang. Seperti mana yang telah perlantikan peguam syarie. Dengan
dibincangkan sebelum ini, undang-undang wujudnya syarat tersebut di dalam akta
108

induk, mana-mana pihak tidak boleh Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2003. Hlm.
mempertikaikan isu sama ada seseorang 113.
9
Jasri Jamal. Kaedah Perundangan Bidangkuasa &
bukan Islam boleh memohon sebagai Tatacara Mahkamah Syariah. Sunt. Tajul Aris
peguam syarie atau pun tidak. Ini kerana Ahmad Bustami, Mohd Hisham Mohd Kamal &
akta induk yang digubal ini akan terpakai Farid Sufian Shuaib. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
kepada setiap negeri secara menyeluruh. Dan Pustaka. 2005. Hlm 25.
10
Oleh sebab itu, tidak berlaku isu di mana Siti Zalikhah Md. Nor. Al-Syariah Kehakiman
Islam. Jil. 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
sesetengah negeri membenarkan Pustaka.2004 hlm 194
permohonan bukan Islam dan sesetengah 11
Mohamad Isa Abd Ralip. Peguam Syarie:
negeri tidak membenarkan permohonan Pengamalan Di Malaysia.
bukan Islam. Ini sekaligus dapat http://pahang.jksm.gov.my/images/peguam%20sya
mengurangkan kekeliruan pihak-pihak rie/KepeguamanSyariediMalaysia.pdf(diakses pada
7Julai 2020)
dengan lacuna yang terdapat di dalam 12
Abdul Monir Yaacob. 2015. Kehakiman Islam dan
Kaedah-kaedah Peguam Syarie Negeri- Mahkamah Syariah. Cyberjaya: Universiti Islam
negeri. Malah, dengan wujudnya sebuah Malaysia. Hlm. 32
13
Akta yang khusus berkaitan perkara ini Mohamad Isa Abdul Ralip. t.t. Peguam Syarie:
adalah diharapkan oleh banyak pihak, agar Pengamalan di Malaysia. Hlm. 3.
14
Mohamad Isa Abdul Ralip. t.t. Peguam Syarie:
ia menjadi penyumbang kepada Pengamalan di Malaysia. Hlm. 3.
peningkatan taraf dan wibawa profesion 15
Nur Zulfah Md Abdul Salam, Nurul Farhana
kepeguaman di mahkamah Syariah. Yahya, Muhammad Hafifi Bin Hassim & Sharifah
Hana Abd Rahman (2020), Amalan Perwakilan
Peguam Syarie di Malaysia dalam E-Jurnal
Penyelidikan dan Inovasi (E-JPI) Vol 7. No. 2
NOTA September 2020. Hlm 65
16
Siti Zalikhah Md. Nor. Al-Syariah Kehakiman
1
Abdul Monir Yaacob. Abdul Monir Yaacob. “Etika Islam. Jil. 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Peguam Menurut Perspektif Islam”, dalam Etika Pustaka.2004 hlm 194
Hakim Dan Peguam. Sunt. Abdul Monir Yaacob. 17
Ibid. hlm 194
Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia. 18
Ahmad Johari Mohd Ali. 2015. Peguam Syarie
1996. Hlm. 118.\ Mesti Beragama Islam. Berita Harian, 14 Ogos.
2
Mahmud Saedon Awang Othman. Al-Ahkam. Jil. 5. 19
Musa Awang. Keperluan Akta Profesion Guaman
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Syarie. Kertas kerja dibentangkan di Konvensyen
1997.Hlm. 108. Nasional Peguam Syarie Malaysia Kali Keempat, 10
3
Musa Awang. Keperluan Akta Profesion Guaman November, Kuala Lumpur.2017. Hlm. 20.
Syarie. Kertas kerja dibentangkan di Konvensyen 20
Asmuni Mth. Eksistensi Pengacara Dalam
Nasional Peguam Syarie Malaysia Kali Keempat, 10 Perspektif Islam. Al-Mawarid. Jil. 12: 25-45, 2004.
November, Kuala Lumpur.2017. Hlm. 20. Hlm. 37.
4
Siti Zalikhah Md. Nor. Al-Syariah Kehakiman 21
Tuan Mohamad Azlin Bin Mohamad Razali,
Islam. Jil. 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Peguam Syarie di Tetuan Mohamad Azlin & Suriati
Pustaka.2004 hlm 194 Associates..
5
Mohamad Isa Abd Ralip. Peguam Syarie: 22
Tuan Mohamad Azrul Azhan Bin Mohammad
Pengamalan Di Malaysia. Jamil, Peguam Syarie di Tetuan Azrul Najah &
http://pahang.jksm.gov.my/images/peguam%20sya Associates.
rie/KepeguamanSyariediMalaysia.pdf (diakses pada 23
Tuan Mohamad Azrul Azhan Bin Mohammad
7 Julai 2020). Jamil, Peguam Syarie di Tetuan Azrul Najah &
6
Mahmud Saedon A. Othman. Institusi Pentadbiran Associates.azrul
Undang-undang dan Kehakiman Islam. Kuala 24
Tuan Mohamad Azlin Bin Mohamad Razali,
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2003. Hlm. Peguam Syarie di Tetuan Mohamad Azlin & Suriati
113 Associates..
7
Tuan Musa Bin Awang. Peguam Syarie di 25
Tuan Mohamad Azrul Azhan Bin Mohammad
Malaysia: Realiti Semasa & Ke Arah Penggubalan Jamil, Peguam Syarie di Tetuan Azrul Najah &
Akta Profesion Guaman Syarie. Associates.
https://iais.org.my/attach/2017/29AUG2017/Musa 26
Musa awang
Awang.pdf (diakses pada 12 Julai 2020) 27
Tuan Mohamad Azlin Bin Mohamad Razali,
8
Mahmud Saedon A. Othman. Institusi Pentadbiran Peguam Syarie di Tetuan Mohamad Azlin & Suriati
Undang-undang dan Kehakiman Islam. Kuala Associates..
108

28
Musa Awang. Keperluan Akta Profesion Guaman Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim.
Syarie. Kertas kerja dibentangkan di Konvensyen 2015. Peguam Syarie Dan Litigasi Mal
Nasional Peguam Syarie Malaysia Kali Keempat, 10
November, Kuala Lumpur.2017. Hlm. 20.
Di Mahkamah Syariah. Cet.1. Negeri
29
Tuan Mohamad Azrul Azhan Bin Mohammad Sembilan: Karya Kreatif Resources.
Jamil, Peguam Syarie di Tetuan Azrul Najah & Musa Awang. 2017. Seni Guaman Syarie.
Associates. Sunt. Zulqarnain Lukman & Fakhrul
30
Sulaiman Abdullah. 1996. Etika Hakim dan Azman Abu Hassan. Cet. 2. Kuala
Peguam. Sunt. Abdul Monir Yaacob. Kuala
Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia
Lumpur: Persatuan Peguam Syarie
Malaysia.
O. K. Rahmat. 1994. Keadilan Di Dalam
Sistem Mahkamah Islam. Kuala
Lumpur: RDS Media.
RUJUKAN Siti Zalikhah Md. Nor. 2004. Al-Syariah
Kehakiman Islam. Jil. 2. Kuala Lumpur:
Abdul Karim Zaidan. 1989. Nidzam al- Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Qada Fi al-Syariyyah al-Islamiyyah. Jil. Sulaiman Abdullah. 1996. Etika Hakim dan
2. Beirut: Muassasah Risalah. Peguam. Sunt. Abdul Monir
Abdul Monir Yaacob. 1996. Etika Hakim Yaacob. Kuala Lumpur: Institut
dan Peguam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Kefahaman Islam Malaysia.
Abdul Monir Yaacob. 2015. Kehakiman
Nurul Farhanah Yahya
Islam dan Mahkamah Syariah.
Pelajar Sarjana Undang-undang
Cyberjaya: Universiti Islam Malaysia.
Fakulti Undang-undang
Abdullah Abu Bakar. 1997. Al-Ahkam. Jil.
Universiti Kebangsaan Malaysia
5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
43600 Bangi, Selangor.
Pustaka.
Email: farhanah19nurul@gmail.com
Ahmad Ibrahim. 1996. Al- Ahkam. Jil. 2.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Zulfah Salam
Pustaka. Fakulti Syariah dan Undang-undang
Baharuddeen Abu Bakar. 1996. Undang- Kolej Universiti Islam Antarabangsa
undang Keterangan Dan Prosedur Di Selangor
Mahkamah. Sunt. Abdul Monir Yaacob. Bandar Seri Putra, Bangi, 43000 Kajang,
Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Selangor
Islam Malaysia. Email: nurzulfah@kuis.edu.my
Mohamad Isa Abdul Ralip. t.t. Peguam
Syarie: Pengamalan di Malaysia. 1-20. Hammad Mohamad Dahalan
Jasri Jamal. 2005. Kaedah Perundangan Fakulti Syariah dan Undang-undang
Bidangkuasa & Tatacara Mahkamah Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Syariah. Sunt. Selangor
Tajul Aris Ahmad Bustami, Mohd Hisham, Bandar Seri Putra, Bangi, 43000 Kajang,
Mohd Kamal & Farid Sufian Shuaib. Selangor.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Emailhammad@kuis.edu.my
Pustaka.
Mahmud Saedon A.Othman. 2003. Institusi Mohamad Azhan Yahya
Pentadbiran Undang-undang dan Fakulti Undang-undang
Kehakiman Islam. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia
Dewan Bahasa dan Pustaka. 43600 Bangi, Selangor.
Mahmud Saedon Awang Othman. 1997.Al- Email: azhan@ukm.edu.my
Ahkam. Jil. 5. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

You might also like